Pages

Yakinlah!

Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Sejak kebelakangan ni ada sahabat-sahabat di FB yang meng 'add' saya di mana-mana group. Tiada masalah di situ. Mungkin akan ada peluang untuk berkongsi ilmu, ada peluang untuk sama-sama melakukan amar maaruf dan nahi mungkar, mungkin. Saya lebih suka memerhati dari mencelah, kekurangan ilmu yang pasti. (=

Dan dari itu, ramai pula yang add FB. =='
Oh ada hikmatnya di situ, insyaAllah ukhuwwah terjalin. 

Kesimpulannya saya dapat mengenali ramai orang dengan pelbagai 'fikrah', pelbagai bahasa, dan banyak pelbagai lagi la. Dan buat mereka yang meng 'add' saya melalui blog ni, salam taaruf dan salam ukhuwwah, moga ukhuwwah yang terjalin ada nilainya di sisi Allah. InsyaAllah (=

Exam pun satu ujian (=

Ada yang melontarkan persoalan, yang membuatkan saya berfikir dan kembali merenung diri sendiri.

"Adakah setiap satu perkara atau masalah itu ujian dari Allah?
Kadang rasa tak mampu, berat kepala memikirkannya,
tapi katanya Allah takkan uji dengan perkara yang tidak kita mampu."

Kenyataan last itu yang membuatkan saya terpanggil untuk mencelah sepatah dua kata. (=

Izinkan saya untuk berbicara sepatah dua kata. Selalunya lebih. Tapi saya bukan siapa-siapa,  cuma saya ingin berbicara atas pengalaman yang pernah saya lalui. Pengalaman yang sedikit cuma, tapi yang telah mendidik jiwa saya untuk terus melangkah.

Sesungguhnya jalan mujahadah itu takkan pernah sunyi dari onak duri, dugaan dan cabaran. Pasti akan teruji, pasti akan diuji.

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?"
surah Al-Ankabut, 2 (29:2)

Ujian memberi kekuatan.

Saya masih lagi bukan orang yang bila ditimpa sedikit ujian terus redha menerima, tidak. Saya masih bertatih untuk belajar ke arah itu. Masih berusaha untuk menjadi hamba yang paling redha dengan ketentuannya. Tengah berusaha untuk menjadi hamba yang bila teruji, mampu untuk terus bersangka baik pada Allah. Masih. Biiznillah.

Pernah diri teruji dengan ujian kegagalan yang hampir mengundang putus asa. Hampir. Saat menerima perkhabaran tu, saya berada di rumah keluarga angkat kerana mengikuti satu program. Saya menangis, sehinggakan tuan rumah iaitu keluarga angkat risau kerana ingatkan saya tidak selesa berada di situ. Kalau diingat balik, macam kelakar je. Ish3. Izzati Hashim memang tak pandai nak sembunyikan perasaan. 

Menangis kerana saya memikirkan masa hadapan yang pada ketika itu jelas lagi saya tak tahu apa akan berlaku. Menangis kerana memikirkan mereka akan terus melangkah dan saya diam di situ. Menangis kenapa saya diuji, menangis berfikir di mana kurangnya lagi. Oh, berlawan dengan emosi memang mengundang putus asa.

Jelas perkhabaran itu buat saya 'terduduk', sakit yang rasanya Allah saja yang tahu. Betapa peritnya untuk terima kenyataan. Dirasakan langkah tersadung, jatuh... dan bagaikan tak mampu nak berdiri lagi. Bila nak berdiri terasa goyah. Dan kalau berdiri, bagaikan tidak tahu kemana harus saya melangkah.

Ketika itu, hati berperang dengan perasaan. Pelbagai persoalan menerjah ruang fikiran. 
"kenapa mesti aku?",
"kenapa aku tak macam orang lain?",
"mana silap aku?",
"kenapa aku diduga sebegini rupa?"
.
Kenapa itu dan kenapa ini. Persoalan demi persoalan.

Saya jadi manusia yang lain ketika itu. Saya bukan along dipandangan adik-adik, saya bukan Izzati di pandangan kawan-kawan. Saya memilih untuk sendiri. Saya memilih untuk melayan perasaan sendirian. Jasad saya ada di situ, tapi roh saya entah kemana. Saya tersenyum, tapi entah pada siapa. Saya ketawa, tapi entah untuk apa. Ya Rabb, macam teruk je kan saya ketika itu? (=

Satu soalan yang yang diajukan oleh mama yang membuatkan saya berhenti mengalirkan air mata. Kekuatan yang saya rasa disalurkan dari soalan-soalan itu,

"Ujian ini takkan buat along patah semangat kan? Ujian ini takkan buat along buat keputusan untuk berhenti dari melangkah kan? Along tak pernah terfikir untuk berhenti kan?"

Saya terdiam, saya terkesima. Saya lupa yang ramai yang ada di sisi. Saya lupa yang Allah tak pernah tinggalkan saya. Bukankah orang yang beriman tidak mempunyai sifat putus asa dalam diri? Ya Allah... 

