Pages

Baca buku.

Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Pengasih.

Beberapa hari lepas terjumpa Goodreads dan baru cuba berjinak-jinak dengannya. Cool. Ulat-ulat buku semuanya berkumpul di situ. Membuatkan saya teruja untuk ada profile sendiri.

Semangat saya cari buku-buku yang saya ada, yang pernah dibaca dan senaraikan di situ. Memang semangat. Terasa nak senaraikan semua buku-buku yang ada di rak buku termasuk medical books. 

Lepas saya buat, dan saya tengok balik buku-buku yang saya ada dan pernah baca. Saya rasa lain. 



"Oh, buku bentuk macam ini rupanya aku baca selama ini." 
"Oh, aku banyak baca buku macam ini rupanya."
"oh, sikit sangat pasal sejarah Islam yang aku baca."
"oh, orang lain lagi banyak dan pelbagai bahan bacaannya."
"oh, aku perasan aku banyak baca buku rupanya."

oh....
Geleng kepala, senyum seorang-seorang. Perasan ulat buku ke Nur Izzati Mohd Hashim? =='


Membaca.


Zaman kanak-kanak dulu, kalau ditanya, apa hobi? Jawapan paling cepat dan berkesan, membaca! Zaman sekarang pun, kalau nak letak dalam profile mana-mana, membaca mungkin benda yang akan diletak. Rasanya di profile Izzati hashim ni pun ada.


Membaca dan membaca. Membaca bukan hanya satu hobi. Tapi ia adalah satu kewajipan untuk umat Islam. Ingat wahyu pertama yang diturunkan kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W?


"Bacalah dengan (menyebut) nama TuhanMu yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah yang Maha Mulia."
(surah Al-'Alaq, ayat 1-3)

Ibrah yang boleh kita ambil dari turunnya wahyu ini menunjukkan betapa pentingnya membaca. Ia bukan hanya sekadar hobi, bila ada masa baru nak membaca, tidak. Tapi ia satu kewajipan yang perlu kita jadikan sebagai rutin dalam kehidupan.


Dengan zaman sekarang ni, tak perlu tunggu beli buku baru nak baca. Duduk depan laptop, depan komputer, dah boleh baca. Bagi yang ada Ipad, Ipod, dan seumpama dengannya, kemana sahaja anda pergi, anda boleh membaca kan?

Best apa membaca dan tenggelam dalam dunia buku? Dan saya pernah disindir(?) oleh adik dan kawan-kawan, jangan bercakap dengan Izzati Hashim kalau ada buku di tangan dia. Erk. Hehehe. (=

Jadi ulat buku?

Saya suka pemandangan di Jepun. Walau tak pernah ke sana tapi satu dunia tahu yang rakyat Jepun suka membaca. Betul ke Asmahani? Dan ketika di UK hari tu pun, suka tengok mereka yang selalu dengan buku. Super cool.
Tapi saya lagi suka Mesir, pegang dan baca Al-Quran walau di mana sahaja. Awesome. (=
Malaysia?

Pernah seorang sahabat tanya saya,


"cane nak didik diri suka baca buku?"
Erk, terkelu sekejap.

Jujurnya, semuanya bermula dari mama abah. Abah suka membeli bahan bacaan untuk seisi keluarga sejak saya kecil lagi dan dari situ mungkin mulanya minat saya sendiri. Membeli, mengumpul dan membaca. Thanks for them

Tarbiah bermula dari rumah, tarbiah bermula dari ibu dan ayah.
Apa yang ibu ayah lakukan akan menjadi contoh dan ikutan buat anak-anak. Jadi, ia sangat penting.

Dan rasanya kenalah belajar slow slow
pegang buku walau kemana kita pergi. Seperti saya sendiri, kalau nak keluar rumah saya akan cuba untuk bawa sebiji buku dalam beg. Tak kisah buku apa pun, yang senang dibawa dan dibuka. Guna masa yang ada, mungkin ketika menanti bus, menanti kawan atau menanti majlis bermula. Lagi baik dari tak buat apa-apa kan?


