Pages

Jangan pergi!

Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Wah. *perkataan pertama yang kena tulis bila buka blogspot.*
Terkejut(?) sebab dah lama rupanya tak berkongsi di sini. Ish ish, ke mana NIMH menghilang? Hilang dalam ramai.



Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Segala puji hanya buat DIA yang Maha Agung. Alhamdulillah dengan nikmat iman yang berpanjangan, nikmat hidup, nikmat makan, dan segalanya. Andai disuruh tulis semuanya, pasti takkan tertulis. Jadi, bersyukurlah selalu. Allah tak pernah tak bagi nikmat untuk kita kan? Allahu Allah. ('=


Nikmat masa pun salah satu dari nikmat-nikmat yang sering kita terlepas pandang. Padahal, kita hidup dengan masa. Kita menjalankan tanggungjawab kita semua dengan masa yang ada. Tapi kita sering lupa yang masa tu sangat berharga.


Jam ini sangat macho! Kat mana nak cari yer?
Terima kasih Kakak (klik) bagi guna gambar yang macho ini. (=


"Wey, aku xleh nak fokus 4 subjek sekaligus. Tak cukup masa nak study segala bagai nih."

"Sibuk sangat lah hari ni, keluar pagi nak dekat maghrib baru balik. Itu kalau sempat sebelum maghrib. Busy-busy. Balik-balik dah penat, tidur."

"
24 jam tu pun rasa macam tak cukup. Banyak sangat benda nak kena buat! Bila nak study ni?"


Penat. Sibuk. Tak cukup masa. Berkejaran dengan waktu.



Ey?
Betul tak cukup masa? Ambil masa fikir dulu.


....
...
..
.

Sungguh? Memang 24 jam yang Allah bagi tu memang tak cukup?

Sekarang senaraikan aktiviti yang kita lakukan seharian. Bermula bangun pagi, ke kelas, tambah dengan main FB, buka internet, makan, solat dan sebagainya. Cuba senaraikan hinggalah waktu tidur balik.


....
...
..
.


Dah?
Agak-agak, ayat "
24 jam tu pun rasa macam tak cukup" boleh guna tak?

Diri sendiri lagi tahu tentang dirinya kan? (=

Masa itu umpama emas.

Cukup berharga. Sangat-sangat berharga.

Setiap orang ada 24 jam. Allah beri semua orang waktu yang sama, tak kurang dan tiada yang lebih. Cukup-cukup. 
Tapi kenapa ada yang cakap 24 jam tu macam tak cukup?

Kenapa dia boleh cukup, dia boleh buat segala benda dalam 24 jam tapi kita tak boleh? Dia mampu nak study semua subjek dalam sehari, sibuk lagi. Dia boleh, kenapa tidak kita?


Sebagai contoh, saya ada ramai sahabat yang bukan saja hebat dalam akademik bahkan mereka jugalah yang berada di kalangan top dalam persatuan. Walau sibuk macam mana pun dengan aktiviti persatuan, dengan perjuangan, study tetap maintain dan result pun gempak! Ya Rabb, hebatkan? ('=

Pernah tak kita fikirkan kenapa?



Sebab mereka tahu yang mana utama dan perkara yang utama perlu didahulukan. Dan yang penting, tahu seimbangkan masa. Time study, kena study! Time kena buat kerja, buat kerja! Time main, mainlah. 


Dan saya yakin, bilamana kita buat kerja agama iaitu berkerja ikhlas kerana Allah, nak bantu agama Allah, insyaAllah Allah akan bantu kita. 


"Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." (surah Muhammad, ayat 7)

Allah ni sayang sangat dekat kita, kita saja yang terlepas pandang semua tu. ('=

Andai kata tak cukup-cukup juga masa tu, renung-renung kembali, koreksi diri kembali. Duduk depan laptop mengadap benda yang bukan kerja tu berapa lama. Tengok cerita, tengok movie, main FB, main games dan lain-lain. Berapa lama kita peruntukkan masa kita untuk itu?

Apatah lagi kalau tengok cerita korea, cerita jepun, yang pasti cerita itu bersiri memang confirm berjam-jam.
Berhibur, nak tengok cerita tu tiada masalah tapi tetap ada batasnya. Yang menjadi masalah hanya bila study diletakkan di tepi, kerja dibiarkan bertangguh sebab semata-mata nak tengok cerita. 
Tak ke buang masa begitu saja? )=



Rasanya, bilamana dah buka laptop, connect internet then kalau nak kata sekejap tu adalah juga setengah jam, kemudiannya sejam dan berjam-jam. Tak ke? Saya saja kot. Unless memang kerja kita kena mengadap laptop!

