Pages

Beit Mukarram

Bismillahirrahamnirrahim, 
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Alhamdulillah permulaan hari ini mendamaikan, menenangkan. Cuma agak kekusutan tatkala membaca surat-surat khabar online. Oh. Terasa semakin hari semakin menakutkan keadaan di Malaysia.

-.-

picture of devianART
Beit Mukarram.

Nama rumah saya (=
Nama yang diberi sejak mula-mula melangkah masuk ke rumah ini. Idea siapa yer, dah lupa -.-
Nama yang agak simple, tapi mungkin kami cuba untuk memaknakan rumah ni dengan sebaik nama.

Sejak dari tahun satu lagi, bermula Oktober 2008 kami berempat menghuni rumah ni. Sedar tak sedar dah hampir separuh perjalanan. kebetulannya, kami semua anak sulung. Boleh bayangkan pabila satu rumah semuanya adalah anak sulung? Akan ada masanya 'keluar' yang keras kepala. Apa nak dikata, kami berkongsi atas satu sikap yang sama iaitu sifat anak sulung. :D

Kadang-kadang terfikir, kenapa kami tak namakan dulu nama rumah kami, baitul ula (rumah pertama) ke, baitul along ke? Entah. (=

Rumah ni tak pernah sunyi, rumah yang dikatakan tempat persinggahan kawan-kawan, rumah tempat nak isi perut sebab alhamdulillah setakat ni peti tak pernah nak kosong, dan sebab itu ada yang kata ni mungkin sebab nama rumah ni. Ada berkat mungkin? InsyaAllah. Rumah harmoni yang dicari. A home not only a house. (=

erk. Ni nape ni, puji rumah sendiri. hehehe =p

Bermulanya di sini.

Di rumah ni, saya mula belajar erti bertolak ansur, tolong menolong, difahami dan memahami, sabar, beralah dan mengalah dan banyak lagi. Bermula di sini, saya belajar untuk berjauhan dengan keluarga. Belajar untuk hidup dalam kelompok masyarakat. Belajar bagaimana nak tempatkan diri di kalangan yang berlainan fikiran, perangai. Bukan senang, susah. 

Itu yang mendidik, itu yang melatih diri, itu yang mengajar sebuah kematangan. Kena ada sikap memberi dan menerima. Dan alangkah baiknya lebihkan memberi dari menerima. (=

Kalau dulu ketika kecil, segala pendidikan di rumah bersama ibu bapa dan sekarang ni saat bersama sahabat-sahabat. Bermula di rumah, didikan kita bermula. Langkah pertama kita bermula dari rumah! Pentingnya tarbiah dari rumah. 

Yang paling penting melatih diri untuk menjadi future housewife. Sound funny right? :D
Tapi itu hakikatnya. Sekarang baru diri sendiri dan hanya teman-teman, kalau suatu hari nanti? Bukan ke sama? Cuma berbeza keadaan dan dengan siapa. (=

Kalau sekarang ni tak mampu nak handle, bagaimana nak handle untuk masa depan? Mungkin ini boleh jadi perancangan untuk masa depan (=

Mungkin di awal-awal dulu, masih ada lagi sikap terlalu skema. Contohnya, kalau hari ni tak boleh nak masak, kemudiannya tukar tapi kena ganti balik. Tapi sekarang dah bila tinggal lama bersama, lama kelamaan sikap tolak ansur tu wujud sendiri. "Biarlah, tak kisah pun. It's ok, never mind."

Kadang-kadang kalau ada yang sakit, ada yang tolong masakkan. Time susah time duka, ada bersama. Kadang-kadang nak tengok movie bersama-sama. Study sama-sama. Time mengemas, buat sama-sama di hujung minggu. Best kan? Nikmat yang Allah berikan, nikmat persahabatan.

Tapi tak segalanya manis kan? Ada saat-saat terasa nak bersendirian, saat bertingkah bicara, time ego masing-masing tinggi, bermasam muka. Biasalah tu, rencah kehidupan.

Terutama masa exam. Ada yang kata, saat exam (saat stress) ni lah kita boleh kenal seseorang dengan baik. Sebab ketika ni lah, sifat sebenar dia akan wujud. Tatau-tatau. :D

Jaga hak bersama.

