salah siapa???
Geram, sebak, sedih... semua bersatu bila baca surat khabar hari ni. Hari ni, satu lagi kisah pembuangan bayi kat malaysia. KLIK DI SINI!
Coretan sebuah sketsa kehidupan di pentas dunia yang fana.
Geram, sebak, sedih... semua bersatu bila baca surat khabar hari ni. Hari ni, satu lagi kisah pembuangan bayi kat malaysia. KLIK DI SINI!
Dalam byk2 minggu selepas cuti winter break hari tu,
hari ni hari yg paling best~
sebabnya...
just duduk di rumah tanpa kemana-mana,
xde kelas Quran,
xde sc ( smart circle)
leganya ^_^
hak3...
ada la jugak masa lebih nak menatap buku huhuhu...
esok kembali ke alam "busy" huhuhu
selalunya,
nama je hujung minggu
tp penuh dgn aktiviti~
adehh...
tp, bak kata seseorang teman,
lebih baik kita sibuk dgn aktiviti yg berfaedah
dari ada masa tp terbuang dgn benda2 yg melalaikan...
contohnya, tgk cite korea ke,
main games ke...
kalau study xpelah jugak,
tp kalau buat benda2 yg macam tu
memg buang masa xtentu pasal huhuhu...
sebenarnya...
nikmat masa lapang tu lah salah satu nikmat yg sering kita lupa,
yg sering kita xsedar kita dah salah gunakannya~
Dua nikmat agung yang diabaikan kebanyakan orang ialah kesihatan dan masa lapang. (Hadis riwayat Imam Bukhari, Tirmidzi dan Ibn Majah )
Ianya boleh merubah hidup kita, cara kita berfikir serta maksud hidup kita.
Ianya adalah kisah seorang lelaki dari Bahrain yang bernama Ibrahim Nasser . Dia telah lumpuh sepenuhnya sejak lahir dan hanya boleh mengerakkan kepala dan jari-jari. P ernafasannya juga terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan.
Ibrahim telah menanam keinginan untuk bertemu dengan Sheik Nabeel Al-Wadi seorang ulama’ dari Kuwait . Ayah Ibrahim telah memohon kepada Syeikh Nabeel Al-Wadi agar dapat menunaikan hajat anaknya Ibrahim untuk berjumpa dengannya.
Ibrahim tersangat gembira dapat berjumpa dengan Sheikh Nabeel bila beliau membuka pintu biliknya. Kegembiraannya dapat digambarkan pada raut wajahnya sehingga sukar baginya untuk berkata-kata pada mulanya.
Ibrahim bersama-sama ayah, bapa saudaranya dan Syeikh Nabeel

Tahukah anda apakah soalan yang telah menyebabkan Ibrahim tidak dapat menahan kesedihan sehingga menangis sepuas-puasnya ? Syeikh Nabeel telah bertanya kepada beliau, sekiranya Allah memberikan dia nikmat kesihatan sehingga dia boleh berjalan, apakah yang akan dilakukan olehnya ?
Mendengar Soalan ini, Ibrahim telah menangis sepuas-puasnya sehingga ayahnya, bapa saudaranya dan kesemua orang di dalam bilik itu termasuk juga jurugambar telah menangis .
Dia telah menjawab, demi Allah jika saya boleh berjalan maka saya akan menunaikan sholat saya di masjid dengan penuh gembira dan akan menggunakan segala nikmat kesihatan untuk mendapat redha Allah.
Wahai saudara-saudara sekelian Allah telah memberikan kita semua nikmat kesihatan dan kita semua boleh berjalan dengan tidak ada masalah. Adakah kita menunaikan sholat kita di masjid ataupun kita hanya membuang masa berjam-jam di depan TV dan komputer ?
Bila kita memikirkan ujian, cubaan ataupun dugaan, yang membawa maksud sama, pasti kita akan memikirkan kesusahan, kesedihan dan kekecewaan..Namun bukan semua kepahitan itu adalah ujian dan dugaan, malah bahagia, kesenangan dan kemewahan itu dikatakan satu bentuk ujian..
