Pages

Buang separuh jiwa melayu @ mesir :D

Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yg Maha Pengasih, Maha Penyayang.

hidup matiku, solatku, amalku hanya untukMu.



"kutip permata-permata di sebalik debu2 yg berterbangan"


"bila sampai kat cairo airport, bila jejakkan kaki nak turun dari plane buang separuh jiwa melayu yg ada dlm diri"


dua ayat yg masih terngiang-ngiang di telinga hingga ke hari. Pesanan dari ustaz Razi, ustaz yang mengajar bahasa arab ammi (bahasa arab mesir) di INTEC, shah alam 3 tahun lepas. Wah, dah 3 tahun berlalu rupanya! Masa sgt pantas berlalu :(


Sesungguhnya setiap perkongsian dari Ustaz Razi sgt bermakna & insyaAllah masih lekat di ingatan. Teringin lagi nak dengar Ustaz Razi berbicara, mencurahkan ilmu. Jazakallahukhairan kasira Ustaz (=


Kali terakhir jumpa ustaz ketika buat reunion kelas MEG 5 masa tahun satu kot. Lupa bila ho3.
Bila Ustaz nak dtg lagi? Bawa kak yana & anak2 sekali :D 
bajet ustaz baca blog ni =P


us. MEG 5, Zaqaziq (middle east program, MEP 8). 
budak laki 5 je kan? sesuai ngan nama kelas =P


"expect the worst"


Ni plak pesanan dari senior2 ketika diaorg dtg bagi briefing tentang mesir di INTEC dulu. huh. nasib baik dah selalu kena brainwash ngan ustaz so ok je bila dgr mcm tu kan.
Ustaz pun pernah belajar di mesir jugak dulu (=


Kenapa dan mengapa?


Mula2 dulu tak paham kenapa. Tertanya-tanya. Sampaikan pernah satu tahap, terasa nak berhenti je. xnak ke mesir. Terukkan? Kesan kena brainwash =P


Sampai di bumi mesir, 7/10/2008. Tarikh keramat yg xkan dilupakan. Hari perpisahan ngan keluarga dan hari pertama menjejakkan kaki ke daerah asing. Terlalu asing, hingga terasa nak balik malaysia! =p


Pengalaman pertama yg agak memeritkan rasanya, naik bus ke ARMA ( dewan malaysia). Fuh! sgt dasyat cara pemanduannya. Sgt! Pernah tgk KCB (ketika cinta bertasbih)? Part anna naik teksi. Mcm tu la gayanya pak cik2 mesir ni bawa kereta. Mcm tgh racing! hehehe. Skrg dah blh tahan kot, cuma bila naik tu bawa la mengucap terus hehehe. 


ok. back to main topic :D


Kenapa ustaz pesan "kutip permata-permata di sebalik debu2 yg berterbangan"? Sesungguhnya ada sebabnya. Dah nak masuk tahun ke 3 di sini, dah nampak pe yg ustaz pesan. 


Bumi mesir ni bumi anbia, dan rasanya semua org tahu kan kisah Nabi Musa dan firaun di sini? Cuba kita selusuri balik kisah itu. Ambil iktibar dan pengajaran di sebalik cerita itu. 


Mungkin bumi mesir ni tandus, penuh ngan debu2, kering kontang tanpa hujan. Tapi di sebalik semua ni, ada permatanya. Permata yg perlu dicari dan digilap. Apa tu? Ilmu. Ya, ilmu!
Para pewaris nabi, ulama, wali semuanya ada di sini. Mesir sendiri terkenal dengan Universiti Azhar yg kaya dengan khazanah ilmu. Para azharian yg sgt ramai, yg sgt mantap ilmunya. 



Apalah gunanya belajar di sini andai tak pernah nak cuba mengambil peluang mengejar ilmu2 yg byk. Terlalu byk. Terlalu ramai syeikh atau syeikhoh yg blh mengajar. Bumi mesir adalah gedung ilmu! 


Kelas2 agama, kelas Quran, kelas Tafsir, dan kelas2 di masjid. Ya Allah, sgt byk. Tunggu kita nak cari sahaja. Gunakan peluang yg ada. 


