Pages

4 comments

Jangan pergi!

Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Wah. *perkataan pertama yang kena tulis bila buka blogspot.*
Terkejut(?) sebab dah lama rupanya tak berkongsi di sini. Ish ish, ke mana NIMH menghilang? Hilang dalam ramai.



Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Segala puji hanya buat DIA yang Maha Agung. Alhamdulillah dengan nikmat iman yang berpanjangan, nikmat hidup, nikmat makan, dan segalanya. Andai disuruh tulis semuanya, pasti takkan tertulis. Jadi, bersyukurlah selalu. Allah tak pernah tak bagi nikmat untuk kita kan? Allahu Allah. ('=


Nikmat masa pun salah satu dari nikmat-nikmat yang sering kita terlepas pandang. Padahal, kita hidup dengan masa. Kita menjalankan tanggungjawab kita semua dengan masa yang ada. Tapi kita sering lupa yang masa tu sangat berharga.


Jam ini sangat macho! Kat mana nak cari yer?
Terima kasih Kakak (klik) bagi guna gambar yang macho ini. (=


"Wey, aku xleh nak fokus 4 subjek sekaligus. Tak cukup masa nak study segala bagai nih."

"Sibuk sangat lah hari ni, keluar pagi nak dekat maghrib baru balik. Itu kalau sempat sebelum maghrib. Busy-busy. Balik-balik dah penat, tidur."

"
24 jam tu pun rasa macam tak cukup. Banyak sangat benda nak kena buat! Bila nak study ni?"


Penat. Sibuk. Tak cukup masa. Berkejaran dengan waktu.



Ey?
Betul tak cukup masa? Ambil masa fikir dulu.


....
...
..
.

Sungguh? Memang 24 jam yang Allah bagi tu memang tak cukup?

Sekarang senaraikan aktiviti yang kita lakukan seharian. Bermula bangun pagi, ke kelas, tambah dengan main FB, buka internet, makan, solat dan sebagainya. Cuba senaraikan hinggalah waktu tidur balik.


....
...
..
.


Dah?
Agak-agak, ayat "
24 jam tu pun rasa macam tak cukup" boleh guna tak?

Diri sendiri lagi tahu tentang dirinya kan? (=

Masa itu umpama emas.

Cukup berharga. Sangat-sangat berharga.

Setiap orang ada 24 jam. Allah beri semua orang waktu yang sama, tak kurang dan tiada yang lebih. Cukup-cukup. 
Tapi kenapa ada yang cakap 24 jam tu macam tak cukup?

Kenapa dia boleh cukup, dia boleh buat segala benda dalam 24 jam tapi kita tak boleh? Dia mampu nak study semua subjek dalam sehari, sibuk lagi. Dia boleh, kenapa tidak kita?


Sebagai contoh, saya ada ramai sahabat yang bukan saja hebat dalam akademik bahkan mereka jugalah yang berada di kalangan top dalam persatuan. Walau sibuk macam mana pun dengan aktiviti persatuan, dengan perjuangan, study tetap maintain dan result pun gempak! Ya Rabb, hebatkan? ('=

Pernah tak kita fikirkan kenapa?



Sebab mereka tahu yang mana utama dan perkara yang utama perlu didahulukan. Dan yang penting, tahu seimbangkan masa. Time study, kena study! Time kena buat kerja, buat kerja! Time main, mainlah. 


Dan saya yakin, bilamana kita buat kerja agama iaitu berkerja ikhlas kerana Allah, nak bantu agama Allah, insyaAllah Allah akan bantu kita. 


"Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." (surah Muhammad, ayat 7)

Allah ni sayang sangat dekat kita, kita saja yang terlepas pandang semua tu. ('=

Andai kata tak cukup-cukup juga masa tu, renung-renung kembali, koreksi diri kembali. Duduk depan laptop mengadap benda yang bukan kerja tu berapa lama. Tengok cerita, tengok movie, main FB, main games dan lain-lain. Berapa lama kita peruntukkan masa kita untuk itu?

Apatah lagi kalau tengok cerita korea, cerita jepun, yang pasti cerita itu bersiri memang confirm berjam-jam.
Berhibur, nak tengok cerita tu tiada masalah tapi tetap ada batasnya. Yang menjadi masalah hanya bila study diletakkan di tepi, kerja dibiarkan bertangguh sebab semata-mata nak tengok cerita. 
Tak ke buang masa begitu saja? )=



Rasanya, bilamana dah buka laptop, connect internet then kalau nak kata sekejap tu adalah juga setengah jam, kemudiannya sejam dan berjam-jam. Tak ke? Saya saja kot. Unless memang kerja kita kena mengadap laptop!

Dan di situlah, kita sendiri kena tegas dengan diri sendiri, kan? 
Bila kita relax, bila memang tiada kerja dan tak busy kita rasakan benda tu macam biasa. Tapi bila sampai satu tahap di mana kita rasa masa ni tak cukup, time tu lah rasa menyesal datang. Seriously.



Tanggungjawab VS Masa.

Saya cukup suka bila ada orang yang ingatkan tentang masa. Sebab masa ni kadangkala kita tak nampak ia berlalu. Sedetik demi sedetik. Sesaat, seminit, sejam... Jangan pergi! Tapi masa takkan pernah tunggu kita. Kita yang kena kejar masa.



Bak kata seorang senior, "Saya suka orang yang tepati masa. Tanggungjawab yang ada lebih dari masa yang kita ada. Kalau kita tak jaga masa kita, macam mana kita nak handle pelbagai tanggungjawab yang ada."

Totally agree.

Tanggungjawab kita sebagai pelajar, sebagai hamba Allah, sebagai dai'e, sememangnya sangat banyak. Nak study lagi, nak buat kerja lagi, nak berpersatuan lagi, ya Rabb, sangat banyak ok? So, jangan buang masa. Hormati masa anda. Kalaulah masa boleh bercakap, mungkin selalu saja kita kena tegur. )=



  


Haarithun 'ala waqtihi.
Salah satu dari 10 muwassafat tarbiah (sifat-sifat yang perlu ada pada seorang dai'e) ialah haarithun 'ala waqtihi iaitu pandai menjaga masa. 

