Takdir
Apa itu yg dimaksudkan dengan takdir? Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, takdir membawa maksud apa-apa yg sudah terlebih dahulu ditentukan oleh Allah. Rajin plak sy mencari maksud dia kan. Dah siap bookmark pun laman rasmi dewan bahasa dan pustaka.
Apa yg kita sendiri faham dengan istilah takdir. Apa makna takdir bg kita. Anybody? :D
"Kenapalah sejuk sgt skrg ni, duk kat malaysia ag best"
"kenapalah aku pilih medic ni, dah la susah, nak kena hafal byk. Kan best kalau jd cikgu je. Bila budak sekolah cuti, aku pun cuti. Kerja doktor 24 jam"
Seringkali kita merungut bila apa yg kita lakukan tidak kena pada pandangan mata. Rasa menyesal tu mudah je dtg tambah2 saat kita dlm kesukaran.
"Kenapalah aku x buat mcm tu."
"Sepatutnya aku kena buat mcm ni baru btl"
Tapi pernah tak kita terfikir bahawa bukan kita yg menentukan segalanya. Ya. Pilihan berada di tangan kita tapi adakah kita tahu apa yg akan berlaku pada masa hadapan? Tentu sekali tidak kan?
Nah. Itu lah takdir (=
Malah jika kita berada di persimpangan dan kita tidak tahu jalan mana yg terbaik yg perlu kita lalui. Namun kita kena pilih dan berdoa moga jalan itu yg terbaik.
hakikatnya hanya Allah yg Maha Mengetahui segalanya. Dan segalanya sudah tertulis di luh mahfuz.
"setiap bencana yg menimpa di bumi dan yg menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuz) sebelum Kami mewujudkannya lagi. Sungguh yg demikian itu mudah bagi Allah"
surah Al-Hadid, 57 (22:57)
Memg benar segalanya sudah tertulis. Tapi adakah kita tahu apa yg menanti di hadapan? Adakah kita tahu apa yg akan terjadi kepada kita? Tidak.
Jadi usahalah. Berusaha utk melakukan yg terbaik.
Seorang teman pernah beritahu saya,
"hakikatnya nak mengubah takdir adalah satu takdir. Bukan kita tahu pun mcm mana jalan cerita hidup kita"
Mungkin Allah dah tetapkan kita gagal dalam exam tapi sebab kita usaha punya usaha kita berjaya. (=
"Katakanlah, ” Siapakah yang dapat melindungi kamu dari (ketentuan) Allah jika Dia menghendaki bencana atasmu atau menghendaki rahmat untuk dirimu?” Mereka itu tidak akan mendapatkan pelindung dan penolong selain Allah.” (Al-ahzab 33: 17)
Jadi tugas kita,
Teruskan langkah. Usaha yg terbaik utk setiap perkara. Give the best! Sekurang-kurangnya andai kita gagal, kita dah bagi yg terbaik.
Terima dengan redha segala ketentuan yg Allah bagi. Itu yg terbaik ketika itu.
"Kenapalah sejuk sgt skrg ni, duk kat malaysia ag best." - kalau duk malaysia, xdelah nak merasa musim sejuk mcm ni (=
"kenapalah aku pilih medic ni, dah la susah, nak kena hafal byk. Kan best kalau jd cikgu je. Bila budak sekolah cuti, aku pun cuti. Kerja doktor 24 jam." - mungkin ini cara Allah nak latih jd dai'e melalui profesion doktor. Doktor kan ag dekat dengan manusia ni. Jadi senanglah kalau nak bagi dakwah pada pesakit nanti (=
"panasnya musim panas kat mesir ni" - Allah nak beritahu yg kat akhirat kelak lagi panas (=
Nah. Kan sgt best, kalau setiap perkara yg kita lalui, kita terima dengan hati terbuka dan berfikiran positif ^^!
bersangka baiklah dengan Allah. Apatah lagi dengan manusia.
a lesson in life by gilad of deviant art
suka mencari ketenangan di pantai tatkala rasa dilandai badai
tapi kat mesir ni jauh kot nak pergi T.T
nota : Allah hilangkan sesuatu yg pernah bernilai dalam hidup skrg ni mungkin Dia nak bagi yg lagi hebat :(
nota 1 : bukan mudah nak lupakan sesuatu. Kalau ada wand yg selalu Dumbledore guna utk buang ingatan dia tu dan simpan dalam bekas lain, dah buat lama dah. Yang ni xyah simpan, buang jauh2 terus.
pengaruh Harry Potter =P
nota 2 : usah bersedih kalau tak dihargai oleh insan bernama manusia. Usah. Buang sedih tu. Delete. Allah ada, Dia tak pernah buang kamu. Selesai.
nota 3 : oh. sgt suka letak gmbr kat setiap post. Xdelah nampak tulisan je kan? :D
nota 4 : tetiba dua tiga hari ni rasa jd mcm mummy, sebab selalu kena hentikan 'pergaduhan' budak dua org tu :D sy bukan jd anak dah =p
Aku adalah hamba yang memang layak untuk diuji.
4 comments:
Subhanallah.
bestla, suka dgn cara penyampain..
santai dan cool..
memahami dan merasai..
mungkn sbb byk perkara telah terjdi kpd diri ini..
jazakillah (",)
Ouh...leh bg komen kt sini eh? hahaha...mne nk taw, anonimoss xde blog..Demo ni mek tie..bakpo dop oyak awal2?
@MQ : terima kasih. cuba utk memberi sesuatu. mengajak kawan2 utk berfikir sama2 (=
@anonymous : memg blh. anda je tatau. cuma, jgn post yg bukan2 yer. nanti saya delete (=
Hmmm..ngah pkir, mek tie ngah duk wat ape la 2.....bile la mek tienk balik mesia? adakah bln 7 @ 8 nih?
Post a Comment