Pages

Warkah Bisu.

Warkah bisu yang berbicara,
kadangkala itu yang lebih meruntun hati 
mata-mata yang membacanya.
Kadangkala itu yang lagi hebat
mengusik tangkai hati setiap jiwa.

Namun,
sang penulis itu bukanlah
penyair yang hebat,
bukanlah seorang penyajak yang 
gah berdiri di atas pentas
mengalunkan sajak jiwanya.
Bukanlah seorang yang mampu membeli jiwa
dan semangat yang lain.

Penulis itu hanyalah insan biasa
yang hanya menjadikan medan menulis
satu peringatan khusus buat dirinya,
untuk mengetuk diri yang mudah lupa.
Tapi jauh di sudut hati,
tetap mengharapkan setiap bait tulisannya bisa
mengetuk pintu-pintu hati yang membacanya.

Bukan untuk siapa-siapa,
sekadar menjadi peringatan di masa hadapan.
Kerana setiap lontaran idea,
cetusan rasa,
ilham hati,
adalah milik DIA,
pemilik jalan cerita ini.

Dia sedar akan satu hakikat,
satu peringatan,
setiap yang tertulis,
akan dipertanggungjawabkan pada dirinya.
Bukan mudah bukan?

 picture of devianART.


 Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (As-Saff :2) 

Kadangkala menulis berdasarkan pengalaman orang lain yang cuba disandarkan pada diri, untuk mewujudkan nilai empati bukannya simpati.
Kadangkala menulis kerana melihat orang lain mampu menulis hari-hari post yang baru, cuba untuk bersaing. Cabaran mungkin?
 Kadangkala menulis bukan dari hati sendiri, tapi 'copy and paste' bingkisan rasa orang lain dan kemudiannya menyusun mengikut jalan sendiri. Itu inovatif.
Kadangkala menulis bukan untuk diri, tapi untuk menjadi tatapan orang lain, untuk menambah kiraan traffic barangkali.
Kadangkala menulis untuk menghilangkan rasa jemu, kerana itu satu hobi. Itu suka-suka.
Terlalu banyak kadangkala mahupun kemungkinan yang ada. 
Tembakan pada diri khususnya.

Tapi akhirnya kita tetap akan kembali pada pemilik empunya cerita bukan?
Mengapa tidak kita sandarkan segalanya khusus buat diriNya?
Kerana kita perlu sedar, perlu sentiasa ingatkan diri,
setiap yang tertulis, apa yang dirasa,
adalah ilham dari DIA, pemilik jalan cerita ini.
Kita hanya si tukang tulis.
Andai tiada ilham dari DIA, pasti kaku jari jemari untuk menaip warkah bisu ini.

Setiap yang tertulis, tentunya akan diuji kembali pada dia yang menulis.
Andai hari ini, tertulisnya kisah sabar. Kelmarin kisahnya cinta. Esok lusa mana tahu mungkin akan diuji. DIA nak tengok, sejauh mana keberkesanan tulisan itu dalam jiwa sendiri.

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka akan dibiarkan (saja) mengatakan "Kami telah beriman", sedang mereka tidak di uji lagi?" (Al-Ankabut, 2)





nota : pujian itu membahayakan jiwa. 

nota 1 : kena buat senarai buku yang nak dibeli dan BACA summer break nanti :D 



btemplates

9 comments:

E n t o y C a i r o said...

subhanallah..azim!!..

keep writing zati...=)

nadbaptist said...

assalammualaikum izzati,

satu pengisian yang mendalam..teruskan perjuangan..salam ukhuwah dari akak

Kacang Pool said...

Sajak yang sangat-sangat menarik.
(betul ke sajak?..maaf kalau salah)

Kita menulis pun kerana izin-Nya, bahkan idea datang dari-Nya...

entri yang sangat bagus...

Izzati Hashim said...

@kak anitaare : wslm wbt.

insyaAllah, saya akan teruskan langkah. Salam perkenalan dari saya (=

terima kasih atas kunjungan ke sini (=

Izzati Hashim said...

@azam sad : saya tak rasa itu sajak, kot? sebab rasanya tak sampai tahap tu, xde ilmu tentang sajak. Kena belajar dulu (=

Unknown said...

Cantik dan indah susunan bait perkataan di sini :)

:: Zahratu Billaurah :: said...

Assalamualaikum akak ^_^
suka sgt puisi ni, mendalam maksudnya
menulis hanya kerana Dia, setuju dgn akak, pujian itu membahayakan jiwa, bila kita dipuji kita kembalikan kpd Dia sbb Dia yg bagi ilham apa yg kita tulis hari2

menulis buat peringatan diri dan dlm pada ms yg sama berharap agar apa yg ditulis tu bisa membuka mata hati yg lain, bisa meredupkan jiwa yg lain

niat nak kumpul saham di akhirat kan kak, niat sgt penting, kalau niat salah, apa yg ditulis sekadar warkah bisu yg x bererti..

syukran kak atas perkongsian ni =) *peluk*

Izzati Hashim said...

@Rabiatul : wslm wbt.

peringatan buat diri, khususnya -.-

terima kasih yer adik, peluk dari jauh (=

Azam Husni said...

ALLAH. Muhasabah kembali. Saya perlu sentiasa betulkan niat... Sulaman kata yang indah!