Hari-hari study, itu baca bukulah tu. Tadabbur al-Quran, baca juga. Baca blog, baca link, hakikatnya kita semua sudah membaca. Cuma mungkin kena lebihkan lagi membaca dalam semua genre. Untuk mengembangkan lagi pemikiran kita, untuk menambahkan ilmu di dalam dada. (=


Refleksi diri.


Saya pernah terbaca satu kalam di blog seseorang, cuba mencarinya balik tapi dah tak jumpa. =='


"Jangan lihat pada banyaknya buku yang ada, tapi lihat pada apa yang dibaca."
Tersentak.

Buat diri saya khususnya, selama ini apa yang saya suka baca? Apa yang saya ambil dari bahan bacaan saya itu. Apakah saya mengamalkannya atau setakat di buku sahaja?

Kadangkala apa yang kita baca itu yang akan membentuk pemikiran kita. Mungkin. 

Jika kita suka membaca novel-novel kisah cinta, mungkin jiwa lebih ke arah yang jiwang. 
Kalau suka baca yang berkaitan dengan jiwa dan ketuhanan, mungkin makin mendekatkan diri pada yang Maha Satu.

Apa yang kita baca, besar pengaruhnya dan semoga ada manfaatnya. Bukan hanya sekadar membaca tapi tiada apa yang boleh diamalkan. Sama seperti membaca Al-Quran, setakat membacanya tanpa mengamalkannya tentu kita menjadi hamba yang rugi.

Dan yang paling penting, bacalah. Dan biarlah apa yang kita baca makin mendekatkan diri kita pada Allah. Yang membuatkan kita makin berfikir tentang kekuasaan mahupun rahmat kasih sayangNya. Itu lagi bermaknakan? (=


credit to Amezeghia

Aim saya dengan adanya Goodreads ni, moga ia mampu untuk bantu saya dalam manage buku-buku yang patut saya baca. Yang mana kurang, perlu di top up. Biiznillah. (=




nota : kalau tiada idea nak buat blog tu, saya tahu saya kurang membaca =='
nota 1 : tengah perbanyakkan membaca buku untuk pengisian jiwa dan rohani sekarang ni, insyaAllah (=
nota 2 : nanti bila dah ada rumah sendiri, nak set up 1 bilik khas untuk buku-buku. 
Syurga buku. So, future housemate-roommate kena tahu & terima yang NIMH suka beli buku. =D

btemplates

20 comments:

qilaraf said...

sdg berusaha utk suka membaca ^^

Siti Rahmah Kamarudin said...

salam...ooo baru join goodreads ya...memang kenalan di sana berbagai dan berbagai jugalah buku yang kita jumpa...betul tu..apa yang penting bukan jumlah buku tapi kualiti buku dan apa pengajaran yang diambil dari sana...

sekarang zati masih belajar...jadi pilihan buku adalah terhad. sama macam saya dahulu masa belajar dari pagi sampai nak tutup library menghadap buku pelajaran. bila dah boring mentelaah...ambil mana2 buku yang bermanfaat, sebab tak mampu nak beli buku.

sekarang dah kerja tak kisah la nak beli buku apa...ikut citarasa.

Siti Rahmah Kamarudin said...

P/S: Thanks for visiting my blog...harap2 review tentang buku dapat membantu memilih buku (sebenarnya tak pandai pun nak review...ikut rasa hati nak komen je...hehehe)

Nazihah@Jiha said...

Assalamualaikum kak Izzati :)

'mak n ayah selalu pesan, siapa rajin membaca..dia beruntung'

sejak dulu sy selalu pegang dgn kata2 mrk ni :) sejak tu sy suka membaca,tp terfikir jg..'sy ni skdr membaca sbb nak untung or sebaliknya' huhu

takut jg niat tu salah,:'( yalah,skjp ja hilang dr ingatan apa yg dibaca,misalnya buku pljrn..rasanya byk lg menghafal dr memahami...huhu...

I hope,skrg ni n serusny dpt ambil sbyk2 iktibar dr buku yg dibaca..siap bt praktikal lg kan kak :')

Unknown said...

