Pages

14 comments

Best ke?

Bismilillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Mesir mula 'panas', mungkin musim panas bakal tiba tak lama lagi. Tapi dalam rumah masih lagi sejuk. Tambah-tambah difayah (pemanas) yang sudah berusia 3 tahun itu rosak, bertambahlah sejuknya T.T. 

picture of deviantART

Siapa kata main salji tu best? =P

Sedar tak sedar, sudah seminggu result SPM keluar. Sekarang ni rasanya semua orang dah cool down dengan result masing-masing agaknya. Baguslah. Tentu sekarang semuanya sibuk mengisi borang itu, borang ini termasuklah adik saya sendiri. Moga Allah permudahkan segalanya (=

Bercakap soal isi mengisi ni, tentu ada yang memohon untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara kan? Tambah-tambah dengan result yang cemerlang. Dengar je ada yang buka tajaan terus isi. Oh, saya bercakap berdasarkan pengalaman sendiri :D

Hebat sangat ke belajar luar negara tu? Best sangat ke? Best ke ek (tanya diri sendiri)? Entah. Bolehlah kot. Kot?

Tertarik dengan komen sahabat saya di FB tentang isu belajar di luar negara ni. Mungkin sebab ada junior yang tanya dia ok tak apply luar negara. Katanya, "siapa kata belajar di luar negara tu lagi best dari belajar dalam negara. Belajar dalam negara lagi best!" Sebab apa? Masing-masing ada pendapat tersendiri dan antara pendapat dia sendiri, dekat dengan keluarga.
Suka dengan jawapan itu! (=

Dan memandangkan ada adik2 yang bertanya jadi ada baiknya saya berkongsi pengalaman sendiri. Jadi, best ke tidak belajar luar negara ni?

Pengalaman sendiri.

Saya bercakap mengikut pengalaman sendiri, tentang apa yang saya lalui sepanjang hampir 3 tahun di luar negara. Lain padang lain belalang, lain orang lain pengalaman, dan lain tempat lain situasi kan? Mungkin pernah berlaku pada diri saya tapi tidak pada orang lain. (=

Bgai saya, setiap perkara ada pro & kontranya. Jadi, belajar luar negara ni ada kelebihan dan ada kekurangnya. Dapat kelebihan, alhamdulillah tapi kalau ada kekurangan imbangilah di mana-mana supaya tidak terasa sangat kekurangan tu.

Kalau dulu bila sesiapa yang tanya kenapa nak belajar di luar negara, antara jawapannya sebab dapat main salji. Oh sangat keanakan =P.  Niat di hati nak berpijak di bumi Ireland tapi rezeki Allah yang beri dan sekarang saya di ardu kinanah, bumi Mesir. Mana ada salji kat sini walaupun negara negara ini negara 4 musim. 

Satu peluang yang baik.

Jujurnya, dapat belajar di luar negara ni satu peluang yang sangat baik. Alhamdulillah. Tambah-tambah belajar di Mesir. Mungkin kerana bumi Mesir adalah bumi Islam juga jadi segalanya senang terutama dari segi makanan, orangnya, dan budayanya mungkin tak jauh mana bezanya dengan M'sia sendiri. So, kalau negara lain tu kenalah bertanya pada senior-senior yang ada di negara tersebut. 

Jauh berjalan, banyak pengalamannya dan luas pemandangannya. Betul. Berada di luar negara ni menambahkan pengalaman buat diri. Bagaimana dapat mempelajari budaya dan adat resam sesuatu negara, cara pergaulan dengan rakyat setempat sebenarnya dapat membuka minda dan perlakuan kita sendiri. 

Nak tahu keadaan di sini, boleh KLIK SINI.

Dan belajar di luar negara ni, hakikatnya melatih diri menjadi insan yang berdikari. Dari tak pandai masak, boleh masak. Kalau dulu nak kemana-mana mengharapkan ibu ayah hantar dan ambil tapi kini takde dah semua tu. Dalam erti kata lain, semua benda kena buat sendiri. Dah takde nak harapkan mak ayah lagi ni. Memang hidup kena berdikari! :D

Pengorbanan.

 Walau 'best' sangat negara yang kita didiami tu kita tetap nak balik ke tempat asal. Hakikatnya belajar di luar negara perlukan pengorbanan yang tinggi. Berpisah dan berjauhan dengan keluarga, siapa yang nak kan? Tambah-tambah kalau lama pula jadi anak perantau, lagi la kena kuat semangat.

