Usaha. Tawakal.
Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.
Leave the future alone.
Mana mungkin kita dapat melihat masa hadapan. Tidak akan sesekali kita tahu apa yang berlaku esok hari bahkan mungkin dua tiga detik akan datang. Segalanya dalam rahsia Ilahi, hanya Allah yang Maha Mengetahui.
Tapi hati ini seringkali bertingkah. Membisikkan rasa 'takut' dalam diri tentang masa depan. Takut memikirkan apakah segalanya akan baik, atau masih sama atau... sometimes somethings are better left hidden.
Namun, fitrah manusia, fitrah kita, fitrah saya sendiri yang inginkan yang terbaik dalam kehidupan ini. Dan sudah tentu lebih lagi untuk masa hadapan yang masih samar bayangannya.
Inginkan yang terbaik, mengharapkan yang terbaik tentulah kena usaha yang terbaik bukan?
Mana mungkin kejayaan datang bergolek andai tiada usaha untuk mencapainya. Mana mungkin syurga dapat dijejak andai kata diri malas untuk mempersiapkan maharnya.
Usaha dahulu baru boleh letakkan tawakal. Kalau usaha pun sedikit dan kemudiannya nak tawakal pada Allah, tak rasa segan ke dengan Dia? segan, segan, malu kot.
Pergantungan harapan.
Mungkin Dia nak tengok sejauh mana saya gantungkan harapan pada Dia? mungkin. Mungkin sebab itu hati saya asyik berdolak dalik tentang masa depan yang samar itu. Mungkin. Mungkin Dia nak uji di mana letaknya Dia di hati kecil itu. Mungkin.
Once again, leave the future alone! Apa yang penting, lakukan sehabis baik, buat yang termampu, usaha semaksimanya. Kita diajar untuk berusaha. Nak dapat nombor satu dalam kelas kena rajin. Nak dapat mumtaz dalam imtihan, kena rajin mengulangkaji. Semuanya kena usaha.
Tapi kena ingat yang Allah Maha Berkuasa yang menentukan segalanya. Penghujungnya tetap kembali kepada Allah. Andai kata pengakhirannya tak sebaik yang kita inginkan, mungkin itu yang terbaik buat diri kita ketika itu dan insyaAllah pasti ada ganjarannya untuk timbangan di hari perhitungan kelak. (=
Lagipun, bukan ke nak jadi hamba yang paling yakin dengan doa dan yang paling redha dengan ketentuannya? Jadi yakinlah bahawa Allah tahu apa yang terbaik buat diri. Yakin! Yakin dengan diri sendiri, yakin dengan hikmat ketentuan dariNya.
"...Barangsiapa bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya, dan Dia memberikan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu."
surah At-Talaq, ayat 2-3 (65:2-3)
Muhasabah diri.
Alangkah indahnya hidup andai kata setiap apa yang berlaku di pandang dengan mata hati bukan hanya dengan pandangan biasa. Melihat di sebalik yang tersirat bukan hanya pada yang tersurat.
Jadi berusahalah. Berikan apa terbaik, usaha sebaik mungkin dalam setiap apa yang kita kerjakan. Allah pandang pada usaha kita, insyaAllah. Dan keputusannya, serahkan pada Allah. Gantungkan harapan setinggi langit hanya pada Dia yang Maha Berkuasa. Cuba, cuba, insyaAllah.
Buang jauh-jauh anasir-anasir jahat yang sering mengacau, yang sering memporak-perandakan hati kecil itu.
Biiznillah.
picture by RyanMichael of deviantART.
nota : sentiasa mengharapkan yang terbaik.
nota 1 : "Biarlah kita dapat sesuatu atas usaha kita sendiri, bukan sebab orang lain tolong, bukan sebab kita meniru orang lain, tapi sebab atas usaha kita sendiri. Yang penting keberkatan Allah yang kita cari."- mama.
Tomorrow is from the world of the unseen, a bridge that we do not cross until it comes. Who knows, perhaps we might reach the bridge, or the bridge might collapse before we reach it, or we may actually reach it and cross safely.
::part of Don't Be Sad, by Dr. A'id al-Qarni::
14 comments:
salam ziarah, ukht :)
sy baru je post something about tawakal too..
but nothing so much as what've you written - a very nice post.
ALHAMDULILLAH. hanya Dia tempat kit aberserah.
=)
wslm wbt.
tiada pape pun, sekadar peringatan khusus buat diri yang sering lupa (=
Keep faith with Him, insyaAllah everything gonna be fine.
(=
:) serahkan masa depan pada Yang Maha Kuasa..
short term, kita usaha dgn ape yg kite ade..sungguh2, biiznillah. :)
usaha. doa
bertawwakal.
pergantungan hanya pada Allah
Bagus kan aturan yang Allah buat.. kita tak tahu apa yg akan blaku next..tapi semua pon harap yg terbaik..jadi kita pon berusaha..tapi kalau kesudahannya tak seperti yg kita harap pon, kita dpt something smasa dlm proses b'usaha tu.. eheh..suka entry ni.. good2..jaga cpu ea.. (^_^)
Semua entri dalam blog nie sangat-sangat bermanfaat...tahniah..
setiap daripada kita telah berusaha sebaik mungkin dan kemudian diteruskan dengan tawakal...tapi janganlah kita kecewa jika usaha dan tawakal itu tidak diterima oleh-Nya kerana dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita...
trima kasih utk peringatan ini~
=)
@wa : Biiznillah. InsyaAllah. Kita hanya merancang, apa2 pun Allah yang Maha Mengetahui apa yg terbaik. (=
@Ibnu Mutalib :
Allah. Tertinggal satu, doa. Terima kasih mengingatkan. -.-
doa selepas usaha, memg confirm kena ada, setiap masa kan.
(=
@Syukri : percaturan Allah memang Maha Hebat. Tak terjangkau dek pemikiran kita yg terbatas.
betul, kalau ending x seperti kita harapkan masih ada benda bernilai ketika itu.
insyaAllah, sama2 jaga CPU masing2 (=
@Azam Sad : Allah. Segalanya dtg dari Dia, ilham yang Dia bagi. Saya hanya tukang tulis.
terima kasih (=
@Kak Dira : khusus buat diri saya kak. takut -.-
but then, i have to give the best effort and the rest just leave to Him. InsyaAllah.
tgh mencuba ni (=
same2 mencuba =)
Allah doesn't require you to be the best, He just want you to do your best. And He will take care of the rest~
Wynn casino opens in Las Vegas - FilmfileEurope
Wynn's wooricasinos.info first hotel casino in Las Vegas since opening septcasino its doors in 1996, Wynn goyangfc.com Las Vegas is the first hotel on 토토 사이트 the Strip to offer such a large selection of https://deccasino.com/review/merit-casino/
Post a Comment