Pages

bila nak fasih ni?

Bila nak fasih ni?
fasih dengan bahasa :D
erk~
takkan bahasa melayu kot...
dialek kelate?
lagi la bukan hohoho...


English?
erk~
tak sehebat org yg fasih sgt dlm BI tu...
tapi sy rajin baca novel BI (oh ke'sengal'an terasa hohoho)


Apa lagi kalau bukan bahasa arab :(
huhuhu...
bilakah saatnya nak fasih bertutur dlm bahasa arab ammi ( bahasa arab pasar mesir)...ni?
dah masuk tahun ke 3 berada di bumi mesir ni, tapi masih tak fasih2 lagi. 
Malunya! 


Oh. Selalu kena tegur ngan seorang senior ni bila terpaksa berhubung atas urusan kerja.
Ayat sadis dia buat tersipu-sipu, xtau nak letak muka kat mana,



"ni tahun berapa? muka mcm dah senior"


maksud dia, bukan baru dtg la. Malulah! hee...


Kat universiti pun bergaul dengan kawan2 melayu. Sebab pelajar2 Malaysia, kitaorg diletakkan dlm satu kelas, kelas MoU. Kelas ni khas utk pelajar malaysia sahaja. Ada kelas yg bercampur dengan budak2 arab, kelas G2G. Ada yg masuk kelas ni. Tapi memandangkan kami adalah anak2 JPA, jadi masuklah kelas MoU :D


Duduk kat rumah pun ngan kawan2 melayu. Itu semestinya! =p Takkan nak duduk ngan org arab kan?? 


Jadi penggunaan bahasa arab tu hanya bila ke pasar atau ke kedai2, ke kelas al-Quran, dan bila nak buat urusan. Hanya itu! Yang lain, pergi kelas, balik rumah. Habis. 


Dan jujurnya, kawan2 yg berbangsa arab pun dua tiga org je. Tu pun kalau berckp  ngan diaorg, diaorg lbh suka 'speaking'. Diaorg la plak nak belajar BI ngan kita. huhuhu... Lagipun susah nak cari kawan arab yg sabar dlm 'mengajar' bahasa arab. Last2 diaorg ckp BI. hahaha... tak paham punya pasal =p


Ustazah Amira selalu tanya, "bilalah korg ni nak pandai BA?" hee... senyum je lah kan? hehehe...
Ustazah sentiasa pesan, "ambil peluang ketika berada di sini, belajar bahasa Quran tu. Belajar nahu, balaghah, pe semua"... baik2, angguk2, senyum2. insyaAllah je yg terkeluar :D 





ada je yg Bahasa Arab tapi beli yg Bi punya... 
tak terbaca kot nanti kalau beli yg BA hehehe


Kenangan 5 tahun belajar bahasa arab di SMKA Naim Lilbanat memg best. Nak belajar lagi bahasa arab fushah! Sekarang ni peluang belajar bahasa arab memg terbuka luas. Itu tak dinafikan. Cuma masa yg membataskan. Itu hanya alasan =p


Namun, terselit di hati yg bila habis belajar di sini, balik malaysia insyaAllah mampu atau fasih bertutur dlm bahasa arab fushah. InsyaAllah. Bak kata ustazah Hachinah ( jadi PK Hem sekolah Naim lagi ke?), mana tau nanti pelajar2 yg belajar di mesir ni blh ajar adik2 kat sekolah plak :D.
Balik nanti jd doktor la ustazah hehehe... kerja part time kot... sempat ke? =p


Mungkin maksud ustazah, ilmu kena amalkan. Kalau ada ilmu tapi x amalkan pun xguna juga kan. Lagipun, bahasa ni kita kena praktis, bukan setakat tulis & hafal je... kena praktis selalu. 


Jadi... jom belajar bahasa arab ammi & fushah sekali :D
beramah mesra la dengan jiran tetangga, dengan pak cik mak cik arab tu hehehe...
cari kawan arab la plak, ni asyik kita2 je. Oh. Sy tak mampu hidup tanpa kawan2 sy. =p


ni lebih kepada pesanan utk diri sendiri ^^!



nota : alamak, lif rosak lagi! kena berurusan ngan pak cik Gamal lagi :(
maaf yer pak cik, asyik sy je yg tepon pak cik ho3... dah la xpandai ckp kan. ayat sama je dari tahun 1 smpi skrg hehehe...


nota 1 : polis Mesir dah pakai baju hitam! oh yeay~ musim sejuk sudah tiba :D 


nota 2 : hati berbunga-bunga je hari ni, nape yer? hee... senyum memanjang je lah hari ni =p
masih tersenyum ketika menulis ayat ini dan akan terus tersenyum... =p








btemplates

2 comments:

sfatimahzj said...

seronoknya dapat duduk di tempat arab..belajar elok k!huhu

Izzati Hashim said...

@ fatimah : alhamdulillah, rezeki blaja kat sini (=

insyaAllah ^^!

thanks sudi menjengah teratak ini ^^!