Bacalah!
Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.
Alhamdulillah kelmarin sempat ke kelas Quran. Tu pun setelah beberapa bulan tawaqquf (berhenti) sejak dari revolusi 25 Januari lepas. Lama tu T.T
Apa-apa pun, alhamdulillah masih ada peluang untuk teruskan belajar dan belajar.
Di awal muqadimahnya, soalan biasa-biasa yang ustazah tanya. Dan bila ustazah start tanya,

"Al-Quran macam mana? Baik?"
Terdiam dan hanya senyuman je boleh bagi. Segan dengan ustazah, segan dengan Dia yang Maha Melihat T.T
Ya, mungkin baca dan baca itu sudah menjadi rutin, alhamdulillah. Tapi, sejauh mana hafalan yang ada terus lekat dalam ingatan? Sejauh mana apa yang dibaca itu diamalkan? =='
Teringat pesanan sang murabbi,

cuba ketuk pintu hati kita, tanya pada diri kita sendiri.
Bayangkan di padang Mahsyar kelak, datang Al-Quran sebagai pemberi syafaat juga.
Adakah kita mampu untuk menjadikan Al-Quran sebagai syafaat?

Cuba kita renung sejenak, kita berada dalam golongan mana?
1) tak beriman dengan Al-Quran
1) tak beriman dengan Al-Quran
2) Beriman tapi tidak membaca Al-Quran
3) Beriman + baca + tidak taddabur terjemahannya
4) Beriman + baca + tadabbur ayat-ayat Al-Quran tapi tidak mengamalkannya.
Di manakah kita, tepuk dada tanya iman yang satu itu. ('=
Sungguh, untuk menjadikan al-Quran sebagai bahan bacaan yang utama sehari-harian bukannya senang. Nak istiqamah membaca al-Quran hari-hari, tak pernah tinggal memang susah.
Benda senang saja kan? Tapi yang senang itu yang susah dibuat.
Tak perlu saya tengok jauh, tak perlu saya tengok orang lain. Tapi tengok pada diri saya sendiri!
Kadang-kadang sibuk dengan kelas dari pagi sampai petang, dan malam tu kalau lepas solat tak baca, memamg alamaknya selamatlah Quran tu tersadai dekat rak saja. )'=
Sehari tak baca, tak bagi kesan pun kan? Kecoh apanya kan?
Memang tiada apa pada zahirnya, tapi pada iman? Pada batin? Pada roh kita sendiri?
Saya pernah dengar kalam seseorang,
"bagaimana nak cuci hati yang berkarat tu?"
Bacalah al-Quran!
Bagaimana nak top up iman seharian kita?"

Bagaimana nak selalu dekat dengan Allah?
Bacalah al-Quran selain dari solat dan lain-lain.
Biah Solehah.
Alhamdulillah berada di bumi Mesir yang bagi saya sendiri membentuk seorang manusia cintakan al-Quran. Saya pernah bercerita di SINI , bagaimana betapa orang arab menjadikan Quran tu bagaikan membaca surat khabar harian. Bagaimana orang arab ni menjadikan Quran bagai buku yang sentiasa dikepit kemana-mana sahaja pergi. Allahu Allah. ('=

Sejak dari tahun satu lagi, saya perasan dengan suasana dalam kelas. Kawan-kawan yang selalu bawa Al-Quran kemana-mana even ke kelas, dan bila free terus baca Quran. Subhanallah. Seribu kali jauh lebih baik dari bercakap kosong sahaja kan? ('=
Sungguhlah, biah solehah itu mampu menjadikan seorang manusia itu terikut dengannya. Dan kita budayakanlah ia. Membudayakan sesuatu yang menjadikan kita lagi baik, bertambah-tambah baik itu sangat menguntungkan. Kan? (=
Muhasabah.
Kagumi dengan para doktor di sini. Tak pernah terlupa untuk pesan kepada kami tentang erti kehidupan.
"Baca Quran selalu. Hafal setiap hari! Paling kurang pun satu ayat sehari, kalau nak lebih lagi bagus! Tapi jangan tinggal! Lama-lama nanti insyaAllah, akan habis."
"Rasulullah bagaikan al-Quran bergerak di dunia ini." - Saidatina Aisyah.
Rasulullah qudwah terbaik untuk kita contohi, untuk kita teladani. Untuk menjadi seperti baginda kenalah sentiasa amalkan apa yang Rasulullah buat kan?
Nak didik diri supaya istiqamah dalam baca al-Quran, mulakanlah dari sekarang. Paling senang praktikalnya, lepas solat, ambil Quran terus baca even hanya dua tiga ayat. Mula-mula. Lama-lama nanti, up kan lagi. Dari 5 ayat mungkin pada satu muka surat. Kemudiannya dari satu muka surat kepada satu makhraj. Dari situ kepada satu juzuk. Sikit demi sedikit.

Yang penting, istiqamah. Benda apa yang Allah suka? Istiqamah. Dan tahu, istiqamah itu susah, bukannya senang. Tapi ingatlah, yang susah itu yang menguntungkan kita, yang susah itulah yang akan membuatkan kita senang lenang di sana kelak! Allahu Allah.
Jadi, sama-samalah baca, sama-sama jadikan al-Quran tu sebagai bahan bacaan utama!

sumber gambar : sini
nota : Baca Buku!
nota 1 : 25.1.11, tarikh bersejarah bumi Mesir, revolusi 25 Januari.
Hari ini, 25.11.11, perhimpunan sejuta rakyat Mesir di Medan Tahrir sekali lagi.
Mohon doa dari semua untuk mendoakan kesejahteraan bumi Mesir, rakyat Mesir dan kami semua pelajar Malaysia yang ada di sini.
Zaman ini zaman fitnah siapa yang baik siapa yang jahat. Tapi kita doakan moga Allah berikan yang terbaik buat bumi Mesir. ('=