Peringatan khusus buat diri sendiri. Diri sendiri. Diri sendiri. Jaga hak bersama, tunaikan tanggungjawab sesama ahli rumah. Walau kita sibuk dengan urusan kita, tapi kita kena lunaskan hak tersebut.

Kalau hari tu kena masak, masaklah. Tapi kalau tak boleh, minta tukar dengan kawan. Sekurangnya maklumkan kenapa. Terutama waktu exam. Takut ada yang tak tertunai. Sebab kadangkala ada yang suka buat hal masing-masing, sendiri-sendiri time exam. Ini berlaku tapi alhamdulillah saya ada ahli beit yang bagus semuanya. (=

Kalau nampak dia ada buat salah, tegurlah. Kalau dia tengah tak bersemangat, bagi kata-kata perangsang. Kalau dia berduka, pujuklah. Kalau dia terlalu bergembira, nasihatilah.

Yang hak tetap hak kan? 

A home not only a house.

Ada beza ke? Ada. Ejaan
Bagi saya, 

'a home' -Saya rasa saya berada di syurga dunia di rumah bersama keluarga. Dan saya rasa ada kedamaian yang bermukim di situ.
'A house'- hanya sekadar rumah. Tidak terasa anda sebahagian dari situ.

Dua pesanan ustaz Razi yang insyaAllah kami semua masih ingat dan berpegang pada kata-kata itu, "nak jadikan rumah harmoni, bahagia, amalkan dua benda ni, solat berjemaah jangan tinggal dan selalu makan bersama."


Kalau sibuk sekalipun, solat maghrib dan isyak pun jadilah kan. Tapi kalau boleh semua waktu. Itu lagi afdhal. Bab makan, sekurang-kurangnya time dinner biar semua orang cukup. Ketika tu lah, boleh berkumpul, boleh berborak, bertanya khabar. 

Petua ustaz memang benar. Terasa ada nikmat di situ. Alhamdulillah. Cubalah amalkan
 (=

Andai ada masalah di universiti, di pejabat, di sekolah atau di mana-mana sahaja, janganlah bawa balik ke rumah. Sebelum sampai ke rumah, buang dulu dalam tong sampah. Delete. Balik dengan tersenyum, baru orang kat rumah pun tak tension tengok kita. Sekurang-kurangnya tiadalah satu rumah nanti bermasam muka hanya sebab kita. Rumah tempat istirehat bukan tempat bawa masalah. (=

Saya sayang Beit Mukarram.


Saya sayang rumah ini dan segala isi yang ada dalam rumah ini terutama penghuninya. Moga kita terus kekal bersama sehingga ke akhir tahun pengajian. Terima kasih kerana memahami diri ini yang kadangkala memberontak tanpa sebab, mungkin salah yang lain tapi tempiasnya kena yang berada di rumah. Maaf. 

Moga tautan ukhwah ini terus berkekalan. Saya sayang kalian semua. (=


picture by Lady Tori of devianArt



Beit : Rumah  {istilah bahasa arab ammi (pasar) Mesir}
Baitul : Rumah (bahasa arab Fushah)

Beit Mukarram = Baitul Mukarram (=









nota : Kalau search kat google, Baitul Mukarram, keluar wikipedia nama ni. Rupanya ada sebuah masjid di Bangladeh yang nama ni :D 

-untuk R, ahlan ahlan. Kami sekarang berlima, bukan lagi berempat (=

nota 1 : oh. baru perasan, saya ada 'teman' yang selalu bertenggek di jendela bilik. Hai, cik merpati kelabu (=


btemplates

4 comments:

Unknown said...

nama rumah ya? menarik! :) dan moga sentiasa bertemu dengan keberkatan dalam setiap masa yang berlalu di dalam rumah itu :)

Izzati Hashim said...

a'a nama rumah. Beit Mukarram. Biasalah duk negara arab, nama pun kena lah dlm arab juga (=

insyaAllah, masih mencari-cari lagi. (=

E n t o y C a i r o said...

masya allah...
seronoknya mendengar cerita disebalik tembok beit mukarram ni..hehe..

ada kosong lagi x?..(bajet pompuan)haha.

kaedah bahasa arab ada berbunyi.."isim ala musamma"jika nama rumah dan penghuninya satu memiliki sifat yang sama..hehe...

Izzati Hashim said...

@entoy : oh. boleh la ajar kaedah bhs arab lagi. menarik2 (=