Pages

6 comments

Beradab?

"malu la nak p salam ngan mak ayah ko"- kata si A kat si B

"budak bertuah betul, x dtg salam ngan aku ni"- monolog ayah si B

Pernah terjadi situasi di atas? :D

Mungkin pernah berlaku pada kita atau sesiapa sahaja. Timbul satu isu di sini, tentang adab. Tak beradabkah kalau begitu gayanya? 

Mungkin pada kita, sebagai orang muda benda tersebut nampak remeh temeh. Benda kecil  je kan? Tapi mungkin tidak bagi orang lebih berusia, seperti ibu bapa. 

Kenapa?

Sebab saya pernah terdengar rungutan mak saudara saya sendiri. Siap cakap mcm ni lagi, "memg tak boleh buat menantu kalau tiada adab mcm tu", hohoho. Nampak kan? Benda yang mungkin ada di antara kita nampak remeh tapi itu yang menyebabkan hilang kelayakan utk jadi menantu :D

Saya tanya pendapat mama saya sendiri tika berbual time breakfast tadi mengenai benda ni. 
Betul ke yang orang-orang tua ni memg ambil serius mengenai adab ni. Dan mama saya kata, ya. Lagi pun mama kata, tak salah. Lagi manis, lagi sopan. Mama kata, sejuk mata memandang :D

Mama sempat menitipkan pesanan. Kalau pergi rumah orang, jaga tingkah laku. Yang penting bila sampai rumah orang, jumpa tuan rumah terlebih dahulu, mak ayah kawan . Lepas tu, nak berborak ke nak buat apa ke terpulang la (=

Buanglah kejap sifat pemalu tu. Tak salah pun kan? Kang tak pasal2 tak lulus :D

picture by fotoruina of deviantArt


nota : bersama keluarga adalah saat terindah :D










4 comments

wat kijo molek!

Assalamualaikum (=


Untuk post yang ni, segho nok nulih dale loghat kelate. Nasib bade la sapo tok pehe =P
Rasonyo semua dah tahu sayo ni oghe kelate (koya!), kelate sejati gitu hohoho.


Ni sebab abah duk wi nasihat dale keto marin la ni. Abah kijo dekat JKR Kota Bharu 15 tahun doh dan sebab tu la abah kato dia nak tukar angin tempat lain pulok. Bose kijo situ doh kalih =P


Tapi abah kato, boh dia mace tokse lepah jah abah g tempat lain yakni tukar kijo dekat daerah lain. Mace-mace la boh oyak, jange tukar, susohla. Pahtu yang menarik sekali, boh oyak tukar tepat kijo ni selalunya oghe yang bermasalah kecuali naik pakat. Hahaha. Menarik-menarik :D


Sayo tanyo abah, bakpo gitunya sapa boh malah nak sain ( tandatangan)? Mama pun oyak la abah ni pekerja berdedikasi. Hohoho.


Naa. Patutlah abah penah buleh anugerah pekerja cemerlang. Hebat la abah. Bangga sekejap hehehe. Xleh bangga lamo-lamo nanti jadi riak pulok :D


Abah pun oyak la, lebih pada pese untuk saya. 


"Kalu ado oghe wi kijo ko kito, buat molek. Buat prabih sapa siap. Jange duk bertangguh-tangguh. Oghe wi kijo, kito sebagai pekerjo keno lah buat molek. Jange buat kijo atah angin gtu, jange duk main-main." Ngee.


Free kena wi tazkirah pagi atah keto marin :D


Meme yolo la gapo ye abah duk pese tuh. Kalu kito wat kijo main-main, sapa bilo nok siap. Kalu siap pun x molek sgt. Doh wat kijo main-main sgt. Sapo suruh? 


Tu ye ado jambate rutuh la. Bangune dua tigo tahun duduk retak doh. Kijo jenih main-main la tuh. Oghe kato make gaji buto! Hee. 



Kijo gak molek. Ingat seksok Tuhe tok tanyo ko? Allah tu Maha Teliti. Beringatla blako, untuk akhirat seksok :D


Loni tengoh ngaji ag. Lambat ag nok kijo. Jadi gak, tera apply dale kehidupe sebagai pelajar. Maso study, study molek, study rajin-rajin. Jange duk main-main. Maso nok main, main lah puah. Buke suruh study 24 je pun. 


