S.A.B.A.R
Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yg Maha Pengasih, Maha Penyayang.
Solatku, ibadatku hanya untukMu.
Sabar.
Satu istilah yg senang utk dilafazkan tapi amat susah utk diaplikasikan. Bukti?
Tgk pada diri kita sendiri. Cukup sabarkah kita? Sama2 muhasabah kembali (=
Tatkala ditimpa ujian, dilanda masalah atau dirundung malang. Adakah sabar yg mendahului?
dan saya sendiri bukan sempurna. Masih belajar tentang kehidupan ini, tentang sebuah kesabaran.
Memang memerlukan istiqamah yg berpanjangan dan mujahadah yang kuat.
Hakikatnya kita manusia biasa, bukan Nabi bukan malaikat. Kita hanya seorang hamba yg sememangnya layak untuk diuji dengan pelbagai dugaan.
Apabila kita sebut tentang sabar, ramai yang mampu berhujah, keluarkan dalil, cerita panjang lebar tentang sabar. Tapi apabila diuji, seramai mana yang mampu menghadapi ujian tersebut dengan sabar. Apa yang kita lalui dalam hidup kita, hakikatnya itulah tarbiyah (=
Bagi saya, susah. Sebab bukan mudah nak bina sabar dalam kotak kehidupan. Namun itu tidak mustahil bukan? Belajar utk terus bersabar ^^
dan sesungguhnya Allah dah janjikan ganjaran yg sgt lumayan bagi sesiapa yg bersabar.
"... Hanya orang-orang yang bersabarlah yg disempurnakan pahalanya tanpa batas."
surah Az-Zumar, 10 (39:10)
"Dan Dia memberi balasan kepada mereka kerana kesabarannya (berupa) syurga dan (pakaian) sutera."
surah Al-Insan, 12 (76:12)
Semua org mampu nak keluarkan dalil. Bila baca ayat2 Quran, semuanya jelas tertulis. Semuanya ada.Tapi bila kena kat batang hidung sendiri, hilang entah kemana dah. Tinggal perkataan je, S.A.B.A.R..
saya nak bawa satu ideologi,
ditakdirkan anda hidup serumah dengan seseorang yg selfish. Anda pula seorang yg mudah mengalah dan pendiam. Semuanya anda terima dengan berlapang dada. Tapi sampai satu tahap, anda rasa nak meletup. Sebab apa, makin anda buat baik makin kuat plak dia mengada kan.
apa yg anda akan buat?
adakah anda akan marah dia, keluar rumah dan kisah persahabatan anda berakhir atau anda menasihati dia dan cuba utk terus berlapang dada demi menjaga persahabatan kalian?
namun saya tahu, kita adalah manusia biasa. Bukannya robot yg tiada perasaan. Penat nak jaga perasaan org kalau perasaan kita org x jaga pun.
"sikit2 sabar, dah penat dah nak sabar"
"tahap kesabaran aku ada batasnya, dah sampai limit ni"
tapi kalau kita memilih utk marah, keluar rumah, dan semuanya berakhir, adakah anda akan bahagia atau tenang lepas tu? Anda pasti anda bahagia? hehehe.
Nah. Inilah yg cuba sy nak cakap. Andai kita mampu utk terus bersabar, ketenangan itu pasti tercapai. Perlahan-lahan.
What you give you take. Bila kita bersabar, tentu kita akan rasa tenang. Tak perlu nak marah-marah, tak perlu sedih-sedih.
dan utk si anda yg selfish tu, cuba letakkan diri anda di tempat kawan anda tu. Rasanya kalau semua org cuba utk meletakkan diri sendiri di tempat org lain, pasti x wujud sikap pentingkan diri ni. Kan? :D
Sebab tu la, kalau rasa nak marah. Cuba diam. Jangan melawan. DIAM. Tak lama lepas tu mesti sejuk dah. Time tu la baru kita mampu berfikir dengan waras bukannya ikut emosi. (=
Saya suka satu ayat ni,
"Wahai org-org beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta dengan org-org yg sabar."
surah Al-Baqarah, 153 (2:153)
patutlah, kalau kita sabar kita akan peroleh ketenangan. Sebab apa? Sebab Allah ada bersama.
Bukankah dengan mengingati Allah, hatikan menjadi tenang (=
Sabar.
Anywhere, anytime kita memerlukan sabar ni sebab setiap masa kita akan teruji. Percayalah :D
nak tak nak, belajarlah untuk bersabar. Untuk kebaikan bersama dan yg penting utk diri sendiri. (=
life by tenal123 of deviantART
warna-warni kehidupan :D
nota : mereka tahu ada yg x kena dgn saya bila saya diam :D
nota 1 : sy bukan penyabar sgt pun. Cuma masih dlm proses belajar (=
slow. slow.
nota 2 : oh. sgt suka tengok org yg cool. Walau time tu tgh kena kutuk, kena marah, byk masalah tapi masih mampu tersenyum. Anda hebatlah! :D
nak jadi macam anda juga. Tenang dlm setiap sudut. Doakan! ^^
8 comments:
tidak rugi kalau kita bersabar..
sgt tidak rugi sahabat (=
SABAR diperlukan setiap kali diuji~
yep2..sgt stuju seme yg mc't ckp tu..
"Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."(QS Yusuf : 87)
(^_^)
btw, wah3! rajin hapdate blog smpi 3 entry dlm 1 hari~~ tahniah2!
@kak dira : suka ayat itu ^^
adehh. hobi di masa lapang. =P
kakak! mana da 3 entry, 2 je. satu kena berfikir satu ag, lagu je pun hehehe.
(defense mechanism) hehehe
haha..xkire, 3 jgk~~ mantop! XD
hahaha. amboi2 =p
2 je ok! hehehe
Thannk you for being you
Post a Comment