Dan di situlah, kita sendiri kena tegas dengan diri sendiri, kan? 
Bila kita relax, bila memang tiada kerja dan tak busy kita rasakan benda tu macam biasa. Tapi bila sampai satu tahap di mana kita rasa masa ni tak cukup, time tu lah rasa menyesal datang. Seriously.



Tanggungjawab VS Masa.

Saya cukup suka bila ada orang yang ingatkan tentang masa. Sebab masa ni kadangkala kita tak nampak ia berlalu. Sedetik demi sedetik. Sesaat, seminit, sejam... Jangan pergi! Tapi masa takkan pernah tunggu kita. Kita yang kena kejar masa.



Bak kata seorang senior, "Saya suka orang yang tepati masa. Tanggungjawab yang ada lebih dari masa yang kita ada. Kalau kita tak jaga masa kita, macam mana kita nak handle pelbagai tanggungjawab yang ada."

Totally agree.

Tanggungjawab kita sebagai pelajar, sebagai hamba Allah, sebagai dai'e, sememangnya sangat banyak. Nak study lagi, nak buat kerja lagi, nak berpersatuan lagi, ya Rabb, sangat banyak ok? So, jangan buang masa. Hormati masa anda. Kalaulah masa boleh bercakap, mungkin selalu saja kita kena tegur. )=



  


Haarithun 'ala waqtihi.
Salah satu dari 10 muwassafat tarbiah (sifat-sifat yang perlu ada pada seorang dai'e) ialah haarithun 'ala waqtihi iaitu pandai menjaga masa. 

Imam Hassan al-Banna letakkan salah satu ciri yang perlu ada untuk seorang dai'e adalah pandai menjaga masa. Nak tak nak memang manusia itu perlu pandai untuk menjada waktunya, tahu untuk menguruskan masanya dengan baik.


Allah ada berfirman, 

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." (surah al-Asr)

Kalau zaman kanak-kanak sekolah dulu, buat jadual dan tampal dekat dinding. Memang kena ikut. Kalau tidak main saja kerjanya =P. Dan sekarang bila sudah meningkat dewasa ni perlu lagi ke nak buat jadual dan tampal di dinding?



Terpulang pada diri masing-masing, kalau rasa diri tak mampu nak menguruskan masa dengan baik, buat je lah kan. Bukan nak tunjuk kat orang pun, untuk sendiri-sendiri. Sekurang-kurangnya bila ada timetable macam tu, dengan sendirinya masa kita akan lebih tersusun, lebih terjaga. Nak buat sangat senang, nak ikut dan istiqamah tu yang susah kan?

Tapi, Allah suka sangat benda yang sikit tapi berterusan. Apa itu? Istiqamah. (=


Muhasabah bersama.

Kita selalu merungut bila orang yang berjanji dengan kita tak tepati masa.
Lambatlah, tak on time lah, dan macam-macam lagi.
Tapi pernah kita muhasabah diri kita bila kita yang lambat?
Pernah kita sedar yang kita juga pernah lambat dan buat orang tertunggu?

Sama juga dengan masa. Kita kata kita tak cukup masa, kita cakap tak sempat nak buat, tapi pernah kita salahkan diri kita sendiri?
Kita biarkan kerja bertangguh, kita buang masa dengan perkara yang tak sepatutnya. 

Jadi apakah layak untuk kita kata masa tu tak cukup?

Hari ini dah 29 Disember 2011, lagi dua hari bakal ke tahun baru 2012. Masa cepat sangat berlalu pergi, dan benda yang paling jauh yang takkan kita dapat gapai kembali adalah masa yang berlalu. Allahu Allah.

Sama-samalah kita gunakan masa kita dengan baik, dengan penuh hikmah.
Moga bila dibangkitkan kelak di padang mahsyar di depan Allah, bila ditanya tentang masa, kita mampu untuk menjawabnya. Biiznillah, insyaAllah. ('=


nota : Post panjang dan terakhir untuk tahun 2011. Selamat tinggal 2011, tahun yang penuh dengan suka duka. Moga Allah berkati masa-masa yang kita ada, insyaAllah. (=

btemplates

4 comments:

Faaein Talip Roy said...

2011 bakal melabuhkan tirai..

rasa sekejap sangat masa berlalu.. =(

macam biasa.. entri yang terbaik dari izzati..


*jam macho tu leh dapat dekat JJ.. terai lah cari.. hehehe.. ^^,

amal said...
This comment has been removed by the author.
amal said...

Akak ! rendu nyaaaa lama tak ziarah sini.
btw , kak ad Fb tak ? nak add

Jum pegi pesta buku antarabngsa n ekspo buku islam
http://applehijaulife.blogspot.com/2012/02/kuala-lumpur-international-book-fair.html

Izzati Hashim said...

@amal : Yer dik (=
Akak pun dah lama tak BW ke blog teman2. Masa yg penuh membataskan utk selalu jenguk blog )=

ada2, cari Izzati Hashim.