Pages

Semangat yang menjauh.

Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Alhamdulillah minggu ni dah minggu ketiga masuk kelas. So far, alhamdulillah (=
Terima kasih buat sahabat-sahabat yang sering menanyakan khabar, jazakillah ('=

"macam mana study?"
"macam mana dengan tahun baru? persekitaran baru?"

Just one word, alhamdulillah. (=
Mula-mula melangkah, mula-mula untuk membiasakan diri di 'persekitaran' baru, hanya Tuhan yang tahu debaran di hati.
Tapi sekarang, alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. ('=




Semangat yang menjauh.
"Izzati, bagaimana nak ada semangat kembali?"
"Entahlah kakak, tak rasa ada semangat tu. Tak semangat nak buat semua benda. Tak tahulah kenapa."

Seretak mereka menanyakan soalan yang berkait rapat dengan semangat di waktu sama pada hari yang sama tapi berbeza keadaan.
Naa, saya bukanlah penasihat yang baik atau terbaik, masih bertatih ke arah itu. Cuma mungkin andai diberi pilihan, saya boleh atau lebih suka menjadi pendengar yang setia. (=

Cerita itu.

Berada di bumi Mesir ini banyak mengajar saya tentang erti kehidupan. Allah berikan saya peluang untuk merasai pengalaman yang pelbagai rasa. Ada ketikanya teruji dengan sesuatu yang mendukacitakan, adakalanya dengan yang pahit, dan macam-macam lagi.

Di sini saya mula belajar erti 'semangat' itu sendiri.
Bagaimana hilangnya semangat ketika mendapat khabar berita kehilangan insan tersayang di saat tengah exam. Bagaimana jatuhnya semangat tika mendapat keputusan yang hampir buat diri rasa putus asa. Bagaimana terbangnya semangat ketika 'diperlekehkan'.
Bagaimana rasa semangat itu menjauh tika jauh dari keluarga, tetap terasa asing walau berada dalam ramai.
Banyak...

Tapi... itu yang memberikan pengalaman. Dari situ tercarinya semangat-semangat yang hilang dan di situlah jua semangat itu ada. ('=

Jika ditanya pada saya bagaimana untuk kembali bersemangat semula, mungkin saya tiada jawapan yang pasti. Sebab, saya tidak berada di situasi yang sama. Saya tidak merasa apa yang anda rasa. Saya hanya akan jawab dari akal, bukannya hati bukannya perasaan yang sama sebagaimana yang anda rasa. )'=

Tapi takkanlah jika ada yang tanya soalan begitu pada kita, dan kita hanya jawab, "tak tahu, sebab saya tak alami apa yang kamu alami," kan? 
Sekurangnya, secebis kata-kata untuk naikkan semangat. Maybe? (=

Adakah bila semangat hilang, semangat makin merudum jatuh, tidakkah terfikir untuk naikkannya kembali? "Ok, cakap senanglah, tapi kamu tak rasa."

Ya, tapi kalau difikirkan, seandainya hanya mengikut perasaan yang lemah itu hanya membawa kita ke jurang, tunggu masa nak jatuh saja.

Sebagai contoh, tak mampu nak jawab exam dengan baik untuk subjek pertama dan rasa bagai nak 'fail'. Dan kalau bawa perasaan yang sama, asyik terfikirkan benda yang sama, tentu akan beri kesan pada subjek seterusnya, kan? Natijahnya mungkin lagi teruk. 

Jadi, biarkan yang lepas dan bangkit untuk yang seterusnya. Yang lepas biarkan, lepaskan sepenuhnya pada Allah. Sebagai hamba Allah, kita ada usaha, kita ada doa. Dan tawakkal itu kita gantungkan sepenuhnya pada Allah.

Kuatkan semangat dengan apa?
Dengan selalu mengingati Allah. ('=

Sebagai makhluk Allah yang punyai pelbagai rasa, pelbagai perasaan hakikatnya kita perlu balik kepadaNya. Back to Him. 
Kadang-kadang, rasa lemah semangat itu datangnya dari syaitan. Bermain-main di fikiran, menghasut fikiran untuk terus bersedih, terus memujuk hati untuk terus menyesali takdir. Itu permainan syaitan. 

