Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Seinfiniti kesyukuran saya panjatkan pada Ilahi, dengan izin dan rahmatNya, saya dan sahabat-sahabat yang lain selamat kembali ke Malaysia pada 9/2/2011 hari Rabu. Berkat doa semua, doa ma abah yang tak putus-putus, alhamdulillah semuanya selamat (=
Terima kasih saya tititpkan pada semua. Hanya Allah yang mampu membalas segalanya. Moga Allah merahmati dan meredhai kehidupan kita semua.
Sesungguhnya, ujian yang Allah berikan pada saya dan sahabat-sahabat lain adalah satu pengalaman yang cukup bermakna. Kami teruji dengan ketakutan melihat segala yang berlaku, kesabaran menanti bantuan untuk memindahkan kami semua, kelaparan ( bagi sesetengah orang), dan macam-macam lagi.
Allah. Kenangan winter break kali ini cukup bermakna (=
Kronologi rusuhan
25/1/2011- Selasa
Protes pertama dilakukan di Medan Tahrir, bangunan pentadbiran
banyak di sini. Dan apa yg dilaporkan kurang 10 orang yg meninggal.
Tahrir ni tak jauh dari rumah saya sendiri, lebih kurang dalam 15 minit jalan kaki. Tempat buat visa, tempat
bayar internet dan mcm2 lagi.
Dan dijangka protes kedua besar-besaran dilakukan pada hari Jumaat
nanti.
28/1/2011- Jumaat
Selepas solat Jumaat, mereka (warga tempatan) mula berkumpul di
perkarangan masjid Sayeda Zainab (depan rumah). Polis memenuhi kawasan.
Bermula rusuhan.
Mula-mula keadaan masih terkawal dengan rakyat hanya membaling batu
dan polis menyembur gas pemedih mata.
Namun selepas sahaja solat Asar, keadaan terus bertukar menjadi
huru-hara. Polis mula menggunakan senapang kerana penduduk mula agresif. Mereka
mula membaling botol minuman yang mengandungi minyak dan api.
Kitaorang penghuni imarah (apartment 11 tingkat) hanya tengok dari
atas. Berani kan? Hohoho. Kalau selama ni tgk dlm movie, hari ni depan mata.
Aksi tembak menembak, aksi kena sembur gas pemedih mata. Takut. Namun terselit
rasa bangga dengan penduduk Mesir sendiri sebab betapa kuatnya jihad mereka.
Dalam mereka merusuh,takbir bergema, laungan La ila ha illa Allah kedengaran.
Allah. Kuatnya jihad mereka untuk bebaskan negara mereka dari
cengkaman pemerintah yang tidak adil.
Rusuhan berakhir apabila polis-polis mula mengundur diri mungkin
sebab terlalu ramai yang menyerang.
Dan pengakhirannya sebuah rumah terbakar (akibat lontaran dari botol mengandungi minyak yang dicucuh api kot?), dua trak polis dan sebuah balai
polis dibakar. Tanda kemenangan mungkin? *devil*
Menyaksikan benda-benda mcm ni memang menakutkan. Kalau blh nak
terus balik Malaysia :(
29/1/2011- Sabtu
Semuanya kelihatan macam biasa. Penduduk menjalani kegiatan harian
masing-masing bagaikan tiada apa-apa yang berlaku.
Cuma, perintah berkurung mula dikeluarkan. Dari pukul 4 petang
sehingga 8 pagi. Huh.
Malamnya, keadaan agak tegang. Sebab dikatakan penjenayah mula
berleluasa sebab polis sudah tidak berkuasa lagi.
Kelihatan ramai kaum adam yang memegang sebilah parang atau kayu di
tangan masing-masing. Mula-mula ingatkan rusuhan akan tercetus lagi rupanya
untuk protection kawasan masing-masing.
Takut. Takut. Takut.
31/1/11, Isnin
Dapat arahan dari Presiden PERUBATAN, kena pindah ke ARMA (Asrama Rumah Melayu Abassiah), dewan Malaysia sekarang juga! Ke ARMA hanya bergalaskan beg pack dan satu beg sandang. Just benda-benda yang penting, dan dua tiga helai baju yang sempat dibawa. Memandangkan kami dapat arahan hanya itu yang blh dibawa :(
Alhamdulillah semuanya ok berada di situ. Namun, time tu internet x dapat lagi. Terasa bagaikan berada dalam gua, tak tahu apa2 yg terjadi di luar sana :(
Berada di ARMA hingga 4/2/2011.
