Pages

4 comments

pesanan Ustazah 'Amira


Ustazah 'Amira pesan,


"hafal al-Quran tu!
jgn lupa mengulang!
hari2!
wajib buat!"

erk~
asyik bertangguh je,
bila smpi waktu kelas,
baru tahu takut ho3.
saya memg anak murid yg pemalas =='

ustazah cakap lagi,

"buat mcm ni,
setiap kali solat, baca sedikit-sedikit yg kamu hafal.
baca 5-6 ayat,
ok la tuh, 
ini tidak, tiap kali solat,
baca yg sama saja"

ustazah ni macam tahu-tahu je =p

"walaupun sikit2 kamu baca,
tapi kalau kamu baca setiap kali masa solat,
insyaAllah, kamu akan lbh ingat
dan akan bertahan lama."

insyaAllah... 
kami menjawab serentak (=

p/s : Ustazah 'Amira ni org arab, dia ckp dlm bhs arab semestinya... kat atas tu utk memudahkan je (=

p/s lagi : menguatkan semangat & membuang perasaan malas utk ke hayyu ashir yg jauh itu T.T
moga langkah kami utk belajar al-Quran diberkati olehNya ^^!




0 comments

rindu kat si kecil itu (=

Oh! sgt rindu kat si kecil itu ^^!

rindu nak peluk dia,
rindu nak cium dia,
rindu nak tgk dia!

rindu!
rindu!

ptg td sempat telefon m'sia,
dgr suara dia dari jauh,
"mama, nok kecek nge along"...

bila handphone dah kat tgn dia,
mcm2 dia bercerita =)


"mana ipod along? baby nak tgk cite upin ipin dlm iPod along!"
ipod tu jugak yg dia ingat~ haish budak ni!
soalan pertama dia tanya! ish3



"along, baby tgk cite tom & jerry"

"baby, tgh men ngan kakak"

"bila along nak balik?"

dia sgt byk ckp! ikut sape pun xtau la =p

ckp kat dia,
"along rindu baby, nak peluk baby, nak cium baby!"

dia gelak je... dia paham tak eh?
tp dia balas,
"baby pun rindu along, cyg along!"

hohoho... dia tau! good girl ^^!

tiba2...

dgr dia nangis... 

"bila nak balik? baby rindu along!"

adoii~ 
jgnlah nangis!
baby buat along sebak je hu3...

tu la adik bongsuku ^^
nur amal humaira
yg manja
yg byk ckp
yg suka posing...

 amal & adik


 dia suka sgt posing!

 peace (=


moga membesar jd anak yg baik yer amal ^^!

p/s : bila dah smpi mesir, terus nak mengira detik utk kembali ke m'sia lagi ho3.
bersabar utk detik itu (=

p/s lagi : terima ksh utk alang izzah atas ingatan ^^!
" bersabar kerna tekad, bukannya kerna paksa rela"









4 comments

pujuk diri sendiri?

Assalamualaikum ^^!


pernah merajuk?
pernah kecil hati?


kalau kecil2 dulu, ada je kemahuan yg tak dituruti, muncung sedepa, tarik muka masam! Bila dpt je, senyum memanjang (=


best nya zaman kanak2 dulu ^^!


tapi sekarang, umur pun dah masuk 20 tahun
dah nak masuk alam dewasa pun,
kalau merajuk mcm budak2 lagi,
org kata x 'mature'! buruk! mcm2 lagi la...


umur 20, dah dikira matang ke? *blink2*

Kalau rasa tertekan, mahu saja ada org pujuk. Kalau tiba2 rasa nak nangis, rasa nak cari org, mahukan 'crying shoulder'.


Tapi kalau kita sedar atau tidak, tak semua org 24 jam ada bersama kita. Kalau tinggal berjauhan dari keluarga, lagilah, ada teman2 saja. Bestfriend pun tak 24 jam ada bersama. Sampai bila nak berharap pada org lain?


