Satu peringatan.
Bismillahirrahmanirrahim.
Selamat pagi semua! Moga hari ini berlalu dengan penuh bermakna (=
Alhamdulillah, masih berada di rumah di Malaysia. Entah bila akan dihantar balik ke bumi Mesir. Tak balik pun takpe. :D Moga-moga segala 'kepeningan' selama seminggu dua ni akan berakhir tak lama lagi. Semua pening. Pening dengan isu tiket dan masalah nak balik ke Mesir.
Bak kata seoarng YB ni, "tu la, sape suruh balik Malaysia! Kan dah tak jadi sejarah. Yang menjadi sejarah hanya mereka yang masih berada di bumi Mesir tatkala rusuhan berlaku. Lepas tu sekarang susah dah nak balik sana". Ngee. Bukan ke Allah yang Maha Mengetahui apa yang terbaik? Mana la saya tahu. :D
Apa yang terjadi, satu pengalaman yang mungkin tidak dapat dilupakan. Mungkin suatu ketika nanti, boleh bercerita dekat anak cucu pula kan? Wah. Satu pengalaman yang Allah beri untuk sama-sama kita ambil iktibar. Bukan setakat kami sebagai pelajar di Mesir tapi semua orang.
Pengalaman mematangkan fikiran dan dengan pengalaman membuatkan kita berfikir dan merenung jauh hikmat di sebalik apa yang berlaku. Seringkali kita diperingatkan, Islam pasti akan menang, Islam pasti akan tertegaknya di muka bumi ini. Saat kebenaran itu pasti akan tiba. Pasti. Itu janji Allah.
Cuma, persoalannya. Adakah kita, atau saya sendiri adalah penyumbang kepada kemenangan Islam atau hanya sang pemerhati di sebalik jendela rumah?
Sepertimana yang berlaku di Mesir. Saya hanya salah seorang pemerhati tatkala rakyat Mesir lantang bersuara. Malu! Dengan lantangnya mereka mahukan kebebasan, mahukan keadilan. Mereka berjuang untuk pertahankan hak mereka, untuk bebaskan diri dari pemimpin yang zalim.
Saat rusuhan kedua berlaku, 28/1/11, selepas solat Jumaat. Rusuhan yang menyebabkan beberapa orang terbunuh yang menyebabkan ada yang mengarahkan mereka untuk berhenti dari membuat rusuhan. Dan di antara mereka lantang bersuara, "adakah kerana ada yang mati, kami kena berhenti? Tidak! Kami akan menuntut bela atas kematian rakyat kami!". Allah. Betapa kuatnya jihad mereka.
Suasana bagaikan di Palestin. Itu baru secebis. Boleh dianggap kecil. Mungkin di Libya lagi teruk keadaannya sekarang.
Siapa yang salah tetap salah, yang zalim tetap kena jatuhkan!
Akhirnya, sang pemimpin rebah tersungkur. Jatuh dengan penuh kehinaan di mata rakyat dan dunia! Lihat bagaimana pabila semua kebenaran terbuka. Allahuakbar.
Begitulah jua nanti. Saat Islam akan kembali gemilang. Bila? Pasti akan tiba. Janji Allah itu pasti!
nota : Best baca buku Revolusi mesir 2011, Masa Depan Untuk Islam.
Pandangan Sisi oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, oleh Ahmad Fadhli bin Shaari. Sila lah baca, kupasan yg sgt2 menarik tentang Revolusi Mesir :D
yeah. Kami bukan sejarah tapi hanya pemerhati di sebalik jendela yang terbuka (=
nota 1 : terasa nak guna nama Albi Izzati lak. Ngee :D
nota 2 : Esok kena p BTN di Besut. Yeay! Moga-moga esok JPA akan umum, "Kami akan taja kalian semua balik Mesir!" AMIN. :D
2 comments:
subahanAllah~
hebat betul jihad mereka~
yep. betul :D
Post a Comment