Monolog?
Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.
Monolog satu.
Dari dulu lagi duk membenci dalam hati, "Takpelah aku tak mampu nak ubah guna tangan atau lisan, guna hati pun jadilah kan?"
"Start bila belajar hadis ni?"
Erk. Form 4 kot, ke form 5.
"Sekarang umur berapa?"
Erk. Dah lebih 20 tahun.
"Kiranya dari dulu sampai sekarang, iman duk tahap tu la yer? Tahap selemah-lemah iman, sampai sekarang tak naik-naik?"
Dush. Dush. Dush.
Tembakan padu yang mengena. =='
Monolog dua.
"Along : Adik, pakai apa ke majlis kahwin Kak Linie?"
Adik : Pakai gown.
Along : Oh, lawa-lawa. Pakai tudung tak?"
Adik : Pakailah. Mestilah kena pakai. Mana boleh tak pakai."
(=
Bertudung bukan hanya satu fesyen, tapi itu adalah tuntutan agama! Perintah yang WAJIB dilaksanakan!
"Erk, tunggulah. Tak mahu hipokrit."
Oh, kalau ajal datang. Hipokrit boleh menahan ajal itu?"
=='
Monolog tiga.
"Bila kita mati?"
Tak tahu.
"Tettt. Jawapan anda salah."
haa? Betullah tak tahu.
"Jawapannya, bila-bila masa saja."
Bila-bila masa tu bukan ke tak tahu?
"Kalau kita jawab tak tahu, mungkin kita akan rasa lambat lagi, ia akan tiba tapi tak pasti bila. Tapi cuba kalau kita kata, 'bila-bila masa', tentu kita akan lebih bersedia kan? Bersedia untuk menghadapi kematian."
Monolog empat.
"Orang kata, dapat masuk syurga hanya sebab rahmat Allah, bukannya amalan kita."
Jadi?
"Kalau
macam tu tak payahlah sibuk buat amalan, nanti akhirnya tetap dengan
rahmat Allah bukan sebab kita tambah amalan. Kita doa je lah
banyak-banyak."
Oooo. *angguk-angguk kepala*
Agak-agak
kamu la kan, kalau kamu jadi bos. Ada seorang datang nak minta kerja
dengan kamu. Dia pemalas, tapi dia sangat manis mulutnya. Senang cerita
selalu la ampu kamu. Kamu terima tak dia jadi pekerja?
"Eh, dah tahu pemalas. Tentulah tak boleh. Lingkuplah nanti."
Walau dia suka puji kamu? Walau dia suka bodek kamu?
"Kalau setakat puji tapi takde benda yang berhasil, buat apa. Takde guna juga."
(=
Nah,
begitulah Allah. Allah itu maha adil. Allah pemilik segalanya. DIA
berhak memasukkan siapa saja untuk ke syurganya dengan rahmatNya. Tapi
Allah juga tentu pandang siapa yang berusaha siapa yang tidak bukan? Doa
saja tak cukup.
Samalah dengan pekerja tadi. Pujian sahaja tapi pemalas, tentu tak dapat kerjanya, kan? Faham?
Samalah dengan pekerja tadi. Pujian sahaja tapi pemalas, tentu tak dapat kerjanya, kan? Faham?
=='
"A'a. Faham-faham."
Nak mempersoalkan lagi tentang kekuasaan Allah?
"Taknak dah. Insaf."
nota : monolog dua, memang perbualan sebenar antara saya, along dan adik saya, Nadhirah. (=
nota 1 : kadang-kadang monolog begini, lagi cepat yang terkesan. Kot? (=
Kalbu berbicara, jari jemari yang melakarkan bait kata-kata.
10 comments:
Assalam zati..:)
ye,ble2 mase ajal bakal menjemput kite...:)
@aisya : Wslm wbt.
Aisya! (=
hehehe, tlg jawab jugak eh? comel je (=
muhasabah diri..huhu..paling dbush monolog 1..huhu..
buat peluru, kalau terasa xleh nak tegur, buat tembakan pada jiwa sendiri =='
monolog tiga buat saya amt terasa.
haha.
Izzati xmampu guna lisan guna penulisan blog dgn cara tu kita dpt luahkn tanpa ragu.if not,ckp dpn ada je yg sedia peluru nk letup kita kita.nak pulak kdg2 kita xkuat,sensitip sgt lagilh rasa pyh nk fight.
Teruskn penulisan tnpa henti walau ada yg mngacau,kita masih ada secebis hak utk bersuara di sini melainkn kita mlnggar undng2 Allah
@Akhyar : Alhamdulillah, ada juga satu tu walau tak semua kan? (=
@Kak Nor : nampak gaya memg macam tu. Izzati lebih cenderung pada menulis dari bercakap, bercakap ni kadang2 tu tak sampai pun apa yang nak diperkatakan.
Menulis, banyak la juga yang boleh diluahkan. =D
insyaAllah, insyaAllah, selagi diizinkan Allah, saya akan terus menulis. Biiznillah. (=
monolog terbaik...
akak, monolog kreatif, best, mesej sampai satu2 ^_^ Alhamdulillah!
akak byk ingatkan adik yg no 1, syukran =) *peluk* kuat!
assalamualaikum =)
terassa terkesan sangat dari monolog satu dan tiga =))
Post a Comment