H.H.N.
Setiap hari,
setiap jam,
bahkan setiap detik
adalah rangkaian masalah.
Hidup adalah satu ujian.
Ujian dan manusia tak boleh dipisahkan.
Masalah demi masalah kita akan tempuhi,
dan setiap masalah itu adalah satu ujian.
Ada jalan penyelesaiannya,
ada kunci kepada masalah itu.
Apakah?
H.H.N.
ini kuncinya!
Hadapi!
Hayati!
dan
Nikmati!
lost Danbo by ulus1310 of deviantART
Sesat? Cari jalan keluar! :D
Hadapi!
masalah satu ujian buat diri. Terima masalah. Bukan melarikan diri dari masalah! Lari bukan jalan penyelesaiannya. Lagi pun sampai bila nak lari? Tak letih ke? Kalau lari, sampai bila pun takkan selesai. Dan kadangkala, masalah yg sama akan berulang-ulang kita hadapi.
Percayalah (=
Hayati!
Ada masalah, cuba terima dengan hati terbuka. Ambil masa berfikir sekejap. Mana datangnya punca masalah. Muhasabah diri kembali. Cerna masalah, hadam ia!
Nikmati!
Berfikiran positif! Optimis! Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya, setiap penyakit insyaAllah ada penawarnya (=
Allah mengajar kita untuk sentiasa optimis dalam diri dan dalam hidup, kerana apa? Kerana sesungguhnya,
"Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan, Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan."
surah Al-Insyirah, 5-6
Danbo in the snow by BadgerJames of DeviantArt
::a pause to reflect::
nota : Terima kasih Shifa atas video motivasi. Nak upload video tapi baru je dpt mesej dari Etisalat dah lebih limit T.T
lain kali la ey videonya :D
nota 1 : selamat hari lahir buat kakak Humairah Ibrahim, kakak Bahiran Zain(15/1) & Along Azfa (13/1)
kalian dah 21. Percayalah :D syg kalian
nomo nomo nomo saranghae ^^
nota 2 : saya bahagia bila tgk kalian happy dan saya teramat bahagia bila mampu buat kalian happy (=
7 comments:
H.H.N = learning process..
@kak nor : yep. blh jadi satu proses pembelajaran (=
Salam perkenalan...bagus entry nie (^^,)
My recent post ►Fesyen : Fesyen Lenyap, Style Sama
Bukankah ALlah menguji kerana DIA sayangkan kita?
Kekadang akak terfikir... selalu kita pinta pada DIA supaya menjadikan kita manusia yang tabah... yang kuat & redha...
maka, DIA menurunkan kepada kita apa yang bernama dugaan... supaya kita mampu tabah, kuat & redha...
DIA memang memberi apa yang kita pinta... cuma terpulang pada kita sama ada sedar atau tidak
erk....mksud surah al-insyirah ayt 5-6:
kerana sesungguhnye sesudah kesulitan itu ade kemudahan..
sesungguhnye sesudah kesulitan itu ade kemudahan..
same ke ngan "bersama kesulitan ada kemudahan"
@adamXis : salam perkenalan. terima kasih (=
thanks sudi jd follower WWK ni. tadapappa pun, pape pun moga bermanfaat (=
@menusuk hati : WWK bagi saya warna warni kehidupan tapi kalau bg awak, saya tatau la kan awak mksdkan pe? :D
@kak feeda : ya. Btl tu kak, Alllah uji kita sebab Dia syg kita. Dia xnak kita terus terleka. Sebab selalunya manusia mcm kita ni bila kita happy kita senang kita mudah lupa Dia. Itu saya la (=
@ anonimosss : kalau tgk ayat yg awak bg memg sama mksd.
sy tulis ayat tu berdasarkan makna surah tersebut dari Quran yg ada terjemahan. Sy x ubah mana2 ayat.
ada pape yg saya silap ke? (=
Post a Comment