Supo jugok kalu berpersatue. Oghe atah suh wat kijo, wat molek. Bia semua kijo bereh blako. Mugo cidik-cidik blako kae :D


Tu je lah. Kito keno ingat so bendo jah. Gapo kita buat loni, saat ni, detik ni, tak kae terlepah dari pandange Allah. Pasti keno tanyo seksok. Huu. 




saye kelate! :D


pesane penaja : haru nulih dale loghat kelate ni. kecek pom pam pom pam blh la, mari bab nulih. So so jadik hohoho.


nota : oghe kato sayo oghe perak, Selangor, sebab kalu kecek luar xdop bunyi kelate pom hua3. tok banggo pun. =p


nota 1 : Sayo suko make budu cicoh petai nge poyok! dan sayo penyokong setia TRW :D Ngee.


nota 2 : sapo tok pehe, bulih la komen deh. Nanti sayo translate hehehe.

















0 comments

Usah leka menatap langit nan biru

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.


Alhamdulillah setelah lama bercadang nak melawat keluarga angkat di Bukit Awang, Pasir Puteh, kelmarin sempat ke sana dengan keluarga. Nak juga perkenalkan keluarga sendiri pada mereka, boleh merapatkan hubungan silaturrahim. Yang tak kenal kita kenalkan, yang dekat kita rapat-rapatkan (=


Canggung.


Terasa canggung nak memanggil panggilan 'mak' dan 'abah' di hadapan keluarga sendiri. Hohoho. Terasa lain. Malu mungkin, segan pun ya. Entahlah. Dan yang pasti sifat pendiam saya terserlah kelmarin. 


Patutlah ada yang mengatakan saya ni seorang pendiam. Pendiam pabila tidak tahu apa yang hendak diborakkan :D


Apa yang cuba hendak saya sampaikan, sebagai manusia dan sebagai hambaNya, jadilah hamba yang bersyukur. Bersyukur dengan apa yang kita ada. Bersyukur dengan apa yang Allah beri. 


Jangan terlalu asyik mendongak ke langit, mengharapkan yang lebih. Tapi kadangkala tunduklah ke bumi pandang pada rumput-rumput yang kita pijak di bawah. Begitulah manusia, jangan selalu bandingkan kita dengan orang yang mungkin lebih dari kita kerana kita takkan rasa cukup dengan apa yang kita ada.


Cuba bandingkan diri dengan orang-orang yang mungkin kurang dari kita. Bukan niat untuk berlagak yang kita lebih tapi untuk pupuk rasa bersyukur. Bersyukur. Dalam kita gembira ada yang menangis, dalam kita kekenyangan ada yang kelaparan. Beringatlah. 


Allah ciptakan segalanya penuh keindahan, pelbagai keunikan. Untuk apa? Untuk kita perhatikan dan ambil pengajaran (=


picture by KineticEcho of deviantArt




nota : kena selalu ingatkan diri, menulis bukan setakat 'saja-saja' tapi cuba untuk memberi sesuatu. Kerana diri bimbang, setiap apa yang tertulis dirakamkan oleh para malaikat, diperhatikan oleh DIA, bimbang nanti ini semua akan disoal nanti :(





3 comments

Tiupan sang angin.

Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi, namun mata ini masih segar. Mungkin sebab agak lewat balik dari majlis kesyukuran dan solat hajat bersama pelajar-pelajar Kelantan Mesir dekat Balai Islam tadi jadi balik-balik dah tak rasa mengantuk :D

Alhamdulillah, sesungguhnya setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. 

Seperti yang diperkatakan oleh salah seorang YB yang berucap tadi. Kalau bukan kerana kejadian yang menimpa bumi Mesir, tak mungkin dapat berkumpul ramai-ramai tadi di Balai Islam, Lundang. Allah. Mana mungkin dapat menghimpunkan para ibu bapa dan anak-anak seramai itu kalau tiada apa-apa yang terjadi. Indah bukan? (=

Jangan cepat melatah, jangan cepat buruk sangka pada Allah. Mungkin itu antara yang Allah nak beri pengajaran pada kita semua.

Memang betul, Allah tidak akan menguji hambaNya melebihi kemampuan diri.

Dalam banyak-banyak yang diperkatakan oleh mereka yang berucap tadi, ada satu perkara yang membuat saya tersentak seketika. Membuat saya merenung jauh. Apa tu? 

Hmm...

Semuanya tentang khabar angin atau lebih tepat lagi tentang penyampaian maklumat yang tak berasas yang kadangkala mampu mengundang fitnah.

Terasa sekejap. Hee... Sekejap je ke? :D

Ketika talian internet diputuskan beberapa hari di Mesir, tiupan khabar angin tetap ada. Malah mungkin lagi hebat. Huhuhu.
Pelbagai cerita digembar-gemburkan, pelbagai harapan dilemparkan. Banyak. Teramat banyak. Sehingga saya sendiri nekad untuk tidak mempercayai mana-mana berita yang tidak sahih selagi benda itu tidak pasti. Huu.

