Pages

Cinta Lagi.

Bismillahirrahmanirrahim, 
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Alhamdulillah, segala pujian hanya kepada Allah pemilik sekalian alam ini. 

Cuaca di Mesir agak pelik sekarang ni. Sepatutnya bulan 5 begini memang sudah musim panas,panas sahara yang berbahang. Tapi sekarang ni bagaikan musim sejuk baru bermula! Bersyukur dengan apa yang Allah berikan, Allah pemilik alam ini jadi dah pasti segalanya bawah kuasaNya. Dan musim sejuk best! (=

....

Hari Sabtu lepas sempat ke Bandar Bintang di sini bersama sahabat tercinta, LD. Meluangkan masa bersamanya sebelum minggu exam bermula. Nanti bila dah exam, masing-masing dah sibuk. Berjalan punya berjalan, sebelum balik saya mengajaknya ke stall buku. Kemana-mana saya pergi mesti saya cari kedai buku. Sempatlah juga mencapai dua buah buku. pantang nampak buku =='. 

Haiya. Buku medic tak habis baca lagi, sempat lagi saya beli buku -.-. Bagi saya, dalam sibuk nak membaca untuk study dan exam, saya perlukan buku lain. Buku untuk jiwa saya, untuk santapan rohani saya. Dengan kelas agama yang berehat seketika untuk memberi laluan untuk exam jadi saya kena cari alternatif lain untuk mengisi jiwa. Yang santai-santai sudah, yang penting bila baca terkesan di jiwa untuk diamalkan.

Salah satu bukunya, Muhammad, As if You Can See Him by Dr. 'A'id al-Qarni dan Salah Ad-Din Al-Ayubi by 'Abdullah Nasih 'Ulwan, translated by Khalifa Ezzat Abu Zeid.


Muhammad, As if You Can See Him.

Menarik kan tajuknya? Saya beli buku ni sebab satu tajuknya dan ditulis oleh Dr. 'A'id Al-Qarni. Beliau merupakan penulis terkenal buku Don't Be Sad

Melihat tajuk yang menarik, saya dapat rasakan yang buku ni memang best. Tambah-tambah menceritakan tentang kekasih yang dicintai oleh Allah, yang dicintai oleh kita semua, Nabi Muhammad SAW. 

Membaca kata-kata aluan dari penulis sendiri sudah merasakan sebak bermukim. Penulis cuba mengajak pembaca membaca dengan mata hati, membayangkan seolah-olah pembaca mampu melihat dia kekasih Allah walau pada hakikatnya takkan.

Malu rasanya mengatakan cinta 
kepada dia kekasih Allah
kerana dia insan mulia
sedangkan diriku insan biasa.

Benar. Malu. Malu terasa bila membaca sifat-sifat yang ada pada Rasulullah. Allah. Betapa hebatnya Rasulullah sehinggakan Allah sendiri menggelarkan baginda sebagai kekasihNya. Betapa kasihnya Allah kepada Rasulullah.

Hari ini dah selawat kepada Rasulullah? 10 kali sahaja sehari, tak banyak pun. Tapi terbuatkah kita semua? Terucapkah lafaz di bibir kalam selawat. Tak banyak tapi susah untuk kita buat. Benda yang simple, yang kadangkala kita lupakan. Allah.

Kupujuk jua hati dan jiwa
meluahkan rasa cinta membara
di dalam pujian ucapan selawat
tanda penghargaan seorang umat.

dan tak boleh ke kalau kita basahkan lidah kita dengan berselawat pada baginda? Tak susah kan? Senang je kan? Kita boleh buat kan? Sama-sama mengamalkannya. Sama-sama.


Subhanallah, membaca kisah hidup baginda. Terasa kerdilnya diri. Terasa kecilnya diri. Malu. Malu dengan baginda. Kalau baginda ada di depan mata, mungkin tidak mampu untuk mengangkat muka ini untuk menatapnya kerana malu. Malu membayangkan diri yang terlalu banyak maksiat dilakukan, malu kerana masih gembira bersenang lenang hakikat tahu ajal bakal menjemput pergi, malu mengenangkan sifat yang buruk. Dan malu segalanya. As if i can see him now.


Selagi upaya kuturuti ajarannya
apa terdaya kuamalkan sunnahnya
moga di dunia mendapat berkat
di akhirat sana beroleh syafaat

Mengenangkan betapa peritnya Rasulullah mengembangkan agama Islam suatu ketika dulu, semakin terasa kerdilnya diri. Betapa diri baginda dicaci, dihina, diejek, cubaan dibunuh, tapi masih lagi teguh berdiri, tetap meneruskan perjuangan. Allah. 

Kita? Saya? Nak menegur orang buat kesalahan kadangkala fikirkan segalanya sampaikan akhirnya tak terlafaz dan akhirnya hanya mampu membenci dalam hati. Nak menegur mereka yang freehair pun kadangkala terasa diri tak layak, masih ramai lagi yang bisa menegur. Begitulah selalu, dan mula berfikir, "sampai bila mahu membenci dalam hati? sejak belajar di sekolah sampai sekarang masih mahu membenci dalam hati? Tak bertambah-tambah iman itu? masih selemah-lemahnya?" Allahurabbi. Malu!

Kita susuri kisah hidup baginda. Allah pelihara baginda Rasulullah sejak kecil lagi, Allah jaga sifat dan kelakuan Rasulullah. Untuk memudahkan penerimaan kepada Islam yang dibawa oleh Rasulullah.


