Pages

Hati, damailah.

Bismillahirrahmanirahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Alhamdulillah 'ala kulli hal, written exam yang dinanti-nantikan sudah berlalu. Moga natijahnya nanti yang terbaik buat diri, insyaAllah (=
Lusa dah nak kembali ke tanah air. Terasa cepat masa berlalu. Sungguh. Sekejap sangat.
Masa laju berlari meninggalkan kita. Dan kita? Masih terpaku di dunia sendiri?


Sembang panjang bersama adik tersayang, Azhani. Rasa sebak bermukim. Bicara dia semakin matang. Pesanan dia semakin menyentuh kalbu. Teguran dia makin membina. Alhamdulillah, terasa lega. Lega memikirkan dia yang baru melangkah ke alam universiti. ('=

Membisikkan kerisauan yang ada kepadanya. Laju dia memotong bicara,

"cuba kuat semangat! Jangan lemah semangat! Cuba tengok aku, cool je kan walau dah macam-macam berlaku?"

Tersentak. Terdiam.

Dia menyambung bicaranya,
"cuba tengok aku. Tak payah tengok orang lain. Tengok yang paling dekat ni. Contoh yang terhampir."

"dari dulu, sejak sekolah, apa yang aku impikan bukan semua dapat. Susah. Ada impian, yang lain yang datang. Nak yang tu, yang ni yang dapat. Tolak yang situ, sini pula yang datang."

"dan tengok along, impian itu sentiasa tertunai kan? Boleh dikatakan semua benda yang dihajati tertunai.
Kenapa nak mengeluh lagi?"


Terkedu.
Dia tahu itu, dia perasan itu. ('=

"Bukan mengeluh, jauh sekali tidak bersyukur. Cuma entah. Hati terasa lain. Risau."


Dia menyambung,
"dah tahu macam tu, apa lagi. Pergi ambil wuduk, solatlah. Minta kekuatan dengan Dia. Doa banyak-banyak, biar segala kerisauan tu berlalu pergi.
Selama ni mungkin along sentiasa nampak kesenangan saja, dan mungkin kali ini Allah nak ajar sesuatu melalui ujianNya."

('=

Dia dah makin matang. Sungguh.
Ujian demi ujian menguatkan dia, alhamdulillah. Ujian itu satu tarbiah buat diri kan? Jika kita mengambil ibrah darinya.

Allahu Allah. ('=

Tidak akan selamanya kemahuan kita, kehendak kita akan ditunaikan secara direct oleh Allah. Dan tidak selamanya apa yang kita minta selamanya tidak dikabulkan oleh Dia yang maha memberi. Pasti ada, mungkin tidak di sini, di sana kelak?

Kadangkala, yang minta itu tiada kunjung tibanya tapi yang minta jauh itu yang teruji. Allah maha mengetahui apa yang terbaik kan?

Lagipun, hendak dibandingkan permintaan kita dengan segala nikmat pemberianNya, tidak terbanding bukan? Terlalu banyak, infinity. Bersyukurlah wahai diri. Ajar diri untuk sentiasa bersyukur.

Antara Dua.
Jika ujian datang menghimpit, hanya ada dua pilihan. Sama ada kamu berpaling dan kembali kepadaNya atau kamu terus melangkah dan semakin jauh dariNya.
Dan pilihan itu sentiasa ada di tanganmu.









nota 1: Khas untuk cik Azhani, ini kisah Dia dan Saya

btemplates

4 comments:

Humairah said...

Kadang2 manusia silap menilai. Tak sedar bahawa yg kita sangka nikmat, itulah ujian yg paling besar.

Nikmat selalu dapat benda2 baik, ujian nk tahu kita syukur ke tidak.

Nikmat selalu berjaya walau usaha tak sekuat orang lain, ujian tahap taqwa.

Nikmat selalu dapat mumtaz, ujian utk mengekalkan prestasi. Parah jugak tu~

Mungkin orang nampak kita selalu dapat apa yang orang itu hajatkan, padahal boleh jadi sahaja benda tu sbnrnya ujian terbesar buat kita.

Contoh mudah, bila aku dapat result SPM, mak aku sebut "result tinggi ni pun masalah jugak."

Orang nampak yg diorang nak je, hehe. Tapi yg menanggung lg mengetahui.

Tak salah utk takut, tp ingat, segala yg terjadi adlh dgn kehendak, dgn rahmat-NYA jua.

-Sekian post baru aku-

Humairah said...

Oh, ni kata2 pujangga baru:

Natijah bukanlah sesuatu utk diratapi dan disesali bilamana segala langkah dan proses yang benar telah disusuri.

:D

Izzati Hashim said...

kalam yang sentiasa menyentuh kalbu ('=

tatau nak kata apa, segala yg tertulis xde yg nak disangkal. Just mengiyakan. ('=


suka madah pujangga itu. menarik! (=

Zida said...

Quran menjawab,

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.”

(Surah Ali Imran: 139)

*salam perantau* hehe