Bukan hanya ilmu perubatan yg nak pelajari, kena ambil juga ilmu2 lain. Buat bekalan utk ke sana. Lebih kepada pesanan utk diri sendiri (=


Alhamdulillah, PERUBATAN juga memang selalu mengerahkan tenaga nak buat kelas2 mcm ni utk semua pelajar perubatan di Mesir ni. Tiap2 minggu ada kelas & ustaz2 yg sudi turun mengajar. Moga Allah permudahkan segala urusan kita di sini (=


dan semuanya bukan hanya setakat ilmu. Byk lagi permata2 yg ada :D


mesir juga mengajar utk berSABAR! melayan karenah arab yg seribu satu mcm, memg meletihkan. Hidup dikalangan arab yg sememangnya kita tahu sgt kasar memg kita pun kena belajar jd 'kasar'.


Sebab tu ada pepatah yg kata, 'masuk kandang kambing mengembek masuk kandang harimau mengaum'. Tengok tempat tgk keadaan, kena sesuaikan dengan keadaan kita.


Tu yg ustaz Razi pesan tu, buang separuh jiwa melayu. Sebab ni la. Org melayu memg jenis yg lemah lembut, penuh ngan sopan santunnya. Tapi bila di mesir ni, kena belajar jd kasar. Tak blh manja2, kalau x, asyik kena buli je kan =P


Bila dah balik m'sia, ambil la balik jiwa tu. Blh je ek main buang2 pastu kutip plak ni =p


Keadaan di mesir tak sama mcm di m'sia. Berjauhan dengan keluarga mengajar hidup utk berdikari, melatih diri menjadi manusia berguna. Jadi kena kuat, xlbh lembik2! huu. Abah selalu pesan, cuba jgn manja. Kena kuat! hee...


Tambah2 ngan keadaan skrg, golongan akhawat (perempuan) melayu, asyik je kena kacau. Haish. Apa lagi, jom belajar ilmu pertahanan diri. Fire sama dia! hahaha =P


Blh la dpt gambaran kan, agak teruk juga sebenarnya. "expect the worst". Ya, pesanan kalian memg btl. Sangat2 betul =P
so lepas ni memg blh pesan mcm tu juga kat adik2 junior. Sila fikir mcm tu! Dah buat kot. hehehe


Bila ada fikiran mcm tu, sekurang-kurangnya bila sampai di sini terkejut sgt. Tak pasal2 ada yg nak balik kan. Rasanya xde lagi smpi nak balik sebab tak tahan duk sini. Super senior pun dah hbs, ok je tgk :D


FIkir yg paling teruk, bila kena rasanya xdelah teruk sgt pun. See, mind set itu penting! hohoho.
Teruk2 pun, kena tipu ngan arab, kena kelentong ngan arab, kena marah ngan arab. Butakan mata tgk diaorg buang sampah merata-rata dan apa2 je lah :D tak teruk pun.


Letakkan dalam fikiran yg ada hikmatnya Allah campakkan aku di bumi tandus mesir ni. InsyaAllah kheir je :D apa lagi, cari lah permata-permata tu semua~ ada, memg ada. terselit mana2.


kalau hari tu sy mempersoalkan di mana nilai islam? Bukan utk merendahkan tempat saya belajar, tidak. Saya pernah dgr kalam, walau kita x suka tempat kita belajar kita kena terima sebab di situlah kita akan terima ilmu. Mencari berkatnya ilmu tu. Lupa ayat atau kalam siapa (=
dan sy suka mesir. oh. hipokrit? hahaha.


dan saya amat bersetuju dengan komen adik azam husni (=


nilai2 Islam tu byk di mesir sebenarnya, kena buka mata kena buka hati :D


salah satunya, al-Quran. Mereka sgt dekat ngan al-Quran. Keadaan yg sy kira sgt jarang nak tgk di tempat kita. Kemana-mana memegang al-Quran, di mana2 nampak org membaca Quran. Wah. Mari membudayakan membaca Quran (=


Dlm kedai smbl menunggu pelanggan, ketika menunggu bas. Bestnya. Dan selalunya, pak cik teksi akan buka channel yg org tgh baca Quran. Memg selalu begitu. Subhanallah. Jarang sgt nak perolehi semua ni. 