Imam Hassan al-Banna letakkan salah satu ciri yang perlu ada untuk seorang dai'e adalah pandai menjaga masa. Nak tak nak memang manusia itu perlu pandai untuk menjada waktunya, tahu untuk menguruskan masanya dengan baik.


Allah ada berfirman, 

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." (surah al-Asr)

Kalau zaman kanak-kanak sekolah dulu, buat jadual dan tampal dekat dinding. Memang kena ikut. Kalau tidak main saja kerjanya =P. Dan sekarang bila sudah meningkat dewasa ni perlu lagi ke nak buat jadual dan tampal di dinding?



Terpulang pada diri masing-masing, kalau rasa diri tak mampu nak menguruskan masa dengan baik, buat je lah kan. Bukan nak tunjuk kat orang pun, untuk sendiri-sendiri. Sekurang-kurangnya bila ada timetable macam tu, dengan sendirinya masa kita akan lebih tersusun, lebih terjaga. Nak buat sangat senang, nak ikut dan istiqamah tu yang susah kan?

Tapi, Allah suka sangat benda yang sikit tapi berterusan. Apa itu? Istiqamah. (=


Muhasabah bersama.

Kita selalu merungut bila orang yang berjanji dengan kita tak tepati masa.
Lambatlah, tak on time lah, dan macam-macam lagi.
Tapi pernah kita muhasabah diri kita bila kita yang lambat?
Pernah kita sedar yang kita juga pernah lambat dan buat orang tertunggu?

Sama juga dengan masa. Kita kata kita tak cukup masa, kita cakap tak sempat nak buat, tapi pernah kita salahkan diri kita sendiri?
Kita biarkan kerja bertangguh, kita buang masa dengan perkara yang tak sepatutnya. 

Jadi apakah layak untuk kita kata masa tu tak cukup?

Hari ini dah 29 Disember 2011, lagi dua hari bakal ke tahun baru 2012. Masa cepat sangat berlalu pergi, dan benda yang paling jauh yang takkan kita dapat gapai kembali adalah masa yang berlalu. Allahu Allah.

Sama-samalah kita gunakan masa kita dengan baik, dengan penuh hikmah.
Moga bila dibangkitkan kelak di padang mahsyar di depan Allah, bila ditanya tentang masa, kita mampu untuk menjawabnya. Biiznillah, insyaAllah. ('=


nota : Post panjang dan terakhir untuk tahun 2011. Selamat tinggal 2011, tahun yang penuh dengan suka duka. Moga Allah berkati masa-masa yang kita ada, insyaAllah. (=

2 comments

Taman syurga.

Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Hari ni kami bercerita lagi, di taman syurga(?).

"Jom lepak di taman syurga."

Hah?

"Lepak kat tengah-tengah universiti tu haa. Kat situ best. Tempat lain rasa panas semacam, pergi kat situ rasa sejuk semacam. =D
Dahlah pokok-pokok menghijau, nyaman. Macam syurga. Tapi syurga hebat lagi. Tak terbayang di kaca mata."

Ish3. Banyak main betul. =D

Ustaz kata, syurga tu sesuatu yang kita takkan terbayang betapa indahnya ia. Yang tak pernah kita lihat dengan mata, tak pernah terhidu dengan hidung, tak pernah terasa dengan pancaindera. Jadi, hakikatnya kita takkan pernah tahu bagaimana indahnya syurga itu.

Nak rasa syurga? Nak tinggal di syurga?
Kejarlah pahala banyak-banyak.
Top up amalan selalu.
Tinggalkan maksiat dan larangan Allah, lakukan perintah Allah.
Sungguh senang. Tapi berapa kerat sahaja yang bersungguh-sungguh nakkan ia kan?

Heh. Saya saja kot begitu?
Suka main-main.

Bila ditimpa ujian, hati mudah mengeluh resah. Kata beriman? Teruji sikit terus melatah.
Bila terasa perjalanan sebagai dai'e terhalang, mula lemah semangat, mula futur.
Kata mujahid, kata mujahidah?

Mahar ke syurga itu mahal harganya. Nak dapat syurga kena jadi yang hebat!

Kita bayangkan begini saja,

seorang lelaki yang mahu kahwin dengan seorang perempuan tentu kena berusaha untuk mendapatkannya. Dan perempuan itu bukan calang-calang orang. Berilmu, berakhlak mulia, berbudi bahasa, dan dalam bahasa mudahnya dialah wanita solehah.
Bukan calang-calang orang juga yang akan menjadi sayap kanan perjuangannya bukan?

Mula-mula kena jumpa walinya terlebih dahulu. Lepas tu kena ada ilmu di dada, kalau tak bagaimana nak didik isteri dan anak-anak nanti. Dan bila nak kahwin pula kena ada duit serba sedikit. Ringkasnya kena usaha untuk mendapatkan sesuatu yang kita nak. USAHA.

Dan tentulah kalau disebut tentang syurga, tentang inginkan syurga sebagai rumah di alam sana nanti, tentu-tentulah usaha untuk dapatkannya kena super duper hebat lagi. Kan? (=

Oleh itu,

kalau terasa lemah dalam perjuangan, ingatlah kisah perjuangan Rasulullah S.A.W. Baginda dihina, diherdik, malah ingin dibunuh, tetap tabah dan kuat dalam langkah ini. Baginda lagi hebat diduga, lagi dasyat diuji. Nak dibandingkan dengan kita takkan pernah terbanding. )=

Kalau terasa putus asa dalam langkah, ingatlah kisah perjuangan sahabat-sahabat Rasulullah. Ingatlah kisah tauladan dari mujahadah-mujahadah Islam. Jangan mudah futur, jangan! Sekali tersadung, bangkitlah, bangkit dengan semangat yang baru! 

