pujuk diri sendiri?
Assalamualaikum ^^!
pernah merajuk?
pernah kecil hati?
kalau kecil2 dulu, ada je kemahuan yg tak dituruti, muncung sedepa, tarik muka masam! Bila dpt je, senyum memanjang (=
best nya zaman kanak2 dulu ^^!
tapi sekarang, umur pun dah masuk 20 tahun
dah nak masuk alam dewasa pun,
kalau merajuk mcm budak2 lagi,
org kata x 'mature'! buruk! mcm2 lagi la...
umur 20, dah dikira matang ke? *blink2*
Tapi kalau kita sedar atau tidak, tak semua org 24 jam ada bersama kita. Kalau tinggal berjauhan dari keluarga, lagilah, ada teman2 saja. Bestfriend pun tak 24 jam ada bersama. Sampai bila nak berharap pada org lain?
Jadi...
cuba belajar pujuk diri sendiri...
hanya kita yg kenal diri sendiri luar dan dalam. Hanya diri sendiri yg tahu di mana letaknya kekuatan sebenar. Hanya diri sendiri!
Hidup suatu perjuangan. Setiap langkah yg dihayunkan adalah utk mengejar mardhatillah, untuk mengejar redha Ilahi. Namun, perjalanan itu takkan pernah sunyi dari onak dan duri, takkan sunyi dari mehnah.
Namun sedar, bukan mudah mengatakan 'aku kuat', 'aku blh hadapinya', 'aku redha'! Things are easier said than done! Bukan mudah... apatah lagi jika pada org yg tak pernah mengalami apa yg kita rasai.
Mak, ayah, kawan2, hanya mampu menenangkan perasaan, memberikan nasihat, memberi kekuatan. Selebihnya, terserah pada diri sendiri. Hanya diri sendiri yg mampu memujuk.
Cuba pujuk diri sendiri!
Perempuan sering dikaitkan dgn air mata. Berjaya menangis, gembira menangis, gagal tak perlu ckp, berendam air mata... Namun, kalau tgk pada sudut 'psychology', menangis mampu memberi ketenangan pada diri. Mungkin tak sepenuhnya, tapi sekurang-kurangnya mampu meredakan hati yg terusik (=
Jadi... menangislah! =p
menangis bukan tandanya kamu kalah! menangis bukan tandanya kamu mengalah! Mana tahu, bila lepas semua perasaan, kita mampu muhasabah balik apa yg dah terjadi, mampu berfikir dengan rasional! ^^!
Tapi jgnlah terlalu emosi, nanti jd buta mcm dlm cerita Kassim Selamat! Kita masih ada iman kan? Iman yg ada mampu menyekat kita dari buat perkara bukan2. Kuatkanlah iman! Tingkatkan iman dlm jiwa.
"Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) kamu bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu org beriman". Al-Imran, ayat 139
dan yakinlah, Allah takkan uji hambaNya melebihi batas kemampuan kita. Setiap yg berlaku ada hikmatnya! Pasti ada hikmatnya, kita saja yg tak tahu lagi. Pasti!
Jangan kita lupa...
Allah sentiasa ada, 24 jam! Mungkin kita tidak merasai kehadiranNya seperti mana manusia biasa, tapi Dialah yg sentiasa ada, yg tak pernah lekang memerhatikan kita, Dia juga ada bagi kita surat2 cintaNYa, bacalah, hayati tiap bait kata2 itu...
insyaAllah, damai yg dicari ada di situ ^^!
Pujuklah hati.
Usah diratapi ujian itu.
p/s : suka jalan2 tgk alam bila terasa hati terusik. Terasa ada kedamaian bermukim di situ ^^!
4 comments:
Izzati,
Jiwa Kita akan sentiasa bersendirian walaupun ada ibu,ayah,kawan,suami dan kekasih!
Kerana hanya Allah sahaja yang kekal.
Mereka di sekeliling kita samada di ambil orang atau di ambil Allah.
dont be sad,okay?
Memang akan wujud perasaan hati yg gelisah. Sebab kalau tak ada gelisah, maka tak ada lah istilah hati yang tenang, kan? :p it's part of our life :)
be strong.
"Hidup ini bukanlah jalan yang datar, kadangkala disirami dgn air mata dan darah"
-HAMKA-
@kak nor : insyaAllah, cuba utk tak layan sgt perasaan itu
thanks ^^!
@Dr. Nua : i will, insyaAllah (=
@aqeefa : yep, that's right. tq ^^
Post a Comment