Lama saya muhasabah diri, dan akhirnya saya pilih untuk bangkit dengan satu semangat baru, semangat yang dihulurkan oleh keluarga saya sendiri. Semangat yang dikirimkan dengan doa oleh sahabat-sahabat saya. Semangat yang diberikan oleh DIA. (=

Saya taknak jadi manusia yang mudah mengalah, saya taknak jadi hambaNya yang mudah berputus asa. Tidak. Saya harus bangkit!

Saat kekalahan itu bermula bila kamu merasa lemah dalam perjuangan dan saat kemenangan itu bermula bila kamu melawan rasa lemah itu!

Yakinlah dengan Allah.

Ujian mengajar erti kehidupan. Ujian bukan hanya menguji tapi mengajar tentang kematangan dalam hidup. Ujian mengajar kita untuk lebih muhasabah pada diri. Kalau selama ini saya rasa itulah ujian yang maha berat, tapi kalau saya pandang mereka yang lagi berat ujiannya, saya rasa ujian untuk saya hanya picisan. Sama ada saya menang atau kalah dalam ujian itu. Itu sahaja.

Allah menguji takkan melebihi batas kemampuan hambaNya. Yakinlah! Pengalaman saya hanya sedikit, tapi dengan pengalaman dan dugaan itu yang membentuk saya sekarang.

Bila saya menoleh ke belakang, melihat episod duka yang pernah saya lalui. Kadangkala saya tersenyum sendirian, bermonolog seorang diri, "kenapalah terlalu emosi aku ketika itu, padahal 'bukan' besar sangat pun masalah itu." 

Kadangkala menangis seorang diri mengenang kisah lalu kerana mungkin pada awalnya saya telah gagal. Ya, gagal. Gagal menjadi hamba yang redha dengan ujian yang telah Allah berikan pada saya. Saya segan pada DIA yang Maha Mengetahui. Dia tahu apa yang terbaik buat diri tapi diri mudah sangat kalah pada perasaan. Oh, segannya.

Tapi, yakinlah! Memang benar, Allah takkan uji hambaNya melebihi kemampuan hambaNya. Yakinlah. Mungkin pada awalnya itu yang saya rasa. Terasa berat, maha berat ujian itu. Tapi cuba kalau kita 'buka mata', lihat pada mereka yang lagi berat ujiannya, kita akan rasa ringan. Bukankah, 

"Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan, sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan."

surah Al-Insyirah, ayat 5-6 (94 :5-6)


Buat diri khususnya dan para sahabat, bila ditimpa ujian, didiklah hati untuk bersangka baik pada Allah. Didiklah hati untuk belajar menjadi hamba yang tabah menerima. Kita kena yakin dengan janji Allah,

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." 
surah Al-Baqarah, ayat 286 (2:286)

Bila Allah uji kita, uji kamu, itu bermakna Allah tahu kita mampu untuk mengatasinya. Kita mampu untuk berhadapan dengannya. (=


Muhasabah diri. 

Tak senang untuk saya melepasi tahap itu. BUKAN SENANG. Kadang-kadang, bila disoal tentang itu, kadangkala hati saya masih merintih. Sebab mungkin masih ada sisa kesedihan itu. Tapi saya cuba untuk terus melangkah. Melangkah dan melangkah. Allah sentiasa ada, saya kena yakin dengan itu.

Bukan bermakna saya telah 'berjaya' dalam ujian ini, tidak. Saya masih belajar. Belajar erti kehidupan.

Bagaimana kita lalui ujian itu, bagaimana pembentukan diri kita selepas 'teruji', itulah kita. Berjaya atau gagal, semuanya dalam pandangan Allah.

Koreksi diri, apa yang kita boleh ambil dari ujian itu. Apa yang kita belajar dari semua itu. Apa? Apakah hanya kesakitan? Apakah hanya tangisan air mata? Setiap yang berlaku pasti ada hikmatnya, pasti. (=


HambaMu, lagu tema Imam Muda.
Lagu yang memberikan semangat! (=



nota : Oh, saya dan sahabat di Uni di seluruh Mesir tengah dalam fatrah imtihan, doakan kami. Moga kami berjaya dan diberi kekuatan olehNya. (=

nota 1 : Ramai yang kata, "Izzati cool je kan." Sebelum nak boleh sampai tahap 'cool' tu bergelen dah air mata yang tumpah. Hehehe. =P

kekuatan itu dari Allah yang pasti, alhamdulillah (=


btemplates

14 comments:

E n t o y C a i r o said...

ya..dr.izzati mmg cool..(pengakuan ikhlas)

:)

Nazihah@Jiha said...

Assalamualaikum kak Izzati..

*adakah ini petunjuk dr Allah??* bicara hati..

terima kasih,makin yakin rasanya bila baca entri akak ni...mungkin ujian ini nak ajar budak 'ni' untuk lebih matang dan dekat pada-Nya...