Cuma diri ini terasa, dalam banyak-banyak berita tu, saya takut mungkin diri sendiri salah seorang penyumbangnya. Allah.

Apa yang terbaik? Diam adalah jalan yang terbaik. Atau pun, selidik dahulu apa yg diberitahu. Dan kemudiannya barulah boleh diberitahu kepada yang lain. Seperti mana firman Allah yang berbunyi,

"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." 
(Al-Hujurat: 6)


picture by Azmeem of devianART




Mungkin kita boleh praktikkan cara sebegini sebelum melontarkan satu-satu perkataan yang hendak kita tuturkan :D

setiap perkataan yang hendak kita lafazkan, mestilah melalui 3 pintu. 

Penjaga pintu 1 bertanya, "adakah ini benar?" 

Kemudiannya, pintu 2, "adakah ia perlu?" 

dan pintu terakhir iaitu pintu 3, "adakah ia perkataan baik?" 

Kalau tidak, diam itu lebih baik (=


Diam.


Diam mampu mengelakkan kita semua dari mengumpat. Diam juga dapat menghalang kita dari menyebarkan benda-benda yang bukan-bukan dan dari menyebabkan ada insan yang patah hati sebab percakapan kita.


Sebab itu ada pepatah yang mengatakan, diam umpama emas. Bernilai dan berharga (=





nota : naa. Minggu depan dah nak kena balik Mesir ke? Huu.

nota 1 : tak paham dengan hati dan perasaan sendiri :$


nota 2 : saya jadi malas untuk meng'update' WWK pabila berada di rumah di Kelate :D sebab tu dah tiada dalam ranking blog. Boleh tak saya nak buang WWK dalam senarai Egypt Bloggers TopBlogs wahai pemiliknya? Hehehe.


nota 3 : tatau nak letak tajuk apa untuk post kali ini. Adehh~

nota 4 : Malaysia sudah pukul 2 pagi tapi post masih dalam waktu Mesir sebab tu tarikh masih 20/2/11 :D






2 comments

Family first!

Bismilillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

Menatap keindahan pagi tatkala fajar subuh berlabuh, subhanallah. Allah masih beri kesempatan menghirup udara segar hari ini lagi, alhamdulillah. 

Terasa kedamaian bermukim merenung pepohon menghijau, menatap langit nan biru, sang suria bagaikan tersenyum pada diri. Allah, indahnya ciptaanMu.

Hari ini dah masuk hari yang ke-6 berada di rumah setelah di evacuated dari Mesir minggu lepas. Sebenarnya, pernah terlintas untuk bercuti di Malaysia cuti winter break tahun ni, alih-alih dapat balik juga, free pula tu. Alhamdulillah. :D

Saya merenung kembali saat-saat dramatik yang berlaku tatkala di sana. Tak pernah di duga keadaan akan menjadi buruk sehingga semua pelajar Malaysia yang ada di sana kena balik Malaysia. Allah. 

Ada hikmatnya di sebalik semua ini.

Allah uji saya sendiri dengan pelbagai dugaan, mungkin banyak yang saya gagal lepasinya :(

Namun, saya bersyukur sangat-sangat diberi kesempatan untuk bersama keluarga. Itu yang terindah.

Keluarga adalah segala-galanya (=

Sering kali dengar keluhan dari kawan-kawan, bosan berada di rumah tatkala cuti panjang. Tapi bagi saya sendiri, TIADA istilah BOSAN apabila berada di rumah kerana saya cuba optimum kan masa bersama keluarga.

Bukan apa, ketika cuti la waktu bersama keluarga. Dah la duk jauh, balik setahun sekali pula tu. Cuba manfaatkannya :D

kalau tengok yang berlaku dalam masa dua minggu lepas, betapa risaunya keluarga di Malaysia. Betapa mengharapnya mereka untuk menatap wajah anak-anak, kembali dengan selamat. Alhamdulillah semuanya sudah kembali ke Malaysia. 

Allah tahu apa yang terbaik. Mungkin dalam ramai-ramai yang balik ni, ada yang sudah dua tiga tahun tak balik Malaysia. Jadi satu rezeki dapat balik jumpa yang tersayang :D





nota : sangat terharu pabila ada seorang sepupu yang sangat menyayangi diri ini. Gembira tapi sedih dia dah nak kahwin T.T

nota 1 : xnak tengok mama nangis sebab diri ni lagi. Jangan risau yer mama, along selamat (=








3 comments

Pengalaman itu.

