Untuk apa?
Bismilillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.
Adat atau ibadat?
"Kenapa buat blog?"
"Kenapa rajin sangat study?"
"Kenapa itu kenapa ini."
....
"Saya buat blog sebab saya nak berkongsi pengalaman dengan pembaca yang lain."
"Saya buat blog sebab saya nak dapat duit dari nufnang."
"Saya study sebab mak ayah saya paksa saya"
"Saya study sebab saya nak berjaya kemudiaannya saya nak kerja hebat2, nak dapat duit banyak2."
"sebab itu... sebab ini..."
....
Niat.
Setiap benda yang ingin dilakukan andai kata diniatkan kepada Allah SWT, insyaAllah ada ganjaran di sisiNya. Dan sebagai muslim dan muslimat, rasanya memang setiap perbuatan kita perlu diniatkan hanya kepadaNya.
bukan ke senang je nak berniat?
"saya study hanya kerana Allah." - that's it!
tapi, yang senang itu yang kadangkala susah untuk kita lakukan. Diri sendiri pun memang macam tu, sentiasa dapat pesanan, "tajdid niat, tajdid niat!" Tapi tetap lupa juga. -.-
kadang-kadang bukan main rajin study tapi at the end, i got nothing. Sebab apa, sebab saya lupa, lupa untuk apa saya study. :(
Konsep niat ni rasanya ramai yang dah tahu. Salah satu dari hadis 40 yang cukup terkenal.
"....إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرئ ما نوى"
“Segala amalan adalah berdasarkan niat. Setiap orang hanya mendapat apa yang diniatkan..."
Apa yang diperkatakan dalam hadis, kita akan dapat apa yang kita hajatkan. Macam contoh yang saya berikan di atas,
InsyaAllah, Allah akan tunaikan, Allah akan bagi. Nak orang baca pengalaman kita, tu dah ramai follower tu =P
Nak dapat duit dari nufnang, ramai yang buat dan ramai yang dah dapat. Beribu-ribu pula tu. :D
Tapi...
Itukah yang kita inginkan? Redha Allah atau pahalaNya, takkan kita taknak. Jadi, niatkanlah semua benda yang hanya kerana Dia. Moga pahala itu yang kita dapat.
Kita boleh buat macam-macam niat, pelbagaikan niat. Yang penting ikhlaskan segalanya hanya kerana Allah. Moga-moga ada antara niat kita yang Allah makbulkan. (=
Adat atau ibadat?
Niat yang membezakan apa yang kita lakukan, sesuatu yang kita buat tu sama ada hanya satu perkara biasa yang sering dilakukan atau itu adalah ibadat.
Sebagai contoh, mandi. Kalau kita niatkan mandi apa, contoh mandi sunat hari Jumaat, maka jadilah ia sebagai ibadat. Kalau tidak, jadilah adat.
Cukup mudah Allah nak berikan pahala pada kita semua. Betapa pemurahnya Allah swt. Jadi, apa tunggu lagi, rebut peluang nak tambahkan amalan! (=
Perbetulkan niat.
Kelmarin, alhamdulillah berjaya juga Majlis Kesyukuran batch diadakan. Lega :D
Dan sebelum majlis tu ada program, Glow with the Flow. Pengisian dari 3 orang senior yang hebat dalam study kepada kami semua. Terima kasih atas input-input yang sangat membakar semangat kami terutama diri saya sendiri. (=
Antara pesanan salah seorang senior, katanya perbetulkan niat setiap kali nak study.
"Aku study ni kerana apa, aku ke kelas ni sebab apa." Letakkan konsep niat di atas sekali sebelum nak study.
Ikhlaskan diri menuntut ilmu ni hanya kerana Allah, bukan yang lain. Kita hidup atas keberkatan dan keredhaan dari Allah, sudah tentu kita kena jaga hubungan kita dengan Dia.
Sebab tu kita kena selalu perbaharui niat masing-masing. Tajdid niat, tajdid niat. Kalau pada awalnya lain yang kita niatkan, mungkin di pertengahannya kita boleh perbaharui niat. Hanya pada Dia, hanya untuk mencari keredhaanNya.
nota : terasa 'lain' apabila tengok follower makin ramai kat blog yang tak seberapa ni. Apa-apa pun, terima kasih sebab sudi ke WWK ni (=
moga segala kalam yang kita coretkan di alam maya ni mampu mengetuk pintu hati setiap insan untuk sama-sama kembali kepadaNya. InsyaAllah (=
dan, Izzati Hashim menulis ni untuk apa? (=
5 comments:
tersenyum sepanjang pembacaan =)
*jeles dgn mc't yg pandai menulis*
*tersenyum saya baca komen akak*
Allah. biasa je :D
Yg baik tu ilham dari DIA juga, saya just tlg tuliskan (=
yang pentg niat....
tips yang berguna...
@radhuan : yep. yg penting niat! ikhlaskan niat hanya kerana DIA (=
betul2.. semuanya dari Dia.. jzkk! =)
Post a Comment