Bagi kita, dengan musibah dan dugaan yang melanda, kita pasti terasa terbeban dengan semua itu..malah, ramai yg hilang akal fikiran dan sakit mental akibat daripada dugaan yang melanda..Tapi pernahkah kita mendengar firman Allah SWT yg berbunyi...:
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya ... ila akhir ayat"..
Al-Baqarah ayat 286
Itu adalah janji Allah dan janjiNya pastinya terlalu benar.. Namun, kenapa orang sampai hilang kawalan fikiran disebabkan dugaan yg melanda terhadapnya? Itulah fungsinya iman dalam jiwa, tingkat iman yang mampu memberi kesan kepada jiwa seseorang..
Kita seringkali merasakan derita dgn kekurangan yg ada pada diri kita dan tanggapan bahagia yang dijalani oleh orang lain..Namun yakinlah bahawa disebalik hati itu, hanya Allah yang mengetahuinya..Kadangkala kita lihat insan lain bahagia, tapi mungkin sebalik..Begitulah juga, kita lihat seseorang itu susah dan derita, namun mungkin berlaku sebaliknya.
Kita sesekali perlu merasai derita dan kecewa..Dengan hal ini, barulah kita mengerti erti bahagia dan berjaya.. Orang yang mendapat kesenangan setelah melalui kesusahan, sudah pasti dia akan sangat merasai kesenangan itu berbanding orang yang telah hidup senang dan semakin senang. Sesekali kita perlu juga menangis dan terhiris akibat daripada musibah kerana di situlah kita akan rasa kesyukuran yang diberiNya serta kita pasti akan lebih mengenali diri sendiri. Kebiasaannya, apabila seseorang itu tidak pernah merasai kesusahan, risaunya apabila Allah uji dengan sekecil-kecil ujian, dia merasakan terlalu besarnya ujian itu hingga mungkin aqidah tergadai.
Syurga itu terlalu manis dan indah..Dan mahar untuk ke sana pastinya bukan calang-calang mahar.. Andai ujian yang Allah timpakan kepada kita, dan kita sudah merungut, siapakah kita untuk layak untuk merasai manisnya syurga.. ibarat inginkan barangan yang bernilai, sudah pasti nilainya tinggi untuk dibayar..dengan nilai yang tinggi itu, perlulah usaha dan ikhtiar yang besar untuk dapatkan duit sebanyak nilai itu.
Ujian yang datang itu adalah kayu pengukur keimanan kita..Daripada itu, kita boleh lihat iman kita bagaimana..adakah kita berpuas hati dengannya?Tepuk dada, tanyalah diri berlandaskan aqidah..
Orang benar-benar cekal dan tabah pasti akan menemui syurga itu.. Kerana itulah, Allah s.w.t. berfirman:
"Sesungguhnya manusia itu dicipta sentiasa gelisah. Jika disinggung bahaya dia berkeluh kesah, Dan jika disinggung kebaikan dia kikir pula" (Surah Al-Ma'arij:19-21)..
Malah Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Tiada dikira Mukmin yang sempurna keimanannya, orang yang tidak menganggap bala itu nikmat dan kemewahan itu musibah (bala)" (Riwayat al-Tabrani).
Cuba kita renungkan hadis tersebut, pasti ia bertentangan daripada fikiran kita.. Kita sering menganggap kemewahan itu adalah nikmat dan bala itu adalah musibah yang kita ingin jauhkan.
Satu pesanan daripada kata sahabat, usah berdoa untuk diringankan 'musibah/ujian', tapi berdoalah dikuat dan ditambahkan iman dihati..tatkala ujian itu berlalu, kita pasti sangat gembira kerana mampu menempuhi ujian yang berat berkat dengan iman yang mantap..malah kita pasti bergembira dengan tahap iman kita. Oleh itu, berdoalah agar ditingkatkan iman...~
Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadaMu).
