Pages

Aku, pengembara.

Penat!
Letih!
Exhausted!
Seriously.


Itu yang dirasa setiap kali hendak travel kemana-mana. Semua perasaan bercampur aduk. Gembira, itu pasti. Tapi bila memikirkan saat untuk mengembara tu terasa letih seketika.
Berjam-jam di dalam flight. Itu belum ditambah lagi masa yang kena transit di mana-mana airport. Jujurnya, bosan!
Macam tak biasa travel jauh je kan? Mungkin tahun ni sebab saya memberanikan diri untuk pulang seorang diri ke Malaysia. Sedikit sebanyak mengganggu emosi diri. Cuak kot? Tapi alhamdulillah perjalanan semuanya berjalan lancar. Berkat doa semua, alhamdulillah. (=

Lega, itu yang dirasa bila terpandang wajah dua tiga orang budak melayu yang sekali check in di kaunter. Kalau dikira, hanya 8 orang sahaja budak Melayu dari Mesir ke Bahrain. Alhamdulillah, menjadi peneman sepanjang perjalanan. Masing-masing rupanya sendirian. Dan tika sampai di Bahrain, bertemu dengan sekeluarga warga Melayu yang akan sekali ke Malaysia. Terima kasih uncle dan aunty belanja kami! Terharu*

Bila disebut travel, hanya satu yang selalu buat saya tak berapa nak suka, transit. Penat menanti! Itu memang membosankan. Seriously.

Tika di Bahrain, alhamdulillah 3 jam yang ada, cukup-cukup untuk makan, solat dan berjalan dalam airport. Pernah transit di London dan Qatar selama 12 jam atau lebih. Dan terpaksa tidur di sana sebab tak dapat hotel. Memang menyedihkan. Penat tak payah nak cerita.

Tapi... travel itu best! Tak dinafikan. Berjalan melihat suasana masyarakat luar bila transit di mana-mana negara. Bertemu yang sebangsa di tengah kekalutan ramai, sedikit sebanyak buat hati terasa lega. Aku tak keseorangan. =P

Walau  penat sekalipun, di penghujungnya tetap manis. Tetap yang terindah. Saatnya bila menatap wajah insan-insan yang disayangi menyambut di balai ketibaan. Hilang terus segala kepenatan, penat semuanya terbang pergi. Gembira, bahagia, alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menatap wajah-wajah kesayangan. ('=

Hidup ini satu pengembaraan.

Hakikatnya, kehidupan ini adalah sebuah pengembaraan. Manusia adalah pengembara dan dunia ini adalah sebuah tempat persinggahan untuk mencari destinasi penamat, perhentian terakhir, iaitu negeri akhirat.

Sepanjang perjalanan, pasti akan bertemu dengan banyak ranjau. Segala onak duri terpaksa ditempuh dan diredah. Kesusahan dan kesenangan datang silih berganti. Kesabaran teruji. Banyak likunya.

Hidup seorang pengembara di daerah asing, bukannya senang. Susah. Teruji dengan dugaan dalam kehidupan. Mana ada pengembara yang hidupnya hanya senang. Ada, tapi tak ramai. Segelintir sahaja. Yang lain, pasti merasai kesusahan.

Tapi yang susah itu yang mengajar erti sebuah kehidupan, yang payah itu yang mematangkan fikiran dan diri.
Walau terasa susah, penat dan letih, tetap kena melangkah. Kena terus berusaha untuk sampai ke destinasi yang dicari!

Begitulah hidup, penuh dengan likunya. Namun seandainya kita berjaya melepasi segala rintangan yang dihadapi, mampu melalui setiap mehnah yang ada, pasti kita akan selamat sampai di garisan penamat.

Hidup di dunia, bukanlah lama. Sekejap. Yang abadi, hanyalah di sana kelak.
Carilah sebanyak mana bekalan, tingkatkan amalan buat diri. Lakukan amal! Moga di pengakhiran nanti, kita tersenyum bahagia, menatap wajah nan indah, Allah swt.





nota : Nak mengembara untuk mencari ketenangan di jiwa. Melihat alam ciptaan Allah mampu memberi seribu satu kedamaian di jiwa. Jom! (=

btemplates

11 comments:

Blog Kedai™ said...
This comment has been removed by the author.
Muhd Iqbal Samsudin said...

Subhanallah, walau penat, mesti best kan? Pengalaman bukanlah boleh dibeli..

Puding karamel said...

JOM!
zati nak mengembara g mana?nk join...

syarifah radiah ibrahim said...

izzati dah balik malaysia ye?
hehe =)

Nazihah@Jiha said...

Salam alaik.

pengembaraan bermula! (upin dan ipin) hehe =)

Izzati Hashim said...

@muhammad iqbal : Alhamdulillah, best. Pengalaman itu berharga. (=

Izzati Hashim said...

@puding karamel : JOM!

akak tgh cuti ke skrg ni? kalau ya, jom2. kita plan sama2 (=

Izzati Hashim said...

@syarifah : Alhamdulillah dah hampir 2 minggu tiba di malaysia (=

selamat bercuti! =D

Izzati Hashim said...

@Nazihah : Wslm wbt.

erk. cite tu dah lama la! hehehe (=

shameel Iskandar said...

travel mengajar erti kesabaran dan menjanjikan pengalaman. pengalaman yg akan mematangkan hidup dan kehidupan. pengalaman yg bakal mencorak sifat dan sikap.

Tapi travel menuju ke alam sana lebih mencabar. kekadang manusia tertewas ketika 'masa tambahan' meskipun sentiasa menang ketika 'sepak mula' dimulakan.

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Semua orang adalah pengembara sebermula di alam ruh dan akan menamatkan destinasi akhir ke alam akhirat menemui Allah SWT utk diperhitungkan perjalanannya. Surah AlBaqarah:28 كَيۡفَ تَكۡفُرُونَ بِٱللَّهِ وَڪُنتُمۡ أَمۡوَٲتً۬ا فَأَحۡيَـٰڪُمۡ‌ۖ ثُمَّ يُمِيتُكُمۡ ثُمَّ يُحۡيِيكُمۡ ثُمَّ إِلَيۡهِ تُرۡجَعُونَ Bagaimana kamu kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Dia menghidupkan kamu; setelah itu Dia mematikan kamu, kemudian Dia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat kelak); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).
Mengikut tafsir mu`tabar, mati kali pertama ialah di alam ruh dan dihidupkan di dunia. Kemudian dimatikan ke alam barzakh (kubur) dan akhirnya dihidupkan ke alam akhirat utk diperhitungkan. Wallahualam.