Pages

5 comments

Yang berkata itu...

Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan buat Ilahi atas segala nikmat kurniaannya. Terima kasih Allah! ('=


Menulis itu bukan senang. Berkata itu, ya mungkin senang. 
Dan yang berkata itu, yang akan teruji. Kan?

Dua tiga menjak ni, ada sesuatu yang Allah cuba berikan pada saya. Satu ujian mungkin. Dan ia ada kaitan dengan post- post yang sebelum ni. Gurlp. 
Yang berkata yang teruji. Benar. 

Kadang-kadang, kita mampu nak menulis sesuatu yang mengajak orang kembali kepadaNya.
Kadangkala menulis mengajak orang melakukan kebaikan, meninggalkan laranganNya. 
Kadang-kadang mampu jadi penasihat tak bertauliah di alam maya ini.
Mampu mengetuk pintu hati yang membaca.

Dan bila teruji dengan dugaan yang sama, apakah yang tertulis itu mampu diamalkan dengan sebaiknya?
Bila saya sedih, apakah segala semangat yang pernah diberikan dulu kembali pada diri saya dengan sendirinya?
Bila hilang semangat, apakah perkataan sabar itu berada di dalam dada itu?

remember this status? It's yours."
"aku da baca kat ko punya blog. Ko da tulis kan?"


*PUK*
Bagaikan dihempap dengan batu. Sakit.

Saya tulis! Saya bagi kata semangat! Saya beri pesanan-pesanan itu! Tapi bila teruji, di mana semua kata-kata yang pernah ditulis atau diberikan? Hilang. Itu sangat menyedihkan. 

Usah menulis dengan 'angkuh', kerana bila-bila masa yang tertulis itu yang akan diuji olehNya. Dan sangat-sangatlah rugi, andai hanya mampu menulis tapi tidak mampu mengamalkan segalanya. 

Andai kata, menulis untuk mengajak melakukan sesuatu kebaikan, buatlah terlebih dahulu. Itu lagi bagus kan? Amalkan dulu. Kemudian, ajak bersama orang lain. Nak melangkah ke syurga, bukan seorang diri saja kan? (=

Andai tiada pengalaman tentang sesuatu, usahlah 'angkuh' berbicara bagaikan diri pernah melaluinya. Bila terkena batang hidung, baru tahu tinggi ke rendah langit itu! (Oh, saya tahu langit itu tinggi!)

Namun, tidak salah untuk menulis tentang apa-apa pun. Yang menulis itu kamu, yang memberi ilham itu Dia. Cuma, ingatlah. Yang berkata itu, yang akan teruji. ('=

Menulis untuk diri!
Apa yang tertulis, bukankah akan dihitung jua? Apakah ia membawa kebaikan pada diri atau yang membacanya, atau sebaliknya?

Saya suka membaca kembali apa yang pernah saya tulis. Di awal kelahiran blog ini dan sehinggalah sekarang. Saya mahu jadikan ia satu pengajaran khusus buat diri sendiri. Nak menulis bukannya senang, nak mengetuk hati yang membaca lagi bukan senang. 
Tapi saya cuba khususkan buat diri, pengajaran buat diri sendiri.

Dan teramatlah sedih bila ada yang mampu berhujah dengan panjang lebar, tapi bila diuji dengan perkara yang diri sendiri tulis, jauh panggang dari api. Naa, kata pengajaran buat diri? Bukankah itu memalukan?

Ingatlah,

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (As-saff : 2)


nota : Alhamdulillah result dah keluar, dan alhamdulillah pelangi yang dinantikan muncul jua.
Dan itu juga adalah jawapan kepada sebuah persoalan hati. (=

11 comments

Aku, pengembara.

Penat!
Letih!
Exhausted!
Seriously.


Itu yang dirasa setiap kali hendak travel kemana-mana. Semua perasaan bercampur aduk. Gembira, itu pasti. Tapi bila memikirkan saat untuk mengembara tu terasa letih seketika.
Berjam-jam di dalam flight. Itu belum ditambah lagi masa yang kena transit di mana-mana airport. Jujurnya, bosan!
Macam tak biasa travel jauh je kan? Mungkin tahun ni sebab saya memberanikan diri untuk pulang seorang diri ke Malaysia. Sedikit sebanyak mengganggu emosi diri. Cuak kot? Tapi alhamdulillah perjalanan semuanya berjalan lancar. Berkat doa semua, alhamdulillah. (=

Lega, itu yang dirasa bila terpandang wajah dua tiga orang budak melayu yang sekali check in di kaunter. Kalau dikira, hanya 8 orang sahaja budak Melayu dari Mesir ke Bahrain. Alhamdulillah, menjadi peneman sepanjang perjalanan. Masing-masing rupanya sendirian. Dan tika sampai di Bahrain, bertemu dengan sekeluarga warga Melayu yang akan sekali ke Malaysia. Terima kasih uncle dan aunty belanja kami! Terharu*

Bila disebut travel, hanya satu yang selalu buat saya tak berapa nak suka, transit. Penat menanti! Itu memang membosankan. Seriously.

Tika di Bahrain, alhamdulillah 3 jam yang ada, cukup-cukup untuk makan, solat dan berjalan dalam airport. Pernah transit di London dan Qatar selama 12 jam atau lebih. Dan terpaksa tidur di sana sebab tak dapat hotel. Memang menyedihkan. Penat tak payah nak cerita.

Tapi... travel itu best! Tak dinafikan. Berjalan melihat suasana masyarakat luar bila transit di mana-mana negara. Bertemu yang sebangsa di tengah kekalutan ramai, sedikit sebanyak buat hati terasa lega. Aku tak keseorangan. =P

Walau  penat sekalipun, di penghujungnya tetap manis. Tetap yang terindah. Saatnya bila menatap wajah insan-insan yang disayangi menyambut di balai ketibaan. Hilang terus segala kepenatan, penat semuanya terbang pergi. Gembira, bahagia, alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menatap wajah-wajah kesayangan. ('=

Hidup ini satu pengembaraan.

Hakikatnya, kehidupan ini adalah sebuah pengembaraan. Manusia adalah pengembara dan dunia ini adalah sebuah tempat persinggahan untuk mencari destinasi penamat, perhentian terakhir, iaitu negeri akhirat.

Sepanjang perjalanan, pasti akan bertemu dengan banyak ranjau. Segala onak duri terpaksa ditempuh dan diredah. Kesusahan dan kesenangan datang silih berganti. Kesabaran teruji. Banyak likunya.

Hidup seorang pengembara di daerah asing, bukannya senang. Susah. Teruji dengan dugaan dalam kehidupan. Mana ada pengembara yang hidupnya hanya senang. Ada, tapi tak ramai. Segelintir sahaja. Yang lain, pasti merasai kesusahan.

Tapi yang susah itu yang mengajar erti sebuah kehidupan, yang payah itu yang mematangkan fikiran dan diri.
Walau terasa susah, penat dan letih, tetap kena melangkah. Kena terus berusaha untuk sampai ke destinasi yang dicari!

Begitulah hidup, penuh dengan likunya. Namun seandainya kita berjaya melepasi segala rintangan yang dihadapi, mampu melalui setiap mehnah yang ada, pasti kita akan selamat sampai di garisan penamat.

Hidup di dunia, bukanlah lama. Sekejap. Yang abadi, hanyalah di sana kelak.
Carilah sebanyak mana bekalan, tingkatkan amalan buat diri. Lakukan amal! Moga di pengakhiran nanti, kita tersenyum bahagia, menatap wajah nan indah, Allah swt.





nota : Nak mengembara untuk mencari ketenangan di jiwa. Melihat alam ciptaan Allah mampu memberi seribu satu kedamaian di jiwa. Jom! (=

8 comments

Kal Ho Na Ho.

Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Suasana suram menyelubungi laman kediaman itu Rabu lepas. Turut sama merasakan atmosfera kesedihan itu. Allahu Allah. )'=

"Semalam baru duk berborak, berbual mesra. Hari ni dia dah lena panjang, yang takkan bangun lagi."

"Kelmarin gembira bakal meraikan orang baru yang akan lahir. Jauh terbang dari bumi Sarawak semata-mata untuk bersalin di sini. Rupanya di tanah kelahiran ini jua dia pergi."
Sambil mengelus-ngelus pipi itu, kelihatan ada air mata yang membasahi pipi. Tangisan seorang ayah yang kehilangan anak perempuannya.

Al-Fatihah buat allahyarham kak Atiqah. Moga tenang dikau bersemadi di sana. Moga syurga yang menantimu. Amin ya Rabb.

Mati.

