Penyakit hati.
Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.
picture of deviantART.
Kadang-kadang fikiran berimaginasi di luar batasan, beyond the imagination. Mungkin terpengaruh dengan cerita fiksyen, seperti Harry Potter, Lord Of the ring, Doraemon? =='
Bukan saya seorang sahaja, pernah saya dengar, "Kan best kalau ada mesin cahaya seperti dalam cerita doraemon, kembali ke masa lalu dan boleh ubah apa yang berlaku."
Karut. Mengarut. -.-
Kan Allah dah berpesan, jangan guna perkataan 'KALAU'. Sebab perkataan 'KALAU' ini hanya membuka kepada pintu syaitan. Kita akan meragui ketetapan yang telah Allah takdirkan buat diri. Jadi, letak perkataan tu jauh-jauh atau jangan guna terus! :D
Beep! Beep! Beep!
Merah.
Anda di paras bahaya!
Tapi saya ada terfikir, kan best ada sesuatu yang boleh mengesan tahap riak, atau ikhlas, atau takbur, sombong atau mana-mana sifat mazmumah yang ada! Sekurang-kurangnya bila ada orang memuji, bila terasa riak tu makin meninggi terus boleh kurangkan!
Izzati Hashim mengarut? -.-
Pujian itu membahayakan jiwa. Sangat. Sebab tanpa kita sedari atau kita sedari sekalipun, bimbang andai wujud riak di situ. Bimbang andai ujub dan takbur datang menghampiri. Dan bila semuanya yang menguasai, bertepuk tanganlah syaitan yang melihat. Bangga, sebab misi mereka berjaya.
Sifat riak, takbur, sombong, ujub (kagum dengan diri sendiri) adalah penyakit hati yang kita semua tak nampak. Tapi sangat bahaya buat jiwa-jiwa kita dan yang paling penting ini semua akan membawa kita ke lembah yang hina, neraka.
Sifat riak, kita buat sesuatu perkara bukan untuk mencari keredhaan Allah tapi lebih pada untuk mendapatkan pujian dari manusia sekeliling. Contohnya, mungkin bila hanya tinggal kita dan Allah sahaja kita malas untuk beribadat tapi bila ada orang sahaja laju kita buat ibadat tu seperti solat, sedekah dan lain-lain. Nak tunjuk baiklah kononnya.
"Maka celakalah orang-orang yang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai terhadap solatnya, yang berbuat ria." Surah Al-Ma'un, 4-6 (107:4-6)
Kadang-kadang, diri terasa lagi pandai kerana itu diri menolak untuk menerima ilmu dari mereka yang dirasakan kurang dari diri. Kadangkala hati menyangkal, "Argh, aku dah tahu, buat apa nak ambil tahu lagi." "Aku kaya, aku ada duit, aku boleh buat semuanya." " Aku ada kuasa, aku boleh saja arah orang suka hati aku."
Diri mudah lupa, lupa hakikat yang Allah pemilik segalanya. Lupa yang Allah memerhatikan diri, melihat tingkah bicara hati nurani. Siapa kita untuk bermegah di dunia ini? Siapa?!
"Dan janganlah kamu memalingkan wajah dari manusia (kerana sombong) dan janganlah berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sungguh, Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membanggakan diri." Surah Luqman, 18 (31:18)
Benda yang tak nampak tu lah, yang lagi bahaya. Penyakit hati yang buatkan hati kecil itu berbintik-bintik hitam dan lama kelamaan hitam sepenuhnya! Nauzubillah.
Bila kita buat sesuatu, apa yang dicari sebenarnya? Apakah pujian dari manusia, untuk menjadi kebanggaan orang sekeliling? Mengapa itu yang dicari? Kenapa bukan untuk mencari redha Ilahi?
Sepatutnya, itu yang kita nak, itu yang kita kena gapai. Kerana, saya yakin 100 % yang semuanya mengharapkan penghujungnya adalah syurga bukan?
nota : Sesungguhnya.
2 comments:
"Berwaspadalah kamu dengan puji-pujian kerana ia boleh MENYEMBELIH". Riwayat Ibn Majah
antara redha Ilahi dan pujian manusia untuk diri, yang mana lebih bernilai?
Dunia hanya sementara, akhirat matlamat kita.
syukran atas peringatan, adik sayang =)
Pujian yg sehinggakan dikatakan blh menyembelih, memg bahaya.
tentulah redha Ilahi yg lagi bernilai! Itu yang kita kena cari.
(=
Post a Comment