Pages

Kenapa nak mencari?

Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Jodoh. 

Semua orang rancak membicarakan soal jodoh. Baik di FB, baik di blog, dan di mana-mana sahaja. Dan sekarang saya sendiri tengah memperkata tentang ia! Apa yang saya perhatikan, di FB bila mana soal ini di post, semua laju tekan butang share. Kenapa yer?

Dan kenapa saya pun 'sibuk' nak perkatakan juga? Mungkin kerana dah cukup umur? Mungkin kerana semua orang bercakap dan terasa ingin menyampuk juga? Entah. 

picture by lady Tori of deviantART

::PENCARIAN::

Cuma saya terfikir dan berfikir. Kenapa nak mencari?

Bukankah sudah tertulis nama siapa di Luh Mahfuz sana untuk diri masing-masing? Bukankah Allah sudah tetapkan siapa dia untuk kita? Habis tu kenapa kita nak kena mencari lagi? Janji Allah itu pasti, jadi sudah tentu bila tiba saatnya kita akan disatukan jua dengan si dia. Dan boleh jadi juga, jodoh kita bukan di dunia yang fana ini tapi di akhirat kelak. 

Tapi... 
Jodoh bukannya datang bergolek, kenalah berusaha untuk mendapatkannya. Bagaimana yer?
Pencarian dalam usaha. @_@.

Semua benda yang kita mahukan di dunia ini bukannya boleh dengan hanya memikirkannya dan benda itu datang bergolek. Tidak. Ini bukannya syurga lagi! Kita kena berusaha! Berusaha yang bagaimana? Itu yang kita kena fikirkan dan dalam masa yang sama tidak lari daripada tetapan syariat sendiri.

Mencari VS Menjadi

Oleh sebab itu, salah satu dari usahanya adalah dengan menjadi. (=
Kan lebih baik dari mencari kita menjadi. Dari mencari yang soleh atau solehah, kita jadi dulu yang soleh mahupun solehah. Nak yang baik, kita jadilah yang baik dulu. Bukankah Allah telah berfirman yang membawa maksud,

"Perempuan-perempuan yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula). Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (surga)." 
 (Surah An-Nur, 24:26)

Tuntasnya, kalam seperti 'usah bermimpi inginkan pasangan sehebat Rasulullah S.A.W andai diri bukan sehebat Siti Khadijah', adalah kalam yang biasa kita sebutkan. Jadi memang betul, nak yang hebat diri pun kena hebat.  Sebab Allah itu Maha Adil.

Namun, manusia tidaklah sempurna. Semuanya tidak sempurna, tiada yang sempurna melainkan DIA. Jadi usahlah terlalu mengharapkan pada yang terlalu sempurna. Cukuplah cuba untuk menjadi sempurna yang terbaik untuk diri sendiri.

Nah. Usahlah mencari tapi lebihkan untuk menjadi. Menjadi yang hebat untuk agama yang tercinta. (=

Dah ready ke? 


Tapi, masih ada persoalannya. Sudah bersedia ke?

Tepuk dada tanyalah iman, tepuk dada tanyalah ilmu, tepuk dada tanyalah hati, apakah sudah bersedia? :D

Tanyalah diri masing-masing. Kalau rasa dah bersedia, bolehlah nak ke peringkat yang seterusnya. Kalau belum, buat apa 'sibuk' nak mencari. Bukan apa, dalam kita sibuk nak mencari bimbang andai diri terpilih jalan yang salah. Bimbang andai diri leka dengan pencarian itu sehinggakan lupa pada tuntutan agama.

Nak yang buah yang ranum, tentulah dari benih yang elok kan? Dan nak pengakhiran yang baik tentulah kena pilih jalan yang betul!

Saya sendiri, ramai sahabat satu sekolah dulu yang bertanyakan soal kahwin bila sudah ramai rakan seperjuangan yang melangkah ke alam perkahwinan. Tambah-tambah kebanyakan yang dah kahwin pun teman ataupun senior satu sekolah. Aiyak. "Bolehlah mc't plak lepas ni", "tak nak jadi pasangan seterusnya ke?". Adehh~

Entah. Saya tak tahu bilakah saatnya untuk diri sendiri. Study dulu, itu keutamaan yang pertama. (=

A pause to reflect.

" I tell the boys and girls: 
Allah has already written the names of your spouses for you. What you need, to work in your relationship with Allah SWT. He will send her/him to you when you're ready. It is only a matter of time." - Syeikh Mamdouh.

It is only a matter of time.

Jadi, bersabarlah. Jodoh itu satu ketentuan dari Allah. InsyaAllah bila tiba saatnya, pasti ia akan datang dengan sendiri. Dan seperti selalu, berdoalah. Itu penghubung antara kita dan DIA. (=

comel tapi harganya mahal T.T









nota : oh. dah nak masuk 21. patutlah :D

nota 1 : maaf. saya tidak pandai untuk berkata TIDAK. Tolong ajar saya? :(













aiyak. Izzati Hashim menulis tentang isu ini juga!

btemplates

18 comments:

farez said...

sokong2..org yg baik untuk org yg baik..=)

Izzati Hashim said...