Hakikatnya, "while leaving malaysia, we have to prepare for a forever goodbye."

Bagaimana saya kehilangan insan-insan tersayang tatkala diri di perantauan memang menguji kekuatan. Nak balik, terlalu jauh dan mengambil masa yang lama. Jadi, hanya linangan air mata dan doa yang mengiringi dari jauh. Sedihkan? Hakikatnya begitulah bila berada jauh ni. Kena bersedia untuk terima apa-apa khabar dari M'sia. 

Balik pula setahun sekali, itupun kalau balik. Kalau tak balik, lagi lama tak jumpa keluarga, sanak saudara. Tapi best jugak, balik jarang-jarang ni, bila jumpa orang, diaorang akan rasa excited jumpa kita. Hehehe =P

Nah. Namanya pengorbanan kan. Jadi, kenalah belajar jadi kuat. Kuat untuk menghadapi segala cabaran berada di luar negara. Sekarang ni, hanya sahabat-sahabat yang ada di sisi. Suka duka dilalui bersama. Itulah realiti belajar jauh ni :D

A pause to reflect. 

Ambil masa, duduk berfikir, buat keputusan yang terbaik buat diri. Andai kata memang sanggup untuk berjauhan dengan keluarga, bersedia menghadapi suka duka di negara orang, pilihlah. Tapi kalau rasa lagi baik belajar di Malaysia sahaja, teruskan.

Rezeki ada di mana-mana, Allah yang memberikan rezeki. 

Belajar di mana-mana sahaja semuanya sama. Baik dalam negara ataupun luar negara. Ilmu ada di mana-mana. Hakikatnya, semuanya kembali pada diri kita sendiri. Rajin belajar, dapat keputusan yang cemerlang. Tapi kalau malas, sebaliknya. (=

Buat mereka yang bercita-cita untuk ke luar negara tapi mungkin peluang tidak secerah orang lain, jangan bersedih. La tahzan innallaha maana. Allah tahu apa yang terbaik buat kita, dan serahkan segalanya pada DIA. Teruskan langkah, kerana ini hanya baru permulaan. (=


picture of deviantART








nota : saya tahu mama tak bagi belajar jauh dulu tapi mungkin tengok anak dia excited dapat luar negara terus ubah fikiran. Thanks mama for that time. Tapi selepas dari itu, adakalanya hati bermonolog, "kenapalah mama tak cakap je tak boleh dulu?". Kuang3. :D

Allah tahu yang terbaik! (=

nota 1 : Kalau ada yang nak tanya lebih, rasanya boleh tanya personally k. Tak tahu nak huraikan macam mana dalam blog ni :D




















18 comments

Kenapa nak mencari?

Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Jodoh. 

Semua orang rancak membicarakan soal jodoh. Baik di FB, baik di blog, dan di mana-mana sahaja. Dan sekarang saya sendiri tengah memperkata tentang ia! Apa yang saya perhatikan, di FB bila mana soal ini di post, semua laju tekan butang share. Kenapa yer?

Dan kenapa saya pun 'sibuk' nak perkatakan juga? Mungkin kerana dah cukup umur? Mungkin kerana semua orang bercakap dan terasa ingin menyampuk juga? Entah. 

picture by lady Tori of deviantART

::PENCARIAN::

Cuma saya terfikir dan berfikir. Kenapa nak mencari?

Bukankah sudah tertulis nama siapa di Luh Mahfuz sana untuk diri masing-masing? Bukankah Allah sudah tetapkan siapa dia untuk kita? Habis tu kenapa kita nak kena mencari lagi? Janji Allah itu pasti, jadi sudah tentu bila tiba saatnya kita akan disatukan jua dengan si dia. Dan boleh jadi juga, jodoh kita bukan di dunia yang fana ini tapi di akhirat kelak. 

Tapi... 
Jodoh bukannya datang bergolek, kenalah berusaha untuk mendapatkannya. Bagaimana yer?
Pencarian dalam usaha. @_@.

Semua benda yang kita mahukan di dunia ini bukannya boleh dengan hanya memikirkannya dan benda itu datang bergolek. Tidak. Ini bukannya syurga lagi! Kita kena berusaha! Berusaha yang bagaimana? Itu yang kita kena fikirkan dan dalam masa yang sama tidak lari daripada tetapan syariat sendiri.