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Seinfiniti kesyukuran saya panjatkan pada Ilahi, dengan izin dan rahmatNya, saya dan sahabat-sahabat yang lain selamat kembali ke Malaysia pada 9/2/2011 hari Rabu. Berkat doa semua, doa ma abah yang tak putus-putus, alhamdulillah semuanya selamat (=


Terima kasih saya tititpkan pada semua. Hanya Allah yang mampu membalas segalanya. Moga Allah merahmati dan meredhai kehidupan kita semua.


Sesungguhnya, ujian yang Allah berikan pada saya dan sahabat-sahabat lain adalah satu pengalaman yang cukup bermakna. Kami teruji dengan ketakutan melihat segala yang berlaku, kesabaran menanti bantuan untuk memindahkan kami semua, kelaparan ( bagi sesetengah orang), dan macam-macam lagi. 


Allah. Kenangan winter break kali ini cukup bermakna (=



Kronologi rusuhan 



25/1/2011- Selasa

Protes pertama dilakukan di Medan Tahrir, bangunan pentadbiran banyak di sini. Dan apa yg dilaporkan kurang 10 orang yg meninggal.
Tahrir ni tak jauh dari rumah saya sendiri, lebih kurang dalam 15 minit jalan kaki. Tempat buat visa, tempat bayar internet dan mcm2 lagi.

Dan dijangka protes kedua besar-besaran dilakukan pada hari Jumaat nanti.

28/1/2011- Jumaat

Selepas solat Jumaat, mereka (warga tempatan) mula berkumpul di perkarangan masjid Sayeda Zainab (depan rumah). Polis memenuhi kawasan. 

Bermula rusuhan.

Mula-mula keadaan masih terkawal dengan rakyat hanya membaling batu dan polis menyembur gas pemedih mata.

Namun selepas sahaja solat Asar, keadaan terus bertukar menjadi huru-hara. Polis mula menggunakan senapang kerana penduduk mula agresif. Mereka mula membaling botol minuman yang mengandungi minyak dan api.

Kitaorang penghuni imarah (apartment 11 tingkat) hanya tengok dari atas. Berani kan? Hohoho. Kalau selama ni tgk dlm movie, hari ni depan mata. Aksi tembak menembak, aksi kena sembur gas pemedih mata. Takut. Namun terselit rasa bangga dengan penduduk Mesir sendiri sebab betapa kuatnya jihad mereka. Dalam mereka merusuh,takbir bergema, laungan La ila ha illa Allah kedengaran.

Allah. Kuatnya jihad mereka untuk bebaskan negara mereka dari cengkaman pemerintah yang tidak adil.

Rusuhan berakhir apabila polis-polis mula mengundur diri mungkin sebab terlalu ramai yang menyerang.

Dan pengakhirannya sebuah rumah terbakar (akibat lontaran dari botol mengandungi minyak yang dicucuh api kot?), dua trak polis dan sebuah balai polis dibakar. Tanda kemenangan mungkin? *devil*

Menyaksikan benda-benda mcm ni memang menakutkan. Kalau blh nak terus balik Malaysia :(



29/1/2011- Sabtu

Semuanya kelihatan macam biasa. Penduduk menjalani kegiatan harian masing-masing bagaikan tiada apa-apa yang berlaku.

Cuma, perintah berkurung mula dikeluarkan. Dari pukul 4 petang sehingga 8 pagi. Huh.
Malamnya, keadaan agak tegang. Sebab dikatakan penjenayah mula berleluasa sebab polis sudah tidak berkuasa lagi.

Kelihatan ramai kaum adam yang memegang sebilah parang atau kayu di tangan masing-masing. Mula-mula ingatkan rusuhan akan tercetus lagi rupanya untuk protection kawasan masing-masing.

Takut. Takut. Takut.

31/1/11, Isnin

Dapat arahan dari Presiden PERUBATAN, kena pindah ke ARMA (Asrama Rumah Melayu Abassiah), dewan Malaysia sekarang juga! Ke ARMA hanya bergalaskan beg pack dan satu beg sandang. Just benda-benda yang penting, dan dua tiga helai baju yang sempat dibawa. Memandangkan kami dapat arahan hanya itu yang blh dibawa :(

Alhamdulillah semuanya ok berada di situ. Namun, time tu internet x dapat lagi. Terasa bagaikan berada dalam gua, tak tahu apa2 yg terjadi di luar sana :(

Berada di ARMA hingga 4/2/2011.