Jadi...


cuba belajar pujuk diri sendiri...




hanya kita yg kenal diri sendiri luar dan dalam. Hanya diri sendiri yg tahu di mana letaknya kekuatan sebenar. Hanya diri sendiri!


Hidup suatu perjuangan. Setiap langkah yg dihayunkan adalah utk mengejar mardhatillah, untuk mengejar redha Ilahi. Namun, perjalanan itu takkan pernah sunyi dari onak dan duri, takkan sunyi dari mehnah. 


Namun sedar, bukan mudah mengatakan 'aku kuat', 'aku blh hadapinya', 'aku redha'! Things are easier said than done! Bukan mudah... apatah lagi jika pada org yg tak pernah mengalami apa yg kita rasai. 


Mak, ayah, kawan2, hanya mampu menenangkan perasaan, memberikan nasihat, memberi kekuatan. Selebihnya, terserah pada diri sendiri. Hanya diri sendiri yg mampu memujuk. 


Cuba pujuk diri sendiri!


Perempuan sering dikaitkan dgn air mata. Berjaya menangis, gembira menangis, gagal tak perlu ckp, berendam air mata... Namun, kalau tgk pada sudut 'psychology', menangis mampu memberi ketenangan pada diri. Mungkin tak sepenuhnya, tapi sekurang-kurangnya mampu meredakan hati yg terusik (=


Jadi... menangislah! =p


menangis bukan tandanya kamu kalah! menangis bukan tandanya kamu mengalah! Mana tahu, bila lepas semua perasaan, kita mampu muhasabah balik apa yg dah terjadi, mampu berfikir dengan rasional! ^^!


Tapi jgnlah terlalu emosi, nanti jd buta mcm dlm cerita Kassim Selamat! Kita masih ada iman kan? Iman yg ada mampu menyekat kita dari buat perkara bukan2. Kuatkanlah iman! Tingkatkan iman dlm jiwa. 


"Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) kamu bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu org beriman". Al-Imran, ayat 139


dan yakinlah, Allah takkan uji hambaNya melebihi batas kemampuan kita. Setiap yg berlaku ada hikmatnya! Pasti ada hikmatnya, kita saja yg tak tahu lagi. Pasti!


Jangan kita lupa...


Allah sentiasa ada, 24 jam! Mungkin kita tidak merasai kehadiranNya seperti mana manusia biasa, tapi Dialah yg sentiasa ada, yg tak pernah lekang memerhatikan kita, Dia juga ada bagi kita surat2 cintaNYa, bacalah, hayati tiap bait kata2 itu... 
insyaAllah, damai yg dicari ada di situ ^^!


Pujuklah hati.

Usah diratapi ujian itu.

Tenanglah hati, damailah jiwa (=






p/s : suka jalan2 tgk alam bila terasa hati terusik. Terasa ada kedamaian bermukim di situ ^^!




















0 comments

Kembara alam.

Assalamualaikum ^^!


Mungkin sebab 'mode cuti' masih tak hbs sepnuhnya lagi, tu yg terasa nak post balik tentang percutian ke london & scotland =p

Sebelum ni, saya ada post tentang yg pergi bercuti ke london dan scotland time cuti musim sejuk bulan 2 hari tu, tp pendek je pun dlm post tu. Sempat kat Heartrow airport je, lepas tu tak sambung2 dah hehehe... KLIK SINI ^^!

::London kota keriangan::

Kitaorg di London ni hanya 2 hari satu mlm, kiranya sempat bermlm semalaman je kat sini... tu pun tak merancang nak ke london. Tiba je ke scotland pagi tu, abg Di (sepupu sue) terus cadangkan kitaorg ke london! Kitaorg pe lagi, ok je lah :D Mlm tu terus ke london dgn naik bus! Jarak dia, mcm dari KB-KL, dlm 8 jam gak dlm bus hu3.