*sy doakan akak dan kwn2 akak moga berjaya..insyaAllah ...

*teruskan ke cool lan akak ya..:)
*peluk* kalau ada akak dpn mata ble kita crita2kan..hik2

Izzati Hashim said...

@Entoy : erk. tatau nak kata apa. =='

(=

Izzati Hashim said...

@Nazihah : Wslm wbt dik Nazihah (=

jawapan kepada persoalan yg terlontar di situ kah? Ya Rabb, petunjuk Allah itu blh dtg dgn pelbagai cara (=

sama-sama dik. Perkongsian dari pengalaman diri sendiri, insyaAllah kita kena yakin, Allah tahu apa yang terbaik.


p/s : terima kasih utk doa itu. =D

p/s lagi : hehehe, nak tgk akak 'cool' ke tidak, meh jumpa meh. Mesti keayuaan yg terserlah hehehe (=

Nazihah@Jiha said...

Terima kasih..seakannya akak dpt mengetahuinya kan..kan :) *mcm tau2 ja sy ni huhu =_='

*ayu ka cool ka, jiha tak kisah..hehe yg penting itu akak izzati..jgn org lain sdh....hik3

Humairah said...

Hehe.. Ingat lagi time nk call mum tu sue x berani nk oyak. Dia suh aku oyak. Aku pun berat nk menyampaikan, tp klu aku di kedudukan mum mesti aku nk tahu.

Semua orang pun mcm nk senyap je.

Cuma satu pesan aku, sbgi pengajaran utk orang lain, jgn cool sgt. Utk bangkit itu bagus, tp sbgi tanda sayang, beri pengajaran utk mereka spy berhati2, x terjatuh ke lubang yg sama. Takut orang anggap benda tu biasa. Cthnya aku, jd x takut akan kemungkinan itu walau akal mengatakan tak nak
-huhu-

Yeah, Doktor pakar yg famous sekarang ramai yg pernah lalui situasi tuh. Siapa kita skrg tak menentukan siapa kita di masa depan. Terus melangkah dgn perubahan yg baik! Go mek ti go!

Doakan aku jugak. Haila tak rasa mcm nk exam lgsg nih. rilex manjang.

Izzati Hashim said...

@Humairah : 'cool' aku tu pun, mum kena penangan jugak ke? tak kan?
mum jugak yg kata,

mc't cool? mcm tak je. - aku ingat ayat ini ok. =p

thanks mairah, mum salah sorg sahabat yg sentiasa ada di sisi utk menyokong aku, jasa mum dan yg lain hanya Allah je yg boleh balas. Aku leh tlg doa je (=

insyaAllah, sama2 berubah utk kebaikan, sama2 melangkah utk mencapai matlamat di hadapan sana. Yosh! Berusaha!


p/s : mak cik, sila belajar. Oh, saya juga (=

MelihatDariJauh=) said...

selalunya dugaan yg hebat itu adlh utk dia yg hebat juga =) moga2 iman dia jd lg hebat.

may Allah bless you sis, all throughout the way (^_^)

Izzati Hashim said...

@MelihatDariJauh=) :

(=

thanks dear (=

p/s : kenapa melihat dari jauh? jom dekat2 kan (=

Syahida _Masri said...

Waaaah , first time singgah blog nih. hati tenang. Suka laa post neh. memang cool. heheee.

btw, apa tajuk lagu kat blog ni ?

Izzati Hashim said...

@Syahida_masri : thanks Syahida (=

lagu Sami Yusof, Healing!

amal said...

terima kasih kak izzati untuk entry yangg cukup bermanfaat ini.
amal penah frust , yangg tesangat tatkala mendapat result PMR. bp hari duk dalam bilis nangis. seriously , mmg time tu tak bule tima kenyataan , mybe targt tgi sgt tapi tak lepas kann. so , frust yg amat. Selepas bp bulan baru bule terima.sesungguhnya , apa yangg berlaku tu pasti ad hikmah.Alhamdulilah, Allah itu Maha Adil ,kejayaan dapat ditempa dalam SPM even bukan lahh straight A tapi cukup sekadar melepasi target ^^

Izzati Hashim said...

@Amal : panggil nama Amal mengingatkan akak pada adik akak di Malaysia ('=

Allah Maha Adil, dia beri kita kesakitan tapi kekuatan itu tetap ada. Dia beri kita kesedihan, tapi gembira itu pasti hadir lepas tu. Allah hanya nak uji kita, apakah kita sabar dalam menempuh dugaanNya. (=

siapa nak 'gagal' tu dik, tiada. Tapi dari gagal yg adam biarlah kita jadikan ia satu pemangkin utk kita bangun dan terus melangkah.

selamat berjuang Amal (=

amal said...

ohh , adik akak pun nama amalina ehh ,
hehe.

aah , terima kasih kak atas nasihat kata2 yangg cukup bermakna tuu ^^

jazakillahu khairan kathiro :)