* terima kasih pada saudara Ahmad Fairuz bg keizinan utk copy artikel ni ^_^
***********************
kadangkala Allah hilangkan mentari, kemudian Dia datangkan guruh, puas kita menangis mencari mana hilangnya mentari itu, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan sebuah pelangi yg indah ^_^
mulut senang melafazkan kata sabar... namun hakikatnya bila diri sendiri diuji, terujilah kesabaran itu.
"Wahai org-org yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dgn sabar dan solat. Sungguh, Allah bersama org2 yg sabar"
surah al-baqarah : 153
hakikatnya, Allah xkan menguji hambaNYA melebihi batas kemampuan kita sendiri.
Itu tandanya Allah sygkan kita ^_^
every successful person has a painful story,
every painful story has successful ending,
accept the pain and get ready for success ^_^
Alhamdulillah, midterm exam dah melabuhkan tirai. Jadi bermulalah cuti musim sejuk! :D
cuti! hoorey!!!
semua dah ada rancangan masing-masing nak kemana. Ada yg keluar dari mesir, ada yg bercuti dlm mesir je dan ada yg balik ke Malaysia. *jeles*. Tapi ada jugak yg taknak kemana-mana, lebih suka menghabiskan masa di rumah sahaja. Maklumlah, kalau sebelum ni sibuk dengan kuliah, dengan persatuan, masa cutilah ni lah nak habiskan masa dengan berekat pula.
Tapi selalunya, cuti begini masing-masing akan penuh dengan aktiviti masing-masing. :D
Baguskan? (=
Setiap tahun, dalam hujung bulan 1 hingga minggu pertama bulan 2, akan ada ma'rad @ festival buku @ book fair. cairo international book fair. Setiap tahun! Wajib ada! Rasanya sejak berada di sini, inilah aktiviti tahunan yang takkan ketinggalan dalam jadual saya (=
saat ni memg ditunggu-tunggu oleh penggemar buku. Nampak gaya, masyarakat Mesir sendiri pun cintakan buku! Rakyat Malaysia macam mana? Tak terasa ke? Jom jadi ulat buku!
Tempat yg dibuat teramatlah besar. Tempat ni memang disediakan khas untuk apa acara pameran sekalipun. Jadi kalau nak pergi sehari utk hbskan pusing kesemua tempat dlm tu
memg takkan cukup! Dalam tu tak silap saya ada lebih dari 5 gudang besar, dan beratus khemah-khemah canopy pelbagai publisher. Boleh bayangkan betapa besar dan luasnya tempat tu kan? Kalau rajin, pergilah dua tiga kali. (=
Kat sana ada pelbagai jenis buku. Untuk semua peringkat usia, untuk yang dewasa dan untuk kanak-kanak. Dan terdapat dalam pelbagai bahasa; arab, english, perancis, dan melayu pun ada! Tapi jarang la nak jumpa buku dlm bahasa melayu ni.
Boleh dikatakan macam-macam ada :D
syurga buku!
Hari ni, alhamdulillah ada kesempatan nak pergi book fair tu. Cuma hari ni, masuk-masuk sahaja, terus menuju pada booth darul salam (salah satu publisher yg terkenal kat mesir). Sebab terasa tak larat nak pusing satu tempat yg terlalu besar ni. Lagipun, dekat booth darul salam ni, memang ada banyak buku dalam BI. Banyak yang diterjemahkan.
Dalam kemeriahan di pesta buku tu, apa yang buat saya kagum dengan masyarakat Islam Mesir ni, usai sahaja azan berkumandang, semua org berpusu-pusu ke masjid yg ada dlm tu. Nak kata penuhnya masjid, sampaikan makmum terpaksa solat di luar masjid! Allah. Jarang untuk tengok situasi seumpama di bumi Malaysia.
Cukup terkesan di hati, betapa mereka mendahului apa yg lagi penting iaitu mengerjakan solat (=
kat mana2 pun leh solat, janji solat kan :D