Pages

S.Y.U.K.U.R

Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. 
Segala puji kepada Allah atas nikmat hidup yang masih diberikan, atas nikmat kesihatan yang baik, atas nikmat keimanan yang moga-moga stabil atau meningkat dan untuk segalanya. Alhamdulillah. (=

Kalau ikutkan apa yang dirancang, ada tempoh yang membuatkan saya tidak akan update post baru di WWK ini untuk memberi laluan pada sesuatu yang lebih penting. Tapi ada sesuatu yang membuatkan saya terasa nak menulis yang membuatkan laju jari jemari nak menaip. -.-
Sesungguhnya, Allah sebaik-baik perancang. 

Relax, cool, and smile. (=


picture of deviantART.

Bersyukur dengan apa yang ada.

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Tak terhitung rasanya nak mengucapkan kalimah syukur pada Allah. Terlalu sedikit saya bersyukur pada Dia yang sentiasa memberi, yang sentiasa menjaga diri yang kerdil ini. Allah.

Tersentak seketika dengan sesuatu yang membuatkan saya terasa lain. Entah. Tak mampu nak   dinyatakan apakah bentuk perasaan itu tapi segalanya membuatkan saya rasa saya perlu lebihkan rasa bersyukur dengan apa yang sudah saya miliki. Allahu rabbi. 

Selama 20 tahun yang bakal menjadi 21 tahun tak lama lagi, sesungguhnya bila direnung kembali, dikenang kembali Allah permudahkan segala urusan terutama dalam study. Allah permudahkan perjalanan untuk mencari arah kehidupan ini, alhamdulillah.

Bermula dengan sejak tadika lagi, mungkin tempoh kecemerlangan itu sudah bermula. Baik UPSR, PMR, dan SPM, alhamdulillah. Dan sekali lagi dengan result SPM 2007 tu membuatkan jalan yang Allah berikan nampak senang, segalanya dipermudahkan. Alhamdulillah. Dan dengan rezeki yang Dia bagi jua, saya berada di sini, bumi Mesir. 

Bermula kehidupan di bumi asing memang menguji diri dan memang teruji. Itu lumrah kehidupan bukan? Ujian yang membuatkan kadangkala ada rasa give up, lemah semangat dan macam-macam lagi. Tapi kadangkala ada yang menegur, "awak sangat cool, nampak relax je." Itu hanya luaran. Tapi saya tersenyum, alhamdulillah saya tahu ada kekuatan di situ yang Dia bagi. (=

Ujian yang Dia bagi, buat saya lebih banyak berfikir dan muhasabah diri. Bukan mudah, hampir mengundang putus asa. Sebab tu ada yang kata, jangan bersuara andai tidak pernah merasai sendiri, sebab anda tak tahu selagi anda tiada pengalaman. Tapi kadangkala kekuatan itu yang dicari bukannya simpati. (=

Alhamdulillah, Allah tahu apa yang terbaik. Dia bagi ujian untuk kita muhasabah diri yang serba kekurangan. Dia bagi nikmat kesenangan untuk menguji tahap kesyukuran. 

Apa yang penting, jadilah hamba yang bersyukur dengan apa yang ada. Bersyukur dengan segala yang dimiliki sekarang. Bukan semua yang kita ada, orang lain ada. Bukan semua yang kita nak, kita akan dapat. Bukan semua. Jadi, bersyukur. Bersyukur dengan setiap nikmat ataupun ujian yang telah Dia bagi!

Bersyukurlah, kita masih diberi nikmat kehidupan yang berpanjangan. Pintu taubat masih terbuka luas untuk kita bertaubat. Jangan sampai tunggu mentari terbit di sebelah barat, waktu itu segalanya sudah terlambat. Allah.

Bersyukurlah kita ada kesihatan yang baik. Allah beri kita kesempatan untuk terus beribadat padaNya. Cuba lihat mereka yang terbaring lesu di atas katil sepanjang hari, cuba lihat mereka yang kudung tangan atau kaki, cuba lihat mereka yang sentiasa berulang alik ke hospital. Tak wujudkah rasa syukur dengan apa yang kita ada? Bersyukurlah. Kita sihat segalanya, kita cukup lengkap semuanya. Tapi mengapa masih rasa malas untuk terus tambahkan amalan? -.-

Besryukurlah yang Allah permudahkan segala urusan kehidupan. Allah bagi laluan yang cukup senang untuk ditempuhi. Allah permudahkan masuk universiti, Allah murahkan rezeki, Allah bagi itu, Allah bagi ini. Tak cukup lagi untuk buat rasa syukur?

Bersyukurlah. Bukan kita tahu apa yang bakal terjadi pada kita nanti. Mungkin hari ini kita bergelak ketawa, hari esok? Hidup bagaikan satu roda yang sering berputar dan sudah tentu adakalanya kita di atas dan ada masanya pula kita di bawah.

Bukannya susah hendak lafazkan kalimah syukur itu. Just say Alhamdulillah. Lafazkan kalam-kalam pujian buat Allah swt. Lafazkan dari hati kecil itu, moga-moga terasa dzuk, nikmatnya kesyukuran yang dilafazkan.

"Hargai orang sekelilingmu, hargai apa yang kamu sudah miliki."