2 hari di London, dan kami hanya berpandukan peta saja! Memg btl2 kembara la ^^! Tanpa 'tour guide', kitaorg jalan memg guna peta. Alhamdulillah sepanjang dua hari di situ, memg tiada mslh. Mungkin sebab Kota London ni negara yg sistematik kot. (=

Jadi, Alhamdulillah pengembaraan kitaorg memg senang (= 

Hampir semua tempat kitaorg jalan, kesemua tempat yg 'perlu' pergi, kami jelajahi (=
Nak jelajah semua tempat dlm dua hari memg memenatkan! 


Peristiwa yg mungkin terus dikenang sampai bila-bila, bila ingat betapa susahnya nak cari tempat solat ketika mula2 smpi di London. Di tempat asing, yg majoritinya bukan Islam memg rasa janggal! 


Ketika tu nak solat subuh, terpusing-pusing dalam stesen kereta api @ 'tube' ( mcm komuter, tp lagi ok la =p). Akhirnya, kitaorg nekad nak solat bawah eskalator! huu... Bila siap je solat, tgk kat belakang, mat saleh tgk pelik! hahaha... wat xtau je lah =p. Yang penting dah tunaikan solat! Alhamdulillah (=

kat madame tussauds
blh la nak bergmbr ngan semua org terkenal dlm dunia ni ^^!
xde org btl, org lilin pun jadilah kan (=


Buckingham Palace, Trafalqar Square, National Gallery, Big Ben, James's Park
(tak tersenarai & dah xingat nama tempat ho3)


kena jejak jugak kat sini! Malaysia hall (=

Sempat juga berkenalan dgn pelajar2 yg duk kat london tika berada di Asrama Malaysia.

Ada seorg akak tu ckp kat kitaorg, nape tak pergi ke Paris terus? hee... dua jam je dari London! ho3... mana la tau kan? Dtg London ni pun tak rancang (=
xpe2, p time honeymoon! hahaha...

Tip-tip kembara =p

~kena pandai tgk peta 
~jgn segan nak bertanya org tempatan, lagi mudah & cepat jumpa tempat
~sentiasa bersama dalam kumpulan, haru kalau hilang!
~bawa je satu kamera, pastu 'copy paste' je lah. Jimat masa! ho3
~bawa kompas! 

::Inverness & Dundee, Scotland::


Di Dundee pula ada senior sekolah rendah saya merangkap org kampung. Dia belajar di sana dlm bidang pergigian, Kak Yana (=


Masa kat mesir lagi, kitaorg dah rancang nak kesana, memandangkan Dundee ni salah satu bandar dlm Scotland. Tak lepas peluang punya! :D


Perjalanan yg sepatutnya tak memakan masa yg lama, bertolak pagi & yg sepatutnya tgh hari smpi akhirnya hampir mahgrib sampai ke Dundee! huhuhu.


Kitaorg TERSESAT smpi ke Inverness!!! Inverness tu jauh kot dari Dundee! adehh~


Bila da yg tanya mcm mana blh tersesat? Entah. Salah sendiri kot! =p


Mungkin kesilapan sendiri sebab tak perasan yang kitaorg kena tukar bus rupanya bila smpi ke satu perhentian ni! Mana la tau kan, huhuhu. Start perasan bila tgk sign board, direction semua ke arah bertentangan! Mula2 cool lagi, tapi bila dah start masuk kawasan berbukit, dah mula rasa takut! =='


Terus telefon kak na! Tgk sign board menghala ke mana! huhuhu... sah! memg sesat! waaa... Tambah2 kawasan yg nak pergi rupanya tu tanah tggi, mcm nak naik ke Bukit Fraser mcm tu lah :(



Then, kitaorg terus bgtau pak cik bus! Apa ag, kena membebel la! hahaha... tapi susah nak paham pe dia ckp, sebab scottish (warga scotland), diaorg punya BI lain sikit dari yg kita guna hu3... memg haru! 

