Pages

Indahnya.

Assalamualaikum. 


Apa khabar iman? Apa khabar hati masing-masing? Moga semuanya ok! (=


Alhamdulillah masih diberi kesihatan yang baik utk meneruskan perjalanan di muka bumi Allah ini. Dan hari ni pun, dah sempat bawa keluarga Liyana berkelah di Hadiqah Azhar (Azhar's Park). 
Tinggal dua hari lagi sebelum mak cik dan pak cik kembali ke Malaysia, dan dua hari lagi sebelum berangkat ke Luxor dan Aswan.


Doakan kami! (=


Masa di taman tadi, mama ada hantar mesej.


"Along, mcm mana Egypt? Mama baca suratkhabar kata ada rusuhan. Nanti telefon mama!"


Erk~


dah agak, mesti mama akan tanya. hehehe.


Dan memang dah niat nak telefon bila balik dari Hadiqah Azhar, tapi dpt mesej dulu hohoho. Sabar neh.


InsyaAllah tiada apa-apa. Doakan kami di sini! Memang risau dan cuba tidak ke kawasan yg ramai orang berkumpul.


Oh ya. Bukan itu main point nya =p


Parents saya ada melawat ke rumah allahyarhamah Iman di Malaysia. Alhamdulillah. Happy saya dengar bila mama beritahu dah jumpa mak ayah Iman. 


Yang buat saya terharu sgt bila mak Iman ckp kat mama,


"nanti Izzati balik Malaysia, bawa lah dia datang ke sini (rumah) ni. Walau Iman dah tiada, kita teruskan persaudaraan ni. Blh eratkan silaturrahim lagi."


Nah. Terasa betapa indahnya tali persaudaraan andai segalanya kerana Allah.


Indah. Terasa indahnya Islam.


Sebelum ni, kenal Iman hanya kenal Iman. Bukan keluarga sekali. Malu terasa.


Sekarang kita berkawan dengan kawan-kawan kita, adakah kita kenal ahli saudaranya?Tahu kegemaran dia? Tahu mak ayah dia kerja apa? Adik beradiknya? Paling ok, kenal mak ayah pun dah cukup. 


Betapa malunya diri, tatkala disoal kawan-kawan yg lain.

Berapa adik beradik arwah? Tak tau.



Allah. Bila dah tiada baru sibuk nak mencari, baru sibuk nak tahu. Allah. 


Namun, kematian ini menjadi satu pengajaran buat diri. Kenali sahabat-sahabat yg ada di sekeliling. Hargai mereka yang ada di sisi. Hargai.


Allah ambil dia, namun Allah bagi hadiah yg lain, mengenali sanak saudaranya. Allah. Indahnya terasa. (=


Picture by kameolynn of deviantART

hai, boleh kita berkenalan dengan lebih dekat? =P



nota : masih sempat menulis post ni dalam masa sejam berada di rumah :D


nota 1 : oh. Baru perasan, rupa-rupanya ada yg x blh nak tekan kotak komen sebab ada daun maples tu. Maaf dipohon. Saya punya laptop xde masalah, tapi bila buka guna laptop Enid baru perasan. Mohon maaf yer (=

nota 3 : Sesiapa nak update tentang protes di Mesir blh ke laman web IM sendiri ho3.
Doakan kami! (=

btemplates

2 comments:

nur aisya humaira said...

Sayu plak bace entry ni...
bersahabatlah dgn keluarga sekali, insyaALLAH kita takkan terputus andai suatu hari kita akan pergi..kan2??

Izzati Hashim said...

betul2 :D
teruskan rapatkan ukhuwwah ^^

jom berkenalan dengan lebih rapat! (=