Mencari VS Menjadi

Oleh sebab itu, salah satu dari usahanya adalah dengan menjadi. (=
Kan lebih baik dari mencari kita menjadi. Dari mencari yang soleh atau solehah, kita jadi dulu yang soleh mahupun solehah. Nak yang baik, kita jadilah yang baik dulu. Bukankah Allah telah berfirman yang membawa maksud,

"Perempuan-perempuan yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula). Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (surga)." 
 (Surah An-Nur, 24:26)

Tuntasnya, kalam seperti 'usah bermimpi inginkan pasangan sehebat Rasulullah S.A.W andai diri bukan sehebat Siti Khadijah', adalah kalam yang biasa kita sebutkan. Jadi memang betul, nak yang hebat diri pun kena hebat.  Sebab Allah itu Maha Adil.

Namun, manusia tidaklah sempurna. Semuanya tidak sempurna, tiada yang sempurna melainkan DIA. Jadi usahlah terlalu mengharapkan pada yang terlalu sempurna. Cukuplah cuba untuk menjadi sempurna yang terbaik untuk diri sendiri.

Nah. Usahlah mencari tapi lebihkan untuk menjadi. Menjadi yang hebat untuk agama yang tercinta. (=

Dah ready ke? 


Tapi, masih ada persoalannya. Sudah bersedia ke?

Tepuk dada tanyalah iman, tepuk dada tanyalah ilmu, tepuk dada tanyalah hati, apakah sudah bersedia? :D

Tanyalah diri masing-masing. Kalau rasa dah bersedia, bolehlah nak ke peringkat yang seterusnya. Kalau belum, buat apa 'sibuk' nak mencari. Bukan apa, dalam kita sibuk nak mencari bimbang andai diri terpilih jalan yang salah. Bimbang andai diri leka dengan pencarian itu sehinggakan lupa pada tuntutan agama.

Nak yang buah yang ranum, tentulah dari benih yang elok kan? Dan nak pengakhiran yang baik tentulah kena pilih jalan yang betul!

Saya sendiri, ramai sahabat satu sekolah dulu yang bertanyakan soal kahwin bila sudah ramai rakan seperjuangan yang melangkah ke alam perkahwinan. Tambah-tambah kebanyakan yang dah kahwin pun teman ataupun senior satu sekolah. Aiyak. "Bolehlah mc't plak lepas ni", "tak nak jadi pasangan seterusnya ke?". Adehh~

Entah. Saya tak tahu bilakah saatnya untuk diri sendiri. Study dulu, itu keutamaan yang pertama. (=

A pause to reflect.

" I tell the boys and girls: 
Allah has already written the names of your spouses for you. What you need, to work in your relationship with Allah SWT. He will send her/him to you when you're ready. It is only a matter of time." - Syeikh Mamdouh.

It is only a matter of time.

Jadi, bersabarlah. Jodoh itu satu ketentuan dari Allah. InsyaAllah bila tiba saatnya, pasti ia akan datang dengan sendiri. Dan seperti selalu, berdoalah. Itu penghubung antara kita dan DIA. (=

comel tapi harganya mahal T.T









nota : oh. dah nak masuk 21. patutlah :D

nota 1 : maaf. saya tidak pandai untuk berkata TIDAK. Tolong ajar saya? :(













aiyak. Izzati Hashim menulis tentang isu ini juga!

2 comments

only 2 things?


LIFE IS A RACE!



THINK POSITIVE!

(=


-Baru tengok 3 idiots kelmarin. Oh. Cerita itu dah lama tapi hanya kelmarin terasa nak tengok :D
-Best! Banyak 'benda' yang blh kita ambil terutama dari segi persahabatan (=





22 comments

doctor to be.

Bismilillahirrahmanirrahim, 
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Terdetik persoalan di benak fikiran,

"Kenapa aku pilih bidang perubatan 3 tahun yang dulu?"
"Kenapa aku tolak tawaran asasi kejuruteraan di UIA semata-mata sebab medic?"


Rasanya, dua-dua yang minat. Rasanya dulu, lagi terror dalam kimia dari biologi (oh, izzati hashim perasan). Habis tu, kenapa pilih medic juga? Apa lebihnya bidang perubatan ni?


Shhhuhh.
Main jauh-jauh la anasir-anasir jahat! 