Anak kecil yang baru bertatih tahu untuk kembali bangun, apatah lagi kita yang sudah pandai untuk berlari.

Kita mahu syurga yang hebat, kita mahu kejayaan yang mantap-mantap, tapi tanya pada diri sendiri, apa cukup usaha yang kita lakukan?
Muhasabah. 


Dating kat situ jom! Sambil tadabbur alam, subhanallah (=

"Mereka itulah yang memperoleh syurga 'Adn, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; (dalam syurga itu) mereka diberi hiasan gelang emas dan mereka memakai pakaian hijau dari sutera halus dan dan sutera tebal, sedang mereka duduk sambil bersandar di atas dipan-dipan yang indah. (Itulah) sebaik-baik pahala dan tempat istirehat yang indah." 
(Surah Al-Kahfi, 31)

nota : Dunia bukan tempat rehat. Bila kaki dah melangkah masuk syurga, itulah saat bermula rehat yang berpanjangan. Allahuakbar. ('=

5 comments

"Saya minta maaf."

Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

"Saya minta maaf."

Sungguhlah, ayat ini sangat power!
Acu cuba try test =D
Tambah-tambah sekiranya ayat power tu diungkapkan terus dari lubuk hati nan satu tu, insyaAllah terasa bagaikan luka yang berdarah macam apa tu akan sembuh. ('=

Alkisahnya begini...

Seperti biasa, hari Isnin hari yang paling hectic. Mungkin sebab setiap minggu, sampai-sampai rumah, azan maghrib dah berkumandang. =='

Dan yang tak berapa nak seronoknya benda seumpama itu boleh dielakkan jika kelas start dari awal.
Selalunya kelas adalah dalam 3 jam untuk satu subjek dan bila petang menjelma, boleh dikatakan setiap minggu tu jugalah, doktor akan masuk kelas lambat. Paling-paling awal, sejam lewat. Kalau yang sadisnya, sejam lebih nak ke dua jam. Tak ke sadis tu? T.T

Muka masing-masing dah bosan semacam. Dah rasa macam apa.
"doktor selalu macam ni."
"doktor dah buat kami tertunggu-tunggu macam ni."
Bla, bla, bla...

Dan nak dijadikan cerita...
Hari Isnin kelmarin dulu ada kuiz dan kelas seperti biasa.
Dan memandangkan bila tengok jam waktu asar dah nak dekat, so kami (bukan saya seorang =P) decide nak pergi ambil wuduk dan solat dulu. Xdelah terkejar-kejar balik nanti. Sambil-sambil tu siap pesan kat partner sebelah, "doktor masuk misscall tau."

Masa on the way ke masjid, kawan buat misscall. Oh, ok doktor dah sampai. Kaki tinggal berapa langkah saja lagi dari masjid. Patah balik ke tidak?
"Kuiz lepas  lecture kot? Macam yang hari tu."
So, dengan selambanya kami ke masjid. =D
Dan rupanya, bila masuk kelas doktor dah buat kuiz. Oh, tidak! T.T

Lepas kelas kami terus jumpa doktor. Dengan takut-takutnya. Err, boleh ke nak ambil kuiz lagi? Tadi macam dah bincang soalan-soalannya.
Alhamdulillah, doktor ok saja. (=

Dan ayat yang memberi kesan yang mendalam pada saya sendiri;
"saya minta maaf. Saya lambat ke kelas. Sepatutnya saya datang awal..."

Cukuplah satu perkataan untuk digambarkan, terkesima. Allahu Allah ('=
Terasa bagaikan perasaan tak puas hati dengan doktor sebab setiap minggu datang lambat tu terbang melayang. Hilang. Allahu Akbar.

Kalau fikir, doktor seorang yang lagi tua, yang lagi berusia. Tapi tetap merendahkan diri untuk meminta maaf kepada yang lagi muda. Tak salah kan seandainya yang lagi berusia meminta maaf dari mempertahankan ego sendiri? (=
*segan*

Saya minta maaf.

Ungkapan MAAF mampu menyejukkan hati yang tengah panas, 
mampu mendamaikan jiwa yang tengah resah gelisah,
mampu menghilangkan segala rasa tak puas hati, segala marah yang terbuku di kalbu. 
Pasti akan hilang, insyaAllah.

Jadilah insan yang pemaaf bagaikan baginda Rasulullah SAW,
belajarlah untuk menjadi orang yang terlebih dahulu memohon maaf walau bukan diri yang bersalah,
belajarlah untuk menjadi insan yang sentiasa merendahkan diri.
Biiznillah, insyaAllah. (=


credit : HERE 


 nota : Saya minta maaf! Untuk mereka-mereka yang pernah saya terguriskan hati, terkasar bicara, tak tertunai hak-hak sebagai saudara seagama. Maafkan saya yang hina ini. ('=
Dan insyaAllah, segala bagai kesalahan yang pernah dilakukan pada saya, dengan rasa rendah dirinya, saya maafkan. NIL.

Saya manusia biasa, yang sentiasa melakukan salah dan silap. Dengan Allah pun selalu buat silap apatah lagi dengan manusia biasa kan? Tapi saya cuba, cuba menjadi insan yang lagi baik dari hari sebelumnya, biiznillah. (=

nota 1 : Jangan lupa yang kita kena selalu minta maaf dengan Allah! =D

3 comments

Bacalah!

Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Alhamdulillah kelmarin sempat ke kelas Quran. Tu pun setelah beberapa bulan tawaqquf (berhenti) sejak dari revolusi 25 Januari lepas. Lama tu T.T
Apa-apa pun, alhamdulillah masih ada peluang untuk teruskan belajar dan belajar.

