Aku, pengembara.
Penat!
Letih!
Exhausted!
Seriously.
Itu yang dirasa setiap kali hendak travel kemana-mana. Semua perasaan bercampur aduk. Gembira, itu pasti. Tapi bila memikirkan saat untuk mengembara tu terasa letih seketika.
Berjam-jam di dalam flight. Itu belum ditambah lagi masa yang kena transit di mana-mana airport. Jujurnya, bosan!
Macam tak biasa travel jauh je kan? Mungkin tahun ni sebab saya memberanikan diri untuk pulang seorang diri ke Malaysia. Sedikit sebanyak mengganggu emosi diri. Cuak kot? Tapi alhamdulillah perjalanan semuanya berjalan lancar. Berkat doa semua, alhamdulillah. (=
Lega, itu yang dirasa bila terpandang wajah dua tiga orang budak melayu yang sekali check in di kaunter. Kalau dikira, hanya 8 orang sahaja budak Melayu dari Mesir ke Bahrain. Alhamdulillah, menjadi peneman sepanjang perjalanan. Masing-masing rupanya sendirian. Dan tika sampai di Bahrain, bertemu dengan sekeluarga warga Melayu yang akan sekali ke Malaysia. Terima kasih uncle dan aunty belanja kami! Terharu*
Bila disebut travel, hanya satu yang selalu buat saya tak berapa nak suka, transit. Penat menanti! Itu memang membosankan. Seriously.
Tika di Bahrain, alhamdulillah 3 jam yang ada, cukup-cukup untuk makan, solat dan berjalan dalam airport. Pernah transit di London dan Qatar selama 12 jam atau lebih. Dan terpaksa tidur di sana sebab tak dapat hotel. Memang menyedihkan. Penat tak payah nak cerita.
Tapi... travel itu best! Tak dinafikan. Berjalan melihat suasana masyarakat luar bila transit di mana-mana negara. Bertemu yang sebangsa di tengah kekalutan ramai, sedikit sebanyak buat hati terasa lega. Aku tak keseorangan. =P
Walau penat sekalipun, di penghujungnya tetap manis. Tetap yang terindah. Saatnya bila menatap wajah insan-insan yang disayangi menyambut di balai ketibaan. Hilang terus segala kepenatan, penat semuanya terbang pergi. Gembira, bahagia, alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menatap wajah-wajah kesayangan. ('=
Hidup ini satu pengembaraan.
Hakikatnya, kehidupan ini adalah sebuah pengembaraan. Manusia adalah pengembara dan dunia ini adalah sebuah tempat persinggahan untuk mencari destinasi penamat, perhentian terakhir, iaitu negeri akhirat.
Sepanjang perjalanan, pasti akan bertemu dengan banyak ranjau. Segala onak duri terpaksa ditempuh dan diredah. Kesusahan dan kesenangan datang silih berganti. Kesabaran teruji. Banyak likunya.
Hidup seorang pengembara di daerah asing, bukannya senang. Susah. Teruji dengan dugaan dalam kehidupan. Mana ada pengembara yang hidupnya hanya senang. Ada, tapi tak ramai. Segelintir sahaja. Yang lain, pasti merasai kesusahan.
Tapi yang susah itu yang mengajar erti sebuah kehidupan, yang payah itu yang mematangkan fikiran dan diri.
Walau terasa susah, penat dan letih, tetap kena melangkah. Kena terus berusaha untuk sampai ke destinasi yang dicari!
Begitulah hidup, penuh dengan likunya. Namun seandainya kita berjaya melepasi segala rintangan yang dihadapi, mampu melalui setiap mehnah yang ada, pasti kita akan selamat sampai di garisan penamat.
Hidup di dunia, bukanlah lama. Sekejap. Yang abadi, hanyalah di sana kelak.
Carilah sebanyak mana bekalan, tingkatkan amalan buat diri. Lakukan amal! Moga di pengakhiran nanti, kita tersenyum bahagia, menatap wajah nan indah, Allah swt.
nota : Nak mengembara untuk mencari ketenangan di jiwa. Melihat alam ciptaan Allah mampu memberi seribu satu kedamaian di jiwa. Jom! (=