~majuk kena marah! =p

kitaorg decide nak turun kat perhentian seterusnya! Tapi pak cik bus tahan. Rupa-rupanya, bukan kitaorg je yg sesat! nak tergelak je =p


Sesat pun da hikmahnya! (=


sebab kitaorg blh menikmati kawasan pergunungan yg diliputi salji! subhanallah! sgt cantik (=
walau rasa takut tetap bersarang di hati tgk keadaan sekeliling memutih mcm tu, tapi subhanallah sgt cantik! Allahurabbi, Engkaulah pencipta alam ini.



 salji memenuhi gunung-ganang 

tasik diliputi ngan salji! subhanallah sgt cantik!
tapi still rasa takut gaks =p


Pak cik bus ada cadangkan kitaorg bermlm di Inverness. Memandangkan hari dah nak gelap, takut bus ke Dundee dah xde! Gurlp~ mana nak cekau duit! Lari bajet la hu3. Dah la kat Inverness tu takat beku bape ntah, sejuk smpi ke tulang sum sum! tapi ok gaks! leh main ski =p
tp xpelah, kami pilih nak balik ke Dundee juga!

Bus berhenti kat somewhere, then tggu bus dari Inverness! hehehe. Nasib baik penumpang2 dlm bus tak bising kena tggu sebab kan kitaorg. Thanks guys (=


lepas tu selamat la kembali ke Dundee! Kak Nor & abg Di gelak je bila kitaorg cite yg sesat tu! hehehe.





time sesat!!! 
sempat la kuis2 salji ngan kaki, nak pegang xyah ckp, nak kuarkan tgn pun sejuk! 

~back to Dundee...~


kat sini pun, hanya sempat semalaman je. Malam tu rehat je kat rumah, penat! Duk ats bas je pun =p
'burn' sehari jadual perjalanan kitaorg -.- Tapi xpelah, sekurangnya kitaorg sampai juga kat Inverness (=

Esoknya, Kak Na bawa kitaorg jalan2 pusing2 Dundee. Dundee ni bandar perlabuhan yg sgt kecil! Jadi, hanya sehari saja yg kami perlu utk terokai Dundee tu. :D

Menurut Kak Na, kat Dundee tak ramai 'undergraduate students'. Dan nak kata sikitnya pelajar kat situ, Kak Na hanya baru terima seorg junior ketika tahun 4! dan dia sekarg dah taun 5. Ish3.

Yg lain2, kebanyakan 'postgraduate' @ yg tgh wat master. Tu pun ada puluh2 je! tak macam kat mesir, beribu pelajar! =='

lepas pergi Dundee's University, kitaorg bergerak ke St. Andrew. Naik bus je ke situ, x smpi setgh jam pun. Kat sini byk istana2 lama, kota2 lama & gereja2. Mcm bosan je kan?


xde pape yg blh dikagumkan sgt, cuma keindahan kota2 lama, keunikan bangunan2 dan rumah2 tu memg menarik minat saya!  i love the classic one (=

 university of Dundee

 St. Andrew, Dundee, Scotland
 ala2 Hogward x? ha3... tak jumpa harry potter je =p


love this one! not a house, but a University (=

terima kasih byk2 Kak Na! sgt2 berterima ksh sebab sudi tumpangkan kami bermlm di rumah, masak sedap2 dan bawa kitaorg jalan plak tu (=


jemput dtg mesir lak (=

 di Dundee & St. Andrew (=


P/s : smbg lain kali plak yer ^^!
yg scotland tu mcm panjang je lagi =p


~with love, Izzati Hashim (=

0 comments

Ya Allah, aku mohon padaMu...

