Pages

Shhh... ini rahsia!

"shh... ni rahsia ni, jangan gtau org lain"


"keep it secret ok"


"biar pecah di perut, jgn pecah di mulut"


Rahsia! Menurut kamus dewan edisi ke-4, rahsia ni membawa maksud benda yg tersembunyi (diketahui oleh satu atau beberapa orang sahaja) atau sesuatu (benda, akal, dll) yg sengaja disembunyikan supaya orang lain tidak mengetahuinya. (meng'google' mencari makna, kamus dewan terlalu berat utk dibawa! ho3)


Entah kenape tiba2 terfikir utk buat pasal rahsia. Mungkin sebab bila fikir2, memegang rahsia adalah satu amanah, kan? Berat tu. Pernah dengar teka teki dari Iman Al-Ghazali kepada anak2 muridnya? Salah satu teka teki yg ditanyakan :


IMAM GHAZALI : "Apa yang paling berat didunia?"
Murid 1 = "Baja"
Murid 2 = "Besi" 
Murid 3 = "Gajah" 
Imam Ghazali : "Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH"



"sesungguhnya Kami telah menawarkan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, tetapi semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khuatir tidak akan melaksanakannya (berat) lalu dipikullah amanat itu oleh manusia...."
Surah Al-Azab, ayat 72 (33:72)

Memegang rahsia samalah seperti membuat janji. Org yg memungkiri janji adalah org yg munafik. Jadi, kalau tak mampu utk memegang janji atau menyimpan rahsia, lbh baik tak payah. Jangan kita jd mulut tempayan. Nauzubillah...

Perempuan selalunya suka bercakap. Tak bercakap, tak bergosip, tak bercerita sehari tu x sah =p
yer, sy perempuan, dan sy sedar hakikat itu :D Dalam sedar tak sedar, termengumpat org. Haish. Bila bercakap itu bahayanya. Sebab itu, diam itu emas. 

Dalam seronok bercerita, terlepas cakap pape. Kemudian ckp, "shh... ni rahsia ni, jgn gtau org lain." Lepas tu yg org yg mendengarnya plak, ckp benda yg sama kat org lain. Akhirnya, semuanya dah tak jd rahsia. Ish3. Bila bercakap memg best, mcm2 cerita keluar :D


Kain ini kain sutera
Lepas basuh tolong sidaikan
Rahsia ini kita berdua
Orang lain dibilang jangan


Utk pesanan diri sendiri & semua, hadkan percakapan kita. Kalau x penting lbh baik diam je kan, sekurang-kurangnya dengan diam tu mampu mengelakkan kita dari membuat dosa. 



p/s : ada org ckp sy ni pendiam. betul ke?


mungkin peramah, tapi pada yg kenal :D





btemplates

0 comments: