Pages

Hidayah.

Bismilahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Solatku, Ibadatku, amalku hanya untukMu.

Pernah tak ditegur oleh seseorang? Mesti pernah kan. Mustahil kalau tiada. Manusia hidup kena saling nasihat menasihati, saling tegur menegur.
Agama Islam kan agama nasihat menasihati :D

"Cuba pakai baju yang tak ketat"

"Cuba jadi rajin"

"jangan malas2, pergi study"

Teguran yg biasa kedengaran. Yang mungkin pernah ditegur atau menegur. 

Cuma reaksi yg berlainan, sama ada menerima dengan hati terbuka atau terus meyinga kerana dikritik. 

Tu kalau yg bernama insan yg menegur. Cuba kalau Allah sendiri yg tegur kita, apa kita buat? hee. Tersipu-sipu malu ke atau nak melenting juga. :D

Nah. Sebenarnya, setiap teguran tu datangnya dari Allah. Cuma perantaraannya adalah manusia, org dan makhluk sekeliling kita.

Allah nak buka pintu hidayah kat kita melalui teguran manusia. 

Sebab tu la, kalau kita ditegur jangan cepat melenting. Cuba telan, hadam, dan berfikir. Kalau kita dah buat silap, seharusnya kita ditegur. Kalau ada org buat silap, kita kena tegur. Nak tegur tu ada caranya pula kan. Berhikmah. (=

Islam ni agama yg indah.

Sering saja, org kecilkan skop hidayah tu sendiri. Hidayah membawa maksud petunjuk. Setiap gerak hati, setiap yang dikatakan naluri hidayah la tu. 

Jangan hanya bila ada yg memeluk Islam baru la dikatakan itu sebagai hidayah. 

Semua org dapat hidayah ni. Bagaimana penerimaan dan cara mengaplikasi saja yg berbeza.

Contohnya, dlm kita study seharian ni. Rasa malas memg selalu je lah dtg. Then tiba2 muncul rasa rajin. Dan kadang2 bila ada yg menegur suruh study, Allah dah mudahkan jalan utk belajar. Itu satu petunjuk la kan.

Allah bagi kita hidayah kenapa, sebab rahmat Allah. Kasih sayang Allah kepada hambaNya.

Kasih sayang Allah itu bukan sekadar nikmat kesenangan yg Dia bagi. Tapi lebih dari itu dan takkan pernah terhitung.

even a single breath is a blessing and every blessing is His love.

Danbo love green. 
love green too :D











nota  : gambar xde kaitan dengan entry pun (=

nota 1: bila medical students cuba jadi engineer :D 

nota 2 : hebat juga penangan daku ni, makin ramai beli ijau punya adik beradik. =P

nota 3 : kenapa semua produk apple sgt mahal T.T

btemplates

0 comments: