Pages

Perasaan.

Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.


Perasaan. 
Kadang-kadang berperang dengan kertas exam
lagi senang dari berperang dengan perasaan.
Masuk dewan exam, buka kertas soalan, jawab.
Tapi kalau perasaan, makin dibuka,
makin difikir, makin bercelaru.


Sama juga dengan hati,
hati yang satu itu
yang sering berbolak-balik.
Tak pernah nak tetap,
tak pernah nak duduk diam.


Tapi kalau menangkan kata hati,
kadang-kadang itu emosi.
Kalau menangkan perasaan, itu lagi lah, 

Terlebih emosi.


Semua orang ada perasaan,
tipulah kalau kata, 'no feeling'
itu hanya sebab ketika itu, saat itu
anda tidak boleh nak 'describe' apa perasaan anda.
Heh, manusia yang hidup semuanya ada perasaan.
Binatang pun ada perasaan tau!
Kalau yang keras hati tu?
Itu bukan tiada perasaan, tapi ego!
Heh, bukan ego kot?
tapi bijak menyembunyikan perasaan.
Macam orang lelaki selalu buat. 


Takkanlah tiba-tiba lelaki nak menangis kan?
Mahunya perempuan yang melihat,
"manjanya budak ni.", "tak gentleman."
haru biru.
Kalau lelaki, "hilanglah macho aku."


Perasaan itu semulajadi,
mengikut apa yang kita rasa waktu dan saat itu.
Mungkin ketika itu tengah marah,
haru birulah perasaan.
Kalau tengah sedih, menangislah.
Kalau tengah gembira, terpancar sinar kebahagiaan di wajah.


Orang kata, 'jangan terlalu mengikut perasaan'
kerana mungkin mengundang sengsara di jiwa.
Benar, itu hakikat.
Kita empunya badan yang merasa,
seimbangkanlah ia.
Jangan diturutkan perasaan yang

boleh porak perandakan hidup kita,
itu hanya menyusahkan.
Perasaan yang tak perlu, buang jauh-jauh. 
Perasaan yang rasa boleh menyerabutkan fikiran,
tolak tepi-tepi.
Perasaan yang menyakitkan hati, 
terima dengan hati yang lapang.
Sukar? Tak mustahil boleh kan?


Perasaan, terlalu susah untuk diungkapkan.
Terlalu banyak untuk di 'describe',
tapi perasaan satu benda yang
tak ternilai yang Allah anugerahkan pada kita.


Bayangkan,
melihat orang dalam kesusahan, tidak rasa ingin membantu.
Melihat yang sakit, tiada nilai empaty.
Melihat sahabat yang sedih, hati tidak tercuit sama.
Bahkan kalau melihat kematian, tak rasa apa-apa.
Susah bukan?
Susah hidup tanpa perasaan.
Ignorant?
Jangan jadi manusia angkuh,
Allah tak suka.


Bersyukurlah,
diberi kesusahan kita mengenal erti kesenangan,
diberi peringatan kematian, kita mengambil iktibar,
diberi kesakitan, kita tahu menghargai masa sihat.
Bersyukurlah, kita masih ada perasaan 
yang mampu untuk mendekatkan diri pada Allah.


Allah pemilik segala rasa,
Allah yang campakkan perasaan itu kepada kita.
Yang tinggal untuk kita,
bagaimana nak kawal perasaan itu.
Jadi, 
kalau terasa sedih, mintalah pada Dia.
kalau terasa gembira, bersyukurlah pada Dia.
kalau rasa gelisah, pohon kekuatan dari Dia.
Itu yang perlu kita lakukan.
Itu kuncinya!
Kembali pada pemilik segala rasa. 
Sebab, bila jiwa gelisah itu tandanya hati memanggil untuk 'pulang' pada pemilik asalnya.


