Yang berkata itu...
Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.
Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan buat Ilahi atas segala nikmat kurniaannya. Terima kasih Allah! ('=
Dan yang berkata itu, yang akan teruji. Kan?
Dua tiga menjak ni, ada sesuatu yang Allah cuba berikan pada saya. Satu ujian mungkin. Dan ia ada kaitan dengan post- post yang sebelum ni. Gurlp.
Yang berkata yang teruji. Benar.
Kadang-kadang, kita mampu nak menulis sesuatu yang mengajak orang kembali kepadaNya.
Kadangkala menulis mengajak orang melakukan kebaikan, meninggalkan laranganNya.
Kadang-kadang mampu jadi penasihat tak bertauliah di alam maya ini.
Mampu mengetuk pintu hati yang membaca.
Dan bila teruji dengan dugaan yang sama, apakah yang tertulis itu mampu diamalkan dengan sebaiknya?
Bila saya sedih, apakah segala semangat yang pernah diberikan dulu kembali pada diri saya dengan sendirinya?
Bila hilang semangat, apakah perkataan sabar itu berada di dalam dada itu?
remember this status? It's yours."
"aku da baca kat ko punya blog. Ko da tulis kan?"
*PUK*
Bagaikan dihempap dengan batu. Sakit.
Saya tulis! Saya bagi kata semangat! Saya beri pesanan-pesanan itu! Tapi bila teruji, di mana semua kata-kata yang pernah ditulis atau diberikan? Hilang. Itu sangat menyedihkan.
Usah menulis dengan 'angkuh', kerana bila-bila masa yang tertulis itu yang akan diuji olehNya. Dan sangat-sangatlah rugi, andai hanya mampu menulis tapi tidak mampu mengamalkan segalanya.
Andai kata, menulis untuk mengajak melakukan sesuatu kebaikan, buatlah terlebih dahulu. Itu lagi bagus kan? Amalkan dulu. Kemudian, ajak bersama orang lain. Nak melangkah ke syurga, bukan seorang diri saja kan? (=
Andai tiada pengalaman tentang sesuatu, usahlah 'angkuh' berbicara bagaikan diri pernah melaluinya. Bila terkena batang hidung, baru tahu tinggi ke rendah langit itu! (
Namun, tidak salah untuk menulis tentang apa-apa pun. Yang menulis itu kamu, yang memberi ilham itu Dia. Cuma, ingatlah. Yang berkata itu, yang akan teruji. ('=
Menulis untuk diri!
Apa yang tertulis, bukankah akan dihitung jua? Apakah ia membawa kebaikan pada diri atau yang membacanya, atau sebaliknya?
Saya suka membaca kembali apa yang pernah saya tulis. Di awal kelahiran blog ini dan sehinggalah sekarang. Saya mahu jadikan ia satu pengajaran khusus buat diri sendiri. Nak menulis bukannya senang, nak mengetuk hati yang membaca lagi bukan senang.
Tapi saya cuba khususkan buat diri, pengajaran buat diri sendiri.
Dan teramatlah sedih bila ada yang mampu berhujah dengan panjang lebar, tapi bila diuji dengan perkara yang diri sendiri tulis, jauh panggang dari api. Naa, kata pengajaran buat diri? Bukankah itu memalukan?
Ingatlah,
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (As-saff : 2)
nota : Alhamdulillah result dah keluar, dan alhamdulillah pelangi yang dinantikan muncul jua.
Dan itu juga adalah jawapan kepada sebuah persoalan hati. (=
5 comments:
huhu,memang susah nak menulis
seni menulis kene ada,supaya kelak tak makan diri
(dah berkali2 dimakan oleh kata2 sendiri)
sebab tu akk lebih suke bercerita berkongsi pengalaman^^
tapi tak lupa, akan selitkan peringatan untuk diri sendiri,supaya jadi pengajaran.kalau bukan sekarang,usaha di masa akan datang.
wallahu a'lam
=)
mungkin disitu peranannya sahabat, untuk saling mengingatkan..
mungkin hari ni awak yg beri peringtn pd saya. esok2, mungkin bila awak teruji, sy ingtkan awak pula. =) bkn ke itu kelebihan mempunyai sahabat yg baik? hee.
izzati hashim.
mabrook utk pelangi awak =)
moga2 kesabaran awak dlm tempoh hujan yang dah berlalu tu menjd penyumbang besar utk timbangan awk di akhirat kelak!
<3 <3 <3
p/s: sy xrasa sy jauh pon sebenarnya. hihi. tp kalau nk cte signifikan nama ni, pjg lebar pula nnti ^_^
@puding karamel : Sama la jua, kebanyakan post dlm ni kisah sendiri, pengalaman yg dilalui sendiri ('=
pengalaman itu guru yg terbaik kan kakak?
p/s : minggu depan dah puasa! yeay!
@Melihat DariJauh : (=
you are one of my SR ho3. May Allah bless u always (=
itu hak kita sesama muslim kan, mengingatkan. InsyaAllah, saling mengingati, saling menyedarkan ('=
terima kasih utk ucapan tahniah tu ('=
Alhamdulillah pelangi yang cukup indah setelah hujan yg berpanjangan. Hari kembali cerah! hehehe.
p/s : ni makin nak kenal siapa orgnya ni =D
Post a Comment