Pages

Saya. Anda. Kita.

Bismilillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Kadangkala terlintas di benak fikiran, apa yang sudah aku lakukan untuk agama?
Hampir 21 tahun, apa yang sudah aku lakukan untuk hidup ini?
Apa yang sudah terisi, apa yang sudah mengisi kotak kehidupan ini?


Kadang-kadang hati terdetik,
apa yang aku ada? 
Apa yang kelebihan yang aku ada?
kelebihan yang mungkin boleh digunakan untuk menolong orang, mungkin?
untuk membantu agama khususnya?

Tapi dalam diam berfikir, kadang-kadang tak pernah tahu apa istimewanya diri.

Sehinggakan terasa,
"aku tiada apa-apa kelebihan pun!"
"aku tak macam orang lain, tak hebat berdebat, tak bijak menyentuh hati dan perasaan orang lain."


Dan aku? 
"Entah."


Kadang-kadang bila ada yang hebat ambil gambar dan menggunakan medium itu sebagai dakwah, terasa cemburu. 
Kagum di sudut hati. Nak juga macam tu.
Bila ada yang hebat menulis, baca sahaja kata-katanya, terasa cair.

Wah, nak jadi macam dia!
Pabila tengok sahabat-sahabat yang hebat bersuara, berdebat, petah berbicara,
terasa diri mengecil di sudut dunia.
Aku ni, macam tiada apa-apa.



Diam, 
termenung.
Merenung kembali tentang hakikat penciptaan manusia itu sendiri.


Bukankah Allah menciptakan seseorang itu berbeza?
Dalam setiap perbezaan itu pasti ada keunikannya tersendiri kan?
Pasti ada keistimewaannya. Pasti.



Dalam kita risau kita tiada apa-apa kelebihan,
lebih baik kita yang menjadikan sesuatu sebagai kelebihan.
Kerana, kadangkala kelebihan itu kita tak nampak.

Mana kita tahu,
mungkin kitalah yang akan merubah titik kehidupan seseorang.
Kerna, setiap makhluk itu punyai kelebihan dan keistimewaan yang tersendiri.
(=




Cuba kita tengok tebuan @ lebah @ bee.
Kecil-kecil cili api.
Mungkin ia hanya binatang,
tapi kerana ia bunga mampu mekar berkembang,
dan kerana ia juga manusia boleh menikmati madu.
Subhanallah.
Kadang-kadang yang kecil itu lagi besar manfaatnya.

Kehidupan ini boleh diumpama bagaikan sebuah kelas. 

Dan gurunya adalah Allah SWT. 
Hakikatnya dalam kelas kita akan belajar pelbagai benda, 
pelbagai keadaan dengan bantuan dari guru. 
Seandainya kita betul-betul belajar, khusyuk menerima,
tentu kita akan pandang segalanya yang berlaku dengan mata keimanan. 
Subhanallah, kehidupan yang Allah berikan terlalu indah.












nota : You're amazing just the way you are. (=

btemplates

9 comments:

Nazihah@Jiha said...

Allahu rabbi :)

tersentuh,pernah juga terfikir sebelum ini kak,apalah kelebihan diri..terasa salah juga..merendahkan diri sendiri..tp,hakikatnya Allah jadikan manusia itu penuh kelebihan sebenarnya :) kan kak?

diri sendiri perlu 'gali' dlm2 :)
mcm lagu salleh yacob 'gali..gali..lobang' ok! yg ni mengarut,abaikan hehehe

nice one kak :)

Puding karamel said...

eeh...sama ngan kata2 di komen tu kan...am i the inspiration?hehe

tade,tade,gurau je

sangat setuju,setiap manusia tu sgt berbeza,maka kte smua slg melengkapi.dats y ade yg kte panggil synonim,ade acronym.mmg sunnatullah

mgkn skrg awk x brape rase,nanti awk stat keje,awk akn rasa sgt penting dlm masyarakat,sebagai dokter,dan jugak sbg khalifah allah.

peace!

Izzati Hashim said...

@Jiha : (=

ya, masing-masing ada kelebihan. Even akak tak kenal lagi Jiha depan2, akak pasti tentu ada yg istimewa tentang Jiha. (=

Izzati Hashim said...

@Puding Karamel : Frankly speaking, post ni terlakar lepas saya baca translation tu.

Lebih pada diri juga, sebab kadangkala hati sering terlalu merendah diri sedangkan sebenarnya ada saja kelebihan tu. (=

Pupuk sifat bersyukur. InsyaAllah.

p/s : Thanks sis sebab singgah sini. Jauh tu nak dtg singgah Mesir. hehehe.

shameel Iskandar said...

agama kita adalah tanggungjawab kita, jadi setiap umat islam adalah pendakwah. aday g berdakwah menerusi kehebatan penanya spt Syed Qutb. aad yg berdakwah menerusi siasah spt necmettin erbakan, malah Hassan al-banna sendiri. ada yg berdakwah menerusi fotografi seperti peter sender. ada juga yg berdkawah menerusi hiburan spt yusof islam.

Apa juga bidang yg kita ceburi, kita bertanggungjwab memperkenalkan keidnahan dna kecantikan islam. sesungguhnya islam itu tinggi dan tiada yg lebih tinggi drpnya.

E n t o y C a i r o said...

nice monoloq doc :)

Izzati Hashim said...

@shameel iskandar : Terima kasih. Your words always inspire me. (=

memg sudah menjadi tanggungjawab kita untuk memperkenalkan Islam, untuk menjaga Islam, utk menyebarkan Islam. InsyaAllah. (=

nusrah said...

Assalamualaikum.
drop by here. i dont know whether i should call u kak izzati or not. Sorry, x pernah nak tnye pun. nti kte taaruf ye. ;)

Setiap org memang Allah ciptakan berbeza-beza. Semua ada kelebihan sdri dan awak juga ada kelebihan awak. Baru lah hidup saling melengkapi kan. ;)

May Allah always bless u my dear ;)

Izzati Hashim said...

@Nusrah : wslm wbt.
terima kasih sudi ke teratak ni (=
nanti kita bertaaruf panjang, insyaAllah.

yep, meraikan perbezaan dan keunikan yang ada pada diri masing2. (=

thanks for your wish, same goes to you. May Allah bless u too (=