Di awal muqadimahnya, soalan biasa-biasa yang ustazah tanya. Dan bila ustazah start tanya, 
"Al-Quran macam mana? Baik?"
Terdiam dan hanya senyuman je boleh bagi. Segan dengan ustazah, segan dengan Dia yang Maha Melihat T.T

Ya, mungkin baca dan baca itu sudah menjadi rutin, alhamdulillah. Tapi, sejauh mana hafalan yang ada terus lekat dalam ingatan? Sejauh mana apa yang dibaca itu diamalkan? =='

Teringat pesanan sang murabbi,
cuba ketuk pintu hati kita, tanya pada diri kita sendiri.
Bayangkan di padang Mahsyar kelak, datang Al-Quran sebagai pemberi syafaat juga.
Adakah kita mampu untuk menjadikan Al-Quran sebagai syafaat?

Cuba kita renung sejenak, kita berada dalam golongan mana?
1) tak beriman dengan Al-Quran
2) Beriman tapi tidak membaca Al-Quran
3) Beriman + baca + tidak taddabur terjemahannya
4) Beriman + baca + tadabbur ayat-ayat Al-Quran tapi tidak mengamalkannya.

Di manakah kita, tepuk dada tanya iman yang satu itu. ('=

Sungguh, untuk menjadikan al-Quran sebagai bahan bacaan yang utama sehari-harian bukannya senang. Nak istiqamah membaca al-Quran hari-hari, tak pernah tinggal memang susah.

Benda senang saja kan? Tapi yang senang itu yang susah dibuat.
Tak perlu saya tengok jauh, tak perlu saya tengok orang lain. Tapi tengok pada diri saya sendiri!
Kadang-kadang sibuk dengan kelas dari pagi sampai petang, dan malam tu kalau lepas solat tak baca, memamg alamaknya selamatlah Quran tu tersadai dekat rak saja. )'=

Sehari tak baca, tak bagi kesan pun kan? Kecoh apanya kan?
Memang tiada apa pada zahirnya, tapi pada iman? Pada batin? Pada roh kita sendiri?

Saya pernah dengar kalam seseorang, 
"bagaimana nak cuci hati yang berkarat tu?"
Bacalah al-Quran!

Bagaimana nak top up iman seharian kita?"
Bacalah al-Quran!

Bagaimana nak selalu dekat dengan Allah?
Bacalah al-Quran selain dari solat dan lain-lain.


Biah Solehah.

Alhamdulillah berada di bumi Mesir yang bagi saya sendiri membentuk seorang manusia cintakan al-Quran. Saya pernah bercerita di SINI , bagaimana betapa orang arab menjadikan  Quran tu bagaikan membaca surat khabar harian. Bagaimana orang arab ni menjadikan Quran bagai buku yang sentiasa dikepit kemana-mana sahaja pergi. Allahu Allah. ('=

Sejak dari tahun satu lagi, saya perasan dengan suasana dalam kelas. Kawan-kawan yang selalu bawa Al-Quran kemana-mana even ke kelas, dan bila free terus baca Quran. Subhanallah. Seribu kali jauh lebih baik dari bercakap kosong sahaja kan? ('=

Sungguhlah, biah solehah itu mampu menjadikan seorang manusia itu terikut dengannya. Dan kita budayakanlah ia. Membudayakan sesuatu yang menjadikan kita lagi baik,  bertambah-tambah baik itu sangat menguntungkan. Kan? (=

Muhasabah.

Kagumi dengan para doktor di sini. Tak pernah terlupa untuk pesan kepada kami tentang erti kehidupan.

"Baca Quran selalu. Hafal setiap hari! Paling kurang pun satu ayat sehari, kalau nak lebih lagi bagus! Tapi jangan tinggal! Lama-lama nanti insyaAllah, akan habis."

"Rasulullah bagaikan al-Quran bergerak di dunia ini." - Saidatina Aisyah.


Rasulullah qudwah terbaik untuk kita contohi, untuk kita teladani. Untuk menjadi seperti baginda kenalah sentiasa amalkan apa yang Rasulullah buat kan?

Nak didik diri supaya istiqamah dalam baca al-Quran, mulakanlah dari sekarang. Paling senang praktikalnya, lepas solat, ambil Quran terus baca even hanya dua tiga ayat. Mula-mula. Lama-lama nanti, up kan lagi. Dari 5 ayat mungkin pada satu muka surat. Kemudiannya dari satu muka surat kepada satu makhraj. Dari situ kepada satu juzuk. Sikit demi sedikit. 

Yang penting, istiqamah. Benda apa yang Allah suka? Istiqamah. Dan tahu, istiqamah itu susah, bukannya senang. Tapi ingatlah, yang susah itu yang menguntungkan kita, yang susah itulah yang akan membuatkan kita senang lenang di sana kelak! Allahu Allah.

Jadi, sama-samalah baca, sama-sama jadikan al-Quran tu sebagai bahan bacaan utama!

sumber gambar : sini

nota : Baca Buku! 

nota 1 : 25.1.11, tarikh bersejarah bumi Mesir, revolusi 25 Januari.
Hari ini, 25.11.11, perhimpunan sejuta rakyat Mesir di Medan Tahrir sekali lagi.
Mohon doa dari semua untuk mendoakan kesejahteraan bumi Mesir, rakyat Mesir dan kami semua pelajar Malaysia yang ada di sini.

Zaman ini zaman fitnah siapa yang baik siapa yang jahat. Tapi kita doakan moga Allah berikan yang terbaik buat bumi Mesir. ('=

4 comments

Muhasabah.

Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.


Bila ustaz Mujahid sebut tentang blogger tadi, tersentak seketika. Macam mengena saja.
"Bila sudah menulis, bila seseorang tu pandai bagi ceramah, adakah dia sudah selesai tanggungjawabnya dalam berdakwah?"


Dan jawapannya tentulah tidak. TIDAK.

