Pages

Mati itu pasti.

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.


"Dan setiap umat mempunyai ajal (batas waktu). Apabila ajalnya tiba, mereka tidak dapat meminta penundaan atau percepatan sesaat pun."

surah Al-A'raf, 34 (7:34)

Kematian.

Hari demi hari berlalu, siang berganti malam, bulan berganti bulan, tahun demi tahun dan dalam sedar atau tidak, sebenarnya makin hampir ke penghujungnya. Penghujung kepada sebuah sketsa kehidupan.

Namun, kita sering alpa. Mudah terleka dengan duniawi. Lupa. Lupa yg mati itu sebenarnya terlalu hampir. Usia makin bertambah dan hakikatnya kita makin dekat dengan kematian. 

Hari2 ada yg dtg 'melawat' tanpa kita sedari. Tanpa kita ketahui. Memerhatikan kita. Hingga sampai saatnya, bermulalah tugasnya tanpa lewat sesaat mahupun awal sesaat. Andai kita menyedari kehadirannya pasti kita hanya beribadat 24 jam. 


Hari2 kalau baca surat khabar, kematian tu dah jadi perkara biasa. Tak kira tua mahupun muda. Dan muda bukan jaminan utk tidak mati. 

Tiada istilah 'time muda la utk enjoy, nanti tua baru beribadat'. Sepatutnya ketika muda, ketika sihat ni la buat ibadat banyak2. Sebab ketika ni kita masih sihat, masih byk tenaga. 


Bimbang. Takut.

"Hari ini kubimbangi 
jika terakhir hidup
adakah lagi subuh esok
untuk ku bernafas
dan sujud mengabdi padaMu Tuhan

Berikan daku kesempatan
menebus kesalahan 
lantaran dosa dan noda
dan sengaja melupakanMu
hadirkan damai
sebelum dihujung nafasku"

::Jika terakhir buatku, Saujana::

Adakah masih ada hari esok?

Andai hari ini hari terakhir utk terus menyedut oksigen, andai saat ini yg terakhir utk menatap keindahan alam di bumi ini, cukupkah bekalan utk dibawa ke sana? Bekalan utk menemui Rabbul Izzati. Cukupkah? Adakah amalan2 yg selalu kita buat diterima oleh Allah?

Adakah apa yg kita lakukan dlm kehidupan seharian kita membawa kepada redha Ilahi? Sama2 muhasabah diri (=


Sesungguhnya, tazkirah mati adalah yg terbaik. Orang-orang yg bijak adalah orang yg sentiasa mengingati mati (=


Refleksi diri;

Ayuh! Sama2 tambah amalan utk bekalan ke sana.

Jangan kecilkan skop ibadat itu sendiri. Ibadat bukan sekadar solat, puasa, baca Quran. Setiap apa yg kita niatkan hanya kerana Allah insyaAllah sudah menjadi ibadat hatta nak memasak sekali pun (=








nota : saya kehilangan org2 tersayang hampir setiap fatrah imtihan (exam) yg membuatkan saya agak cuak bila menantinya exam :(

adakah ini dipanggil paranoid? hee.

nota 1 : Best juga dengar lagu Saujana, Jika Terakhir Buatku (=

nota 2 : Bimbang andai semua ke syurga kecuali dia, dan kubimbangi dia adalah diriku T.T



btemplates

2 comments:

Al - Mu'allim said...

salam 'alaik.

mati itu bila tak penting sgt sbrnya. Yang lebih penting adalah bersediakan kita ke arah itu?

Syarat mati xsemestinya tua. syarat mati xsemestnya sakit. Dgn kata lain mati ni xde syarat, orang muda boleh mati, orang sihat pun boleh mati.


Terima kasih atas perkongsian ini. Moga bermanfaat utk kita semua. InshaAllah.

Izzati Hashim said...

yep, setuju! :D
persediaan utk mati tu penting (=

insyaAllah, peringatan bersama!