Pages

Kena tegur.

Bismillahirahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

picture by AndreasBonzai of deviantART.


"Korang ni tak tahu nak enjoy la. Hidup hanya sekali beb."


Terkedu seketika. Tergamam sesaat bila membaca status seseorang yang tidak dikenali. Allah.

Ya, hidup di atas dunia ni memang sekali. Nak enjoy? Enjoy lah. Tapi kena tahu apa batasan 'enjoy' itu sendiri. Kalau enjoy yang dimaksudkan boleh bawa ke syurga, silalah. Teruskan. (=

Percayalah takkan ada yang akan menghalang untuk anda enjoy kalau benda itu memang akan menjamin betul-betul memang syurga pengakhirannya! Kalau macam tu, saya pun nak enjoy juga kalau itu tiketnya untuk ke syurga. Persoalannya, betul ke?

Wahai hati dan perasaan, pabila ditegur dan pabila ada yang menegur maksudnya orang sekeliling menyayangi anda. Taknak bagi terlebih lalai. Nak ingatkan supaya kembali pada Allah. Lagipun, itu sudah menjadi tanggungjawab dai'e bukan? Melakukan amar maa'ruf dan mencegah nahi mungkar.

Siapa dai'e? KITA. 

Silap kita, andai kita terasa kita bukan siapa-siapa untuk menegur. Benda salah depan mata, tegurlah. Tapi banyak yang kadang-kadang terhalang dengan pelbagai benda atau perasaan sendiri. "Nanti dia taknak kawan dengan aku lagi kalau aku tegur dia.", "bukan dia nak dengar kalau aku cakap pun." Akhirnya, hanya hati yang mampu untuk menegur. Dan itulah selemah-lemah iman. -.-

"Tidak menjadi syarat orang yang menyuruh melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran itu orang yang bersih daripada sebarang kejahatan dan maksiat."- Tuan Guru Hadi Awang (TGHA).

Tapi kadangkala, apabila ada orang yang menegur kita, kita melenting. "Siapa kau nak tegur aku.", "macam kau tak pernah buat dulu.", "nak tunjuk baiklah konon." Argh. Persepsi manusia, persepsi kita, persepsi diri apabila ditegur. Cuba untuk menafikan. 

Cuba kita ambil masa, untuk sesaat dua, fikir dengan hati yang terbuka. Terima teguran dengan dada yang lapang. Muhasabah diri kembali. 

Kita kena ingat, sebenarnya yang menegur kita adalah dari Allah. Peringatan tu dari Allah. Cuma cara Allah tegur kita melalui perantaraan manusia. Kita bukan sesiapa untuk dapat wahyu terus dari Allah. Jadi, Allah bagi teguran tu melalui mereka yang menegur kita. Allah bagi kekuatan kepada mereka untuk menegur kita. 

Bersyukurlah. Kita masih ada dalam pandangan dan jagaan Allah. Bagaimana agaknya kalau lepas-lepas ni tiada siapa dah hiraukan kita? Lagi sedih bila ada yang mengatakan, "biarlah dia, nak jadi macam mana pun, lantak dia lah." Apa agaknya perasaan itu?

Bersyukur. Setiap teguran itu adalah tanda kasihnya mereka kepada kita dan tanda sayangnya Allah pada hambaNya. 








nota : apa perasaan bila kena tegur direct bagaikan ada pisau yang menikam ke jantung? Sakitkan? Terkedu. Dan itu maksudnya, hati mengiyakan ada khilafnya dan bersyukurlah hati masih lembut untuk terus menerima peringatan. 

(=






btemplates

11 comments:

Hazmi Al-Wafi said...

Kadang-kadang,kita dikongkong oleh perasaan "aku bukan buadk baik" untuk menegur orang lain.Hakikatnya,xkan ada manusia yg sempurna peribadinya seperti Rasulullah..

"Islah nafsak wad'u ghairak.."
Ulama pesan,islahkan dirimu,dan ajaklah(dakwah) orang lain.

Bukan "islah nafsah,thumma ud'u ghairak".Islah dirimu,kemudian(barulah) berdakwah kepada orang lain.

Pengislahan diri adalah selari dengan tuntutan berdakwah.Mengeur kesilapan saudara2 kita.Moga kita semua diberi kekuatan.

Neijie said...

erm..kadang2 sy terpikir..sy pun selalu wat salah..tapi boleh ke aku nak tegur org lain yg wat salah??

kalo bab2 tegur2 nih..dgn kawan and family la yg susah sikit..sbb kadang2 terikat ngn nak jaga ati tu..hurmm

Izzati Hashim said...

@Ibnbakr : aiwah. kita kena islahkan diri seiring dgn ajak(dakwah) pada org lain juga.

moga kita sentiasa diberi kekuatan utk menegur. Sebaik-baiknya dengan kuasa, kalau x mampu dgn kuasa, dgn lisan, dan kalau tak mampu juga akhirnya dengan hati. -.-

Izzati Hashim said...

@Inani : not only you dear, me too
-.-

tapi kalau begitu lah pemikiran kita smpi bila pun takkan tertegur punya. Just put your feeling aside. Blh, insyaAllah. (=

:: Zahratu Billaurah :: said...

na'am ya Ukhti,
berlapang dada dlm menerima teguran, kalau org tegur kita maknanya org syg kita.
lebih2 lagi mak, bila mak tegur, terus nak melenting, marah tanda sayang, teguran juga tanda syg.

jgn pernah ego dlm mengakui kesilapan diri

kita baiki diri ke arah kebaikan dan dlm pada masa yg sama ajak org ke arah kebaikan ^_^ betul~

Izzati Hashim said...

@Rabiatul : EGO. That's it!

yep, jgn tinggi sgt ego tu. Terima, dan menerima (=

Cik Yana said...

Memang rata-rata manusia susah nak ditegur especially yang zaman sekarang. Bila kita tegur, mesti dia cakap balik macam la kita ni smpurna nak tegur-tegur orang. Tapi kita tak cakap kita ni sempurna, cuma sama-sama kita berusaha dan baiki satu sama lain supaya jadi lebih sempurna di sisi agama :)

Lots of Love,
Cik Yana

Unknown said...

apa yg penting..
tegurlah dengan cara yang paling berhemah ^^,

Izzati Hashim said...

@Cik Yana : dan moga2 kita bukan tergolong dlm org yg sukar utk ditegur (=

terima kasih atas kunjungan ke sini ^^

@Titisan Hujan : aiwah. Masih belajar utk menegur org dgn cara yg paling berhemah (=

Atiqah Abd Rahim said...

salam.
tapi kan ada sekali tu saya tegur kawan saya. pestu dia buat muka. dia tak marah ke apa. dia buat muka je. muka yang buat saya rasa bersalah sy tegur dia. walaupun saya tak rasa yang sy buat salah apa2 pon...

mcm mana nak elakkan rasa bersalah ni? haha =P

Izzati Hashim said...

@Atiqah : Dia buat muka cane? muka comel ke? muka comel, akak gelak je hehehe =p

xpe2, Atiqah dah tunaikan tanggungjawab Atiqah so, biarlah. InsyaAllah nanti lama2 dia akan fikir & baik sendiri tu (=