Pages

Mencari Cinta.

Bismilillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Jauh. 
Terasa jauh. 
Masih jauh.

Sayu mengusik tangkai hati.
Sepi menyelinap di sudut jiwa.
Hening.

Terasa diri sudah banyak melakukan amal,
sudah banyak kebaikan yang dilakukan,
terasa diri lagi baik dari yang lain.
"aku pakai tudung labuh,"
"aku selalu ke masjid,"
"aku boleh menulis macam-macam,"
"aku seorang naqibah, naqib,"
"aku selalu tolong orang."
Aku itu, aku ini. 
Aku dah banyak buat benda baik kan?

Terasa kebaikan itu lagi banyak
berbanding yang buruk.
Terasa iman memang sentiasa UP di tahap yang tinggi.
Terasa diri dah cukup baik,
sudah banyak kebaikan yang ditaburkan.
Baik untuk dikasihi oleh DIA, 
sudah layak untuk dicintai oleh DIA!

Hati berbisik,
"Benarkah? Betulkah sudah layak untuk dicintai oleh ALLAH?
Apakah segala amalan yang dilakukan itu sampai padaNya?
Memang yakin segala perlakuan itu kerana Dia?
Tidak wujud rasa riak, ujub, takbur itu?
Benarkah memang dari awal hingga akhir adalah ikhlas?
Benarkah?!"

Hati menyambung bicara,
"Yakin?
Mata sudah tidak melihat benda yang melaghakan?
Telinga sudah tidak mendengar perkara yang menghanyutkan jiwa?
Tangan, kaki sudah tidak melakukan perkara yang dilarangNya?
Segalanya sempurna?"

Diam.
Biarkan ia terus berbicara.

"Hari-hari membaca Al-Quran?
Sudah biasa bangun Qiam di tengah malam?
Solat di awal waktu?
Bagaimana dengan puasa, sedekah?"

Itu hubungan dengan Dia.
Hubungan dengan manusia?
"Sudah tertunai hak kepada ibu ayah?
Sentiasa doakan ibu ayah, keluarga?
Sentiasa doakan sahabat-sahabat?
Yakin yang tak pernah mengecilkan hati orang?
Melakukan muamalat dengan baik?"
Sekali lagi, sudah sempurnakah segalanya?"

Allah. 
Tersentak. Terkedu. Terdiam.
Air mata mengalir di pipi,
mungkin mengiyakan.
Mungkin ada rasa kesalan yang bermukim.
Mungkin.
Harapnya begitu.

Apakah diri yang kerdil ini sudah layak dicintai oleh Dia?
Apakah diri ini sudah tahap benar-benar mencintai Dia pemilik rasa ini?
Tiba-tiba, terasa jauh.
Jauh. Dan terasa makin jauh.

Benar.
Aku, saya, ana, i, kita bukan sempurna. 
Takkan pernah sempurna
kerana hanya DIA yang Maha Sempurna.
Dengan iman yang sentiasa turun dan naik,
mungkin susah untuk menstabilkan ia.

Bila membaca kisah-kisah sahabat,
kisah pejuang-pejuang agama,
kisah-kisah serikandi Islam,
tak terbanding rasanya.
Di uji dengan sedikit ujian sudah terasa maha beratnya,
baru tersadung dalam langkah sudah terasa perit untuk bangun.
Ya Allah, terasa kerdilnya diri.

Terasa jauh,
tapi pada hakikatnya, 
DIA sentiasa dekat. 
Malah lagi dekat dari urat di leher manusia. 
Bila selangkah melangkah padaNya,
seribu langkah Dia menghampiri.

picture from Mr. Google.

Ya Allah, 
terasa jauh denganMu,
masih banyak rupanya yang belum kami laksanakan
dalam menggapai cinta padaMu.
Izinkan kepada kami untuk terus meraih redha dan kasihMu.
Hadirkanlah setiap rasa cinta itu disetiap bait kata-kata
mahupun dalam setiap perbuatan kami.
Kami ingin tenggelam dalam cintaMu,
cinta yang abadi yang membawa ke syurga Firdausi.
Amin.

















Nota : membaca dengan mata hati, mungkin akan terasa dzuk nya. (=

The Zikr, Mengemis Kasih. (=

btemplates

12 comments:

Anonymous said...

jzkk..peringatan yg menggertak rasa hati^^p

Afiqah Roslan said...

Masih kerdil diri ini.

Nazihah@Jiha said...

Assalamualaikum..
ya,cinta Allah mesti dicari dan diupayakan dengan setingginya, cinta itu tidak pernah mengenal kata akhir..jangan berhenti mencari cinta-Nya..

Unknown said...

nice one :)
Itu ubat cinta ya ?

zulaikha said...

T___T

Izzati Hashim said...

@Anonymous : terima kasih atas kunjungan. Moga ada manfaatnya (=

Izzati Hashim said...

@Nazihah : wslm wbt.
insyaAllah. InsyaAllah. masih mencari, dan akan terus mencari. Sebab diri tahu diri masih jauh T.T

terima kasih Nazihah (=

Izzati Hashim said...

@Iqbal Syarie : ubat cinta tu merujuk pada gambar kapsul cinta ke? Tak paham =='

:: Zahratu Billaurah :: said...

(akak! adik selalu baca post akak, tp x sempat nak komen, mesti ada keje lain, hari ni nak komen juga)

akak, tersentuh...='((
adik pun rasa masih jauh..jauh lagi..
byk lagi yg kene buat, mesti buat!

nak dekat...='(

Izzati Hashim said...

@Rabiatul : terima kasih dik (=
baca pun dah cukup baik, lagipun seorang penulis perlukan pembaca. Mengomen pe semua satu bonus, sekurangnya penulis tahu ada yang membaca (=

samalah, bila difikir, dimuhasabah balik, masih terasa jauh. Jom, sama2 cari cinta Ilahi (=

zulaikha said...

salam ziarah, ukht :)

sekadar perkongsian, teruja dengan hamba2 Tuhan yang begitu kreatif dalam menyampaikan dakwah atas nama Islam...

mohon maaf atas segala kekurangan..

zo90.tumblr.com

shameel Iskandar said...

Assalamualaikum.
Peringatan yg menginsafkan. Allah terlalu dekat dgn kita. Namun kita sering gagal mendekati-Nya.