4/2/2011 - Jumaat
Ke Jeddah, Saudi Arabia menaiki MAS. Ada di antara kami yang menaiki Charlie (TUDM) dan AirAsia.
Nak tahu pengalaman naik Charlie, tanyalah pada sahabat-sahabat lelaki. Hanya lelaki sahaja menaiki pesawat Charlie ni, tapi dekat2 akhir tu ada juga dikalangan mahasiswi menaikinya (=
Hampir 4 hari di Jeddah. Alhamdulillah dan jutaan terima kasih pada pihak Tabung Haji yang melayan kami semua bagaikan anak sendiri. Sehari makan hampir 5 kali! tu yang balik2 ni nampak chubby! ops! hehehe.
9/2/2011- Selasa
Bertolak ke Malaysia menaiki MAS lagi sekali. Tiba di KLIA pada pukul 7.30 pagi dan disambut dengan Timbalan Menteri Luar, Senator A. Kohilan Pillay dan pegawai2 yg lain.
Syukur
Lega. Satu perkataan yang mungkin tergambar di wajah para pelajar kerana selamat kembali ke Malaysia.
Lega kerana akhirnya dapat menghilangkan kerisauan mama, abah dan adik2 sepanjang hampir dua minggu jadi pelarian. Menurut abah, mama memang dah tiada selera nak makan, asyik fikirkan anak dia yang seorang ni :(
Harapan
Namun dalam kelegaan tu tak dapat dinafikan betapa sedihnya meninggalkan bumi Mesir dalam keadaan begitu. Kelam kabut kena evacuated dari rumah dan Mesir.
Masih terbayang di ingatan saat bertolak ke Cairo Airport ketika dalam bas. Terasa sayu dan sebak di jiwa melihat keadaan Mesir pagi Jumaat tu. Sunyi. Mesir yang terkenal dengan kebisingan rakyatnya, hon-hon kereta tapi hari tu semuanya senyap. Allah.
Saya mahukan Mesir yang dahulu.
Mesir yang aman, Mesir yang bising, Mesir yang tanpa kereta kebal berderetan di jalanan :(
Entah bila semua ini akan berakhir. Selagi Husni Mubarak tidak meletakkan jawatan, mungkin sehingga itu Mesir akan terus bergolak. Allah.
Sememangnya kami semua bimbang dengan pengajian yang tertangguh huhuhu. Apa-apa pun, moga Allah berikan yang terbaik buat rakyat Mesir, dan buat kami penuntut di bumi ardu kinanah.
'Lawatan muhibbah pelajar Malaysia di Mesir ke Jeddah dan Malaysia dengan bantuan kerajaan Malaysia dan disokong oleh kerajaan Mesir dengan tajaan oleh MAS, AirAsia, TUDM, Tabung Haji, dan kerajaan Saudi serta mendapat kebenaran dan sokongan padu dari keluarga di Malaysia'
ok tak? Serba sedikit coretan pengembaraan saya pada cuti musim sejuk 2011 ni, hehehe. =P
nota : Terima kasih buat semua yang telah membantu kami semua terutama pihak kerajaan Malaysia sendiri yang bersusah payah mengeluarkan kami dari bumi Mesir. Buat penaja-penaja semua. Hanya Allah yang mampu membalas segala jasa kalian semua.
Terima kasih atas doa dan ingatan para sahabat semua. Doa kalian penguat semangat kami semua (=
nota 1 : malu la bila kena temubual dengan wartawan SinarHarian hak3 =P
3 comments:
Assalam Zati..ALhamdulillah..
Ya ALLAH Zati,nak nangis saya bace entry ni...Saya tk alert zati berada dlm situasi ni sblm ni...sebaknye rase...:(
Wslm. tadapappa k. semuanya dah selamat (=
satu pengalaman yg cukup bermakna
Alhamdulillah zati sudah di bumi malaysia.. hosmi mubarak sudah pon berjaya digulingkan... harap Mesir akan kembali seperti yang zati mahukan
Post a Comment