Pages

Kal Ho Na Ho.

Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Suasana suram menyelubungi laman kediaman itu Rabu lepas. Turut sama merasakan atmosfera kesedihan itu. Allahu Allah. )'=

"Semalam baru duk berborak, berbual mesra. Hari ni dia dah lena panjang, yang takkan bangun lagi."

"Kelmarin gembira bakal meraikan orang baru yang akan lahir. Jauh terbang dari bumi Sarawak semata-mata untuk bersalin di sini. Rupanya di tanah kelahiran ini jua dia pergi."
Sambil mengelus-ngelus pipi itu, kelihatan ada air mata yang membasahi pipi. Tangisan seorang ayah yang kehilangan anak perempuannya.

Al-Fatihah buat allahyarham kak Atiqah. Moga tenang dikau bersemadi di sana. Moga syurga yang menantimu. Amin ya Rabb.

Mati.

Saya menepuk paha sepupu di sebelah, lantas berbisik, "kematian sebaik-baik peringatan buat diri. Kalau semalam masih sempat beramah mesra, kalau kelmarin masih sihat walafiat, tak semestinya esok masih ada untuk kita."

"Peringatan terbaik. Moga itu yang menginsafkan kita."

Kal ho na ho.

Mati itu pasti. Setiap manusia akan merasai saat kematian itu. Pasti.
Tapi... diri tetap melakukan kesilapan. Tetap masih mahu menambahkan dosa yang sedia ada. Kenapa?

Kerana tak tahu bilakah tarikh sebenarnya saat itu.
Rasanya, kalau masing-masing ada tarikh sendiri, semua orang hanya akan berlumba-lumba menambah ibadat. Itu hikmatnya Allah merahsiakan tarikh keramat itu.

Adakalanya seseorang diuji dengan derita penyakit yang membawa kematian. Kata doktor, kamu mungkin boleh hidup beberapa bulan sahaja lagi. Tapi, kadangkala jangkaan doktor tidak mengena, mampu bertahan bertahun-tahun.

Yang sihat itu, yang gembira itu, yang tidak dijangka itu yang pergi dahulu. Manusia, tidak bisa 'menentukan' saat kematiannya. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Allah Maha Berkuasa, Allah yang menentukan segalanya. Dan kita, hanya mampu untuk bersedia. Bersedia untuk menerima segala kemungkinan. Allahu akbar ('=




Kal Ho Na Ho = tomorrow might never come. 

nota : mengharapkan husnul khotimah di penghujung hayat. InsyaAllah. 

btemplates

8 comments:

Muhd Iqbal Samsudin said...

Semoga beliau sentiasa digolongankan dalam kalangan manusia yang bertaqwa...

Pemilik Sekeping HAti said...

tajuk dia memang memikat.bgtu juga dgn isinya!

Puding karamel said...

akk lembab sikit...
kal ho na ho tu apekemaksudnye?
akk x de member terer hindustan la...
xmcm zati ada khidmat trensleter

Izzati Hashim said...

@muhammad iqbal : amin, insyaAllah. Mendoakan beliau )'=

Izzati Hashim said...

@puding karamel : akak tak tgk cite hindustan ey?

tu tajuk cite, Kal Ho Na Ho yg kalau saya duk tgk mksd dia, tomorrow might never come. (=

khidmat translater tu hanya Japanese language je hehehe.

Nazihah@Jiha said...

semoga arwah dihimpunkan di kalangan org2 yg dikasihi-NYA.Ameen ya Rabb...

terer akak pilih tajuk :)

Izzati Hashim said...

@Nazihah : AMin ya Rabbal alamin.

erk. comel kan? hehehe.

syarifah radiah ibrahim said...

mati itu pasti.


moga dia ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. ameen.