(=






Pernah dulu sewaktu kanak-kanak ribena, ketika berada di kem motivasi. Satu slot yang semua orang menangis kecuali seorang kawan ni. Ketika itu, pandangan saya terhadapnya, "teruklah dia ni, takde perasaan betul, keras betul hati dia."


Dan sekarang dengan umur yang dah matang untuk berfikir, "dia bijak menyembunyikan emosinya."


Kadangkala kita tak perlu terlebih zahirkan perasaan di depan semua orang, tapi kadangkala yang terzahir di wajah itu yang bisa mengusik tangkai hati.


(=








nota : PERASAAN. Bukan perasan! Tertinggal satu 'a' dah bertukar makna ayat. :D


nota 1 : oh, saya baik-baik sahaja. (=

btemplates

13 comments:

:: Zahratu Billaurah :: said...

tadi ckp xtau nak post apa, tiba2 je ada dah ha, xjadi adik nak ketuk dgn tukul, tadi akak minta sgt kan, aha~ ^_^

perasaan. adik ni mudah sgt terzahir perasaannya =="
kalau sedih je, menangis..kalau gembira, org tgk ceria sgt..
(apehal xtau aku ni ==")
tapi kalau ada masalah, ahak, adik xtunjuk, aha~ ceria2~ walau dlm hati terluka, tersiksa, jiwa merana, aduh. dia ada ms dia, sedih dulu, nangis dulu, gelisah dulu. lps dah puas tu, bangkit, senyum pula, mcm akak (=

p/s: tadi mmg adik baca perasan, pdhl mmg akak tulis perasaan, apakah power spek ni harus ditambah? =P

Izzati Hashim said...

@adik Rabiatul : SOQ.
u make me laugh, always do! yaa. hehehe. adehh~

ada ke nak ketuk ngan tukul, kang benjol kat kepala, dah tak x comel, xde org nak dah =p

kadang2 tu kan dik, bila ada sesuatu yang tak kena, akak rasa akak perlu 'pergi' seketika. Pergi mencari Dia, mencari kekuatan dari Dia. (=

p/s : PERASAAN vs PERASAN! ish3. p tambah power spek tu =p

p/s again : laju je komen. hee. fair & square :D

mira said...

Assalamualaikum kak,
buat sniri ke? wah, bestnyerr..Terbaik! :D
betul sgt2, tpi sy prefer pendam jer ape2 perasaan, hehe :)
suka :)

Izzati Hashim said...

@Mira : wslm wbt.

a'a, tangan yang menekan keyboard laptop, dan ilham tu sudah tentu dari DIA. (=

Kalau terasa pendam dan itu yang mengubati, baguslah. Cuma takut ada yg sesetengah ni, pendam dan kemudian meletus, itu yang taknak. (=

Infiru said...

Assalamualaikum warahmatullah ukhti :)

giliran saya nak tanya pula.:D ukhti bagaimana ? sihat ?:) Moga2 sentiasa diredhaiNya.InsyaAllah..

Hmm..perasaan,indah kan?bagaimana emosi kita boleh terusik terubah tercair hanya dengan perasaan.hee.^__^ sedangkan dalam dunia sains sendiri tidak boleh meleraikan bagaimana perasaan itu sendiri,tidak boleh ditafsirkan dengan ilmu akal.

pernah suatu hari sahabat saya bertanya pada lecturernya,kenapa manusia boleh menangis?means,bagaimana air mata itu boleh tiba-tiba keluar jika kita beremosi sedih?

lecturer itu menjawab kerana hormon+kelenjar+apentahsayadahlupa.(lama tinggal biology =,=").. yang membuatkan air mata itu mengalir.
sedangkan sebenarnya,Allah yang memberi rasa,Allah juga yang menyentuh hati itu supaya terzahir air mata itu kan? :) SubhanaAllah..
sedikit ilmu kita,lebih lebih lagi ilmu Allah..