al-Quran yg diletakkan dlm kereta.
jarang kan nak tgk mcm ni?
blh dikatakan semua kereta ada :D

sesungguhnya kalau jumpa yg baik tu, sgt2 la baik dan kalau jumpa yg jahat tu, haish. Mulut laju je nak marah huk3. Kena SABAR!

dan yg paling suka, bila tgh jalan2 tiba2 ada org bagi salam. Ya Rabbi. Terasa manisnya ukhuwwah bersaudara hatta xkenal pun diaorg. Tapi tetap seagama (= dan terasa malunya, yg dewasa beri salam kat yg muda ni. Terasa bagai ada batu yg menghempuk kepala, hee.

kat sekolah dulu, ustazah selalu pesan. Jumpa cikgu, jumpa senior, beri salam. Xpun kita sebagai senior bg salam kat junior, xsalah kan? Tarbiah itu sgt indah. Terima kasih buat semua guru2 di SMKA Naim Lilbanat (=

Kat mesir ni ada dua jalan, jalan Nabi Musa atau jalan firaun. Rasanya tak perlu lah nak ikut jalan firaun, yg jahat2 tu. Cari kebaikan, cari hikmah yg ada. Allah dah bagi peluang, kenapa nak sia-sia kan lagi kan? Optimis! :D

dan bagi saya, kat mesir ni mengajar kita erti kesusahan hidup. Kenapa? Sebab di sini kadar org2 yg homeless sgt tinggi. Pagi2 nak ke kelas pasti akan terjumpa org2 yg tidur di kaki lima, hanya beralaskan sehelai selimut. Musim panas ok lagi, musim sejuk? huhuhu.

Kanak2 yg kecil yg selayaknya berada di sekolah bermain bersama kwn2, terpaksa bekerja utk cari sesuap nasi. Sayu tgk. Kanak2 yg seusia dengan adik saya sendiri. Terbayang bagaimana kalau berada di tempat diaorg :( 


reunion MEG 5 (MEP 8) bersama sir izwan & senior MEP 7


Bagi saya, rasanya nak cari kebaikan tu kita kena abaikan keburukan yg ada. Kalau asyik nampak yg buruk je walhal ada yg baik, tentu sukar nak cari hikmat tu. Sebab tu lah Allah ajar kita supaya bersangka baik walau dengan apa pun, apatah lagi dengan Dia (=






nota : terasa post ni sgt panjang! post terakhir utk 2010 kot! hehehe


nota 1 : kena tegur ngan seorg hamba Allah ni yg buat tersipu-sipu malu kat situ, dia kata "akhawat ni kalau nak berpisah, mesti ckp bye bye, selalu ckp hye hye bye bye, cuba bagi salam". serentak bagi salam ha3. gulrp~ malu2 hahaha.
terima kasih bg peringatan. Baik, lepas ni bg salam. hohoho. InsyaAllah :D


nota 2 : Masih kena mengutip permata-permata yg ada ni. Cuba utk mencari hikmah di sebalik ujian yg diberi.


nota 3 : jom semua masuk kelas pertahanan diri! hee... xkan nak p kelas pun asyik bawa kayu je kan? ho3


nota 4 : dayah, pipah, mila! kebab td sgt best :D bersyukur jumpa korg td. thanks yer adik2 :D


nota 5 : dibasahi hujan. officially masuk winter (=


nota : selamat melangkah ke tahun 2011. moga semuanya yg terbaik (=



Hope for the best. Expect the worst. Life is a play.


btemplates

5 comments:

Azam Husni said...

Terharunya letak link saya. Syukran. Biasa2 je la kak. Pandangan saya pun tak tentu tepat, itupun lepas setahun setengah duduk bumi Kinanah ni.. Moga Allah redha, kasih dan sayang.. =)

Izzati Hashim said...

@azam : hehehe. tu r. special case :D

lain org lain pandangan.
tp, akak setuju la ngan pandangan azim tu (=

madihah said...

best entry..

Izzati Hashim said...
This comment has been removed by the author.
Izzati Hashim said...

@azam : eh, tertukar. azam.
tersilap tulis azim. sorry2 :D

@madihah : thanks. sekadar seciput pengalaman yg ada ^^