Saya menepuk paha sepupu di sebelah, lantas berbisik, "kematian sebaik-baik peringatan buat diri. Kalau semalam masih sempat beramah mesra, kalau kelmarin masih sihat walafiat, tak semestinya esok masih ada untuk kita."

"Peringatan terbaik. Moga itu yang menginsafkan kita."

Kal ho na ho.

Mati itu pasti. Setiap manusia akan merasai saat kematian itu. Pasti.
Tapi... diri tetap melakukan kesilapan. Tetap masih mahu menambahkan dosa yang sedia ada. Kenapa?

Kerana tak tahu bilakah tarikh sebenarnya saat itu.
Rasanya, kalau masing-masing ada tarikh sendiri, semua orang hanya akan berlumba-lumba menambah ibadat. Itu hikmatnya Allah merahsiakan tarikh keramat itu.

Adakalanya seseorang diuji dengan derita penyakit yang membawa kematian. Kata doktor, kamu mungkin boleh hidup beberapa bulan sahaja lagi. Tapi, kadangkala jangkaan doktor tidak mengena, mampu bertahan bertahun-tahun.

Yang sihat itu, yang gembira itu, yang tidak dijangka itu yang pergi dahulu. Manusia, tidak bisa 'menentukan' saat kematiannya. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Allah Maha Berkuasa, Allah yang menentukan segalanya. Dan kita, hanya mampu untuk bersedia. Bersedia untuk menerima segala kemungkinan. Allahu akbar ('=




Kal Ho Na Ho = tomorrow might never come. 

nota : mengharapkan husnul khotimah di penghujung hayat. InsyaAllah. 

5 comments

Cemburu!

Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.


Cemburu itu tandanya sayang kan?
DeviantArt.


Cemburu!


Cemburu itu sifatnya positif atau negatif? Bagi saya, dua-dua pun boleh. Kan?


cemburu melihat kejayaan orang lain - berusaha untuk menjadi seperti itu juga. Ini positif.
cemburu melihat kejayaan orang lain - terasa hasad. Tumbuh perasaan dengki, dan cuba membuat onar. Ini negatif.


Jadi, cemburu itu, hanya satu perasaan dari hati nurani. Kita sendiri yang mengawalnya, sama ada untuk menjadikan ia satu yang baik atau sebaliknya. (=


Allah pun tahu cemburu!


Allah pun tahu cemburu? Kenapa macam tu? Berlegar-legar untuk memahami ayat itu. Terasa pelik. Kenapa mesti begitu. Allah kan maha hebat, maha kuasa.
Lama berfikir, lama merenung, akhirnya jumpa juga! Alhamdulillah terjumpa satu kolum dalam satu majalah tentang persoalan ini. (lupa dekat majalah mana saya baca ==')


Bayangkan anda ada seorang yang anda kasihi, yang memang disayangi dan seumpama dengannya. Tapi tiba-tiba, ada insan lain yang 'masuk' dalam perhubungan kalian itu. Dan insan terbabit rapat dengan orang yang ada sayang dan dia melebihkan insan itu! Agak-agak, cemburu tak?


Nah, begitulah Allah. Allah yang menciptakan kita, Allah yang menciptakan hambaNya. Selayaknya, hanya Dia yang wajar disayangi, yang sentiasa diingati, yang dicintai selalu. Kan?


Bukan bermaksud, kita tidak boleh menyayangi insan lain, tidak boleh mengingati manusia. Tidak. Maksud saya, jika kita meletakkan orang lain atau manusia itu lebih dari Dia, Tuhan pencipta sekalian makhluk. Adilkah begitu?


Allah cemburu bila kita, bila hambaNya yang hina ini meletakkan manusia lebih dari Dia. Meletakkan pergantungan lebih pada manusia, bukannya Allah. Dia yang Maha Mencipta, Dia yang Memiliki, sewajibnya, Dialah yang berhak disembah, disanjung, dipuja, dicintai lebih dari segalanya.


Allah uji apa yang dekat dengan hati.
Ya, benar. Allah berhak melakukan apa sahaja. Kerana dunia ini dan segala isinya adalah milik Allah.


Ingat kisah Nabi Yusof yang dibuang ke dalam telaga oleh saudaranya sendiri?
Itu pun kerana terbitnya rasa cemburu bila melihat ayah mereka melebihkan Nabi Yusof dari adik beradik yang lain. Ayahnya memang menyayangi Nabi Yusoff. Lalu, Allah uji ayahnya dengan 'kehilangan' Nabi Yusof.


