Tahu atau tidak?!
Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.
Sebulan lalu.
Terasa hening menjejakkan kali ke wad Temenggung di Hospital Besar Kota Bharu.

Sunyi. Yang kedengaran mungkin hanya derapan kaki doktor yang ke sana sini.
Langkah demi langkah kususuri dan menghampiri ke sebuah katil di situ.
Wayar berselirat di sana sini, dua monitor di kanan kiri katil.
Matanya terpejam rapat.
Kupegang jari jemarinya, kurenung wajahnya yang semakin cengkung.
Mungkin menyedari adanya yang datang, dia membuka mata dan merenungku.
Setitis demi setitis air mata yang mengalir.
Dan cukuplah air mata itu saja sebagai bahasanya. )'=
"Cik Nah, Izzati dah nak berangkat ke Mesir esok. Cik Nah jaga diri baik-baik yer. Cik Nah kena kuat!"
Makin erat genggaman jari jemarinya. Tanda mengiyakan. Mungkin.
Dan kupandang monitor yang ada, menahan sebak di dada, menahan empangan air mata yang mungkin bila-bila masa akan pecah.

Tiada apa yang boleh dibicarakan, dengan mulutnya dipenuhi tiub. Hanya renungi mata saja berbicara.
"Cik Nah, izzati keluar dulu ya? Izzati sayang cik Nah."

Dia mengangguk. Pautan jemarinya makin kemas. Dan aku tunduk mencium tangannya.
Pertemuan syahdu itu rupanya pertemuan yang terakhir kalinya.
Hari ini.
Cukup 'seronok' dapat tengok cerita korea ramai-ramai ni. Ada yang tukang tambah, ada yang tukang gelak, ada yang tukang suspen. Macam-macam. Bukan selalu boleh bersama-sama duduk lepak sekali ni. Masa membataskan. Kan?
Seronok dengan keindahan duniawi.

Seronok kerana waktu keramat itu terhijab.
Seronok, sedangkan ada yang berduka lara.
Titt, titt, titt... Mesej.
"Along, dapat tak mesej angah di number maxis?"
Buka kotak mesej,
"Along, cik Nah dah xde, pagi tadi. Cubalah tepon kak Yana. Dia nangis-nangis peluk mama tadi. Mungkin boleh bagi semangat dekat dia?"
Innalillahiwainnailahirajiun. DariNya kita datang dan kepadaNya kita kembali.
Allahuakbar. )'=
Cukuplah, khabar kematian itu menjadi peringatan buat diri yang sentiasa lalai. Cukuplah kematian itu mampu menyentak tangkai hati untuk terus ingat akan hakikat sebuah kehidupan yang fana ini!
Tahu atau tidak?
Kita tahu ajal itu datang bila-bila masa saja kan?
Kita tahu di mana sekalipun kita tinggal, walau bila sekalipun, bila sampai masanya, kita tetap akan dijemput pulang.
Kita tahu dunia ini hanya sementara saja.
Kita tahu kita hidup tak lama.
Kita tahu tujuan kita diciptakan adalah untuk beribadat padaNya.
Kita tahu kita hidup bukan hanya makan, minum, pergi kelas, solat, puasa.

Kita tahu, tapi apa kita dah buat?!
Kita tahu, tapi hingga detik ini apa yang sudah kita laksanakan?
Sudahkah kita penuhi segala hak kita pada Allah?

Cukuplah.
Sama-sama muhasabah diri.
Sama-sama muhasabah diri.
Tanya iman, tanya hati, di mana tahapnya sekarang,
apakah cukup untuk dijadikan mahar untuk ke syurga?
Allahu Allah. )'=
nota : Yana, kamu kuat!
Allahu Allah. )'=
nota : Yana, kamu kuat!
4 comments:
Daripada-Nya kita datang.. Kepada-Nya jualah kita kembali.. =(
be strong Yana..
mereka telah pergi..
Meninggalkan tanpa menyapa kita lagi..
Akak, sayu sgt entri kali ni, bulan ni saja adik dah dgr 6,7 kematian..='(
kita tahu, tapi kita lebih byk berdiam diri ='( Allah...
nak peluk akak..='( *peluk* syg akak...maaf kalau adik ada salah silap...sentiasa ingat dkt akak...
p/s: perasan ada sesuatu yg telah dibuang dlm blog akak...kuat ye! =')
I can hear your voice at my blog.. :P
Entah siapa antara kita yg akan dijemput dulu. Maafkan salah dan khilaf sy sepanjang huluran ukhwah ini.. :')
Syukran sentiasa ada di sini, di hati. Syukran atas doa. Syukran atas huluran ukhwah. Syukran atas aura positif. Syukran atas semuanya!
Much love! <3 <3 <3
inna lillah hi wa inna ilaihi rojiun...:!
Post a Comment