Pages

Kasih.

Bismilillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

picture of deviantART.

"Along, cane kat sana?"
"Runsing mama dengar macam-macam berita yang keluar."

Saya... "berita apa lak ni?"

"Berita yang ada rumah pelajar Malaysia kena pecah masuk, ada yang nak kena rompak."

Saya... "Oh, ok. Jauh tu. Jauh. Bukan tempat along." -.-
"InsyaAllah tempat along ok je, jgn risau."

Kasih ibu, tiada penghujungnya. 
Sentiasa harum mewangi, mekar seindah kuntuman bunga.

"Mama, jadual exam berubah. Nak kena decide bila nak balik. Nak balik terus ke nak balik lepas result?"

Mama... "along rasa mcm mana?"

Mama... "Bagi mama, better tunggu dulu. Takpe, lepas tu along balik juga kan."

Haih -.-
Dah nak masuk 21 pun, masih inginkan mama yang putuskan. 
Bukan tak boleh sendirian buat keputusan, tapi selalunya bila disokong di tambah tolak dengan apa yang mama cadangkan terasa lega.
Terasa lebih yakin dengan keputusan yang ada.
Mereka tak pernah memilih untuk saya, mereka serahkan sepenuhnya untuk saya putuskan. Tapi mereka ada di 'sisi' untuk menyokong.

Kasih ibu, sayang seorang bapa tak pernah berkurangan. Malah sentiasa ada.
Dari kecil dijaga, dibesarkan, ditatang bagai minyak yang penuh, terlalu besar pengorbanan dan kasih yang mereka curahkan.

"Abah, along tak bawa balik pape kat abah dari Mesir."

Abah... "Xpe2, yang penting anak abah selamat sampai."

Terharu. Nak nangis. =='

Masih ada dalam lipatan kenangan waktu PMR 2005 dulu sewaktu ke sekolah ambil result.

"Cane result, penuh kan?"

Saya...dengan muka sedihnya, "sorry abah, xblh."

"Iyer la tuh, menipu pun tak pernah, muka lagi la tak menjadi." Abah tersenyum. Mama pun gelak.

Saya..."Eh, nampak ke kat muka?"

Senyuman gembira abah yang buat saya rasa nak nangis terharu. Abah tahu anak dia dapat penuh, abah tahu anak dia tak pernah pandai nak menipu. 

Kalau masa sekolah-sekolah dulu, saya jarang berbual dengan abah. Sebab abah lebih banyak diam dari bercakap. Bayangkan, bagaikan bercakap seorang diri. Hohoho. 
Tapi sekarang ni, biarlah abah bercakap ke tidak, saya cakap saja sebab saya tahu abah sebenarnya memang ambil kisah.
Sebabnya, kalau saya minta apa-apa walau pada mulanya tiada respone tapi lepas tu mesti dapat! (=

Dari itu, saya belajar tentang perangai lelaki. Tak perlu nak baca lebih-lebih men are from mars, women are from venus.
Melalui abah, saya belajar erti kekuatan. 
Dengan abah, saya diajar untuk lebih tegas dalam membuat keputusan. 
Dari abah, saya tahu erti lebihkan orang lain sebelum diri.

Abah, kalau abah nak tahu banyak juga sifat abah yang along warisi :D

Dari mama saya belajar erti kasih sayang. 
Melalui mama, saya kenal erti mengalah pada ego. Ego letak jauh-jauh, jangan ada.
Mama pendengar yang setia, penasihat terbaik.
Saya belajar menghargai adik-adik melalui kisah hidup mama. 

Kagum dengan mama. Mama hidup selama 41 tahun tanpa kasih sayang seorang ibu. Mama membesar hanya dengan kasih seorang bapa dan 5 abang serta dua adik perempuan.
Patutlah, ikatan adik beradik itu terlalu teguh. 
Mama tiada ibu tapi sejak kecil, saya selalu dibawa untuk 'mengenal' allahyarham nenek. Saya dan adik-adik dilatih menjadi anak yang soleh dan solehah

....

..

.

Allah. Jasa mereka terlalu besar. 
Kasih ibu, sayangnya seorang bapa tiada nilaian gantinya. 
Besar pengharapan mereka inginkan anak-anak berjaya dunia dan akhirat. 
Cukuplah, bila mereka sudah tiada lagi, doa anak soleh dan solehah terus mengiringi.

"Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku ketika aku kecil." (Surah al-Isra', ayat 24)

...

Kalau sayangkan mereka, jangan heret mereka ke neraka dengan dosa yang kita lakukan!
Jangan balas kasih sayang mereka dengan perangai buruk kita.
Jangan tambahkan beban mereka dengan masalah kita.
Jangan.