@farez : Allah kan Maha Adil (=

farez said...

stuju..=)

Trx said...

emm sy dah tawar hati nak pikir pasal jodoh..kalau ada,ada..kalau xde..suruh family carikan..uhuk3..bercinta bertahun-tahun pon, putus sehari je.

Izzati Hashim said...

@syukri : insyaAllah bila tiba saatnya, time tu shuk akan jumpa insan yang memg utk shuk (=

E n t o y C a i r o said...

baru 21 dah gelabah makcik ni!..hehe...(ayat dengki)

wnha ws said...

selamat menjadi dan mencari =)

p/s: jgn lgkh bendul. =P

Murni Yusoff said...

Assalam..
Jodoh..hehe,kalau nenek saya cakap perumpamaannya macam makan nasi,wlpn dh kt tgn..tp xdisuapkn ke mulut,almt xdptlah..
hiasan utk dia suruh mencari agknye,, =))

blackcardomompods said...

Izzati,family match could be a jodoh tau!hihi.knor tak pernh ada cinta masa sekolh,uni alih2 masa final year ada org masuk meminang.tak caripun kalau beto jodoh kita mesti kita khwin walaupun bkn kita terhegeh2mncarinya.

Percayala setiap pasangan yg dijodohkan Allah mg sesuai dgn jiwa kita sb tu Allah dh tulis yg jodoh prempuan baik dgn laki yg baik maksudnya jika kita mcm tu dpt yg mcm ni supaya bila khwin masing2 dpt menutupi kekurangan masing2.

So jgn bersedih jika belum ketemu yg sesuai sb nk mr right mesti sabar ok?

najihah iman said...

:) T ak suke komen blackcardomompods ni..

it's all abt time. :)

p/s : ak meme x reti nk kecep2 psl khitbah2-nikoh2 ni :D

Miss Huda said...

mmg lelaki yg baik utk wanita y baik tp kena ingat gak, kdg2 lelaki yg jahat boleh berubah menjadi lelaki yang paling baik dan begitu juga sebaliknya...

Izzati Hashim said...

@entoy : gelabah? aiyak. silap tafsir ni, xde gelabah lagi. baru 12 kan (=

@kak dira : hohoho. dah kena warning jgn langkah bendul! baik2~ adik yang baik menurut perintah :D

@auramurni : tapi hari2 mkn nasi, ngee. :D

org tua2 byk kiasannya kan? (=

@kak nor : baik kak nor cyg! hehehe. Kena sabar, baik2 :D

aiyak. saya menulis bukan sebab tgh mencari la =P
study dulu smpi hbs kan kak nor? :D

@wa : kak nor ni, sepupu bestfriend aku (=

erk~ aku pun xpandai jugok hehehe. tertulis pe yg da di kepala je ni

@miss huda : absolutely (=
fitrah manusia memg inginkan kebaikan, mana2 pun tentu mencari yg baik kan? (=

Neijie said...

salam..nani dtg nak komen ni..huhu..sy sokom pendapat nih..dun wori be epi..jodoh kita telah Allah tentukan. segalanya telah Allah takdirkan untuk kita

wnha ws said...

ngee.. xdela perintah.. kalu jodoh adik smpi dulu, xkan la nk halang kn~
moga sabar dalam menanti si dia =)

Izzati Hashim said...

@inani : thanks inani (=
but then, we still have a long journey right? jom kita blaja sungguh2 dulu. Yang ni letak tepi dulu :D

@kak dira : hehehe. tau je akak akan ckp mcm tu =P

husnataqwa said...

tertarik jugak =)

ada seorang hamba Allah yg saya kenal, terkenal dgn kehebatannya yg pelbagai, baik dari segi agama mahupun dari segi sahsiah. dan ditakdirkan dia mengenali seorang lelaki yg lebih hebat. sangat hebat. tapi berkawan atas urusan kerja. selama 3tahun berkawan, tiba2 minggu lepas umum unt berumahtangga. takde angin takde ribut. kalo dah jodoh, tak kena. kalau dengar cerita kawan saya tu, sungguh, terpesona. betapa allah jadikan perancangan jodoh manusia itu mmg menarik. dan bila mendengar kisahnya, saya menyedari sesuatu, memang jodoh itu ada dalam rahsiaNya. maka, carilah rahsia itu dengan mendekatiNya. =)

Izzati Hashim said...

@husna : sweet ♥
betul, mencari rahsia itu dengan mendekatiNya (=

E n t o y C a i r o said...

ops..silap eh..kata nak dengki..camtu la aytnyer..hehe..

gulp..tersedak dgn kisah nurul husna!!..