Tanya kepada diri sendiri kembali, andai petah berbicara, andai bisa menulis, apakah kita menjadi penggerak dalam gerak kerja Islam?
Bila diminta menjadi AJKP (AJK Pelaksana), kita sedia membantu?
Bila disuruh memegang tanggungjawab atau amanah dalam satu gerak kerja, adakah kita yang sedia menyahut?
Atau hanya sekadar lantang berbicara, atau hanya sekadar menaip bicara sepi sahaja?



Muhasabah.
Refleksi pada diri.


nota : Jangan futur. 

10 comments

Jaga pandangan!

Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

"Kenapa kamu melihat diri kamu lebih baik dari orang lain?"

Kadang-kadang hati bisa terdetik, 
"aku alim kan, pakai tudung labuh. Jauh lagi baik dari yang pakai tudung-nak-taknak tu."
"aku baik kan, selalu pergi ke masjid, selalu ke kelas-kelas agama dari mereka-mereka yang suka duduk rumah saja."
"Aku pakai tutup aurat, tip top. Dia dah lah tak pakai tudung, pakaian pun ketat sana, ketat sini. Aku lagi baik kan?"

Kenapa sering melihat diri kita lebih baik dari orang lain?
Yakinkah semua amalan kita itu diterima oleh Allah?
Yakinkah amalan-amalan itu dicatit di kitab amalan sebelah kanan kita?

Wahai hati, 
jangan pernah tengok orang lain dengan pandangan yang hina. 
Jangan pandang orang yang mungkin kita rasakan dia tengah melakukan maksiat itu dengan padangan yang hina. Jangan.

"Aku benci si polan dengan si polan itu. Dating hari-hari, keluar berdua-dua. Buat maksiat tak habis-habis."

Mungkin pernah terdetik di hati sebegini. Benci melihat.
Jangan benci pada pelaku kerana mungkin si pelaku maksiat akan bertaubat. Dan mungkin dengan taubatnya menjadikan dia lagi baik, sangat-sangat baik dari kita.
Benci maksiat yang dilakukan tapi bukan pada orang yang melakukan maksiat!

Pesanan Syeikh al-Habib Ali al-Jufri, 
jagalah pandangan mata kita dari 3 jenis pandangan iaitu;

Melihat kepada aurat iaitu apa yang diinginkan oleh nafsu.
Melihat dunia dengan padangan kebesaran.
Melihat makhluk Allah dengan pandangan kehinaan.

Orang kata, dari mata turun ke hati.
Sebab itu Allah berfirman dalam Al-Quran,

"Katakanlah kepada lelaki-lelaki yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya..."
"Dan katakanlah kepada perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya..."

(Surah An-Nur, ayat 30 & 31)


Tundukkan pandangan, tundukkan pandangan. Itu perintah Allah. Dan sebagai hamba kita sedia tahu, setiap larangan dan setiap arahan terkandung beribu hikmat disebaliknya.


Jom tengok video ni. Best! =D


Allahu Allah, moga Allah pelihara diri kita semua dari pandangan sebegini rupa. Moga dijauhkan. Sama-samalah menjaga mata kita, yakni menjaga pandangan mata hati.
('=



nota : Ustaz ada pesan, "andai kata ada kawan-kawan yang mungkin prestasi akademiknya kurang, tapi jangan pandang hina kat dia. Mana tahu mungkin sebab doa dia kita berjaya."

nota 1: Bagaikan terasa kehadiran Sheikh Habib Ali di masjid Azhar. Terbayang-bayang di layar mata, sekali tu bukan sheikh. Ya Rabb, sedihnya hati T.T

6 comments

Pemberian.

Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. 


Boss : "Boleh tolong buat artikel raya?"
Boss 1 : "Boleh hantar artikel ni dan ni lepas cuti raya?"

InsyaAllah.
Angguk-angguk, cuba untuk menghadam.



Menulis itu perlu ada bakat atau idea?

Seminggu diberi tempoh untuk menyiapkan artikel, seminggu tu juga rasa macam tak cukup masa. Dan akhirnya artikel dibuat dan dihantar pada hari yang kena hantar! Wah. Tahniah NIMH! Sebab buat kerja last minute =='

Bukan tak cuba untuk terus buat, cuba. Tapi...
Tulis satu ayat, backspace, delete. Termenung cuba merangka idea dari tajuk yang ada. Termenung dan termenung, akhirnya tutup macam tu saja.
Susah bila ada tajuk, tapi tiada ilham yang datang.

Jadi benarlah, ilham itu Allah yang punya. Dan ilham itu hanya Allah yang bisa menganugerahkannya. Kita hanya perlu minta saja kan? ('=

Berbual dengan seorang sahabat yang juga seorang kartunis,
"Senang tak melukis? Sesenang menulis tak? Ambil masa lama tak nak siapkan satu-satu cerita?"

dan jawapannya,

"Nak lukis gambar kartun tu semua memang lah senang. Tapi nak fikir idea, nak fikir memberi yang bermakna tu susah. Adalah juga dalam seminggu nak siapkan kartun tu dengan ayat-ayat dia sekali. Sama je lah dengan ko kan?"


Saya hanya mengangguk. True.

Nak menulis, melukis yang bermakna atau yang bermanfaat bukannya mudah. Nak menulis biasa-biasa macam karangan zaman sekolah dulu mungkin senang tapi kalau nak lebih dari tu mungkin ada lebih mujahadahnya.

Menulis bukan untuk perkara sia-sia, moga-moga dengan apa yang tertulis mampu nak mengetuk pintu hati yang membaca. 
Nak melukis kartun yang islamik pun sama, tak mudah nak lukis sesuatu yang mampu nak buat orang tergelak baca dan dalam masa yang sama mampu nak menyentuh hati-hati setiap insan.

Kami mungkin berbeza cara 'memberi' tu. Mungkin saya dalam bidang jurnalis dan dia dalam kartunis tapi kami ada persamaannya, kami cuba untuk memberi sesuatu yang bermanfaat untuk semua, untuk agama khususnya. InsyaAllah.

A pause to reflect.