Mungkin sebab risau. Ya risau. Diri ini bakal melangkah ke alam klinikal tak lama lagi, tapi terasa bagaikan tiada apa-apa. Dan risau sebab masih merangkak-rangkak dalam semua benda. Terasa 'jealous' melihat mereka-mereka yang sangat produktif bila berbicara soal medic sedangkan diri masih terkapai-kapai di lautan yang tak berapa nak dalam.


Hakikatnya, ambil medic ni bukan senang. Kena kuat semangat, kena tabah nak lalui jalan ini. Bukan mudah nak 'bermain' dengan ciptaan Allah yang paling unik dan istimewa. 


Ada apa dengan medic?


Sebab ada title Dr.? Gaji tinggi? Orang pandang tinggi? Nak bantu family? Entah. Rasanya, gaji doktor tak banyak pun kalau nak dibandingkan dengan kerja 24/7. Kalau ikutkan, doktor sangat-sangat la busy terutama ketika buat housemanship (HO). Tiada masa dengan family, sibuk dengan kerjaya (kesian future housemate). Dan yang paling penting, kalau ikut etika, doktor tak boleh rawat keluarga sendiri. :D


Nah. Tiada apa yang best pun jadi doktor T.T


Tapi kenapa saya pilih perubatan 3 tahun yang lepas? Kenapa yer? 


Sebab Allah dah pilih saya untuk berada di jalan ini, bidang ini. Typical answer! Oh, entah. Mungkin sebab minat yang tinggi sangat time tu nak jadi doktor dan dengan result yang membolehkan untuk apply bidang ni dan alhamdulillah Allah permudahkan segalanya. (=


Itu dulu, ketika tengah semangat nak buat doktor. Hohoho. Sekarang ni, dengan semangat turun dan naik. Sekejap di zon yang paling tinggi, sekejap mampu menjunam hingga ke bawah. Susahnya nak balance kan ia! :(


Namun, hati kecil ini berbisik. Mungkin Allah letakkan saya di jalan ini, mungkin untuk menyenangkan kerja dakwah nanti. Tingginya bunyi! :D


Pernah seseorang memberitahu saya, kerjaya doktor adalah kerjaya yang paling dekat dengan masyarakat. Sambil merawat fizikal pesakit, boleh juga rawat jiwa dan rohaninya sekali kan? (=
InsyaAllah, tengah melatih diri untuk menjadi muslim doktor.


Dan yang paling suka belajar medic di bumi Mesir ni, sebab terasa dekatnya dengan DIA bila belajar tentang ciptaan DIA. Sungguh. Terutama belajar anatomy. Doktor-doktor kat sini selalu kaitkan semua yang kami belajar dengan Allah. Terasa dekat di hati (=


Kalau nak suruh saya senaraikan kenapa mengapa saya memilih medic mungkin jadi panjang rasanya. Cukuplah sekadar ini untuk menenangkan hati sendiri :D


A pause to reflect.


Nak ambil medic boleh. Silalah. Lagi ramai lagi bagus, sekurang-kurangnya nanti doktor dah tak busy :D Cuma, fikirlah dengan baik-baik. Kalau hanya sebab result gempak, rasanya fikirlah dengan mendalam. Medic bukannya senang. Bimbang andai kata tiba-tiba bila hilang minat, susah untuk meneruskan perjalanan. 


Persoalkan balik kepada diri. Mengapa dan kenapa. Sekurang-kurangnya tak jadi seperti saya yang apabila tiada semangat terus bermonolog macam di atas. (=



study la izzati hashim! study! :D


dan saya suka dengan pilihan yang dah saya buat 3 tahun lepas. Sebab apa? Sebab saya tahu DIA tahu apa yang terbaik buat diri yang kerdil ini (=











Saya nak cakap apa sebenarnya ni? Tajdid niat please.


nota : nak kena lepas 'situasi' ini mungkin baru keadaan kembali normal. 


20 comments

Buat mereka.

Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Kedinginan masih terasa di bulan Mac ni,
agaknya bila pula musim panas akan menjengah kembali? 
Masih menginginkan musim sejuk terus berpanjangan, namun tetap setia menanti kehadiran musim panas sahara (=

Terasa ingin mencoret sepatah dua kata tentang result SPM. Laju tangan ingin menaip kalam-kalam semangat buat adik-adik yang tengah bersedih bila terjumpa satu dua blog yang menceritakan tentang result masing-masing.