Ya, hargai apa yang kita ada. Mungkin kerana esok lusa, kita dah takkan ada peluang yang seumpama dengan ini lagi. Sebab tu, wujudkan rasa bersyukur. Syukur atas segala nikmat kurniannya. Bila kita bersyukur, kita akan lebih menghargai kan?









nota : sudah sampai ke penghujungnya. Moga berakhir segalanya. Doakan saya. (=

btemplates

24 comments:

wnha ws said...

like this post. especially this qoute:

" Sebab tu ada yang kata, jangan bersuara andai tidak pernah merasai sendiri, sebab anda tak tahu selagi anda tiada pengalaman. Tapi kadangkala kekuatan itu yang dicari bukannya simpati. (= "

well said I can say~

I can do it. U can do it. We can do it! Rabbuna yusahhilna, insyaAllah =)

hanimnorlaila said...

salam..subhanallah.. indahnya post ni.. buat hati menilai sejenak.. alhamdulillah ;)

Mak anak tiga said...

Alhamdulillah..masyaAllah..kdg2 merungut je lebih.. harus ingatkan diri utk bersyukur..

:: Zahratu Billaurah :: said...

suka post ni =)
syukur, syukur dan syukur
sungguh nikmat-Nya begitu menggunung
namun begitu, masih juga mengeluh, merajuk, wahai hamba, lihat hatimu..

akak, ma'annajah exam! ^_^
(naik flight yg betul no..hehehe)

Izzati Hashim said...

@kak Dira : thanks (=

sebab tu kebanyakan apa yg tertulis di sini, lebih pada pengalaman saya sendiri. Tak berani nak kata, tak berani nak tunjuk 'blh buat' sedang diri tak merasa lagi. Kalau teruji, bukan senang tu (=

insyaAllah, we can do it. Biiznillah. (=

Izzati Hashim said...

@Hanimnorlaila : wslm wbt.
mengajak diri berfikir, merenung di manakah nilai syukur itu. (=

Izzati Hashim said...

@Aesh Came : itulah. tembakan buat diri khususnya. Dapat lebih pun kadang2 tak tahu nak menghargai, dapat kurang lagi la kan.

Kena selalu diberi peringatan (=

Izzati Hashim said...

@Rabiatul : selalu ketuk akak yer, kalau akak terlupa -.-

shukran habibti. Doakan akak selalu yer (=

(flight? ye, insyaAllah - nak kena jadi berani seketika)

(=

Qawiem Khairi said...

tumpang berteduh di sini,

sebut ttg syukur,
mmg perlu diperigtkn selalu,
agar kita tidak terlalu alpa dgn kelebihan yg ada.
x gitu? (",)

Afida Anuar said...

petua nak jadi manusia paling bahagia....kalau tak silap akak la..

1)bersyukur dgn apa jua yang Allah kasi..

2)dan sabar dan redha atas dugaan yang menimpa.. insyaAllah..kita akan jadi manusia paling bahagia..

Izzati Hashim said...

@mQ : aiwah. kena selalu diperingatkan. (=

Izzati Hashim said...

@kak Afida : thanks akak atas petua tu. InsyaAllah, cuba buat nanti (=

wnha ws said...

@Mc'T : InsyaAllah, dear~ He always with us =)

˙·٠•●♥ Suatu ketika nanti, kita akan TERSENYUM tatkala mengenang KESAKITAN2 yang kita rasakan kini, kerana ia bakal menjadi CORETAN yang membuat kita kenal akan erti KETABAHAN juga KESABARAN. Biarkanlah diri kita terus BERJUANG untuk melawan rasa sedih, duka, hiba,kecewa & sakit ini dengan sentiasa BERLAPANG DADA & BERSYUKUR sentiasa.. InsyaAllah.. Amin ya Allah.. ♥●•٠·˙

Shahir said...

Salam.

Masha Allah, perjalanan hidup yang hebat.

Bak kata Dr. Asri, syukur itu lebih susah dari sabar. Sabar, kerana kita tiada pilihan. Tapi syukur, kita punya pilihan. Kita yang menentukan

shameel Iskandar said...

Salam kunjungan dan salah ukhwah fillah.

saya tertarik dgn frasa2 ni "Bukan semua yang kita ada, orang lain ada. Bukan semua yang kita nak, kita akan dapat. Bukan semua."

Aa yg pasti, yakinlah sentiasa, apa yg ditakdirkan oleh Allah, itulah yg terbaik utk hamba-Nya.

CHE ROSSLI said...

Salam Perjuangan:

blog bermanfaat: Anda boleh buat sedikit perubahan di site follow.

ikuti tutorial di sini:

Pasang link Blog

Izzati Hashim said...

@Mohd Shahir : wslm wbt.

menarik2 kata tu. terima kasih utk itu (=

Izzati Hashim said...

@Shameel Iskandar :
wslm wbt. Terima kasih atas kunjungan (=

insyaAllah. Tgh berusaha menjadi org yang sentiasa mencari hikmat di sebalik setiap mehnah. InsyaAllah.

Anonymous said...

Alhamdulillah. Perbanyakkan kata syukur buatNya. InsyaAllah diberi limpah kurnia rezeki yang banyak dariNya.

Hafriz Mohamad said...

Alhamdulillah..
aku masih hidup sihat hingga ke hari ini.. dan,

semoga ukhti sntiasa brada dlm kecemerlangan sntiasa hndaknya. baik di dunia, lbih2 lg di akhirat sana.. amiin. ^_^

Izzati Hashim said...

@Miss Tira : InsyaAllah. Thanks utk pesanan tu (=

@Hafriz Mohammad : amin, insyaAllah. terima kasih.

(=

azlina said...

alhamduliah syukur...
semuga kita menjad insan yg sentiasa menyukuri nikmat allah..
izzati tua setahun dari ank akk maknanya dah kira mak cik le ni

Izzati Hashim said...

@kak Azlina : gurlp~ mak cik. perlu ke tukar nama panggilan? maaf, tatau pun -.-

segan tetiba. hehehe.

Anonymous said...

Terima kasih atas informasi menarik