Kerana peribadinya aku terpesona
kerana budinya aku jatuh cinta
rindu kupadanya tiada terkata
nantikanlah daku di taman syurga.

Siapa yang paling jujur? Nabi Muhammad.
Siapa yang paling tabah? Nabi Muhammad.
Siapa yang paling berani? Nabi Muhammad.
Siapa yang paling pemurah? Nabi Muhammad.
Siapa yang paling zuhud? Nabi Muhammad.
Siapa yang paling rendah diri? Nabi Muhammad.

Allah. Terlalu agung kekasih Allah. Dialah yang paling jujur dalam berkata-kata, bahkan dalam bergurau sekalipun. Dihina, diejek, dipulaukan, hanya kerana membawa kebenaran, tetap teguh berdiri. Tetap melangkah membawa perjuangan. 

Tak mungkin untuk saya mempunyai sifat sehebat itu. Terlalu hebat. Qudwah hasanah. Tapi kita masih berpeluang untuk menjadi seperti baginda Rasulullah kan? Menjadikan Rasulullah sebagai contoh tauladan untuk segala-galanya. Mengamalkan segala sunnah yang Rasulullah tinggalkan untuk dicontohi kerana,

selagi kita berpegang pada dua benda iaitu, Al-Quran dan As-sunnah, kita tidak akan sesat buat selamanya.

Benar, kita bukan siapa-siapa untuk mempunyai sifat sehebat baginda Rasulullah. Rasulullah terjaga dan dijaga oleh Allah. Tapi selagi kita masih hidup dan mempunyai peluang untuk mengikuti sunnah Rasulullah, kita cuba amalkan. Kita cuba lakukan. 

Bukankah menyintai Rasulullah adalah maknanya kita menyintai Allah? Jadi, berusahalah. Berusaha untuk mengamalkan segala ajaran Rasulullah. Mungkin tak semua, tapi sikit demi sedikit insyaAllah lama-lama menjadi makin banyak. Yang penting kita buat. Itu tandanya kita kasihkan Rasulullah. (=

Memaknakan kata-kata yang kita kata kita rindu Rasulullah, kita sayangkan Rasulullah, kita cinta dia kekasih Allah, dengan mengamalkan sunnahnya. Sama lah seperti andainya kita mempunyai seseorang yang kita kasih, yang kita sayang, tentu kita tunjukkan sifat yang terbaik di hadapannya. Kita cuba buat sesuatu yang dia suka, untuk gembirakan hati dia.


Sama juga dengan tanda kasih kita pada Rasulullah bahkan yang lagi utama, kasih kita pada Allah. Memaknakan kata-kata cinta kita dengan melakukan apa yang Allah suruh, meninggalkan apa yang dilarang. 


Kalau sayang, buktikan sayang. Kalau cinta, tunjukkan cinta. Jangan hanya bermain di bibir, tapi tidak pada perlakuan. Kata-kata mampu mengungkapkan seribu kemanisan, dan selagi ia tidak dimaknakan dengan amal, itu hanya ilusi. (=



kisah kewafatan baginda Rasulullah SAW - sheikh Habib Ali Al-Jufri
hayati, renungi, terlalu bermakna. 

Bagaimana hati kita tidak bergetar merindui baginda?
Bagaimana roh kita tidak terkesan dengan Rasulullah?
Bagaimana kita lupa perintah agar menyintainya?
Bagaimana hati kita tidak terikat dalam merindui baginda?
Bagaimana hati kita tidak bergetar apabila diperingat tentang baginda?
Kenapa?!
                                                    














nota : ada lirik lagu Dia Kekasih Allah, oleh Hijjaz yang saya selitkan dalam post. Lagu yang kalau dihayati, memang mengundang air mata. (=


btemplates

7 comments:

Addien said...

Alhamdulillah..smoga kita semua bertemu cinta yang hakiki..cinta kepada Allah dan rasulNya..insyaAllah


Amalan Kita Diterima @ Tidak??

Nazihah@Jiha said...

Assalamualaikum ukht Izzati^^
cinta lagi^^

bersama berusaha menggapai cinta Allah dan Rasul..

Izzati Hashim said...

@Ad-Dien : insyaAllah. moga bertemu cinta yg abadi itu.

@Nazihah : wslm wbt. (=
a'a, cinta lagi hehehe. Cinta yg tiada penghujungnya (=

:: Zahratu Billaurah :: said...

nak nangis...='((
serius akak...terima kasih untuk post ni...
menyubur rindu..
ya Allah, rindunya Nabi...='((
xtau nak kata apa dah...

فراس الزهرأ said...

first time komen kat blog ni.
masyaALLAH, rindu pada baginda nabi, tak dapat digambarkan...:-)

perkongsian, kisah sebenar saat-saat akhir baginda nabi boleh lihat di sini http://firaszahrafajar.blogspot.com/2011/04/santai-hari-hari-yang-indah-dengan.html

kisah mengenai nabi sebut "ummati, ummati, kurang pasti kesohehannya. 'ala kulli hal, sama-sama kita mencari kebenaran.

salam ukhuwwah..:-)

Izzati Hashim said...

@Rabiatul : rindu, rindu. cuba nak memaknakan kata-kata rindu itu ;'(

Izzati Hashim said...

@Firas Al-Zahrah : terima kasih ukti sudi meninggalkan jejak di sini.

terima kasih utk itu. (=

salam ukhuwwah kembali. (=