Wah! kalau 1 rumah, ada perpustakaan mini memang best kan? ada masa... baca buku aje :)

Izzati Hashim said...

@islam seeker : chaiyok! sikit-sikit lama lama nanti insyaAllah dah blh jadi ulat buku. (=

Izzati Hashim said...

@Siti Rahmah : Wslm wbt.
yep, i'm newbie in goodreads. Menarik. Super cool. Aim saya, at least ada benda tu skrg ni, sy akan lebih pandai nak manage buku yg mcm mana patut sy lebihkan, yg mana perlu kurangkan. Sgt bermanfaat utk saya. (=

itu yg saya cuba utk menambah friends kat situ, sekurangnya ada buku yg mampu utk buat sy tertarik nak beli (=

thanks kakak for dropping by here (=

Izzati Hashim said...

@Jiha : Wslm wbt dik Jiha (=

pesanan mak ayah yg sentiasa bermakna kan? thanks for them (=

xpe2, kita blh sentiasa tajdid niat. Selalu tajdid niat.

baca sahaja mungkin sekejap saja dlm ingatan, lainlah kalau kita memg suka buku tu. Siap terhafal dah jalan cerita.
Yg penting, praktikal. Sama2 berusaha! (=

Izzati Hashim said...

@Iqbalsyarie : mengimpikan begitu. Memg best! I wish my dream will come true (=

mira said...

Assalamualaikum kak,
sya pun bersyukur sgt sbb mak dn ayah sy mmg galakkan km adik bradik mmbaca. Buku2 pun semua diorg yg beli.
kak skrg buat medik dkt mesir yer?

Izzati Hashim said...

@Mira : Wslm wbt.

lagi best bila minat kita ada org yg sokong kan? (=

yep, akak buat medic di bumi Mesir. Dah separuh jalan (=

mira said...

A'ah, betul. jimat jugak duit. kehkeh.
Alhamdulillah kak, hebat2! :)
sy dulu pun prnh je brangan nk buat medik, tpi tk boleh lah.sgt tough kan.
smga kak akan terus berjaya dlm bidang ney, gud luck kak! InsyaAllah. :)

Murni Yusoff said...

Assalamualaikum kak...akak mint membce..sy pn sgt mint..tp xprnh taw ada goodreads nie..trime kasih for the info..tp mcm akak,sy rse msih sgt krg dn byk lg yg blum di bce..xsalahkan nk bce dn tahu..=)

Izzati Hashim said...

@Murni Yusoff : Sebab itulah Allah turunkan wahyu yang pertama kepada Rasulullah, bacalah.

Untuk kita mempelajari ilmu, utk kita menambahkan pengetahua, in the simplest word, utk kita tahu (=

Qawiem Khairi said...

salam ustazah izzati,
singgah mengutip sesuatu,
terima kaih atas perkongsian2 sblm ini,
byk mbantu ana dlm penulisan yg santai.
terima kasih ya. (",)

:: Zahratu Billaurah :: said...

hidup mmg lengkap bila ada buku di sisi. Nak keluar, dgn buku. Hati pun terisi. Buku ilmiah, dibaca dihayati. Walaupun cuma sedikit, tetapi yg sedikit itulah cuba utk diamalkan dan istiqamah dilakukan. ^_^ nk byk membaca!

p/s: akak, goodreads tu apa

Izzati Hashim said...

@Rabiatul : Goodreads tu goodreads la =P

bukak link yg akak bagi tu. Tak reti nak terangkan =='

zulaikha said...

salam ziarah, ukht izzati (:

wahh3x!!!! selamat menanam minat membaca!!

bleh lah kita jadi friends dalm goodreads, kan??

^^

Izzati Hashim said...

@zulaikha : Wslm wbt.

Memg saya 'hantu' segala buku dah pun =p

saya ada add Zulaikha di situ (=

Syahida _Masri said...

saya jugaa suka membaca ! Ulat buku tegar. heee. biasanya novel islamik, buku motivasi dan psikologi. weee~