"Perlu keinginan untuk memberi, insyaAllah nanti idea tu datang mencurah-curah." - Kak Dah.


Ia kembali mengetuk pintu hati, buat semua ni dan menulis ni untuk apa sebenarnya?
Menulis semata-mata untuk siapkan tugasan, lepas siap hantar. 
Menulis ini untuk sekadar bagi orang baca atau apa?

Kalau dulu di awal penglibatan saya dalam blogging ni mungkin sekadar untuk bercerita pengalaman ni bumi Mesir. Tapi lama kelamaan saya sedar, apa guna buat sesuatu andai tiada matlamat, andai tiada niat yang jelas, kan?
Mungkin saya tiada kelebihan, tapi jika menulis sebahagian dari 'memberi' pada jalanNya, insyaAllah saya akan cuba untuk terus istiqamah. ('=






nota : Awkward. Bila berbual dengan penulis yang tak dikenali di alam maya dan kemudiannya baru tahu yang mereka dikalangan teman sendiri. Sungguhlah.


nota 1 : Dari alam maya bertemu di alam realiti. Percaturan Allah itu sungguh indah, Allahu Allah. ('=

nota 2 : Selamat hari raya aidiladha! Kullu sanah waantum bikhair (=



nota 3 : tersenyum lebar bila ada pengomen2 kata, "NIMH memg suka senyum!"
Aiyak. Senyum tu sedekah dan bukan ke bila kita senyum dan orang senyum kembali itu mendamaikan, kan? (=

4 comments

Tahu atau tidak?!

Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Sebulan lalu.

Terasa hening menjejakkan kali ke wad Temenggung di Hospital Besar Kota Bharu.
Sunyi. Yang kedengaran mungkin hanya derapan kaki doktor yang ke sana sini.
Langkah demi langkah kususuri dan menghampiri ke sebuah katil di situ.

Wayar berselirat di sana sini, dua monitor di kanan kiri katil.
Matanya terpejam rapat.
Kupegang jari jemarinya, kurenung wajahnya yang semakin cengkung.

Mungkin menyedari adanya yang datang, dia membuka mata dan merenungku.
Setitis demi setitis air mata yang mengalir.
Dan cukuplah air mata itu saja sebagai bahasanya. )'=

"Cik Nah, Izzati dah nak berangkat ke Mesir esok. Cik Nah jaga diri baik-baik yer. Cik Nah kena kuat!"

Makin erat genggaman jari jemarinya. Tanda mengiyakan. Mungkin.
Dan kupandang monitor yang ada, menahan sebak di dada, menahan empangan air mata yang mungkin bila-bila masa akan pecah.

Tiada apa yang boleh dibicarakan, dengan mulutnya dipenuhi tiub. Hanya renungi mata saja berbicara.

"Cik Nah, izzati keluar dulu ya? Izzati sayang cik Nah."

Dia mengangguk. Pautan jemarinya makin kemas. Dan aku tunduk mencium tangannya.
Pertemuan syahdu itu rupanya pertemuan yang terakhir kalinya.

Hari ini.

Cukup 'seronok' dapat tengok cerita korea ramai-ramai ni. Ada yang tukang tambah, ada yang tukang gelak, ada yang tukang suspen. Macam-macam. Bukan selalu boleh bersama-sama duduk lepak sekali ni. Masa membataskan. Kan?

Seronok dengan keindahan duniawi.
Seronok kerana waktu keramat itu terhijab.
Seronok, sedangkan ada yang berduka lara.

Titt, titt, titt... Mesej.

"Along, dapat tak mesej angah di number maxis?"

Buka kotak mesej,

"Along, cik Nah dah xde, pagi tadi. Cubalah tepon kak Yana. Dia nangis-nangis peluk mama tadi. Mungkin boleh bagi semangat dekat dia?"

Innalillahiwainnailahirajiun. DariNya kita datang dan kepadaNya kita kembali.
Allahuakbar. )'=

Cukuplah, khabar kematian itu menjadi peringatan buat diri yang sentiasa lalai. Cukuplah kematian itu mampu menyentak tangkai hati untuk terus ingat akan hakikat sebuah kehidupan yang fana ini!

Tahu atau tidak?

Kita tahu ajal itu datang bila-bila masa saja kan?
Kita tahu di mana sekalipun kita tinggal, walau bila sekalipun, bila sampai masanya, kita tetap akan dijemput pulang.
Kita tahu dunia ini hanya sementara saja.
Kita tahu kita hidup tak lama.
Kita tahu tujuan kita diciptakan adalah untuk beribadat padaNya.
Kita tahu kita hidup bukan hanya makan, minum, pergi kelas, solat, puasa.
Kita tahu, tapi apa kita dah buat?!
Kita tahu, tapi hingga detik ini apa yang sudah kita laksanakan?
Sudahkah kita penuhi segala hak kita pada Allah?

Cukuplah.
Sama-sama muhasabah diri. 
Tanya iman, tanya hati, di mana tahapnya sekarang, 
apakah cukup untuk dijadikan mahar untuk ke syurga?
Allahu Allah. )'=




nota : Yana, kamu kuat! 

10 comments

Jangan!

Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Tahun baru untuk semester ni, hari Isnin yang paling 'hectic'.
Oh, kelas bermula awal pagi dan habis kadangkala hampir penghujung asar. Ya Rabb, berlari-lari anak pulang ke rumah. =='

Dalam berjalan pulang, sempat kami berceloteh di sepanjang jalan. Memang perempuan suka cakap kan? Hehehe.

"Macam mana kalau kita tak sempat nak sampai rumah, mati di tengah jalan dan tak sempat nak tunaikan solat?

Erk... Kita tengah 'berlari' ni nak kejar waktu solat kan? Allah pandang ni.

Tapi kita tak cuba untuk berhenti di mana-mana pun. Boleh saja kita berhenti, solat dulu baru jalan balik rumah."