Biarlah mereka teruskan hidup dengan bahagia melihat anak-anak membesar dengan sempurna.
Biarkan mereka tenang meneruskan sisa kehidupan dengan amal ibadat kepada Allah.













nota : Sayang mama, sayang abah. Doa dari jauh, insyaAllah sentiasa ada.
Jauh hanya di mata, tapi tidak pada hati dan fikiran. 
Moga Allah sentiasa pelihara dan rahmati hidup mama dan abah.

(=















btemplates

12 comments:

ana_fatimah said...

assalamualaikum ^_^

Barang siapa mengucup akan antara dua mata ibunya adalah baginya didinding akan daripada api neraka dan barang siapa mengucup akan dua kaki ibunya maka seolah olah saperti mengucup kaabah...Apabila ia sudah tua ..kamu mengangkat akan dia kerana hendak kecing atau berak..Janganlah sesekali engkau menutup hidung kamu kerana terasa loya atau muntah kerana berbau busuk dan memasan muka..kerana sejak kamu kecil lagi kamu diangkat dibasuh berak dan kecing kamu

" YaAllah Ya tuhanku ampunilah dosa kedua ibubapaku dan kasehani oleh mu akan keduanya kerana memelihara akan daku pada ketika aku kecil hingga dewasa"

Amin

zulaikha said...

salam ziarah :)

ana baru nak tag ukhti untuk postkan something baout your mom. and u've done it already!!

insyaALLAH, moga kita menjadi anak2 yang dapat menyelamatkan ibu bapa daripada dimasuki ke api neraka.

selamat hari ibu kepada semua ibu di dunia ini :D

E n t o y C a i r o said...

ya allah..syahdunya...
syukran zati atas perkongsian ini..

semua posting izzati bagus-bagus bangget...

btw,abah ngan mama x goyak kelate eh?..ehehehe..

anyway,keep writing doc....=)

Izzati Hashim said...

@Kak Tim : wslm wbt.

Kalau kita berbuat baik pada ibu dan ayah kita, tentu selamat dunia dan akhirat kan (=

Amin. Moga Allah sentiasa merahmati kehidupan org tua kita dunia & akhirat. Amin.

Izzati Hashim said...

@Zulaikha : Wslm wbt. Terima kasih utk kunjungan (=

mesti enti tersenyum kan bila tgk2 ana dah buat post ni? hehehe. Ana baru call family di M'sia, tgh duk rindu ni tu yg terfikir nak buat tu (=

insyaAllah, selamat menjadi anak yg solehah. Amin.

Izzati Hashim said...

@Entoy : Buke ghoyak la, kecek. hehehe.

Takut org tak faham je buat dlm dialek kelate. AGpun, bukan la pekat sgt. Surface gitu2 je (=

insyaAllah, biiznillah (=

Humairah said...

Biasa nya aku baca je, malas nak komen. Tapi kali ni rasa nak komen.

Arghhh. Mak ayah kita orang yg berbeza. Latar belakang yg berbeza. Tapi ada persamaan.

Samanya, sebab aku pun x pernah buat keputusan sendiri. Kah3. Nama jah exco persatuan, tp bab2 peribadi semua kena musyawarah ngan mak ayah dulu. Mak ayah aku pun sokmo bagi idea je, tp klu aku kata putih atau hitam, semua serah kat aku. Sampai kadang2 aku pulok jawab kat ummi aku: "Ummi, oyak gak ummi nk suh ore pilih hok mano." lebih kurang nk oyak tak payah kias2 la. Huhuhu. Pastu mak aku akan sengih dan bgtahu pilihannya.

Huh. Kebahagiaan mutlak seorang anak bila dapat membuatkan ibu bapa tersenyum gembira. Memastikan ibu bapa selesa dan redha dgn keputusan kita.

Tapi satu saat, lupa. Sebenarnya terlalu banyak kita bebankan mereka. Nasib baik anak perempuan, mmg patut jd tanggungjawab ayah. Haha. Btw ayat mum hok umur 21 still nk depend kat mak ayah tu cam ayat dlm post aku sblm ni je. kih4

Izzati Hashim said...

@mairah : yaaa.(ala2 Liyana Hassan)
mum silent reader aku jugak ke? malu den eh. =='

mak ayah ada persamaan, kita pun ada la bokalih. Yer r, at last kita juga yg kena buat kptsan tu kan? (=

post mum yg ne? hee. nanti aku belek2 balik post mum :D
by the way, itulah. Umur mungkin dah 21 tapi sebab dari dulu selesa begitu, tu yg pah loni gtu jugok (=


p/s : panje komen mum nih. tak rajin ag hehehe. :D

Unknown said...

Oooo... along :) tak tahu nak komen apa, sbb skrip yang sama saja nanti...

Izzati Hashim said...

@Iqbal Syarie : apa skrip Iqbal yer? (=

Unknown said...

terase dekat dunia kite

TH byk ikut abah

smoga kedua ibu bapa kita sntiasa drhmati dan dpjgkn umur

Zida said...

huwaaaa. rindu T__T