"Allah lebih suka mukmin yang kuat dari mukmin yang lemah."

Reflek diri.
Bukan mudah untuk mengatakan sesuatu yang bukan kita berada pada tempatnya. Sungguh. Selagi yang mendengar atau yang melihat atau yang merenung tidak mengalami perkara yang sama, selagi itu perasaan atau kata-kata itu tidak akan sepenuhnya 'sampai'. Sebab kita mungkin hanya mampu memberikan simpati 100% tapi tidak pada empathy

Sesungguhnya, s
emangat itu bukan hanya perlu dinanti dan kemudiannya datang, TIDAK. Tapi semangat itu perlu dicari, perlu digapai. Usahakan untuk mencarinya!

Ingat apa yang berlaku, Allah tak pernah jauh. Dia maha dekat. 
Ketika keluarga jauh di sisi, Dia tak pernah jauh.
Ketika ujian datang menimpa, Dia yang memberikan kita peluang untuk kembali padaNya.


Kuatkan semangat! Setiap apa yang berlaku ada hikmatnya, pasti.
Kuatkan semangat! Mengapa perlu dituruti hati yang rawan jika ia hanya membuatkan hidup terus kelam.
Kuatkan semangat! Allah tak uji dengan sesuatu yang melebihi tahap kemampuan hambaNya.
Kuatkan semangat! Tak guna untuk terus diam di situ sedangkan hidup ini terus berjalan. ('=


nota : Gelak sorang-sorang nak isi borang 'special' ni. Semua soalan luar silibus. =D

btemplates

10 comments:

nusrah said...

borang special??
ehem... :P

Izzati Hashim said...

Nusrah syg, punya lah panjang lebar saya bercerita tentang inche semangat yang lari tu, awak perasan yang bawah tu je kan? =P

yang tu paling menarik kan? kuang3 =D

Faaein Talip Roy said...

yup.. semangat penting.. nak buat apa2 mesti ada semangat..

mahu semangat juga!!.. ^^,

ehem..ehem.. borang special? wah.. borang kawen yer.. hehehe.. =P

halwani said...

uhuk2!
borang BM ko? ;p;p;p
what do u mean by 'persekitaran' baru?

Izzati Hashim said...

@faaein : Kan? nak teruskan hidup pun kena da semangat, nak berjuang pun kena da semangat. Baru jalan =D

semangat tu ada, kena cari je. Nak minta ngan sape, mintalah ngan Allah ('=

p/s : Lalala~ =P

Izzati Hashim said...

@halwani :
hal~~~
miss u dear ('=

hik3. tatau tatau =P

persekitaran baru tu sebab naik tahun baru, jumpa muka-muka baru, subjek-subjek baru =D

Syafa Mohamed said...

salam wbt izzati:)

kan2...selalu jugak dulu semangat jatuh..mungkin lalai ingt Allah..astagfirullah al'azhim..

tetapi sekarang^^ dah bersemangat selalu..hihi...once fikirkan Allah dalam setiap gerak,mesti semangat lah! chewah..hehe

opppssss....borang 'special'...menarik!!

Puding karamel said...

zati!
akk pon kini mencari semangat yg hilang. fitrah eh, tenggelam timbul.

borang special *koff koff*
advance adik2 akk,syabas...^^

Izzati Hashim said...

@Syafa : Semangat tu nak cari senang je sebenarnya kan? Back to Him ('=

kena dekat2 dengan Allah selalu ni! Xleh jauh2 huk3.

p/s : hahaha. Memang menarik pun. Rasa macam jawab apa je =P

Izzati Hashim said...

@Puding karamel : Akak!!! =D

A'a, fitrah la tu. Mcm iman manusia, yg sentiasa naik dan turun. Dan kita, kena stabilkan ia dan top up selalu! ('=

p/s : Erk. Xde advance mana eh. Xpun. Lalala =P

p/s lagi : akak, saya tak tahu pun lagi nama akak. Taaruf yang tak menjadi =='