lecturer itu pun sampai tak tahu nak cakap apa.(he's non muslim)

hee.SubhanAllah..moga-moga hati kita mudah tersentuh apabila mendengar kalimahNya,mudah bergetar kerana takutkan azabNya. mohon lah supaya tidak menjadi munafik,hati yang keras tidak mudah menangis lagi.Nauzubillah...

jadilah seperti Umar al khattab,meskipun perwatakan dan sifat nya tegas dan keras terhadap musuh,tetapi tetap berlembut terhadap orang mukmin,dan mudah menangis jika mendengarkan ayat-ayat Allah. barulah macho! ^^ bukanlah seorang lelaki tidak boleh mengalir air mata nya kan? :)

<3 may Allah bless you ukhti :)
salam ukhuwwah fillah dari bumi saad bin abi waqas . ;')

shameel Iskandar said...

"Sama juga dengan hati,
hati yang satu itu
yang sering berbolak-balik.
Tak pernah nak tetap,
tak pernah nak duduk diam."

Ini yg paling dibimbangi, sebab hati bisa berbolak balik.
Sejarah menjilidkan, betapa si abid juga bisa mati dalam kekufuran. Sejarah juga menjilidkan kisah pelacur mati dalam keadaan beriman lantaran hatinya didorong memberi minum kepada sang anjing.

Wahai Tuhan yang membolak balikkan hati, tetap hatiku dalam agama-Mu.

Izzati Hashim said...

@Syafiqah.rahmat : wslm wbt. (=

alhamdulillah, ana bikhoir. Shukran habibti (=

dlm anatomy tu pun ada belajar tentang tears production, tapi dah lupa ==' bila belajar kerana exam, itulah jadinya. Lupa. =='

tapi benar, ilmu Allah luas, terlampau luas, dan pemikiran kita hanya sempit, benar-benar sempit. Dan sememangnya kita kena belajar utk menyandarkan segalanya pada Allah. Perasaan memg indah, kerana Dia yang berikan (=

amin. Moga kita menjadi hambaNya yang bila diingatkan tentangNya bergetar perasaan itu, moga hati2 kita semua masih lembut utk menerima teguran dan peringatan dari Dia.

Lelaki kena jadi macho mcm Saidina Umar, baru macho betul hehehe. (=

wslm wbt, may Allah bless u too.
(=

Izzati Hashim said...

@Shameel Iskandar : Amin, moga Allah tetapkan hati2 kita semua di jalanNya. InsyAllah. Amin.

Humairah said...

aku pandai dok menyembunyikan perasaan? haha

p/s: no worry, i can easily read how u're feeling. haha

nadbaptist said...

"i faham perasaan u..tapi jangan perasan i sukakan u"..hehe cth ayat aje..beza kan? merapu je akak nih..

salam dik Izzati..dah habis exam?

:: Zahratu Billaurah :: said...

yiyiyi~ ^_^

ala, akak org ketuk dgn apa2, benjol pun tetap comel =P
kakak adik kan.
kalau adik comel, akak dia mesti comel, aha~

betul tu kak. Dia sumber kekuatan yg kekal. Kdg2 curahan dgn manusia, boleh, lepas beban sedikit, lepas rasa gundah di hati sikit. Tapi tetap perlu pergi kpd Dia. Dia yang paling memahami. Cukuplah Allah sebagai Pelindung dan cukuplah Allah sebagai Penolong =)

p/s: pakai contact lens la pula lps ni, lalalal~
xsuka, xsuka >__<

akak, cepatlah balik~~! nak hadiah~~!
nak jumpa mak akak, aha~ nak tolong2 mak akak buat persiapan, aha~

Izzati Hashim said...

@humairah : pandai2, blh la :D

aku jah tak reti nak simpan perasaan, jelas tergambar di wajah T.T

Izzati Hashim said...

@Kak ANita : wslm wbt. =D

belum, musim exam baru bermula! Pohon doa utk saya & sahabat2 (=