Pages

C.I.N.T.A


Cinta ini, 
bukan sekadar cinta,
bukan hanya dari hamba kepada hamba yg lain,
bukan cinta antara Laila dan Majnun,
bukan kisah khayalan romeo dan juliet...

tetapi inilah cinta,
cinta yg istimewa,
cinta yang teragung,
cinta Allah pada hambaNya!

Cinta Allah kepada hambaNya terlalu agung, tidak dapat ditandingi oleh mana2 cinta. 
Nikmat yg Allah berikan kepada hambaNya terlalu banyak. Jika kita disuruh mengira nikmat2 itu, nescaya takkan pernah terhitung. 

dan bersyukurlah kita dilahirkan sebagai org Islam, hidup dalam Islam, dan sejak kecil lagi kita diajar tentang Islam. Nikmat yg terlalu besar. Bersyukurlah kita kalau hendak dibandingkan dengan  mereka-mereka yg masih tercari-cari jalan kehidupan, jalan yg benar. 

"بسم الله الرحمن الرحيم

yg bermaksud, Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Kat sini juga, kita blh tgk konsep Al-Rahman iaitu Pengasih, Allah itu Maha Pengasih dan Al-Rahim iaitu Penyayang, Allah itu Maha Penyayang. Ini adalah nama-nama Allah yg menggambarkan sifat2 Allah.

Apa yg hendak sy kongsikan yg rahmat Allah dan kasih sygNya terlalu luas. Allah terlalu kasihkan kita, terlalu cintakan kita. Best kan kalau kita dicintai oleh Allah sebagaimana Allah kasihkan Rasulullah dan hamba-hambaNya yg bertakwa.

Jangan kita jadikan cinta itu sebagai Cinta Saudagar. Maksudnya??? Cinta yg kita beri dan ada sesuatu yg kita dapat. 

Contohnya, aku buat solat sunat selalu sebab aku nak ada sebuah mahligai indah dlm syurga nanti. Bukan kerana Dia, kita sandarkan kepada pahala yg kita akan dpt. Memg tak salah, ganjaran tu serba sedikit blh jd pemangkin atau semangat untuk kita terus berusaha tambah amal lagi. Cuma, betulkan niat kita, kita buat benda ni hanya kerana Allah. Bukan kerana dapat tu, dapat ni. Kan lagi manis cinta tu? (=

Bak kata seorang teman (Humaici), kalau cinta itu ikhlas mengapa minta dibalas? Betul tu, setuju dengan dia. Yang penting kita ikhlas. Ikhlas beribadat kepada Dia.

Dan kita, apa yg kita lakukan? Andai hanya lafaz yg terungkap tanpa berbuat apa-apa, cukupkah itu yg dipanggil cinta? Sering kita lafazkan Aku cinta Allah, aku rindu Allah. Bagaimana kita nak terjemahkan kata-kata itu pada perbuatan? 

Kalau sama- sama makhluk, boleh la nak telefon, nak berjumpa. Ops! Ini hanya halal selepas kahwin yer. Saya ulang sekali lagi, hanya HALAL selepas KAHWIN! hohoho. Dan rasanya macam-macam kita boleh buat kan? Jom tambah amal :D

cintakan bunga, bungakan layu
cintakan manusia, manusia kan mati
cintakan Allah itu yg hakiki dan abadi.

Sememangnya fitrah kita utk mencari cinta. Jadi marilah sama2 kita jatuh cinta kepada Allah, bagaikan jatuhnya titisan hujan menimpa bumi. Bersama-sama tenggelam dan hanyut dlm arus cinta Ilahi.

all about love :D



 andai tiada cinta insani buatku, cukuplah cinta Allah penyuluh hidup. Moga kelak akan ada CINTA uttku daripada insan yg mencintai Allah sebagaimana cintaku terhadapNya.

btemplates

4 comments:

Atiqah Abd Rahim said...

salam.

dah tiga org post pasal cinta hari ni. haha

Izzati Hashim said...

@atiqah : wslm wbt.

cinta apa tu? akak tulis cinta yang special =p

E n t o y C a i r o said...

suka baca ayat ni

" andai tiada cinta insani buatku, cukuplah cinta Allah penyuluh hidup. Moga kelak akan ada CINTA uttku daripada insan yg mencintai Allah sebagaimana cintaku terhadapNya "

terima kasih IH(=

Humairah said...

ala awak.. tulis la tu quote dari saya.

"andai cinta itu ikhlas, mengapa mengharap dibalas?"

kih3