Pages

Meter Cinta

Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Alhamdulillah dengan izin dan inayah dariNya, dah berlalu seminggu cuti winter. Alhamdulillah berlalunya cuti dengan program yang cukup bermanfaat dan alhamdulillah bagi saya cukup terisi! Subhanallah.

Jazakallahukhairan kathira buat semua AJK Pelaksana. Bermula dengan seminar 5-star Muslim Professionals, kemudiannya kelas sempena Maulidur Rasul bersama Al-Fadhil Ustaz Syed Abdul Kadir Al-Joofre, Daurah Syamail Muhammadiah dan Malam Amal PERUBATAN. Tahniah

Ramai yang kata PWtC (PERUBATAN Winter Carnival) tahun ni cukup terisi dan bermanfaat. Malah ada yang kata, tak rugi pun kalau tak keluar berjalan. Duduk kat sini, hari-hari keluar pergi program. :)

Nah, yang mana pergi bercuti, alhamdulillah itu rezeki mereka mengenali negara orang dan tentu ada ibrah yang mereka boleh ambil. Kita yang di sini, tak keluar kemana-mana, alhamdulillah Allah izinkan untuk ke program. Allah beri rezeki dan peluang kepada kita. Rezeki masing-masing, bagaimana untuk bersyukur saja yang membezakan. Kan? (=

We LOVE Rasulullah, Antara Kasih dan Tanggungjawab

Alhamdulillah dalam sibuk berprogram, Allah beri kesempatan untuk hadirkan diri ke ceramah Maulidur Rasul bersama Al-Fadhil Ustaz Syed Abdul Kadir. Petangnya tu menghadiri bengkel penulisan dan malamnya terus ke ceramah. 


"Kalian belajar bukan setakat belajar. Tapi ada tanggungjawab yang digalas sekali."

"Cinta yang ada, bukan setakat cinta. Tapi ada bersamanya tanggungjawab."

Menurut Ustaz, dalam kitab As Syifa bi ta'rif huquq al-Musthafa karangan Syeikh Al Qadhi 'Iyadh ada beberapa tanda cinta kepada baginda Nabi Muhammad SAW. Antaranya,

1) Mengikuti Nabi


  • - Buat apa yang Nabi suruh
  •  
  • - Amalkan sunnah-sunnah Nabi

  • - Mengutamakan Nabi dari segalanya

2) Selalu menyebut nama Nabi (berselawat)

Sesiapa yang suka akan sesuatu, pasti akan sentiasa menyebut nama/perkara tersebut.

3) Bila nama Nabi disebut, dia terasa 'izzah

Ada sahabat-sahabat Nabi, bila terdengar nama Nabi walau tidak melihat wajah baginda, sudah terasa kehebatan dan keizzahan baginda Nabi.

4) Merindui untuk bertemu dengan Nabi

"Setiap kekasih, dia seronok bertemu kekasihnya."

Sentiasa berdoa untuk berjumpa dengan Nabi walau hanya dalam mimpi. 
"Ya Allah, bagi aku jumpa dengan Nabi."

5) Suka apa yang Nabi suka, benci apa yang Nabi benci

Kalau sayang Nabi, ikut perjuangan Nabi. Tegakkan sunnah Nabi!
Nabi suruh sayangkan ahli keluarga Nabi, para sahabat Nabi. 

Muhasabah diri

Terasa banyak yang 'tertembak' ketika mendengar ceramah ustaz. Persoalan-persoalan yang ustaz lontarkan berjaya buat renungan diri sendiri.

Kita kata kita cinta pada baginda Rasulullah, sudah kita jalankan tanggungjawab kita?
Kita kata kita kasih pada baginda Rasulullah, adakah di saat nama baginda disebut kita turut rasa keizzahan baginda?
Kita kata kita sayang baginda Rasulullah, adakah kita menjadi penyambung rantai-rantai perjuangan baginda Nabi?

Mulut bisa melafazkan segalanya. Cinta, kasih, sayang, kalau dilantunkan berdegar-degar bunyinya. Tapi sejauh mana kita buktikan dengan amal dan perbuatan kita?

Dalam sehari, berapa kali kita selawat pada baginda Nabi?
Dalam sehari, berapa kali kita teringat tentang Rasulullah?
Dalam kehidupan seharian kita, berapa sunnah baginda Nabi yang kita lakukan?

Tanya soalan-soalan di atas pada diri sendiri. T_____T

Persoalan terakhir yang ustaz lontarkan,

"Setiap kali kita update status di FB, twitter dan seumpamanya, tanya diri, kalau Nabi ada, Nabi suka tak apa yang aku post ni?"

Zaman sekarang zaman FB. Dunia terasa pelik andainya seseorang tiada FB. Orang yang ada FB, kalau boleh segala benda nak di update, umpama FB itu adalah diari harian. Cuma bezanya, diari yang mampu ditatap oleh ribuan kenalan. Tanya diri,

"Adakah ini bermanfaat buat orang yang membaca?"

Mari mengenali baginda Nabi Muhammad SAW

"Banyak kali dengar kisah Nabi, tapi tak pernah rasa bosan. Malah nak dengar lagi."
Allah Allah. 

Al-Fadhil Ustaz Nazrul ada sebut masa daurah tahun lepas, 
"Orang yang menyintai Nabi, jika disebut berkali-kali tentang kisah Nabi takkan rasa jemu. Pasti nak dengar lagi dan lagi."

Andai ada peluang nak tahu kisah Nabi, rebutlah peluang tersebut.
Rajin-rajinkan diri nak tahu, rajin-rajinkan diri membaca kisah Nabi.

Macam mana nak suruh Nabi kenal kita, kalau kita sendiri yang tak pernah nak berusaha mengenali baginda Nabi Muhammad SAW.
Kita minta Nabi syafaatkan kita di akhirat kelak, tapi selawat jarang dilafazkan.
Kita mahu bertemu Nabi, tapi sunnah Nabi kita jarang amalkan.
Kita kata kita cinta Nabi, tapi kita tak ikut perjuangan Nabi!

Segan dengan Nabi. Segan. -.-




nota : Jatuh cinta dengan Qasidah. Jom berqasidah! (=


nota 1 : Kena lempang banyak-banyak kali sebab jarang update blog. Kata menulis tu dakwah, tapi jarang update. Sungguh tak seiring dan sejalan apa yang dikata. T____T

btemplates

2 comments:

- musafir. - said...

Allahhumma Solli a'la Muhammad :')

terima kasih atas perkongsian. moga ada ganjarannya di sisi Allah. =)



p/s : sy pun dah lama tak tulis benda yg bermanfaat kat blog. asyik merapu je.sob sob

Izzati Hashim said...

Amiin Ya Rabb, moga ada, insyaAllah. :)

Marilah kita istiqamah menulis. -.-