*Senyap* masing-masing terdiam. Dan rasanya kaki makin laju melangkah.

Jauh fikiran menerawang usai solat tu...
Bagaimana agaknya tak sempat nak buat kebaikan kerana asyik bertangguh dan ajal itu datang menjemput?
Bagaimana sekiranya tak sempat nak langsaikan hutang segala bagai?
Bagaimana tak sempat nak minta maaf, tak itu tak ini, agak-agak macam mana yer?

Dan paling penting, bagaimana jika tidak sempat untuk bertaubat padaNya?
Oh... Nauzubillahiminzalik. 



Jadi,
jangan pernah bertangguh untuk lakukan kebaikan.
Jangan berhenti untuk sentiasa melakukan amar maaruf.
Jangan pernah untuk berkata 'tidak' untuk sebuah kemaafan.
Jangan pernah untuk kata 'tunggu dulu' untuk sebuah taubat.

Sebab kita ialah manusia, sebab kita adalah hamba yang tidak akan tahu apa akan terjadi 'next'.

Jika disedarkan di tengah pekat malam untuk merasai indahnya sujud padaNya, bangunlah.

Jika punyai waktu walau seketika untuk sujud padaNya, sujudlah.

Jika diberi peluang untuk memegang mushaf Quran, bacalah.
Jika ada peluang untuk melakukan kebaikan, lakukanlah.
Jika diberi peluang untuk membantu mereka yang susah, ringankanlah beban.

Gunakanlah peluang yang ada. Gunakanlah waktu yang ada!
Jangan pernah untuk bertangguh pada benda yang memberi manfaat pada kita. Jangan.

credit to MuslimBuzz.



10 comments

Semangat yang menjauh.

Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Alhamdulillah minggu ni dah minggu ketiga masuk kelas. So far, alhamdulillah (=
Terima kasih buat sahabat-sahabat yang sering menanyakan khabar, jazakillah ('=

"macam mana study?"
"macam mana dengan tahun baru? persekitaran baru?"

Just one word, alhamdulillah. (=
Mula-mula melangkah, mula-mula untuk membiasakan diri di 'persekitaran' baru, hanya Tuhan yang tahu debaran di hati.
Tapi sekarang, alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. ('=




Semangat yang menjauh.
"Izzati, bagaimana nak ada semangat kembali?"
"Entahlah kakak, tak rasa ada semangat tu. Tak semangat nak buat semua benda. Tak tahulah kenapa."

Seretak mereka menanyakan soalan yang berkait rapat dengan semangat di waktu sama pada hari yang sama tapi berbeza keadaan.
Naa, saya bukanlah penasihat yang baik atau terbaik, masih bertatih ke arah itu. Cuma mungkin andai diberi pilihan, saya boleh atau lebih suka menjadi pendengar yang setia. (=

Cerita itu.

Berada di bumi Mesir ini banyak mengajar saya tentang erti kehidupan. Allah berikan saya peluang untuk merasai pengalaman yang pelbagai rasa. Ada ketikanya teruji dengan sesuatu yang mendukacitakan, adakalanya dengan yang pahit, dan macam-macam lagi.

Di sini saya mula belajar erti 'semangat' itu sendiri.
Bagaimana hilangnya semangat ketika mendapat khabar berita kehilangan insan tersayang di saat tengah exam. Bagaimana jatuhnya semangat tika mendapat keputusan yang hampir buat diri rasa putus asa. Bagaimana terbangnya semangat ketika 'diperlekehkan'.
Bagaimana rasa semangat itu menjauh tika jauh dari keluarga, tetap terasa asing walau berada dalam ramai.
Banyak...

Tapi... itu yang memberikan pengalaman. Dari situ tercarinya semangat-semangat yang hilang dan di situlah jua semangat itu ada. ('=

Jika ditanya pada saya bagaimana untuk kembali bersemangat semula, mungkin saya tiada jawapan yang pasti. Sebab, saya tidak berada di situasi yang sama. Saya tidak merasa apa yang anda rasa. Saya hanya akan jawab dari akal, bukannya hati bukannya perasaan yang sama sebagaimana yang anda rasa. )'=

Tapi takkanlah jika ada yang tanya soalan begitu pada kita, dan kita hanya jawab, "tak tahu, sebab saya tak alami apa yang kamu alami," kan? 
Sekurangnya, secebis kata-kata untuk naikkan semangat. Maybe? (=

Adakah bila semangat hilang, semangat makin merudum jatuh, tidakkah terfikir untuk naikkannya kembali? "Ok, cakap senanglah, tapi kamu tak rasa."

Ya, tapi kalau difikirkan, seandainya hanya mengikut perasaan yang lemah itu hanya membawa kita ke jurang, tunggu masa nak jatuh saja.

Sebagai contoh, tak mampu nak jawab exam dengan baik untuk subjek pertama dan rasa bagai nak 'fail'. Dan kalau bawa perasaan yang sama, asyik terfikirkan benda yang sama, tentu akan beri kesan pada subjek seterusnya, kan? Natijahnya mungkin lagi teruk. 

Jadi, biarkan yang lepas dan bangkit untuk yang seterusnya. Yang lepas biarkan, lepaskan sepenuhnya pada Allah. Sebagai hamba Allah, kita ada usaha, kita ada doa. Dan tawakkal itu kita gantungkan sepenuhnya pada Allah.

Kuatkan semangat dengan apa?
Dengan selalu mengingati Allah. ('=

Sebagai makhluk Allah yang punyai pelbagai rasa, pelbagai perasaan hakikatnya kita perlu balik kepadaNya. Back to Him. 
Kadang-kadang, rasa lemah semangat itu datangnya dari syaitan. Bermain-main di fikiran, menghasut fikiran untuk terus bersedih, terus memujuk hati untuk terus menyesali takdir. Itu permainan syaitan. 

"Allah lebih suka mukmin yang kuat dari mukmin yang lemah."