Bagaimana pula dengan kisah Nabi Ibrahim bersama anaknya Nabi Ismail? Allah juga turut menguji keteguhan iman Nabi Ibrahim untuk menjadikan anaknya sebagai korban. Kalau ditimbang logik akal, mana mungkin untuk menyembelih anak sendiri, tapi akur dengan perintah Allah swt, Nabi Ibrahim sanggup untuk melakukannya. Tapi dengan kuasa Allah juga, Allah menukarkan Nabi Ismail dengan kibas.


Kenapa? Ibrahnya, agar melebihkan Allah dari segalanya. Agar lebih menyintai yang Maha Esa, dari cinta yang lain.


Kisah itu, kisah Nabi, yang kita semua tahu mereka adalah golongan yang hebat. Teguhnya keimanan mereka kepada Allah swt.


Allah menguji hambaNya mengikut batas kemampuan diri, Allah takkan uji lebih dari kudrat masing-masing. Dan Allah uji itu tandanya Allah kasih. Kita ada dalam jagaan Allah.


Kadangkala, Allah uji dengan apa yang kita sayangi, yang paling dekat dengan kita, yang paling dekat dengan hati kita. Sebab apa? Sebab Allah nak tengok, sejauh mana, setinggi mana tahap pergantungan kita pada Allah bila teruji.


Apakah kita makin jauh dariNya atau kita semakin menghampiriNya.


Ingatlah, Allah pun tahu untuk cemburu pada hambaNya. Jangan lebihkan sesiapa atau apa-apa sahaja lebih dariNya. Hanya Allah yang berhak disembah, hanya Allah yang wajib diletakkan teratas sekali di hati kita!


Acap kali sesuatu yang kita cinta menjadi sebab ujian daripada Allah. Justeru, cintailah sesuatu berpada-pada. Bila Allah uji kita dengannya, kita tidak akan terlalu menderita. - Ustaz Pahrol, Genta Rasa.




 

nota : Kadangkala hati mudah cemburu dengan lebihnya orang lain, sehingga lupa yang sebenarnya diri pun kadangkala lebih dari mereka yang kurang. Jadi, bersyukurlah dengan apa yang ada. (=

18 comments

Silent Reader.

Bismillahirrahmanirrahim, 

dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Silent Reader,
Si pembaca senyap?
Stalker?
Apa-apa sahajalah kan? (=

Dulu, seawal membuat blog, mula-mula menjadi blogger, saya lebih suka menjadi SR dari muncul di mana-mana blog. Tak kiralah, sama ada untuk mengomen, atau meninggalkan jejak di ruangan shoutbox, memang tidak. Low profile, mungkin? =P

Best apa jadi SR, lebih pada stalker. hehehe. Kidding! (=

Silent Reader.

Untuk kalian, yang menjadi silent reader blog ini, yang saya tahu atau pun tidak,
terima kasih. Moga Allah kasih selalu.

Terima kasih,
untuk titipan semangat supaya terus menulis,
untuk kata-kata penguat jiwa untuk saya terus memberi walau hanya sedikit,
untuk masa yang diberikan untuk membaca post di sini.
Terima kasih,
kerana terus setia membaca post-post di sini,
walau saya sedar, terlalu banyak kekurangan,
terlalu sedikit input yang saya berikan.

Walaupun kadangkala, kata-kata itu hanya ditinggalkan di shoutbox.
Tapi itu cukup bermakna. Terlalu bermakna. 

Kadangkala pesanan-pesanan itu ada dilontarkan di FB, YM.
Terasa segan mulanya,bila tahu SR itu mungkin dikalangan sahabat-sahabat sendiri,
senior atau junior. =='
Segan sebenarnya, tapi kemudiannya 
semangat itu yang dirasai. 
Semangat untuk terus menulis. (=

Pernah terasa nak tutup blog ini, senang cerita, stop from being a blogger.
Atas alasan,
"tak tahu nak tulis apa!",
"tak cukup masa!",
"kesian tengok ada orang yang datang baca tulisan yang terasa macam tak ada apa-apa pun."

