Mukmin bagaikan lebah.
Bismillahirrahmanirrahim.
Mukmin bagaikan lebah? Kenapa dengan lebah? Apa kaitan? Bukankah sengatan lebah itu mampu membahayakan nyawa manusia?
Kenapa saya katakan orang mukmin bagaikan lebah? Sebab lebah ni duduk di mana- mana sahaja nampak cantik. Duduk dalam sarang nampak cantik, duduk dekat bunga pun nampak cantik. Dan yang paling penting dia takkan mengganggu kalau tidak diganggu.
Jadi, janganlah cuba nak usik sarang lebah tu. Kang tak pasal-pasal kena sengat dengan lebah :D
Begitu lah juga dengan orang2 mukmin. Cantik walau di mana pun berada. Kerana apa, kerana Islam yang ada. Nilai Islam yang dibawa (= Bagaimana kisah Yvonne Ridley, wartawan Sunday Express yang memeluk agama Islam, kisah Cat Stevens atau Yusuf Islam dan banyak lagi. Kalau bukan kerana indahnya Islam itu bagaimana mereka boleh tertarik.
Dan lebah memakan benda yang bersih yakni madu dan hasil buangannya pun bersih. Lebah banyak memberi manfaat pada bunga dengan membantu bunga melakukan pendebungaan. Dan madu tu pula banyak beri khasiat pada manusia.
Sama la juga sifat orang mukmin iaitu memberi manfaat pada manusia lain.
Terdiam sejenak.
"Apakah aku pemberi manfaat pada orang lain atau aku hanyalah lebihan manusia di atas muka bumi yang tidak memberi keuntungan apa-apa."
Sebab itu saya katakan mukmin bagaikan sang lebah. Sama dari segi manfaatnya.
Berusahalah kita untuk menjadi mukmin yang hebat! (= Menjadi mukmin yang memberi manfaat pada orang lain.
Danbo & Bee by Jennifer
nota : kena sengat dek lebah sgt sakit. Ngee. Pernah kena masa tahun 6 dulu T.T
nota 1 : tsunami melanda Jepun! Alhamdulillah sahabat2 yang dikenali di sana semuanya selamat.
Hari ni hari Jumaat. 11/3/11. Takut.
Andai kata saat penghabisannya adalah ini, adakah sudah bersedia? Tidak. Belum. :'(
"Ya Allah, Kau peliharalah orang-orang yang kusayang walau dimana mereka berada kerana sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik penjaga."
0 comments:
Post a Comment