Pages

soal hati.


Kadangkala apa yang terucap
tidak pernah sama dengan apa yang dibisikkan.
Saat tangan menulis, 
apakah hati yang berbisik
atau akal yang berfungsi?
Hati yang lebih emosi,
akal yang mengimbangi?

Hati,
Mengapa begitu mudah kau berubah?
Bagaikan lalang di padang rumput,
angin menolak ke timur, kau ke timur,
angin menghembus ke barat, kau ke barat.

Hati,
begitu susahnya untuk mendidik kau.
Sukar. Payah. Tercabar.
Seringkali gelisah, 
terlalu rapuh,
bagaikan senang untuk dicantas 
dan dibuang.

Tapi...
tanpa hati,
mampukah aku terus bertahan?
Apakah langkahku tak goyah?

Hati,
sedarkah kau yang kau adalah raja?
Rosak kau makalah rosaklah keseluruhannya.
Kau tahu hakikat itu,
kau sedar rupanya.
Tapi mengapa masih berdolak-dalik?
Mengapa tidak saja kau diam di situ.

picture of devianART

Asmahani : apa khabar? Sihat?
Izzati : Alhamdulillah fizikal ok.
           Mental = insyaAllah ok.
Asmahani : hati?
Izzati : Hati... tgh upgrade (=

soalan yang tidak akan jemu ditanya, soal hati. Betapa pentingnya hati. 

Hati yang dimaksudkan bukan sekadar sekadar organ dalaman manusia. Tapi, hati tu adalah hati nurani, hati yang membentuk jiwa dan roh seseorang manusia.

(=

Mungkin andai kata organ hati (liver in english) rosak, mungkin akan membantutkan kadar metabolisma dalam badan, mengurangkan penghasilan glycogen yang diperlukan untuk badan, mengurangkan kadar penghasilan hormon untuk penghasilan darah manusia dan pelbagai boleh berlaku seandainya ia rosak. Bila nak kena terjemahkan istilah perubatan dalam Melayu terasa macam pelik. Itu hati manusia, hati yang kita nampak.

Kalau yang satu lagi, hati yang kita tak nampak? Apakah sama? Ya, samalah jua analoginya. Rosak hati itu maka rosaklah segalanya. Dari hati yang bersih melahirkan roh yang bersih, akhlak yang indah, tutur kata yang menyenangkan, perlakuan yang selaras dengan nilai-nilai Islam. Nah, betapa pentingnya hati tu. (=

Sebab itu, kita semua terutama diri ini kena jaga hati. Jaga hati. Jaga hati. Susah juga kan? Tapi kena buat! Kena usaha bagaimana nak jaga hati tu bagi tak berbintik-bintik hitam, tak gelap.

Kita sendiri sedia maklum, yang ilmu itu adalah nur? Nur, cahaya takkan masuk dalam hati-hati yang gelap. -.-

Jaga hati. Jaga hati. Jaga hati. Pohon kepada Dia, pemilik hati ini agar sentiasa jaga hati kita. Tak susah andai kata kita letak harapan kita hanya pada Dia. 

"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah Engkau berikan petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisiMu, sesungguhnya Engkau Maha pemberi."
surah Ali-Imran, ayat 8 (3:8)







nota : pernah dibahaskan soal hati bersama Ustaz Razi dan sahabat2 di kelas MEG 5 3 tahun yang lepas. Rindu nak kembali mendengar bingkisan hati Ustaz. -.-

(=

soal hati yang sukar diterjemah, yang menuntut seribu satu pengertian. Andai tidak mampu untuk mengawalnya, jangan cuba mengusiknya.

btemplates

17 comments:

nadbaptist said...

assalammualaikum dik,

hati kalau diserahkan pada manusia akan rosak
hati yg rosak kalau diserahkan pada Allah akan dibaiki dan diberi ketenangan

Hazmi Al-Wafi said...

teringat pesan salah seorang sahabat dulu..

"hati itu raja,jadi kawal hati sebaiknya,insyaAllah segalanya akan terkawal.."

Unknown said...

segalanya bermula dari hati....
kena jaga hati dgn baik2 nih

Unknown said...

nice one here :)
Selamat menjaga CPU :)

nur aisya humaira said...

Assalam zati..

:)

Izzati Hashim said...

@anitaare : wslm wbt akak (=

yep, betul. Sebab tu kita kena sentiasa doa moga2 Allah terus jaga hati kita (=

Izzati Hashim said...

@Ibnbakr : terima kasih.

Tak silap saya memang ada hadis Rasulullah mengenai hati ni. Nanti saya rujuk pada yg lebih maaruf tentang hadis ni (=

Izzati Hashim said...

@titisan hujan : yep. Memang kita kena jaga betul2 hati tu. (=

Izzati Hashim said...

@iqbalsyarie : CPU. The primary element for the computer.

CPU = hati = primary.

(=

Anonymous said...

jangan sesekali biarkan hati itu mati!
^^

Salsabila said...

Assalamualaikum akak. Rasanya akak. Sebab husna baru lepasan spm hee.

Husna suka entri ni :)

Soal Hati. Hanya Dia, pemilik hati sahaja yang tahu kan akak? :)

Semoga kita terus menjaga hati, supaya ia tidak dinodai, insyaAllah ^_^

Izzati Hashim said...

@nazihah : memg x blh biarkan ia mati! kena jaga, biar putih je selalu (=

Izzati Hashim said...

@husna : wslm wbt.
oh. mesti Husna tertukar dgn kwn Husna yg nama Izzati jugak kan? (=

hanya Dia pemegang hati ni yang tahu apa yg terkandung, tersirat di hati kita tu.

sama2 lah kita jaga.

terima kasih berkunjung (=

Salsabila said...

eh akak, tak la. yang husna tulis 'kan' tu, maknanya husna meng'iya'kan apa yang akak cakap :)

contohnya : akak cakap sesuatu, dan saya pula jawab 'kan?'

tapi akak baca dekat comment tu, 'izzati kan? :D'

Tapi husna tulis ; 'izzati, kan?'

ha, ada tanda koma dekat situ hik :D

Izzati Hashim said...

@husna :

mksdnya, Husna mengiyakan apa yg akak komen di post Husna tu. Begitu ke?

my apologies dear (=

Salsabila said...

yep akak ! heee ^_^

namasayatihah said...

Berbicara soal hati...

nice one...ssh kn...manusia..we r always mentally healthy..(mayb ade yg xsehat la)
hati mmg salu xsehat...sbb itu dinasihatkan jgn terlalu mengikut hati..juz a thought dear~