2 perkara yang sering kita lupa
Dalam byk2 minggu selepas cuti winter break hari tu,
hari ni hari yg paling best~
sebabnya...
just duduk di rumah tanpa kemana-mana,
xde kelas Quran,
xde sc ( smart circle)
leganya ^_^
hak3...
ada la jugak masa lebih nak menatap buku huhuhu...
esok kembali ke alam "busy" huhuhu
selalunya,
nama je hujung minggu
tp penuh dgn aktiviti~
adehh...
tp, bak kata seseorang teman,
lebih baik kita sibuk dgn aktiviti yg berfaedah
dari ada masa tp terbuang dgn benda2 yg melalaikan...
contohnya, tgk cite korea ke,
main games ke...
kalau study xpelah jugak,
tp kalau buat benda2 yg macam tu
memg buang masa xtentu pasal huhuhu...
sebenarnya...
nikmat masa lapang tu lah salah satu nikmat yg sering kita lupa,
yg sering kita xsedar kita dah salah gunakannya~
Dua nikmat agung yang diabaikan kebanyakan orang ialah kesihatan dan masa lapang. (Hadis riwayat Imam Bukhari, Tirmidzi dan Ibn Majah )
tatkala masa kita penuh, sibuk
seringkali kita mengeluh,
xcukup masa, byk keje nak kena buat,
24 jam ni mcm xcukup je...
tapi bila kita ada waktu kosong,
kita mampu nak menghabiskan masa berjam-jam lamanya di depan laptop
menghabiskan cerita korea...
berjam-jam melayari internet...
bukan ke kita telah menggunakan masa lapang itu,
tanpa kita sedari dgn benda yg bukan2?
dan nikmat sihat juga yg sering kita lupakan~
waktu sihat kita mampu bersuka ria,
buat semua kerja dgn baik,
blh kemana-mana...
kalau dah sakit, walau hanya selsema
kita dah rasa lain,
nak buat kerja pun kadangkala jadi malas...
tu baru selsema,
cuba bygkan kalau sesorang yg dah bertahun-tahun sakit
yang hanya mampu terlantar di atas katil~
nak makan pun kena org suap,
semua benda xmampu nak dilakukan dgn kudrat sendiri...
bagaimanakah perasaan dia?
mampukah kita,
seseorang yg masih kuat berjalan,
masih petah berkata-kata,
masih mampu melihat, mendengar
merasa apa yg org sakit lalui?
time kita sihat ni la, time utk kita beribadat pada Allah,
mencari pahala berlipat ganda,
utk bekalan utk ke sana~
bila dah sakit, bila dah tua,
kudrat kita dah xsegagah waktu sihat dan waktu muda...
*************
jom kita baca email yg daku dapat ni,
moga jadi iktibar pada kita semua,
dan moga kita lebih menghargai nikmat sihat & masa lapang tu ^_^
E-mail ini adalah cerita bergambar yang sebenar .
Ianya boleh merubah hidup kita, cara kita berfikir serta maksud hidup kita.
Ianya adalah kisah seorang lelaki dari Bahrain yang bernama Ibrahim Nasser . Dia telah lumpuh sepenuhnya sejak lahir dan hanya boleh mengerakkan kepala dan jari-jari. P ernafasannya juga terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan.
Ibrahim telah menanam keinginan untuk bertemu dengan Sheik Nabeel Al-Wadi seorang ulama’ dari Kuwait . Ayah Ibrahim telah memohon kepada Syeikh Nabeel Al-Wadi agar dapat menunaikan hajat anaknya Ibrahim untuk berjumpa dengannya.
Ibrahim tersangat gembira dapat berjumpa dengan Sheikh Nabeel bila beliau membuka pintu biliknya. Kegembiraannya dapat digambarkan pada raut wajahnya sehingga sukar baginya untuk berkata-kata pada mulanya.Ibrahim bersama-sama ayah, bapa saudaranya dan Syeikh Nabeel
Syeikh Nabeel dan Ibrahim berkongsi cerita tentang dakwah melalui internet dan segala macam usaha yang diperlukan olehnya. Mereka juga berkongsi cerita tentang perkara lain.
Semasa perbualan mereka , Syeikh Nabeel telah bertanyakan satu soalan yang telah menyebabkan Ibrahim tidak dapat menahan tangisan lantas menghamburkan air mata.
Tahukah anda apakah soalan yang telah menyebabkan Ibrahim tidak dapat menahan kesedihan sehingga menangis sepuas-puasnya ?
Syeikh Nabeel telah bertanya kepada beliau, sekiranya Allah memberikan dia nikmat kesihatan sehingga dia boleh berjalan, apakah yang akan dilakukan olehnya ?
Mendengar Soalan ini, Ibrahim telah menangis sepuas-puasnya sehingga ayahnya, bapa saudaranya dan kesemua orang di dalam bilik itu termasuk juga jurugambar telah menangis .
Dia telah menjawab, demi Allah jika saya boleh berjalan maka saya akan menunaikan sholat saya di masjid dengan penuh gembira dan akan menggunakan segala nikmat kesihatan untuk mendapat redha Allah.
Wahai saudara-saudara sekelian Allah telah memberikan kita semua nikmat kesihatan dan kita semua boleh berjalan dengan tidak ada masalah. Adakah kita menunaikan sholat kita di masjid ataupun kita hanya membuang masa berjam-jam di depan TV dan komputer ?
5 comments:
tersedar daku dr mimpi..
a touching story :)
love this post!
thanks ^_^
full of hikmah~
thanks for sharing T..
p.s : a very good reminder.
Post a Comment