4/2/2011 - Jumaat

Ke Jeddah, Saudi Arabia menaiki MAS. Ada di antara kami yang menaiki Charlie (TUDM) dan AirAsia.

Nak tahu pengalaman naik Charlie, tanyalah pada sahabat-sahabat lelaki. Hanya lelaki sahaja menaiki pesawat Charlie ni, tapi dekat2 akhir tu ada juga dikalangan mahasiswi menaikinya (=

Hampir 4 hari di Jeddah. Alhamdulillah dan jutaan terima kasih pada pihak Tabung Haji yang melayan kami semua bagaikan anak sendiri. Sehari makan hampir 5 kali! tu yang balik2 ni nampak chubby! ops! hehehe.

9/2/2011- Selasa

Bertolak ke Malaysia menaiki MAS lagi sekali. Tiba di KLIA pada pukul 7.30 pagi dan disambut dengan Timbalan Menteri Luar, Senator A. Kohilan Pillay dan pegawai2 yg lain.

Syukur 

Lega. Satu perkataan yang mungkin tergambar di wajah para pelajar kerana selamat kembali ke Malaysia.

Lega kerana akhirnya dapat menghilangkan kerisauan mama, abah dan adik2 sepanjang hampir dua minggu jadi pelarian. Menurut abah, mama memang dah tiada selera nak makan, asyik fikirkan anak dia yang seorang ni :(

Harapan

Namun dalam kelegaan tu tak dapat dinafikan betapa sedihnya meninggalkan bumi Mesir dalam keadaan begitu. Kelam kabut kena evacuated dari rumah dan Mesir.

Masih terbayang di ingatan saat bertolak ke Cairo Airport ketika dalam bas. Terasa sayu dan sebak di jiwa melihat keadaan Mesir pagi Jumaat tu. Sunyi. Mesir yang terkenal dengan kebisingan rakyatnya, hon-hon kereta tapi hari tu semuanya senyap. Allah. 

Saya mahukan Mesir yang dahulu. 
Mesir yang aman, Mesir yang bising, Mesir yang tanpa kereta kebal berderetan di jalanan :(

Entah bila semua ini akan berakhir. Selagi Husni Mubarak tidak meletakkan jawatan, mungkin sehingga itu Mesir akan terus bergolak. Allah.

Sememangnya kami semua bimbang dengan pengajian yang tertangguh huhuhu. Apa-apa pun, moga Allah berikan yang terbaik buat rakyat Mesir, dan buat kami penuntut di bumi ardu kinanah.

'Lawatan muhibbah pelajar Malaysia di Mesir ke Jeddah dan Malaysia dengan bantuan kerajaan Malaysia dan disokong oleh kerajaan Mesir dengan tajaan oleh MAS, AirAsia, TUDM, Tabung Haji, dan kerajaan Saudi serta mendapat kebenaran dan sokongan padu dari keluarga di Malaysia'

ok tak? Serba sedikit coretan pengembaraan saya pada cuti musim sejuk 2011 ni, hehehe. =P



nota : Terima kasih buat semua yang telah membantu kami semua terutama pihak kerajaan Malaysia sendiri yang bersusah payah mengeluarkan kami dari bumi Mesir. Buat penaja-penaja semua. Hanya Allah yang mampu membalas segala jasa kalian semua.

Terima kasih atas doa dan ingatan para sahabat semua. Doa kalian penguat semangat kami semua (=

nota 1 : malu la bila kena temubual dengan wartawan SinarHarian hak3 =P 






5 comments

Mesir, huru hara?



Ya Allah, musibah yang telah Kau berikan adalah ujian buat kami, limpahkanlah kepada kami kesabaran, lapangkanlah dada kami untuk menerima semua ini dengan redha, dan biarlah dugaan ini semakin mendekatkan kami kepadaMu.

Ya Allah, andai kami syahid Ya Allah, syahidkanlah kami di jalanMu.

Nota : terasa bagaikan di Palestin saat tengok aksi baling batu dan tembak menembak antara penduduk dan polis. Tgk kereta kebal di jalanan bagaikan satu ilusi.

nota 1 : ini adalah kenangan terindah, mungkin? (=

Nota 2 : Dalam kami berbicara tercetus persoalan, seandainya benda ni berlaku di Malaysia apa yg kita akan buat? Kalau di sini, kami mungkin blh lari balik ke Malaysia. Dan kalau di Malaysia? Bersukurlah. Negara kita negara yang aman. (=

nota 3 : doakan kami!!! pohon doa dari semua.