Ya Allah permudahkanlah urusan kuYa Allah berikanlah aku kekuatan untuk menempuh cabaran tika dan saat ini
Ya Allah jadikanlah hambamu bijak membahagikan masa
Antara mencari ilmu mengulangkaji ilmu mentelaah ilmu mencari pengalaman
menjalankan tanggungjawab mencari kekuatan dan mencari Keredhaan mu Ya Allah

Ya Allah tetapkanlah hatiku dan niatku
Menuntut ilmu hanya keranamu
Agamamu dan Bangsaku

Ya Allah jadikanlah ilmu yang kucari
Hikmah yang Kau beri kefahaman dan yang Kau campakkan
Dapat meningkatkan Iman dan Takwaku pada Mu

Ya Allah jadikanlah hatiku sabar dengan segala cabaran dan masalah yang akan menimpaku
Jadikanlah ia satu hikmah yang bernilai bagi mendewasakan ku
Ya Allah berikanlah daku kejayaan yang direhai oleh mu Amin ya rabbal alamin.....



0 comments

Ada Hikmahnya

Tok Penghulu dengan anaknya membela seekor kuda. Mereka amat menyayangi kuda itu.

Satu hari, kuda itu terlepas dan terus lari ke dalam hutan berhampiran.
Orang kampung yang tahu akan hal tersebut berkata kepada Tok Penghulu, "Kami simpati atas kehilangan kuda kesayangan Tok.
Tentu Tok sedih.."
Sebaliknya,Tok Penghulu tersenyum lalu berkata, "Tak apalah. Mesti ada hikmahnya."
"Apa hikmahnya Tok?"
"Tok pun tak tahu. Tapi pasti ada hikmahnya."
Beberapa minggu kemudian, kuda kesayangan Tok Penghulu pulang semula dengan membawa beberapa ekor kuda liar.
Orang kampung sangat kagum kerana sekarang bilangan kuda kepunyaan Tok Penghulu bertambah secara tiba-tiba. Sudah rezekinya.
"Tok bertuahlah.Untung." Begitulah kata mereka.
Tok Penghulu sebaliknya berkata, "Belum tentu lagi.Tapi Tok yakin tentu ada hikmahnya."
Anak lelaki Tok penghulu begitu gembira dengan kuda-kudanya.
Setiap hari dia menunggang kuda kesayangannya sambil mengembala kuda-kuda liar yang lain.
Entah bagaimana pada satu hari, anak Tok Penghulu itu jatuh daripada kudanya lalu tangan kanannya patah.
Orang kampung tahu dia adalah anak kesayangan Tok Penghulu.
Mereka datang menziarahi anak Tok Penghulu yang terlantar.
"Malang benar nasib tok. Baru dapat nikmat sekarang ditimpa bala pula," kata mereka.
Tok Penghulu tersenyum dan berkata, "Ini ujian Allah. Tentu ada hikmahnya."
Tidak lama kemudian, kampung mereka didatangi oleh pegawai-pegawai atasan tentera negara itu.
Orang kampung semuanya bimbang kerana raja mereka memang terkenal zalim dan tidak berperikemanusiaan.
"Raja memerintahkan semua anak muda lelaki dikumpulkan! Negara memerlukan tentera tambahan untuk dihantar ke medan perang!" Arah ketua tentera.
Semua ibubapa kampung itu risau dan sedih terpaksa berpisah dengan anak-anak lelaki mereka.
Para remaja lelaki dibariskan dihadapan ketua tentera, termasuk anak lelaki Tok Penghulu yang patah tangan itu.
"Kamu dikecualikan! Tidak ada gunanya membawa orang yang patah tangan!" Kata ketua tentera sambil menunding jarinya kepada anak lelaki Tok Penghulu.
Pada ketika itu, terngiang-ngiang kata-kata dari mulut penghulu mereka, "Mesti ada hikmahnya."
Pengajaran: Setiap apa yang berlaku ada buruk dan ada baiknya. Orang yang beriman sentiasa melihat daripada sudut yang baik daripadanya. Mereka menerima yang buruk dengan sabar, namun didalam hati sentiasa mengharap kebaikan disebaliknya daripada Allah SWT.


p/s : alangkah bagusnya jika diri ini juga sentiasa mampu menjadi seperti 'tok penghulu' di atas. Sentiasa bersangka baik dgn Allah ^^!