Ada yang gembira, alhamdulillah, tahniah! Ada yang sedih, la tahzan innallaha maana. 
Buat mereka yang tengah bersedih;

"Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."

surah Al-Baqarah, ayat 216 (2:216)

Ayat ini. Ayat yang saya suka. Ayat yang sering saya titipkan. Kalam Allah sangat indah, sangat suci, memang mendamaikan jiwa yang resah (=

Buat mereka,

SPM mungkin exam terakhir dalam kehidupan yang bergelar persekolahan. Masing-masing inginkan yang terbaik untuk masa depan yang terbaik. Ya, SPM memang akan menjadi permulaan untuk menentukan hala tuju kehidupan kita lepas sekolah. Sama ada masuk matrik, atau universiti atau nak teruskan STPM. 

Tapi andai kata, result yang kita inginkan tak dapat, itu bukan bermakna semuanya sudah berakhir. Tersenyum saya tatkala membaca blog adik-adik yg sebut pasal result. Jangan sedih-sedih sgt, ini hanya permulaan. Percayalah. (=

Siapa yang inginkan kegagalan? siapa yang ingin hadiahkan sesuatu tidak bermakna pada mak ayah? Tiada bukan, tiada! Tapi mungkin hanya itu yang terbaik buat kita, hanya itu rezeki yang Allah berikan pada kita, siapa kita untuk menolak ketentuanNya.

"bolehlah akak cakap macam tu, akak dah lepas, dah sampai Mesir pun." - sekadar monolog sendiri :D

Ya, dah lepas dan alhamdulillah rezeki Allah yang bagi. Tapi tak semestinya saya tak pernah merasai 'kegagalan' itu. Pahit. Ya, sangat pahit. Tapi bila renung kembali, segalaNya Allah dah tentukan, Allah nak bagi yang lebih manis lepas ni. InsyaAllah (=

Adik-adik,

Jadikan apa yang kalian dapat ni satu pemangkin buat kejayaan masa hadapan. Kuatkan tekad, tabahkan hati.

Bila dah masuk alam universiti, alam yang lagi jauh yang penuh pancaroba, pasti akan temui sesuatu yang lagi hebat. Dan saat itu, mungkin akan ada yang mengatakan, "SPM tu tiada pape pun, hanya sebuah permulaan." 

Tahun ni masuk tahun ke 4 meninggalkan alam SPM, dan saya akui, ya, memang betul. SPM hanya permulaan bukan pengakhirannya. Setiap kali nak kena tempuhi exam yang lagi besar yang lagi menakutkan, rasa-rasanya SPM tu hanya picisan. (=

Jangan sedih-sedih. Kalau kalian sedar, lagi kita sedih lagi mak ayah risau kan? Mana mungkin mereka menyalahkan kita, tapi mereka lah yang setiasa ada di sisi menyalurkan semangat supaya kita lagi kuat! 


Buat mereka,


yang berjaya dengan gemilangnya, tahniah! Allah permudahkan laluan hidup kalian, tapi jangan sesekali bermegah. Sekali sekala, pandanglah ke sisi, langkah bersama-sama. Dan buat mereka yang kurang bernasib baik, ingatlah ini hanya sebuah permulaan. Permulaan kepada sebuah kehidupan. 


(=

A pause to reflect.

Jadikan segalanya yang kita dapat hari ni, pemangkin kejayaan pada masa hadapan. Mungkin hari ni kita menangis kerana sebuah kegagalan, tapi dengan usaha yang berterusan kita akan beroleh kemanisan itu. 

Sapulah air mata itu, tak salah untuk menangis kerana kadangkala ia memberi kelegaan tapi usahlah terlalu berduka kerana ia hanya menyakitkan.

Percayalah, tidak Allah uji hambaNya melebihi batas kemampuan diri. Ini hanya permulaan bukan pengakhirannya!

Teruskan melangkah.

picture by lady tori of deviantArt

Kehidupan baru bermula!



nota : Oh. Teringatkan semua kenangan dari kecil sampai besar saat-saat terima result, penuh suka dan ada juga terselit kedukaan. 

-dah dapat buku don't be sad, bestnya! nak je bagi adik2 baca :D
-dengarkan Langkah Tercipta, Unic. Semangat2 (=

nota 1 : Tahniah Nur Azhani Mohd Hashim, proud with u sis! Anda cool la, kakak awak pun tak cool macam awak. Dan tentang hadiah yang angah mintak tu, gulrp. InsyaAllah along akan cuba utk dapatkannya! (=







5 comments

Epilog Penantian.

Bismilllahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Alhamdulillah, masih ada kesempatan untuk mencoret di sini. 
Tetap mencari masa untuk menulis walau diri masih terkial-kial mengejar masa yang kian berlalu. 
Masa tak pernah menunggu kita kan?


 picture by Angelreich of deviantART



Sebuah penantian.


"Penantian itu satu penyeksaan!"


"Menanti benda yang tak pasti itu hanya membuang waktu."


Menanti sana, menanti sini. Penantian yang tak pernah ada penghujungnya. Dan itu menyakitkan.


Teringat saat menjadi 'pelarian' selama dua minggu tatkala revolusi Mesir baru-baru ni.


Penantian demi penantian. Memang memenatkan dan meletihkan mental! Saat menanti untuk dibawa keluar dari bumi Mesir, saat menanti di Cairo Airport dan Jeddah Airport selama berjam-jam malah ada yang terpaksa bermalam di airport dan  saat menanti untuk dibawa ke Malaysia. Dan semuanya mengambil masa 12 hari sebelum betul-betul sampai ke Malaysia. Semuanya kena tunggu! Penatkan?


Dan jadi benarlah "penantian itu satu penyeksaan?".


Betulkah? 


Dan saya sendiri pernah menuturkan kata-kata itu malah mungkin berkali-kali. Adakah itu bermakna yang saya lupa, lupa bahawa Allah tengah menguji kesabaran saya. :(


Penantian adalah satu proses.


Berfikir sejenak.
Terkesan dengan apa yang disampaikan oleh BroHamzah


Penantian adalah satu proses.


Ya, satu proses untuk mendidik jiwa dan diri dengan satu sifat, iaitu sifat SABAR. Mudahkan berkata-kata? Memang cukup mudah tapi untuk melakukannya susah namun ia tak mustahil bagi jiwa-jiwa yang beriman. (=


Ramai yang mengiyakan hakikat manisnya penghujung sebuah penantian andai diri bersabar. Memang betul, sangat manis. Jadi bersabarlah, belajar jadi orang yang penyabar. Penyabar bagaikan baginda Rasulullah S.A.W, muliakan? 


"Sungguh, manusia diciptakan bersifat suka mengeluh. Apabila dia ditimpa kesusahan dia berkeluh kesah,"

surah Al-Ma'arij, 19-20 (70:19, 20)

Benar. Tika diuji cepat benar diri melatah, saat terduga mudahnya semangat hilang. Diri oh diri. Malu dengan DIA yang Maha Melihat. 

Penantian juga memberi kita pengalaman. Mana tahu di sebalik penantian itu tersingkap seribu satu cerita yang mungkin bila kita renung kembali akan buat kita tersenyum. Dan penantian bukanlah terlalu menyiksakan.


Ia mengajar kita tentang erti sebuah kehidupan. Kehidupan yang berlandaskan tuntutan Ilahi (=

A pause to reflect.

Let's go with the flow, but don't ever get drown.

Menanti dalam penantian memang sukar, tidak dapat diri menafikan. Menanti untuk dapat segulung ijazah sarjana muda kedoktoran perlu melalui onak duri di sepanjang perjalanan ini, perlukan usaha yang kuat untuk mencapainya. 

Menanti untuk 'dimiliki' oleh dia yang dijanjikan Allah jua satu penantian yang mampu 'mendera' jiwa. Bagaimana hidup dalam dunia yang penuh fitnah ini, pelbagai dugaan dan ujian Allah berikan. Dengan iman yang hanya senipis kulit bawang, bimbang andai diri ini tersungkur. Allah. Moga Allah kuatkan keimanan.


picture by cerenimo of deviantArt

Tersenyum
melihat sang pungguk
setia menantikan sang rembulan.
Tidak letihkah dia menanti?

Setianya dia
untuk terus menanti.

tidak penatkah dia?
tidak putus asakah dia?

oh,
mungkin dia tahu...

rembulan takkan pernah lupa 
menyinari alam dari kelam malam.







nota : Oh. Terasa 'kerdil'nya diri bila menatap, menghayati penulisan sahabat2 yang lain. Terasa kekurangan di sana sini :(