Reflek diri.
Bukan mudah untuk mengatakan sesuatu yang bukan kita berada pada tempatnya. Sungguh. Selagi yang mendengar atau yang melihat atau yang merenung tidak mengalami perkara yang sama, selagi itu perasaan atau kata-kata itu tidak akan sepenuhnya 'sampai'. Sebab kita mungkin hanya mampu memberikan simpati 100% tapi tidak pada empathy

Sesungguhnya, s
emangat itu bukan hanya perlu dinanti dan kemudiannya datang, TIDAK. Tapi semangat itu perlu dicari, perlu digapai. Usahakan untuk mencarinya!

Ingat apa yang berlaku, Allah tak pernah jauh. Dia maha dekat. 
Ketika keluarga jauh di sisi, Dia tak pernah jauh.
Ketika ujian datang menimpa, Dia yang memberikan kita peluang untuk kembali padaNya.


Kuatkan semangat! Setiap apa yang berlaku ada hikmatnya, pasti.
Kuatkan semangat! Mengapa perlu dituruti hati yang rawan jika ia hanya membuatkan hidup terus kelam.
Kuatkan semangat! Allah tak uji dengan sesuatu yang melebihi tahap kemampuan hambaNya.
Kuatkan semangat! Tak guna untuk terus diam di situ sedangkan hidup ini terus berjalan. ('=


nota : Gelak sorang-sorang nak isi borang 'special' ni. Semua soalan luar silibus. =D

2 comments

Selamat berjuang!

Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

7 Oktober 2011.
Genap 3 tahun berada di bumi Mesir. Ikut tahun memang lah sudah genap, tapi kalau ditambah ditolak cuti segala bagai, tak cukup pun. =P

Apa-apa pun, alhamdulillah. Sudah berada di pertengahan jalan untuk hampir ke penghujung kisah sebagai pelajar perubatan. Lama lagi sebenarnya T.T
Alhamdulillah, segala pujian buat Tuhan yang sentiasa memandang hambaNya ini. 


Tahun baru bermula, kelas pun bermula! Yeay!

Mula-mula nak melangkah ke tahun baru terasa cuak seketika. Mungkin sebab akan bertemu dengan suasana yang berbeza dan muka-muka yang 'baru' nanti.
Bangun pagi 2/10 hari tu, dah berdebar-debar semacam. Macam nak masuk dewan exam je kan? 
Apa pun, alhamdulillah ala kulli hal. Letak tawakkal itu hanya pada Allah, insyaAllah pasti ada ketenangan yang bermukim. ('=

Dan, episod 'kesibukan' bermula! Hooray!
Happy semacam je kan? Mana tak happy, cuti dah super panjang. Jadi sekarang waktu untuk teruskan langkah yang dah terhenti seketika tu. Biiznillah (=

3 tahun itu sekejap.

Pejam celik pejam celik memang sekejap sangat 3 tahun tu. Sungguh. Masih terbayang-bayang saat satu keluarga menghantar ke KLIA. Berkumpul ramai-ramai semua anak JPA di situ, menanti untuk berlepas ke bumi Mesir. 

Teringat lagi, drama air mata kat situ. Oh syahdu sungguh. =P
Pertama kali berjauhan dengan keluarga, dan pertama kali itulah terus jauh berbeza benua. Pertama kali rasa homesick dan sekarang ni pun tak habis-habis lagi. =P

Bagaimana terpaksa tinggal di dewan Malaysia selama beberapa minggu sebelum masuk rumah sewa. Berulang alik dari dewan Malaysia ke universiti. Turun awal pagi lagi, balik time matahari dah nak tenggelam. Jauh punya pasal.

Kalau 3 tahun dulu masih lagi nak 'bermanja-manja' dengan kakak-kakak senior.
Minta tolong itu, minta tolong ini. Sekarang ni, kurang dah la kan. Sebab ada adik-adik junior dan kita pula yang kena tengokkan mereka. =D
Itulah adat berada di perantauan ni. Tolong menolong tengokkan antara satu sama lain. 

3 tahun, yang memberikan kematangan buat diri. Banyak sungguh pengalaman yang ada, yang dipelajari. Hidup ni, semakin meningkat dewasa kita, semakin banyak dugaannya, kan? Semakin kita melangkah mencari redha Ilahi, semakin banyak pula yang teruji. ('=

Selamat berjuang!

Tahniah diucapkan buat semua sahabat yang secara rasmi naik tahun baru. Tentu lega kan? Alhamdulillah. Tumpang gembira untuk kalian semua. Yang pasti, perasaan itu saya pun pernah lalui walaupun 'pending' seketika. Allahu Allah, Dia berikan yang terbaik. ('=

Selamat meneruskan perjuangan. Kita sudah di pertengahannya.Teruskan melangkah, moga Allah teguhkan kaki kita semua di jalanNya, insyaAllah.


Selamat hari lahir kak Atin. She's now in final year.
Tiba-tiba rasa sebak bila kak atin kata, "lepas kak atin habis ni, tie duk sini xde saudara mara yang nak tengok-tengokkan lagi la kan?"
T.T


nota : 4 tahun tu sekejap je kan nak berlalu? Sabar tu kan indah. Oh, tak sabar nak rasa saat itu. =D

6 comments

Time will heal.

Setahun berlalu, dan indahnya sudah tidak terasa kesakitan itu kan?

"Akak, tahun lepas tu bila tarikhnya?
Erk. Kejap. Tak ingat. Bila yer?"

Ironi. Sungguh.

Kalau setahun dulu, tarikh keramat itulah saatnya yang mungkin takkan pernah dilupakan tapi ajaib.
Time will heal. And totally true. Sembuh.
Alhamdulillah ('=

True!



nota : Kembali ke sekolah! Yeay! New season has just begun. Biiznillah (=

nota 1 : Sindrom malas nak update post baru masih menebal. Later, insyaAllah. (=
Ni bukan post ke? Bukan. Ni luahan hati. =P