Dia dan saya.
Saya suka putih, awak suka hitam.
Saya suruk awak pakai warna lain, awak cakap warna hitam sangat lawa.
Dan warna hitam itu juga yang awak capai bila nak keluar. -.-
Mereka sayang saya lebih,
sebab tu apa-apa hal mereka cari saya. Bukan awak.
Mereka nak sesuatu, mesti mereka datang dekat saya.
Mereka cakap awak singa.
Siapa suruh garang?
Saya cakap A, awak cakap B. Saya cakap B, awak cakap A.
selalu je kan cari gaduh dengan saya?
Kita gaduh, Puan Adibah bising.
Saya diam, awak buat muka. Kena marah.
Padan muka -.-
Kita bergaduh, pasti saya yang mengalah dulu. Nak tunggu awak mengalah? Tak mungkin.
Saya nak yang tu, awak nak yang tu juga.
Tapi last-last mesti saya yang dapat, sebab Encik Hashim sayang saya lebih. Itu yang awak cakap.
Awak dapat juga tapi selalunya lambat. Dapat juga kan?
Saya tahu saya yang selalu dapat lebih, awak kecewa kan.
Bagaikan saya ni seorang puteri saja.
Pernah awak tanya Encik Hashim,
"kenapa asyik dia (saya) yang dapat lebih, dapat dulu?"
Encik Hashim hanya tersenyum.
Masa berlalu.
Kalau dulu, zaman kanak-kanak
ada saja yang digaduhkan.
Ada sahaja yang tak kena.
Tapi awak perasan sesuatu tak?
Kalau apa-apa berlaku, mesti Puan Adibah dan Encik Hashim yang suruh saya beritahu awak.
Itu tandanya mereka tahu kita sejiwa sebenarnya kan?
Dulu awak selalu tanya kenapa saya yang sering dapat dulu?
Baru sekarang mungkin baru nampak semuanya.
Saya duk jauh, saya yang balik setahun sekali,
itu yang buat Encik Hashim dan puan Adibah lebihkan saya.
Bukan salah saya.
Mereka nampak awak hari-hari, awak di depan mata mereka. Tapi saya tidak.
Awak tahu kan, saya ni ni tak sekuat awak.
Encik Hashim selalu katakan yang saya ni manja.
Tak macam awak, awak kuat.
Puan Adibah dan Encik Hashim tahu itu.
Awak tahu tak,
Sebab garang awak tu, mereka tak mudah buli awak.
Nak apa-apa mereka tanya, mereka hormat awak.
Pandai awak buat mereka hormatkan awak kan.
Saya ni tak pandai nak marah orang, itu yang mudah kena buli.
Sikap kuat, garang, berani awak itu
buat saya cemburu sebenarnya.
haih -.-
Dulu segan nak bercerita soal hati dengan awak.
Apa kes? mana awak faham. budak-budak.
tapi sekarang, rasanya lagi selamat saya nak bercerita semuanya.
Paling-paling jauh benda boleh sampai hanya pada Puan Adibah. Selamat.
Nak kutuk pun, selamba je kan?
Nak tegur pun, aci redah je kan?
tiada dah kiasan ni, tiada dah tatasusila ni.
Yang penting direct, sampai maklumat, hak terlaksana.
Kalau selama ni nak shopping mana boleh ajak awak, tak best.
Tapi sekarang ni,
nak pilih kasut pun nak suruh awak yang pilih.
Sebab baru saya tahu awak ni ada gaya rupanya. -.-
Lagi senang, berjam-jam pun ok.
Sebab awak takkan mengeluh, sakit kaki, sakit itu sakit ini.
Awak ok je dengan syarat belanja makan. Heh.
Cerita kita mungkin tak sama.
Haluan kita berbeza yang pasti.
Saya minat doktor, awak tak minat. Mana ada sangat nilai empati awak tu kan?
Bila ditanya cita-cita nak jadi apa?
Awak cakap entah. Apa punya visi la. -.-
Awak cakap macam-macam.
Tapi kalau boleh nak duduk dekat Puan Adibah dan Encik Hashim saja.
Nak jaga mereka. ok, saya cemburu.
Ada masalah sikit, awak cepat je tension ni.
Saya juga yang Puan Adibah cari, "tu, tolong cakap2 sikit."
Tapi awak tak penah kisah, ada masalah saja
mesti awak cakap, "nanti baiklah tu."
"Saya ok je, buat apa nangis, buang air mata."
Haih -.-
Sekarang,
Allah tengah nak duga awak.
Sabar yer?
Saya jauh, tapi insyaAllah doa, kekuatan tu saya pohon dari jauh.
Jauh hanya di mata, tapi tidak pada hati dan fikiran.
InsyaAllah, semuanya akan baik. InsyaAllah.
Kita kena yakin dengan Dia.
Saya tahu awak kuat, awak ok je kan?
Saya rasa awak ok, sebab pagi tadi masa borak,
awak cakap, "dah jangan risau, ada la tu."
Awak gelak, tapi saya yang mengalirkan air mata.
InsyaAlllah. InsyaAllah. InsyaAllah.
semuanya pasti baik.
InsyaAllah saya akan sentiasa doakan awak.
Eh, eh, eh.
sayang awak lebih.
Lebih dari saya sayang diri sendiri.
love,
along.
nota : utk awak, jgn gelak bila baca benda ni. -.-
Hari ni mendung, bagaikan tahu kisah duka hari ini.
mode : rindu keluarga! nak balik. menghitung hari.
14 comments:
akak yg sweet.
;)
mesir yew? mang jauhhh~ abam sayam kitew pown nak alaik sne dah~:'(
wahh2,sweetnye kakak...:)
@akhyar : xde sweet mana :D
@aisya : =p. saya adik awak Aisya. Jgn lupa itu :D
@dark rose : Yep, Mesir. Oh ye ke, dekat je naik flight tu, 10 jam hehehe (=
jom balik malaysia..huh
@marzuqi : insyaAllah. tak lama dah. tgh menghitung hari (=
terharu..tsk..tsk
Dani, saya adik ke awak adik ey? hee. kena tgk tarikh lahir balik :D
alolo...sweet ~
@Aishahumairah : part mana yg sweet tu? ke tukang taip ni? hehehe.
(=
sweet nya~
sabar ye, lepas exam nanti balik la
;D
@sharifah : tgh menghitung hari yg makin bertambah =='
seperti kisah saya dan kakak..hee..bla da besar ni, baru tau dan faham semuanya..so sweet,kan..=D..saya sayang kakak saya..
Post a Comment