Tapi ada yang 'menegur'(?),

"tulislah hanya kerana Allah. Betulkan niat! Ikhlaskan hati, untuk memberi walau hanya mungkin sedikit. Mungkin yang sedikit itu ada yang terkesan sama, andai benar kerana Dia."
('=

Bila ber blogging, khas buat diri terutamanya. Untuk pengajaran diri khususnya. Tapi bila namanya menulis di alam maya, tentulah ada yang membacanya kan? Jadi, sudah tentu tetap mengharapkan ada yang terkesan sama.



Terima kasih, semangat yang dihulurkan membuatkan diri yakin untuk terus melangkah.
Terima kasih Allah, kerana melalui mereka, Kau salurkan kekuatan itu. ('=


nota : cakap pasal silent reader ni, membuatkan saya teringat peristiwa di 'stalk' oleh inche(?) anonimosss. Jujurnya, haru hidup saya ketika itu! Masihkah kamu menjadi silent reader tegar WWK? May Allah bless u always. (=

nota 1 : ada yang dari SR naik pangkat jadi SA tak? =P







SA? secret admire. =P

4 comments

Hati, damailah.

Bismillahirrahmanirahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Alhamdulillah 'ala kulli hal, written exam yang dinanti-nantikan sudah berlalu. Moga natijahnya nanti yang terbaik buat diri, insyaAllah (=
Lusa dah nak kembali ke tanah air. Terasa cepat masa berlalu. Sungguh. Sekejap sangat.
Masa laju berlari meninggalkan kita. Dan kita? Masih terpaku di dunia sendiri?


Sembang panjang bersama adik tersayang, Azhani. Rasa sebak bermukim. Bicara dia semakin matang. Pesanan dia semakin menyentuh kalbu. Teguran dia makin membina. Alhamdulillah, terasa lega. Lega memikirkan dia yang baru melangkah ke alam universiti. ('=

Membisikkan kerisauan yang ada kepadanya. Laju dia memotong bicara,

"cuba kuat semangat! Jangan lemah semangat! Cuba tengok aku, cool je kan walau dah macam-macam berlaku?"

Tersentak. Terdiam.

Dia menyambung bicaranya,
"cuba tengok aku. Tak payah tengok orang lain. Tengok yang paling dekat ni. Contoh yang terhampir."

"dari dulu, sejak sekolah, apa yang aku impikan bukan semua dapat. Susah. Ada impian, yang lain yang datang. Nak yang tu, yang ni yang dapat. Tolak yang situ, sini pula yang datang."

"dan tengok along, impian itu sentiasa tertunai kan? Boleh dikatakan semua benda yang dihajati tertunai.
Kenapa nak mengeluh lagi?"


Terkedu.
Dia tahu itu, dia perasan itu. ('=

"Bukan mengeluh, jauh sekali tidak bersyukur. Cuma entah. Hati terasa lain. Risau."


Dia menyambung,
"dah tahu macam tu, apa lagi. Pergi ambil wuduk, solatlah. Minta kekuatan dengan Dia. Doa banyak-banyak, biar segala kerisauan tu berlalu pergi.
Selama ni mungkin along sentiasa nampak kesenangan saja, dan mungkin kali ini Allah nak ajar sesuatu melalui ujianNya."

('=

Dia dah makin matang. Sungguh.
Ujian demi ujian menguatkan dia, alhamdulillah. Ujian itu satu tarbiah buat diri kan? Jika kita mengambil ibrah darinya.

Allahu Allah. ('=

Tidak akan selamanya kemahuan kita, kehendak kita akan ditunaikan secara direct oleh Allah. Dan tidak selamanya apa yang kita minta selamanya tidak dikabulkan oleh Dia yang maha memberi. Pasti ada, mungkin tidak di sini, di sana kelak?

Kadangkala, yang minta itu tiada kunjung tibanya tapi yang minta jauh itu yang teruji. Allah maha mengetahui apa yang terbaik kan?

Lagipun, hendak dibandingkan permintaan kita dengan segala nikmat pemberianNya, tidak terbanding bukan? Terlalu banyak, infinity. Bersyukurlah wahai diri. Ajar diri untuk sentiasa bersyukur.

Antara Dua.
Jika ujian datang menghimpit, hanya ada dua pilihan. Sama ada kamu berpaling dan kembali kepadaNya atau kamu terus melangkah dan semakin jauh dariNya.
Dan pilihan itu sentiasa ada di tanganmu.









nota 1: Khas untuk cik Azhani, ini kisah Dia dan Saya