Pages

Gerhana yang indah.

Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Subhanallah, subhanallah, subhanallah!
Terlalu agung kekuasaanMu, terlalu hebat ciptaanMu.
Terasa bergetar jiwa tatkala melafazkan puji-pujian buat yang Maha Esa ketika menatap saat gerhana bulan tadi. Allahuakbar! 
Gerhana bulan yang cukup indah di pandangan mata. Subhanallah ('=


" Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang berakal."
(Al-Imran, 190)

Berada di depan pintu rumah, dan menyaksikan fasa-fasa gerhana bulan itu, terasa kerdilnya diri. Rasanya inilah yang pertama kali dapat menyaksikan fenomena ini dengan jelas. Subhanallah, terlalu agung ciptaanMu.


gambar : kredit kepada senior, Hamada Hamdi. 
(copy paste dari FB beliau). =D


Gambar ni sewaktu pukul 9.14 mlm Mesir. Subhanallah ('=

Sesungguhnya, kehebatan ciptaan Allah ini terlalu banyak. Sayang seribu kali sayang andai mulut berat melafazkan pujian, andai diri malas untuk beribadat padaNya. Tidak cukupkah dengan segala bukti kekuasaanNya?

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim dari Aisyah r.a. bahawa Nabi SAW bersabda :
“Sesungguhnya matahari & bulan adalah dua tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Terjadinya gerhana matahari atau bulan itu bukanlah kerana kematian seseorang atau kehidupannya. Maka jikalau kamu melihatnya, berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, bersedekahlah serta bersembahyanglah.”



gambar : credit to Ustaz Amin
Cantik kan?


Biarkanku bagaikan sang pungguk yang merungkaikan rindu pada sang bulan.
Biarkanku tenggelam dengan keasyikan keagungan kebesaran Ilahi. 
Indahnya ciptaan Allah, terlalu indah.

Hadiah dari Ilahi untuk mendengar bingkisan kalam syukur, 

memuji keagunganNya dari hamba-hambaNya. Subhanallah ('=












nota : Mencari kamera. Lupa, saya dah tiada kamera =='
Time beginilah nak ada DSLR kat tangan. 



nota lagi : nak panjat naik sutuh, tapi takut. LD, kenapa tak datang sini malam ni? =='

btemplates

9 comments:

Al-Mufakkir Hamidi said...

salam.

Subhanallah. kat sana ada buat solat gerhana jemaah?

Nazihah@Jiha said...

Subhanallah..

indah sungguhkan kak :)

nur aisya humaira said...

assalam zati..:)

aisya ngantuk nk tggu pgi tdi nk tgk gerhana ni..huhu

Izzati Hashim said...

@Hamidi : wslm wbt.

Alhamdulillah ada buat. Kitaorg sendiri pun ada yg buat berjemaah, dan tak silap masjid depan rumah pun ada (=

Izzati Hashim said...

@Jiha : Subhanallah, itulah tanda kekuasaanNya.

Yang pasti, kita berbeza tempat tapi masih memandang pada bulan yang sama kan? sweet (=

Izzati Hashim said...

@Aisya : Wslm wbt.

Aisya! (=

yer lah, mlm tadi sini baru pukul 9 malam, malaysia dah pukul 3 pagi. Waktu tidur kat Malaysia. =D

p/s : xpe2, tgk gmbr yer (=

Puding karamel said...

hwarrrghhh...
x dapat jack.hujan all night!
n...x tau pon.x mengikuti perkembangan sungguh T_T

p/s akk slalu je dtg cni ^^
jauh2 dr sabah.err...kne naik 2 flight kan?

Izzati Hashim said...

@puding karamel : Sabah hujan yer? Hujan rahmat (=


wah, terharu selalu dtg sini, thanks kakak (=

p/s : a'a naik dua flight, bermula dari Kelantan ke KLIA kemudian MESIR. hehehe. Satu flight saja. Cuma selalunya ada transit di mana2. (=

zimah zaiwani said...

rasa rugi sgt2 xdpt tgk gerhana bulan sbb mlm tu zmah keletihan. bdn rs x sedap. x bp sehat :'(